Monday, 18 February 2019

BANGSA JOHOR PERLU JADIKAN SINGAPURA SEBAGAI IKTIBAR

Bangsa Johor itu bukan lah direka kerana keunggulan pasukan bolasepak JDT. Tetapi Bangsa Johor itu telah lama wujud sebelum merdeka lagi. Ianya telah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor (UTKJ). Wujudnya juga sebelum tertubuhnya perlembagaan persekutuan.

Orang Johor ini entak sedegam, langkah sepijak, seia sekata, semuafakat. Muafakat Johor seiring dengan Bangsa Johor mencerminkan bahawa rakyat Johor ini sentiasa bersatu menyerlahkan daya saing Johor di Malaysia dan antarabangsa.

Maka, kepimpinan dan rakyat Johor itu sendiri sedar bahawa rasa kekitaan Johor itu adalah sebahagian daripada warna Jalur Gemilang. Manakala Malaysia adalah tanah air yang Bangsa Johor perlu pertahankan kedaulatannya.

Johor adalah negeri yang pertama dalam segalanya. Ianya diperakui oleh sejarah. Ahmad Fawzi Basri pernah membicarakan panjang lebar melalui tulisannya Johor 1855-1917: pentadbiran dan perkembangannya (1988). Beliau menganggap Johor sebagai "negeri Melayu pertama mempunyai perlembagaan bertulis".

Sebagai negeri yang penuh dengan kemuafakatan rakyatnya dan negeri yang perlu berdepan dengan kemajuan dan arus kemodenan, kita tidak mahu Johor ini terselit dengan orang ketiga yang memusnahkan.

Kita tidak mahu mahkota bunga raya itu gugur. Dipisahkan dari benang sari dan bakal biji satu persatu sehingga tertinggal tangkai. Ketika itu, semangkuk air mata darah pun tidak lagi boleh digunapakai. Segalanya tinggal sisa. Sisa yang tidak mungkin boleh dibangunkan lagi.

Singapura merupakan suri teladan yang baik kepada kita. Bukan kemodenan dan pentadbirannya dicemburui tetapi nasib hidup orang melayu di sana.

Menurut Lili Zubaidah Rahim dalam buku Dilema Singapura : peminggiran politik dan masyarakat melayu (2004), sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee Kuan Yew (ST, 5 Mei 1965) mencabar kedudukan dan hak istimewa berperlembagaan orang Melayu di Malaysia dengan mengatakan bahawa taraf peribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain.

Menurutnya lagi di dalam halaman yang sama, Lee mengaitkan orang melayu Malaysia dari keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain.

Kesimpulan serupa yang meragui kepribumian orang melayu terus dilakukan oleh orang bukan Melayu di Singapura dan sesetengah ahli politik bukan Melayu di Malaysia.
Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden Melayu Singapura kedua selepas Yusof Ishak. Pelantikan ini tidaklah boleh dibanggakan. Untuk menjamin survival politik parti People's Action Party (PAP), Lee terpaksa Meminda Akta Pilihanraya Presiden yang memperuntukkan melayu bagi menarik semula sokongan minoriti melayu (13%).

Walaupun Halimah Yacob ini dikagumi kerana hidupnya yang sederhana dan tidak bermewah, Ianya tetap tidak dapat lari dari persepsi bahawa pelantikkanya adalah sekadar topeng bagi mengaburi sikap perkauman yang didukungi oleh parti PAP di Singapura.

Rakyat Malaysia terutama Bangsa Johor harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Singapura. Sebagai tapak bermulanya UMNO di sini, Johor harus terus kuat dan kukuh untuk menghadapi musuh dalam selimut.

Nizam Zahri
Diterbitkan Oleh Gerakan Muafakat pada 11 Februari 2018
Diterbitkan Oleh Sarawak Voice pada 13 Februari 2018

MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN : BOLEHKAH MUSUH LAMA KEMBALI BERSATU?


Saya secara peribadi mengagumi ketokohan Tun Mahathir sebagai seorang negarawan. Malah mempunyai beberapa koleksi buku beliau termasuk Malay Dilema, An illustrated biography Mahathir Mohamad by E.Yu dan Doktor Umum.

Lahir di tahun 80an dan membesar sepenuhnya dibawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri. Personaliti dan corak kepimpinannya yang tegas sama ada di dalam bidang ekonomi, sosial mahupun pembangunan dicemburui oleh rakan dan lawan.

Ketegasannya dapat dilihat melalui Operasi Lalang. Dilancarkan pada 7 Oktober tahun 1987. Operasi ini digerakkan oleh PDRM dan Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap sesiapa sahaja yang mengeruhkan suasana politik pada tahun 1987. Hasilnya, seramai 106 ahli politik politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA, termasuk pembatalan dua akhbar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh.

Menurut buku Personalize Politics : The Malaysian State Under Mahathir tulisan In Wong Hwang, Ops Lalang telah menimbulkan ketakutan kepada semua termasuk di kalangan ahli UMNO sendiri. Salah seorang tahanan ISA berkata "ianya bukanlah sekadar berapa banyak angka tahanan ISA, tetapi ketakutan yang Mahathir sendiri cipta...sesiapa sahaja boleh ditahan".

Dari buku yang sama, penulis juga memetik kenyataan Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang ketika itu yang turut ditahan ISA, menyimpulkan bahawa "Mahathir menggunakan sentimen perkauman dan membiarkan sentimen itu berlanjutan bagi membenarkan Mahathir mengukuhkan kedudukan politiknya bagi menghadapi saingan dari dalam".

Di bawah ISA, sesiapa sahaja boleh ditangkap ketika beliau masih berkuasa. Ketegasan beliau dalam mengekang pencabar membolehkan pembangkang ketika itu menggelarkan beliau sebagai Mahafiraun, Mahazalim. Antara pemimpin pembangkang yang mengelarkan Mahathir sebagai diktator termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dati Seri Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu.

Menariknya, selepas menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 8 September 2016 dan kemudian menyertai Pakatan Harapan pada 20 Mac 2017, Tun Mahathir telah melupakan sengketa lama terhadap pimpinan pembangkang. Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya. Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Penyatuan ini telah mengakibatkan beberapa pejuang reformasi menjadi luluh hatinya. Seorang yang dilabel diktator ketika memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diangkat menjadi sekutu, malah dijadikan calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan. Forgive, but never forget.

Bolehkah pemimpin PKR melupakan kekejaman Tun Mahathir terhadap apa yang berlaku pada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Benarkah Tun Mahathir tidak akan melakukan perkara yang sama sekiranya beliau kembali berkuasa?

Ingin saya ingatkan kembali, dengan memetik kenyataan Lim Kit Siang dalam blog peribadinya, limkitsiang.com, pemimpin DAP itu menuduh Tun Mahathir sebagai seorang Machiavellianism (satu terma psikologi yang merujuk kepada trait personaliti seseorang yang terlalu fokus kepada kepentingan peribadi dengan memanipulasi, memperdaya dan mengeskpolitasi untuk mencapai matlamat). Petikan ini juga dicatat di dalam tulisan Barry Wain, Malaysian Marverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times.

Mungkin Lim Kit Siang juga terlupa, dalam blog yang sama, beliau juga menuduh Tun Mahathir sebagai seorang yang mempraktiskan "the art of saying yes while saying no".

Tuduhan ini sebenarnya berasas jika kita mengambil kira berapa banyak pemimpin - pemimpin yang telah dijatuhkan oleh Tun Mahathir. Pertama, Tun Musa Hitam telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kesan daripada peristiwa hitam memali pada tahun 1985. Kedua, Tun Ghafar Baba yang meletakkan jawatannya akibat didesak oleh pihak yang mendapat restu dari PM ketika itu. Ketiga, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan dengan cara yang paling memilukan, skandal seks luar tabii.

Tun Abdullah Ahmad Badawi juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Kelima setelah BN kehilangan 4 negeri pada PRU 2009 bertitik tolak dari sentimen yang diwujudkan oleh Tun Mahathir.

Adakah Pakatan Harapan benar - benar yakin bahawa Tun Mahathir tidak akan mengulangi skrip yang sama setelah beliau dibenarkan mengemudi bersama - sama Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah benar dosa - dosa lama Tun Mahathir dapat dimaafkan secara total oleh pemimpin pembangkang.

Saya kira jawapannya pasti ada pada penyokong - penyokong Pakatan Harapan dan Pejuang Reformasi.

Nizam Zahri
Diterbitkan Oleh Gerakan Muafakat pada 5 Mac 2018

Monday, 22 January 2018

PENDAPAT KITA BERBEZA

Almost 10 years sejak blog ini diwujudkan yang menyaksikan banyak karya poyo diterbitkan secara suka-suka dalam blogspot ini. Sejak dari tu wujud pelbagai nama bermula dari 'the tenth kingdom', cheesecake1987 dan apa-apa nama lagi yang aku tak ingat. Sempena ulangtahun yang ke 10 pada 2017, blog ini bertukar nama lagi kepada Nizam Zahri, "pendapat kita berbeza".


Untung bila ada blog yang kekal selama sedekad ni, kau boleh ukur tahap kematangan kau. Boleh imbas kembali betapa banyak drama yang telah kau wujudkan, berapa banyak mental unstable yang kau ada dan berapa banyak emosi yang telah dizahirkan. Well! semuanya kelakar nak mampus. 

Mempunyai hobi menulis walaupun malas membuatkan kau kelihatan lebih karismatik. Berfikiran jauh dan berwawasan luas. Orang yang suka menulis mempunyai aura tersendiri yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata malah kelihatan terlebih bijak. 

Menulis dan bercakap merupakan minat aku yang kian lama dipandang sepi. Sekarang lebih malas, dan lebih mendiamkan diri. Zaman sekarang bukan lah zaman untuk kau bebas bercakap segala-galanya. Zaman sekarang adalah zaman untuk kau berfikir dan menganalisa data sebelum kau mula untuk bercakap. Zaman sekarang zaman kecam. Jadi aku rasa, apa yang perlu sahaja baru lah kau bangun dan bercakap. 

Jadi, aku akan memaksa diri untuk rajin menulis sekurang - kurangnya seminggu sekali. Menulis itu akan membuatkan kau cerdas. Menulis membantu mengeluarkan ekspresi terpendam dalam hati. Menulis mampu membuatkan kau belajar lebih dan menyerap banyak informasi dan ilmu. Menulis juga ternyata dapat memberikan ketenangan emosi. 

Menulis lah walaupun kau berbeza pendapat.

Welcome to 2018. A year of Nizam Zahri. 




Friday, 5 August 2016

Generasi AL-Fateh



Sebelum kita menghuraikan siapa dan bagaimana nak mencari Generasi Al- Fateh ini, jom kita kenal dulu siapa tuan badan yang bernama Al - Fateh ini.?

Sumber dari Wikipedia :-

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. 

Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan,sainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.

Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Mengapa sebaik - baik raja dan sebaik - baik tentera. ? Dikatakan bahawa Sultan Muammad Al - Fatih ini tidak pernah meninggalkan Solat Fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Sunat Tahajjud sejak dari beliau baligh sedangkan tentera - tenteranya pula tidak pernah meninggalkan Solat Sunat Fardhu dan Solat Sunat Rawatib sejak dari baligh. 

Mereka ibarat singa yang lapar berjuang demi Agama dan Negara sedangkan pemuda - pemuda masa kini ibarat kijang yang terhincut - hincut kesakitan lari bertempiaran tatkala diserang musuh. 

Dalam konteks masa kini, bagaimana kita boleh melahirkan generasi yang sehebat generasi pada zaman Muhammad The Conqueror ini.? Saya percaya jawapan sebenar tidak ada pada anak - anak yang dilahirkan tetapi jawapan nya ada pada ibu dan bapa yang melahirkan serta masyarakat sekeliling. Kerana kitalah yang bertanggungjawab untuk membentuk generasi muda yang kuat imannya dan tegap amalnya. 



Saturday, 30 July 2016

Kerjaya Pilihan...?


Dulu masa zaman hidung masih lagi berhingus, dengan yakin jawab "saya nak jadi doktor cekgu". Sebab apa..? Sebab doktor baik, doktor suka tolong orang. Bila balik dari sekolah, mak bapak kita pula kadang - kadang tak sengaja cakap "pergi buat kerja rumah, nnt dah besar jadi doktor. kalau malas nanti kena kutip sampah". 

Oh ya, bila sebut pasal kutip sampah, aku ada kenal seorang kawan ni, anak dia berimpian nak kutip sampah. Sebab anak dia yang bijak tu beritahu, kutip sampah ni kerja yang mulia. Kawan aku ni punyalah pening dengan kerjaya impian anak dia, tapi aku beritahu pada kawan aku ni yang kalau anak dia obses dengan sampah, tak salah. Niat dia murni, yang salahnya bila mak bapak tak bagi sokongan dan tak mengarahkan motivasi anak dia pada tempat yang betul. Kalau aku, bila obses dengan sampah, belajar rajin - rajin supaya suatu hari nanti, kau akan buka Syarikat Perkhidmatan Alam Sekitar. Ambil tender kutip sampah. Beri peluang pekerjaan. Besarkan impian anak. Bukan matikan. 

Bagi aku, budaya masyarakat kita terutama Melayu sebenarnya sudah silap. Belajar rajin -rajin supaya nanti dapat kerja bagus - bagus. Boleh pakai kot dan bergambar di bawah logo 'Harimau' macam kat atas tu. Dengan budaya itu, kita sebenarnya telah melahirkan ramai masyarakat yang bekerja sambil lewa sebab kerja itu bukan kerja yang kena dengan jiwa. Bukan semua. Masih ada lagi, rakyat yang nak bekerja makan gaji dengan kerajaan sebab mereka rasa itu tanggungjawab mereka atau mereka rasa itu pilihan mereka yang sebati dalam jiwa.  Cuma ada segelintir kes terpencil sebagai contoh ada anak yang suka melukis, tapi mak bapak suruh ambil jurusan undang - undang. Kau rasa..?

Mungkin zaman dulu sudah berlalu, cuma kita mak bapak moden kena ambil pengajaran dari kesilapan orang terdahulu. Support anak - anak dan besarkan impian mereka. Dan didiklah anak - anak untuk belajar berniaga. Berniaga ni ada risikonya tetapi 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. 

Untuk yang dah dewasa ni, kejarlah impian anda. Besarkan impian anda. Kejarlah impian dengan secepat mungkin kerana masa tidak menunggu kita, mak bapak kita pun tak akan menunggu kejayaan kita. Jadi kejarlah. dan Segerakan. 

Friday, 8 April 2016

Besarkan Impian Anda.



Saya percaya ramai orang ada impian yang mereka rasakan impian itu akan membahagiakan mereka. Tetapi apa yang membezakan orang yang berjaya dan tidak, adalah sebesar mana impian itu bagi mereka. Impian yang hebat tidak semestinya besar. 

Dahulu, ketika sedang memandu dari Johor ke Bangi bersama seorang sahabat, kereta saya pernah dipintas oleh sebuah kereta Toyota Vellfire. 

"Ini kereta impian aku, besar, cantik dan gagah" Jawab sahabat di sebelah tanpa ditanya. 

Saya senyum di sebelah. Sebab kereta impian saya adalah Nissan GTR. Toyota Vellfire bagi saya satu kereta yang berbentuk kotak semata-mata. Impian orang berbeza. 

Kini sahabat di sebelah sudah selesa bekerja sebagai penjawat awam. Kini bila ditanya, bagaimana dengan impian untuk memiliki Toyota Vellfire, jawapan beliau sangat biasa kita dengar.

"Bro, sekarang aku sudah ada anak, isteri pun bekerja jawatan tinggi sektor kerajaan, nak kereta besar paling kurang kena berniaga, aku tak ada masa."

Nampak tak? Impian dia tak cukup besar. Impian dia menyatakan sebuah kereta yang berharga lebih dari setengah juta itu MUSTAHIL!!... 

Kenapa dia tak kejar impian itu, sedangkan tidak ada yang mustahil bagi Allah. Kita saja yang rasa mustahil; impposible

Jom besarkan impian anda. Kalau kita rasa impian kita adalah untuk ibu bapa. Kejar impian. Beri Mak Ayah kesenangan dan kebahagiaan. Jangan berhenti untuk bermimpi. Kegagalan sebenar bermula bila anda berhenti untuk bermimpi. 

Do a Dream Board untuk setiap tahun. Slideshow kan setiap pagi sambil diiringi ayat - ayat dari Al-Quran atau slow music. Dream Board ni penting untuk kita sedar bahawa banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk kejar impian kita. NOW or NEVER!..

Ini adalah contoh sebahagian Dream Board saya untuk tahun 2016. 








Kalau tidak dapat impian ini, kita review kenapa? Bedah siasat. Dan kita boleh perbaiki di kemudian hari. 

Walaupun hari ini saya masih lagi struggle dalam mencapai Money Freedom, tapi saya tetap percaya, itu akan saya kecapi kurang dari 10 tahun. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. 

Pernah dulu ketika kem motivasi, saya pernah ditanya oleh seorang pelajar. 

"Apa impian abang"

"Impian saya untuk menjadi Perdana Menteri" Jawab saya dengan serius. Ya. 

Saya memang mahukan jawatan itu untuk mengubah dunia menjadi lebih sempurna. Impian saya ketika itu dan sehingga sekarang mahu jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengaplikasikan sistem Islam sepenuhnya. Sistem Perlembagaan Islam, Sistem Muamalat Islam, Sistem Pentadbiran Islam dan Sistem Perundangan Islam. Sistem yang diamalkan oleh Islam amat relevan dalam setiap masa dan keadaan. 

Dengan sistem politik yang semakin jahil, saya memilih untuk mengubah dunia dengan perniagaan kerana saya percaya ntuk mengubah sesuatu untuk negara, ada 3 bidang; 1. Politik, 2. Perniagaan, 3. Pelajaran.

Itu impian saya. Impian saya cukup besar untuk mengalah sekarang. Impian saya tidak akan pernah padam biarpun orang kata saya gila. Saya hanya perlukan TINDAKAN dan KOMITMEN serta ISTIQAMAH. 

Jom besarkan IMPIAN ANDA dan sertai saya untuk menjadikan dunia ini lebih SEMPURNA. 




p/s : Ada orang kata DUIT tidak boleh beli kebahagiaan, pernah anda tengok isteri sedih bila dapat emas dari suami? Pernah nampak seorang Ibu sedih bila dapat hadiah dari si anak?

Ianya bergantung cara mana anda menggunakan duit tersebut. 

p/s : Terima Kasih kepada Dr Azizan dan Abang Mael (Serta Elkenian) kerana sering memberi motivasi untuk membesarkan impian saya. 

Wednesday, 6 April 2016

Panggilan Hormat. Perlu ke..?


Zaman dah berubah. Blog ni pon dah lama ketinggalan cerita-cerita hangat. Jarang sangat nak update isu-isu semasa. Kalau dulu tak da FB, yang ada pon blog. Maka berebut-rebut lah jejaka ataupun gadis update blog. Trend terkini. Bila dah ada FB, satu persatu blog ditinggalkan bersawang.


Now back to the issue. Sekarang ni tengah hot pasal seorang yang berstatus Dr menegur peniaga yang memanggilnya sebagai 'awak' instead of title Dr tu. Ramai juga Netizen yang memberikan komentar sama ada positif atau negatif.



Persoalannya... perlu ke Panggilan Hormat ni..?



For me, SANGAT PERLU.. Lagi-lagi untuk orang bisnes. Pernah terbaca jika kita cuba deal dengan orang untuk close sale, kita perlu mewujudkan satu hubungan mesra dengan pelanggan. Jika dia bergelar Dato', adakah sesuai kita memanggilnya dengan nama Encik?  Jika dia pensyarah kita, adakah sesuai jika kita panggil dia sebagai 'Abang'?



Rakyat Bangladesh kalau datang berniaga di Malaysia pon terkenal dengan panggilan 'Adik manis'. Cuba kalau Baia tu panggil 'engkau - aku'. Esok lusa masuk juga media sosial.



Dalam emel marketing pon kita disarankan untuk menggunakan Nama dan Gelaran yang sesuai untuk mempromosikan sesuatu atau untuk menghantar sesuatu berita. Dalam bidang copy writing pon digalakkan menggunakan perkataan anda, saudara, saudari. Maksudnya disini, kita disarankan untuk menggunakan apa saja panggilan yang boleh memberikan orang lain rasa dihormati dan dihargai.



Kalau kita rasa tak boleh nak hormat orang walaupun hanya pada gelaran, mengapa orang harus hormat kita? Memang gelaran tak boleh bawak masuk kubur. Tetapi budi bahasa kita ini yang akhirnya akan dikenang orang.



Pokok pangkalnya.. Kita ni rakyat marhaen saja. Tak ada Title. Cuba kalau esok lusa kita ada title Tan Sri di depan dan stranger cuma panggil kita 'abang'. Apa perasaan kita?



Hari ini kita boleh kata, 'Aku tak hairan, Aku Low Profile'. Esok Lusa hati kita berubah, siapa yang boleh jangka? Bukankan hati manusia itu sentiasa berbolak balik?



Tak salah pun kalau kita panggil seseorang dengan nama yang dia rasa selesa, dihormati dan dihargai. Mereka gembira, kita pun senang.




























Thursday, 21 January 2016

Ilmi Alisya

Ilmi Alisya, 2.39kg lahir pada 31 Disember 2015 tepat jam 10.33pm. Ilmi adalah ilmu. Alisya bermaksud perlindungan dari tuhan. Diambil dari bahasa Jerman. atau dalah bahasa yunani adalah Alethia atau Alice yang bermaksud hakikat/sebenar.


Dari segi makna tersirat Ilmi Alisya boleh ditafsikan sebagai anak perempuan berilmu sebenar yang dilindungi tuhan. Aminn. Semoga nama nama yang baik akan menjadi doa untunya sehingga hari kiamat.




Tuesday, 23 December 2014

Iklil Aisyah

14.07.2014 Jam 11.00 pagi; Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.. 

Iklil maksudnya mahkota, Aisyah maksudnya kebahagiaan, juga nama isteri tercinta Nabi Muhammad S.A.W.. 

Semoga Iklil Aisyah membesar dengan sempurna dan juga menjadi wanita yang cemerlang dalam setiap aspek akhirat dan dunia.. 

Dedi alway love you forever.. and you'll always be my beautiful baby.. 

.
.
.
.
.














Thursday, 6 March 2014

For Safety

See. berapa lama tak update. sigh!..

A lot of news but today is not the day i should tell you.

hahaha. no. actuall my friend's blog turn into pornblog and I think i should updated this blog before it turns to the porn one.

Byk cerita dalam ni yang tak sanggup rasanya nak dihilangkan disebabkan lama tak update.. hahaha..

Into Next time.. bye..

Friday, 4 October 2013

When They Come For Me

When They Come For Me adalah lagu Linkin Park yang dimainkan saat dan tika waktu aku tetiba orgasme untuk menulis dalam blog yang dah lama aku jenguk tapi tak ada satu noktah pon yang aku isi di dalamnya. haha. An Urban Words seems fit in any written rite now.. 

Masa tu sangat pantas kan. Now dah dalam Bulan Oktober. Nak kata terlalu busy tak lah jugak.. and guest what? In month of June,  i hv been promoted to Peg Belia Dan Sukan (Program) S41 - kontrak. And the environment does not sound very welcoming to me and to the other staff. Boss yang perangai ntah hape hape, minta itu ini, menganggu private life waktu weekend, depan baik belakang hantu and etc etc kadang2 buat aku gagal nak mengawal emosi dan tangan aku gatal nak tulis surat resign. But there's somethin i should be proud of.. In just 4 months, ada 4/5 program yang aku gerakkan dapat perhatian daripada big boss. 

1 June 2013 is the date that I will remember for the entire of my life. haha. Im a husband for my waifu.. Long story eh.. Kadang - kadang tergelak bila pikir hidup ni macam-macam gula-gulanya. ada masinnya, ada masamnya. Ada pulak tu yang tambah cuka, asam keping, kari benggali dan memacam lagi. So far so good. next time story eh.. 

till next time =D

Monday, 13 May 2013

Mencari Hidayah! Islamkah kita di Akhirnya? - 3

Part 1 - Sini
Part 2 - Sini

“Aku tak boleh berpatah balik. Tapi aku harus keluar dari tempat ini” Nizam memperbetulkan kedudukannya, cuba mengintai di sebalik tembok.

DUM!!

Bunyi peluru mula bergema, kelongsong-kelongsong peluru bertaburan jatuh di tanah. Mungkin sudah ada mangsa yang menjadi ratahan peluru-peluru yang dahagakan darah. Serangan itu datangnya dari tentera Israel yang menjalankan rondaan. Mereka ini sebenarnya penakut, lebih gemar bergerak dalam berkumpulan, pantang melihat apa saja yang melintas dihadapan mereka. Anjing yang tempang, ataupun kucing comot yang kehausan yang minum-minum di lopak-lopak air turut menjadi mangsa kekejaman tentera yang sudah pun dijanjikan neraka ini. Mereka takut akan kesatuan Umat Islam di Negara ini. Mereka takut akan panji-panji hitam yang bakal bersemarak disebelah timur. Mereka takut akan laungan keramat Umat Islam yang memuji membersarkan TuhanNya. Mereka takut akan jihad mempertahankan Islam dengan airmata darah Kaum Muslimin. Mereka ini penakut!

“Aku tak tahu siapa yang bodoh. Israel atau Kami!” Sedikit air mata kesal terbit di celahan kelopak mata Nizam.

Kesal dengan nasib Negara bangsa sendiri, kesal dengan kelalaian masyarakat dan kesal dengan ketamakan nafsu sendiri.

Semua orang tahu, semua orang sedar. Kepimpinan Negara Islam ini satu masa dahulu dipimpin oleh orang orang bodoh yang ingin memuaskan nafsu sendiri dengan mengaut kekayaan Negara, dan ditentang oleh sekumpulan puak pembangkang yang rakus merebut kuasa dari lawannya. Mereka berebut, bertengkar, menafikan hak sesama yang lain, menuduh alim agama sebagai pelampau politik, menidakkan hak rakyat, dan menghalalkan apa saja demi periuk nasi sendiri.

Raja-raja sebagai payung keutuhan Islam mulai lemah, leka dan lalai dalam amanahNya. Mereka tidak lagi menjadi penjaga Islam tetapi mereka lebih sebagai pemerhati keruntuhan akhlak umat Islam. Teguran mereka ibarat melepaskan  air kedaun keladi, dan sikap mereka ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Bahaya bertambah bahaya, keruntuhan akhlak menular menjadi barah, kemasukan budaya hendonisme dari luar menjadi kegilaan masyarakat dan belia yang menjadi tulang belakang mula sakit jatuh terlumpuh.

 “woi, burger cheese satu!” Hidayah saja mengusik kasar

“hei minah, kau kalau lembut sikit boleh tak?” Geram Nizam pada Hidayah. Padanya seorang wanita haruslah bersopan. Tapi Nizam tau, Hidayah saja mengusiknya.

“alah, baru kasar sikit dah sentap, tak bro lah gitu” Hidayah tersengih, ada raut manja di wajahnya.

Entah mengapa, senyumannya sangat istimewa, cukup sekadar bersahaja sudah mampu membuatkan hati Nizam menjadi tidak keruan. Baginya, dengan hanya satu senyuman saja, hilang semua masalah yang difikirkan.

“ko senyum sorang-sorang tak ada guna bro, dia dah layan tu, ape lagi cucuklah jarum” Man yang sedari tadi memerhatikan cuba mengusik

“tak ada hal lah Man, aku ni pipit, sat gi dilenyek enggang, mana aku nak terbang?”

“tak payah bermadah, kalau dah suka, go on bro. Kau duduk sini sampai kiamat pun bulan takkan turun ke riba”

“memang bulan takkan turun ke riba Man. Jangan nanti orang kata aku ni syok sendiri, bertepuk sebelah tangan, gadis cantik nak jadi idaman”. Nizam mengeluh. Ada tanda kecewa di wajahnya.

“jangan mengeluh, tak baik!”.

Bagi Azman, dia kenal sangat perangai dan budi bicara Nizam. Nizam ada lah seorang yang kuat motivasinya tetapi dia mudah mengalah. Dia mudah mengeluh atas sesuatu nasib yang kurang baik.

“Ya, Nizam yang dulu mudah mengeluh, mudah mengalah. Tapi kini tidak. Aku mesti semangat” Nizam bertekad. Hidayah mesti dicarinya.

“Aku yakin dia masih hidup. Aku mimpi dia semalam”

Nizam diam. Dia rindu pada Hidayah. Dia rindu pada anak – anak. Nizam tahu mereka masih hidup. Hatinya masih yakin. Jiwanya benar percaya. Hidayah masih hidup!

Wednesday, 20 March 2013

Burger!

You know what, dari dulu lagi bestnya kalau ada blog ni, it’s like a good platform tau kalau kita rasa nak luahkan something, or nak cerita something. Sebab!.. Blog tak boleh kutuk kau, tak boleh nak kritik kau, ataupun tak boleh nak stop kau dari teruskan luahan kau.. Blog adalah an excellent LISTENER.  Tapi ingat, ALLAH lagi Maha Mendengar.

Eh kalau ada tukang komen blog yang turut mengkritik macamana? ….. - Pergi mampus!

First day buka gerai sangat leceh, berseorangan pula tu, angkat gas, pasang lampu, susun barang-barang atas meja, potong bawang, sayur, timun, isi sos cili, blackpaper, mayonis, marjerin, susun daging2 dalam ice box, panaskan kuali, sediakan plastik, wrapping, and everything is on my own. Then ada pula yang persoalkan boleh je buka sorang, tak susah manapun.. So for ur answer, I’m a newbie, if you tak nak support then don’t! If you think you are really good, then try to make it by yourself!. Kalau nk kritik pun agak-agak lah.. please don’t be tooooo over-criticize. Respect other’s feeling unless you anggap manusia di sekeliling ni pokok!...  Rasa inner-feeling tu nak mengkritik jugak? Then listen first!... before you jump into your conclusion.

After this, my story I keep it by my own. Nak cerita dengan orang? Tak Payah. Serik!.

Back to the topic, dalam kelam kabut tu, nak dijadikan drama, ibu jari terpotong tatkala memotong sayur. Luka agak dalam, sampaikan darah menitis-nitis ke lantai. Pekat bagi darah orang yang tak suka minum air masak. Dah 2,3 kali cuci pun still jugak berdarah. Balut dengan tisu banyak manapun still berdarah. Tengah berdarah tu mana lah nak amik order, nak goring daging, nak continue potong sayur.  Then datanglah penyelamat. Terima Kasih buat Azmi dan K.Lily sebab sudi singgah dan menjadi penyelamat waktu kecemasan. Azmi lah yang pergi beli plaster, potong sayur, tampal menu harga, nyalakan kuali. Kalau tak ada mereka, agaknya keadaan mesti kacau bilau. Tapi orang tak tau, orang anggap benda simple tu semua boleh buat. Serius!. Aku makin bengang dengan setiap manusia yang tidak reti meletakkan diri nya dalam keadaan orang lain. EMPATHY!!!

After Azmi datang tu, Alhamdulillah keadaan terkawal, selepas azmi minta izin pulang pon suasana dalam keadaan yang amat terkawal. Sehinggalah tutup gerai waktu tu. Masa berkemas tu, ada orang tolong. Sahak dan Wan. A bunch of thanks to them. Appreciate that.. So aku tak nafikan boleh je buat sorang, tapi for the first time setup gerai mestilah ada sedikit dua kekabutan. Apa. Manusia bukan SEMPURNA beb! Takkan nak terang lapanbelasjutakali baru nak paham MANUSIA tu bukan TUHAN, bukan MALAIKAT.

p/s: Aku hanya nak orang mendengar. 

Friday, 22 February 2013

Mencari Hidayah! Islamkah kita di Akhirnya? - 2

sambungan dari.... sini

Petang itu redup cuacanya. Sesekali angin lembut datang menerpa membuaikan dedaun yang ada disekeliling. Petang itu juga ada temujanji yang penting buat Nizam.. Mungkin tidak penting bagi orang lain, tetapi sangat penting untuk Nizam. Mungkin ianya riadah bagi orang lain tetapi ianya adalah temujanji yang sangat istimewa buat Nizam.

“Hai bang, mengelamun? Mana raketnya. Kata ada lebih?” Hidayah datang entah dari mana. Mengusik Nizam yang memang sudah terusik hatinya.

“Ada. Aku dah letak kat dalam. Siapa suruh lambat. Jom masuk. Syikin mana? Kata ada sekali”.

“Sekejap lagi Syikin sampai lah”

Hari itu merupakan hari yang bermakna bagi Nizam. Permulaan bagi segala-galanya. Mereka bermain, berbual dan berseronok dalam bersukan.

Hari itu keringat yang penuh dengan rasa awal bahagia jatuh menerpa bumi.
…………………….
Nizam mengusap peluh yang merata di seluruh tubuhnya. Bajunya yang basah membuatkan dia berasa tidak selesa. Sesekali dia menghayun sisa-sisa koyakan kotak yang dikutip. Mengipas perlahan sambil duduk tersandar di dinding runtuhan kota.  Sudah jauh dia lari dari dikejar tentera kafir. Kali ini, dia berjaya meloloskan diri di balik timbunan runtuhan bangunan yang sudah tidak ada daya lagi untuk berdiri. Senjata sub-raifal M4 dipegang dengan penuh erat. Itulah senjata yang ada, yang bernilai baginya pada ketika ini dan senjata itu lah yang telah membunuh 2 orang kafir zionis sepanjang lariannya.

“biar mati tanpa kubur, biar iman aku dirobek, jihad aku tetap pada Allah. Biar jantung aku dicabut, degupannya tetap untuk Allah.”

Nizam tahu dia sudah keluar dari lingkungan safety zone pihak muslimin. Tapi untuk sampai ke satu lagi briged pertahanan, dia perlu melalui lingkungan kawasan musuh dan dia tahu, dia hanya berseorangan situasi cemas ini.

“Isteriku Hidayah ada di sana, anak-anak aku Aisyah dan Ahmad Fateh juga ada bersama. Aku tak boleh menyerah! Menyerah hanya untuk orang yang kalah sebelum berjuang. Menyerah hanya untuk orang yang mati sebelum tiba waktu ajalnya”.

…………………….

“Jumpa lagi Nizam”  

Motosikal berwarna merah hati itu dihidupkan. Merahnya sedikit pudar dilitupi debu-debu yang sudah lama dibiarkan tidak berbasuh. Nombor pendaftarannya juga sedikit patah, menghilangkan satu nombor yang sepatutnya ada. Bunyi enjinya seolah-olah dimakan usia, lesu dan lemah.  

Nizam terdiam, tak sanggup nak lepaskan hari seindah itu berlalu begitu saja. Nafas yang panjang ditarik terlalu dalam dan perlahan. Merenung jauh susuk tubuh wanita idamannya. Kata-kata seolah tersangkut di sekitar kerongkong.  

“Dayah… sekejap, aku ada sesuatu nak bagitahu. Penting!”

“apa dia? Aku nak balik ni”

“sekejap je, sini. Datang sini.”

“okay. Tapi cepat”. Hidayah melangkah perlahan, enjin tidak dimatikan. Menderum bagaikan bunyi latarbelakang yang melatari kebimbangan Hidayah atas permintaan Nizam. Hatinya terasa ada sesuatu.

“apa yang orang tua ni nak kenakan aku” getus hatinya.

NIzam tersenyum, kali ini sedikit sinis senyumannya.

“dekat lagi”

Hidayah setapak ke hadapan.

“dekat lagi”

“kau nak apa ni Nizam?

“jangan takut, dekat lagi, aku tak boleh bagitahu kuat, nanti orang lain dengar”

“apa sajalah!, apa dia”? kali ini Hidayah benar-benar berdiri rapat dengan Nizam. Baginya, dia mahu Nizam segera berterus terang dan dia mahu pulang. Hari sudah menginjak lewat maghrib.

Nizam diam, tersenyum. Terasa seperti jeratnya sudah mengena. Nizam terus memandang.. Dia rasa berdebar, suaranya tersekat. Wanita itu benar-benar berdiri di hadapannya.
“sudahlah! Aku nak balik! Malas layan kau”, bentak Hidayah. Dia tidak suka dirinya seperti dipermainkan.

“sekejap” Nizam lantas menarik tangan Hidayah. Dia tersenyum kecil.

“macammana kau nak balik nanti? kunci rumah ada pada aku, tadi tertinggal”.

Wednesday, 20 February 2013

Hye!. Remember me?

Hye!. Remember me? 


Almost 3 months since November this blog tak ber update kan. Masa ada, waktu ada, internet pun ada. Tak ketinggalan malas pon ada. So HAPPY NEW YEAR!, SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI, HAPPY THAIPUSAM, SELAMAT HARI WILAYAH! dan GONG XI FA CHAI!..



25 DISEMBER 2012 juga adalah satu tarikh yang amat penting. TUNANG! Back then rasa kelakar bila baca post post yang lama. Luahan hati yang lalu, yang sarat dengan kata - kata yang beku, - engaged is not my concern, not now, not 3 years from now! (2011). Tuhan kalau nak terbalikkan kata - kata kita sekejap je. Tak sampai 3 tahun dari kata - kata tu dah pun bertunang. InsyaAllah akan terus diijabkabulkan tahun ni gak. Aaminn. 



Thanks SO MUCH for IBU, AYAH, ANGAH, ADEK, families, NIK NOR HIDAYAH, ma and abah (to be), families to be, friends and to all of you. Sincerely. 



Ok now back to job hunting.. Sebab in order nak kahwin dalam masa terdekat ni tak boleh satu office. Walaupun officemates kebanyakkan nya dah tahu bout this relationship tapi Big Big Boss belum tahu dan walaupun 'dibolehkan' tapi aku tak nak. Tak selesa suami isteri (InsyaAllah) satu office. It's weird!.. Hopefully either me or kesayangan yang akan dapat job dulu. Rezeki akan ada. InsyaAllah.



So story mory pasal fantasy dah tak ada dan harap untuk selamanya sebab we'll be jump into reality this time. So GOOD LUCK for US and EVERIBEDI. XOXO. 



hahaha sumpah gedik!..

Thursday, 22 November 2012

Merepek

Hari ini aku sakit gigi. Satu kerja pon tak dapek nak dibuat. Satu kerja pon tak jadi nak focus. Jadi apa yang aku boleh buat? Melihat kembali ke atrikel-artikel lama yang pernah diterbitkan. Rasa kelakar pun ada. Rasabetapa jarak usia juga mempengaruhi akal sedar dan tanpa sedar kita. Then tetiba terbukak entry lama yang bertajuk BFF dan lover. Ermm BFF..? Lover..?


itu entry yang lama. And still sampai sekarang aku masih percaya lelaki dan perempuan kalau rapat dan terlebih rapat tak mustahil mereka satu hari nanti akan bercinta. Well!.  Banyak dah bukti terjadi di depan aku. Sebab dengan seorang kawan sahaja yang tau erti susah senang bersama kita. Yang sanggup berhabis berpanas berhujan untuk tolong kita, untuk dengar masalah kita. The most important is, dia lebih tahu sisi gelap kita.

Ini draft lama. Masa aku sakit gigi minggu lepas. Sekarang dah ok. Tapi itulah. Kalau dah takda mood nak menulis. Haram lah nak bersambung bagai. Padahal memang takkan bersambung!.
Sekarang ni aku dah tak tau nak merepek pasal apa. So far semuanya kelihatan ok. Dah hampir nak proceed ke step yang seterusnya. Doakan.  =) Doakan juga kerjaya aku yang aku rasa masih lagi dalam keadaan yang tak memuaskan. Yep!. Aku tau aku kena bersyukur dengan apa yang aku ada, ramai lagi jobless di luar sana yang tidak ada apa-apa kerja sekarang. Then siapa kata yang aku tak bersyukur? Aku bersyukur tetapi aku nk improve kan kerjaya aku.

Dan aku rasa sekarang tiba masanya aku mengalah. Aku akan mohon DPLI kalau dibuka. FULLSTOP!