Saturday, 16 January 2010

Hari berjumpa rafael da silva




Baru balik subang.. sedikit kepenatan dan kelelahan.. jap lagi nak pi tengok bla straight dari jam 8.45 sampai jam 1.. kata bujang.. hahaha...




At first semalam masa gie subang, punyalah semangat.. Ingatkan sabtu dan ahad adalah kerja part time coaching tu.. Dapat jugak ambil gambar dan snap sana snap sini... Coaching budak-budak sekolah rendah.. On the way ke subang tu pada malamnya, telefon penyelia Smash Kit Company, kak Niza... Then dia kata cancel minggu nie.. Aduh.. Rugi je minyak ke subang dengan semangat yang bekobar-kobar.. Semangat Nak mencium bau duit sebenarnya.. hihi..


Tapi, datang ke Subang ni pon ada jugak kesempatan yang boleh diambil.. Bukanlah kesempatan tu untuk menyelak kain orang ye... Nak jumpa player manchester, Rafael da silva... hehe.. melepas rindu.. mamat ni kalau jumpa je mesti terkam.. Peluk, dukung dan gigit.. ouch!!.... 





(ni si adik, diberi nama rafael kerana rambut nya sebijik macam hafiz AF, namanya Adif)


Semalam jumpa si adik melayan sampai kul 12.. tepat adik tido, abang lak bangun.. abang ni roy keane ko sebab boleh tahan lasak jugak.. Maka melayan lah kartun kul 12 sampai 3 pagi.. Naik berputar mata melayan...





(si abang roy keane, namanya atiq, peminat setia ben10)


Dapat lah tgk Power puff girl, ben 10, mickey mouse pon ada.. kembali ke alam si kecil..Si mat lang pon layan je.. Agaknya dia ingat Mat Lang ni acik epong versi besar kot.. hehehe... Tapinya rindu betol ngn budak berdua ni.. So kesempatan tu dapatlah melepaskan rindu... 


Ikutkan kalau ada coaching balik ahad.. tapi tak ada kena jugak balik arini.. Sigh.. sekejap je melepak kat umah cousin.. subang suria... sekejap je lah jumpa rafael... 


nway hope minggu depan adalah coaching dan dapatlah job offer tusyen tuh.. side income!!.. huhu...

Tuesday, 12 January 2010

kemahuan...




Kita sebagai manusia memang tidak lari kan daripada memiliki nafsu dan kemahuan... Aku pun.. Dah pelbagai kemahuan kadang-kala kita tidak dapat.. Pelbagai.. Termasuk keputusan yang cemerlang dalam exam, kemahuan terhadap kebendaan dan pelbagai.. Kemahuan untuk memiliki seseorang seperti itu dan ini..



Tapi bagaimana kita mencapai kemahuan kita itu.. Kadangkala bukan mudah.. Kadangkala menempuh halangan dan perkara yang sukar..


Dan ada sesetengahnya, memang kita tahu kita tak akan dapat.. Seperti ingin menyunting rakan lama, tapi rakan lama tu dah pun menjadi isteri orang.. Contoh sahaja... Bagaimana kita mahu menerima hakikat yang kemahuan kita itu tidak akan dituntuti... Tidak akan diperolehi...


Demm... Korang tak akan tahu betapa banyaknya kemahuan aku tak dapat diperolehi... Berapa kali agaknya aku sudah katakan pada diri, kesyukuran itu perlu.. Syukur dengan apa yang ada...


Ya.. Aku takut aku sudah lupa pada erti Syukur.. Kita senang, ada yang susah.. Kita susah, ada lagi yang susah... Celarunya emosi...


Hidup ini tidak akan seindah mimpi..
Hanya apa yang kau bayangkan, ianya akan terjadi sepetik jari..
Hidup in adalah pentas dan drama..
Satu kesilapan ianya tidak akan mudah berpatah masa..
Hidup ini adakah satu kesilapan?
Kerana kita tidak tahu untuk menghargai..
Betapa bernilai harga sebuah kesyukuran pada Ilahi..


sorry.. aku PMS!!... Demm

Monday, 11 January 2010

Anugerah Juara Lagu



baru balik dari tgk AJL 24 live... weeeeee... thanks kepada kak marine dan husband kerana mendapatkan tiket free untuk saya.. Jadi dengan semangat teruja nk tengok secara live pertama kali.. Maaf lah kalau entry ni ada sikit baur baur jakun.. hahaha..





Pembukaan sungguh memukau dengan Dato Siti Nurhaliza dan Lan the Typewriter.. Sangat memukau... Cukup untuk memberi first impression yang sangat bertenaga... Berbaloi dengan penantian yang menyeksakan untuk beratur menunggu masuk ke dalam stadium..



Nway AJL 24 ni boleh dikatakan sebagai anugerah juara untuk juara... Disebabkan yang bertanding semuanya adalah bekas penyanyi dari realiti tv... Apa yang terbukti depan mata, walaupun aku x suka indie band, tapi sungguh!! indie band memang mendapat hati peminat.. terutama Bunkface.. Satu dewan menyanyi bersama-sama dengan fans club turut menari depan pentas.. Sangat seronok.. same goes tu Hujan... tumpang meriah jap..



Persembahan hafiz: Masih Jelas juga sedap.. terasa kelunakan suaranya... Begitu juga akim, misha omar, dan tomok... menunjukkan persembahan yang bertenaga... Dan black suaranya memang x sah kalau x menang vokal... Bila dia tarik tu semacam ada aura..



Stacy seperti biasa bertenaga menari tanpa kenal erti penat... dan semualah kecuali YUNA... aku rasa yuna tu x yah menanyi pon xpe.. live macam hambar je persembahan dia... x sedap pon.. Aizat.. tak yah komen yang lagu pergi tu.. memang feeling habes.. Yang lagu kau aku... tersangat comel budak sekolah menari..



Faizal tahir tetap menawan dan gempak walaupun terlihat wajahnya yang seakan-akan menahan sakit..  oklah untuk no 3..  Lagu-lagunya akan tetap di hati..



Apa yang bestnya live ni.. benda yang tak da dalam tv, ada depan mata.. penari dari segenap sudut.. dan boleh tahu macamana diorang tukar stage... jeritan fansclub... banner dan kain rentang setiap fansclub artis masing2.. meriah dan sangat cool ok... teruja jap!! oh ya.. aku nak jadi penanyi.. nak bertanding AJL tahun depan..



kalau diberi pilihan sebagai suara veto.... Aku sokong SEARCH sebagai pemenang.. Gempak habis!! Satu stadium menyanyi beramai-ramai.. macam tgk konsert SEARCH lak.. untuk Jay Jay, bagi yang tgk live di luar stadium, persembahan dia dilakukan 2 kali... Maybe kerana masalah teknikal..



nway puas hatilah.. terasa kemeriahan dan suasana bahang AJL... tahun depan boleh pergi lagi ni...




Sunday, 10 January 2010

Gunung Ledang: Misteri Akhir




Tajuk nak gempak.. aha.. Balek dari pendakian Gunung Ledang tu, sebenarnya aku antara mereka yang turun lambat sekali... Tiba ke base camp lebih kurang jam 10.30 malam... Kami berempat, ikin, amir fahmi dan asmiza.. Beserta seorang ranjer Ledang.. Disebabkan asmiza tu mengalami kesakitan di lutut akibat kemalangan yang pernah dia lalui dulu.. Berbekalkan semangat "esprit de corps" (ehe).. Kami pon meredah lah hutan Ledang secara perlahan sambil mengumpat, bergossip dan bercerita isu semasa.. Ada ke? part Game dan EPL lah.. hahaha...



Semasa turun tu, expect akan sampai dalam kul 7 paling lewat... Tapi disebabkan lampu suluh yang terhad, ianya mengehadkan lagi perjalanan... Lampu sulus ada 2 je untuk 4 orang.. Satu lagi tidak terang..so overall ada 3 kesemuanya.. Malam kat hutan Ledang tersangat gelap.. Aku pon x expect sgt gelap.. Biasanya akan ada spot-spot yg terang disirami cahaya bulan.. Dengan penglaman ada dalam hutan... memang tak akan gelap mana.. Maybe sebab susunan hutan di gunung berlapis-lapis.. Jadinya cahaya bulan x sampai (boleh jadi tak teori ni)..



Alhamdulillah, tak ada pengalaman yang menakutkan.. Cuma kami ada terdengar bunyi benda jatuh betul2 di sebelah.. Tengah rehat masa tu.. And then renjer Ledang tu pon sergah benda yang jatuh tu "hey".. sambil suruh kitaorang ni beredar dengan secepat mungkin.. Apa yang jatuh? boleh jadi buah, haiwan ataupun misteri.. heeee....



Kalau hutan dah gelap.. Memang pelbagai bunyi akan dengar.. Tapi mental tu kena pikir semua tu bunyi haiwan.. memang pon.. Ada bunyi monyet, ungka, dan pelbagai jenis burung.. kalau mengaum tu, amaran suh lari lah.. Kalau lari pon, lagi teruk. Sangat gelap, dan terkeluar dari track..



Sumtimes ada jugak bila suluh ke pokok2, sekali imbas ternampak sesuatu yg putih, ada merah2 di tengah2 nya, kecik2... Berani kan diri suluh betul2.. Just pokok.. Maybe betul ada, maybe khayalan sebab gelap dalam hutan kan... Banyak kali jugak, disebabkan aku yang pegang lampu suluh tu.. Aku yang akan jalan dulu sorang, cari track.. Dan suluh ke atas.. Untuk bantuan As dan ikin untuk turun... Amir fahmi belakang sekali.. Dalam sorang2 tu terpikir gak, ada binatang ni.. mana aku nak lari dulu... Jarak antara renjer Ledang depan sekali, untuk bagi bantuan menyuluh aku.. Aku untuk suluh yang belakang.. jauh gak.. dalam keadaan gelap mybe terasa jauh..

tapi tulah pengalaman dalam hutan dalam gelap.. takut pon ada.. Down pon ada.. tapi kalau kita down, yang sakit tu mesti akan lagi down.. Alhamdulillah sampai juga ke base camp.. Lenguh bahu, lutut tak yah cakap... Beg disandang dari awal pendakian waktu pagi sampai ke akhir turun ke base camp.. Hampeh...



Yang banyak mengalami benda pelik2 terjadi pada group yang second last, turun dalam jam 7.30-8.00 mlm.. Diorang ternampak satu track yang seakanakan kiri dan kanan tu membentuk susunan yang cantik.. macam kebun... Diorang ckp kat renjer, "kita pernah lalu sini ke bang, ada kebun getah ni".. renjer cakap "jangan tegur, jalan je" ( dialog lebih kurang ye, sebab bukan saya yang alami)

Dan lagi diorang juga macam terjumpe satu rumah kayu yang cantek.. (cantek ke? aku tambah je ni).. lebih kurang lah..  Aku pun tak nampak celah mana ada rumah.. Mybe sebab diorang turun tu dan sampai tu dalam maghrib.. 



So far, oklah Trip ke Ledang kali ni.. Puas!! 

Gunung Besar Hantu? malas kenang!! hahahaha...


p/s: gambar adalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan misteri akhir.. 





Thursday, 7 January 2010

Gunung Ledang



Dah hampir 2 minggu aku naik Gunung Ledang, baru nak tulis entry ye.. sungguh malas.. Aktiviti ni dianjurkan oleh kelab angkat aku Xtreme-C pada 25-27 Disember yang lepas.. Jadinya dah 2 kali aku ke puncak lagenda ledang yang sebelum ni dianjurkan oleh persatuan kandung aku, Persatuan mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)..

Cuma ada sedikit beza antara pendakian yang sebelum ni dan yang dianjurkan baru-baru ini.. Berbeza dari segi track pendakian dan base camp.. Cuma rasa kalau dapat base camp di Kolam Anak Gajah sangat best dan sangat survival.. Gelap dan tidak ada langsung kemudahan.. Tapi tidak apa, kerana Ahli Xtreme-C is the best among the best.. (Ahaks, pujian ni)... tak hipokrit ok...

Nak cerita pon basically sama je... Pendakian ke puncak memakan masa hampir 6 jam.. begitu juga dengan turun ke base camp... Basically juga, pendakian ni memang lah susah, penat dan mencabar mental terutama di Ledang terkenal dengan KFC (Killing for climber).. Batu-batuan mencecah hampir 60 darjah... jadi biarlah gambar berkata-kata... Ad yang nak bertanya silakan... (malas betol nak bercerita)



Damn.. Guni ni kena pikul dari Check Point Gua Kambing sampai ke atas..
Sikit punya ringan.. melecet tgn..






Di Check point Taman Bonsai.. Lagi berapa minit saja lagi untuk ke puncak..
View di sini tersangat menarik..



Ni model kita sedang mendaki batu hampar.. tersangat merangsang mental
bila melihat batu hampar ni menegak depan kita.. naik just pakai tali yang disediakan









Puncak ledang boleh dikatakan puncak yang menarik, aman, sejuk
dan mempunyai view yang sangat menarik















Keesokan harinya diadakan aktiviti abseiling.. Yang tak abseiling tu boleh lah bermandi manda
dengan air terjun.. Boleh dikatakan menarik jugak..






Ada request suh aku ceritakan kenapa aku turun paling lambat.. Jarak antara group aku dan group second last turun ke base camp lebih kurang 2 jam.. Aku sampai ke base camp dalam jam 10 malam.. Nak cerita? nanti lah sambung ek.. (nak jugak bersambung.. hahaha)

p/s: sorry kak aza, entry pasal pertunangan tu ditunda ke entry seterusnya.. heeeee

Tuesday, 5 January 2010

Kotornya Tasek Kejut




Ya.. Tadi petang saja berjalan-jalan di tasek kejut.. Rasanya sebagai seorang pelajar terlebih umur, 4 tahun, jarang sekali pergi ke tasek ni.. sebulan belum tentu sekali.. sebabnya.. memang kotor.. dan tak berapa indah sangat pon dimata.. sedang-sedang je lah... Lihat saja gambar dibawah.. Sampah dan daun-daun kering yang sangat tidak terurus..





Sebenarnya, kalau ada penjagaan yang betul, tasek kejut ni boleh jadi satu pusat riadah yang utama di kalangan pelajar-pelajar UKM.. Hiaskanlah lansdscape betol2.. Wujudkan pusat menyewa basikal, wujudkan track jogging yang sempurna.. Nak buat taman permainan seperti gelongsor pon boleh.. Maknanya bukan pelajar, tapi staf-staf pon boleh bawak anak-anak beriadah disini.. Barulah wujud keceriaan dan kecerdasan..





Kalau orang malas nak jogging, boleh sewa basikal.. Cuci mata tengok awek dan landskap.. Jalan-jalan pon dapat kuarkan peluh gak.. Lagi bagus kalau ada kayak, memancing dan sebagainya.. Sampah sarap dikutip setiap hari oleh pekerja.. Sebenarnya biasa je di mana mana tasek pelancongan, sampah sarap akan dikutip mengikut rutin seperti di waktu pagi dan senja.. Nak harap bebudak ni kutip memang sampai bila pon mentaliti tak berubah..( aku pon tak kutip, banyak sangat kot).. Lagi teruk kalau ada yang sesuka hati membuang sampah.





Aku tak ada Facebook Naib Canselor.. Kalau sesiapa yang ada, curi gambar ni.. buat aduan ya.. Selamatkan Tasek kita!!.. yehaaa...