Thursday, 11 February 2010

Gua Lu Tak Paham Beb



Wahaha... Semenjak minggu ni, gua rasa nak cakap gua-lu je.. perghh.. ni kompom sangkut dari Adnan Sempit... Abes semua orang gua tibai cakap this way-way lah... Tapi gua tak macam Aduka Teruna yang kontroversi tuh.. Dia senget, mulut tak cuci.. Biarkanlah dia...

Gua ada benda yang tak paham ni beb.. Gua konpius lah... Apa beza couple, Scandal, Teman tapi mesra dan Kawan-kawan... Kalau makna ni lain-lain, kena ada peraturan lain-lain ke? Yang Gua paham orang rumah/bini/isteri.... Tu kompom malam pertama dah jadi halal beb... Yang lain-lain ni?

Lu semua ada jawapan tak?

Couple?
Scandal?
Teman tapi mesra?
Kawan-kawan?

Wednesday, 10 February 2010

Monday, 8 February 2010

Another Chapter


Kehidupan berterusan selama mana kita hidup
Selagi nafas ini kekal
Selagi itu ruang untuk kita merasai suka dan duka
Perjalanan kita umpama roda
terkadang atas terkadang bawah
Perjalanan kita umpama pentas
Melakonkan watak yang bukan cara kita


Hari ini bagaikan bukan hari kita
kau ada jalannya
dan aku akan tetap mencari jalanku
Kalau ini akhirnya
betapa aku memilih untuk tidak mengenalimu


Kasihku menjangkau imiginasimu
Sayangku melepasi batas akalmu
Deritaku simpan jauh dari pengetahuanmu
Abadi rasa cinta tak siapa pun akan tahu...


Ego ini kadangkala memakan diri
Disebaliknya ada terselit yang tersirat
Perhubungan bukan sekadar jambatan kebahagiaan
Penderitaan akan mematangkan fikiran..


Kalau ini akhirnya..
Biar kita sama-sama bahagia..
Biar kita sama-sama siksa..
Kalau esok, merah jariku di inai..
Aku harap ia adalah kau..
Di sisiku..




Friday, 5 February 2010

Sangat Memilih


Katakan di sebuah taman ada sepasang sahabat yang akrab berlainan jantina.. Namakan saja mereka Melati dan Awang..

Melati:  Awang, kau rasa kan, kau suka wanita yang bagaimana?


Awang: Semua lelaki sukakan cantik, bibir yang cekci macam Angelina Jolie, tubuh yang mengiurkan seperti Megan Fox, dan suaranya mesti menangkap lentok hati aku.. Kalau kau bagaimana plak?

Melati: Kalau aku, sukakan dada yang bidang dan taf macam jacob si bulan baru, bulu dada yang nipis, dan mestilah hensem...

Awang: Tip top betul citarasa kau kan...

Melati: Mestilah.............

Lalu mereka berdua diam menyepi tanpa sadar yang mereka berdua saling menyintai antara satu sama lain..

Sebenarnya lelaki dan perempuan yang mana lebih memilih?
Dan apa yang jadi ukuran, luaran atau hati budi?

Sebab ada sesetengah orang, luaran akan jadi point utama before mengenali seseorang itu secara dalaman.. 

Sebagai contoh, si Melati ni minat pada lelaki dada bidang, asal yang pendek dan hitam (Awang) terus direject tanpa dia tahu yang Awang betul2 sayang pada dia..

Melati berkenalan dengan Badik yang berdada bidang walaupun Melati tahu Badik ni panas baran, mengongkong hidup Melati dan suka memarahi Melati.. tapi kerana Badik ni taste Melati, dia tak kisah walaupun dimarah, dicaci dan memaksa diri untuk terus menyanyangi Badik..

(Logik ke kisah macamni? Logik beb, jalan cerita hampir sama)

Secara ikhlas, dunia sekarang ni, ada ke yang tak kesah pasal luaran, tapi mementingkan hati budi secara seratus peratus...? Ada ke?

Thursday, 4 February 2010

My New Header

Malam tadi terpikir nak membuat satu header.. Tapi layout ni kurang seswai lah plak nk bwat header.. Then terpikir, tak salah kalau ruang slide show yang diberi, aku gunakan as a blog header.. Dan ini hasilnya : - 





Rasa puas hati lak...!! hahahaha... 

Wednesday, 3 February 2010

Clamp Slamp..



Tajuk gempak tuh.. Clamp Slamp... Clamp adalah sejenis benda alah kuning seperti ditunjukkan di atas ni.. Slamp tak tau lak aku.. Tapi bila di tanya pada Google, jawapannya adalah sejenis lampu buatan Italy.. haha.. korang pi lah carik sendiri...

Park and Ride dah jadi bualan pada blog aku before this.. So malas dah nak explain dan bangkang ke apa tapi nak bgtau for the first time, kete aku kena clamp dalam kawasan UKM ni disebabkan park and ride yang bo-doh ini... 

Aku balik men futsal dalam kul 3 pagi dan kawasan hostel aku @ Ungku Omar memang dah xda tempat nak park.. nak tak nak aku parking jugak di kawasan yang telah diistiharkan sebagai parking kakitangan... So kenalah clamp yang bewarna kuning... Bengang memang bengang.. Marah memang marah.. Nak wat cmna? Tak kan aku nk demonstrasi lak depan Canselori... 

Aku ada snap gmbar kereta aku kena clamp.. tapi maleh lah nak upload dalam laptop.. So again, uncle Google yg tolong carikkan gambar ni..

Terpikir gak.. Kalau aku beli satu benda-alah-clamp ini, bagus juga.. kan.. mengurangkan risiko kecurian... pergi mana2 pon rasa selamat... Terlupa kunci kereta pon masih rasa selamat..

Aku nak cari satulah clamp ni.....

p/s: Duh, nak bangun pagi.. 2nd class tutor for form 2 student...

Monday, 1 February 2010

Tulis


Tulis, lukis, dan kira..

Bangang... Apa yang aku nak post nih.. Kosong.. Masih ternganga sepi..

Terngiang waktu itu, benci...

Draft Theses, football manger09, coaching badminton, home tuition, lab..... adui.

Kalau dimensi itu membenarkan aku melihat 
apa yang terjadi pada waktu hadapan
tak kan ku sesali keputusanku
kalau aku tahu apa yang ada di pikiran
waktu kini berbanding masa lalu
takkan aku benarkan tindakan ku

aku rasa semuanya hampa
tatkala waktu masih berjalan
sedang harap ku ianya berhenti
memutar jarum memberi kesempatan
pada aku untuk merubah jalan
yang kini masih diteruskan