Wednesday, 1 September 2010

Erti Kemerdekaan

Hari ni 1hb sept 2010. Tak terlambat sangat rasanya nak mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53 buat semua warga Malaysia.




Apa yang korang tau makna merdeka? Soalan klise kan yang biasa ditanya dalam temu ramah bila ada wartawan datang nak buat liputan kemerdekaan. Maka banyaklah jawapan yang timbul. Merdeka adalah kebebasan. Merdeka adalah jasa pejuang-pejuang terdahulu. Merdeka adalah bermakna tidak dijajah dan pelbagai 1001 jawapan pasti ada tentang merdeka. Bila dirujuk pada kamus dewan. Ini maknanya;


/merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri:


Pada pandangan peribadi Merdeka bukanlah sesuatu yang boleh ditakrif hanya bersandarkan kata-kata. Merdeka dapat ditafsirkan dengan jati diri, kelakuan, sifat, pemikiran, semangat rakyat dan bangsanya. Kalau setakat kata dan laungan Merdeka! tidak dapat membuktikan anda mempunyai semangat patriotik yang tegar. Tidak bermakna kalau sekadar bangga memegang panji jalur gemilang tetapi gentar berhadapan dengan musuh tatkala seruan mempertahankan negara berkumandang. Jikalau apa pun tanggapan anda tentang merdeka, tindakan mesti mengatasi bicara dan kata. Bukan setakat pandai cakap atau menjual maruah bangsa dan negara pada negara luar!..


Panas juga hati bila ada facebook rakyat Malaysia menunjukkan hilangnya semangat kemerdekaan dengan mengeluarkan status lebih kurang begini;


wtf merdeka, selagi ada kronisme dan korupsi, kita masih lagi dijajah


Mungkin ada yang setuju dengan dia, mungkin ada yang tidak. Tapi kasihan, mungkin dia bijak dalam sejarah Malaysia, tapi kurang cerdik dalam sejarah bangsa lain terutama sejarah tamadun Islam. Sebab apa aku kata begitu, mungkin Tuhan telah merencanakan sebegitu rupa kerana tidak ada yang sempurna. Korupsi akan terus berlaku begitu juga dengan kronisme cuma yang berbeza tahap pengawalan dan kadar kekurangan amalan itu berlaku.



Secara kasar kalau bapak dia menjadi pemerintah tertinggi pun sedikit sebanyak akan wujud jugak kronisme dan juga korupsi cuma sedar tak sedar je!. Parti memerintah atau parti pembangkang kalau dapat memerintah pon akan ada juga penyelewangan, korupsi dan berbagai salah laku. Atau korang obses dan taksub sangat dengan parti masing-masing sehingga menidakkan kenyataan ini?



Dan kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang kita kecapi. Dan tolong jangan rosakkan negara kita dengan meniupkan sentimen perkauman. Dan tolong jangan nak menjadi hero bangsa dengan menolak satu persatu hak keistimewaan orang melayu. Dan tolong juga jangan nak menjadi wira bangsa dengan menidakkan hak bangsa lain di Malaysia ini.  Kita dah lama hidup dalam keadaan serba damai ini kenapa baru sekarang hendak merosakkannya!


p/s: Teringin sangat nak tengok Malaysia ini menjadi satu negara yang wujud dengan sistem khilafah lengkap dengan sistem matawang islam, undang-undang islam dan pentadbiran islam. Boleh ke?

Tuesday, 31 August 2010

Bengang



ok.. mulanya nak post bout kemerdekaan.. tapi disebabkan xpuas hati punya pasal... cancel post tu..!!


demm... ni semua rumah punya pasal.. tension3.. umah ni tgh renovate... kontraktor janji around 2 month.. skang ni dah nak jejak raya.. dan aku masih lagi tidor kat ruang tamu.. depan tv, kanan sofa, kiri meja makan, belakang, kabinet dapur.. atas kabinet tu ada cerek, periuk nasi berbagai... around aku ni ada mesin jahit dalam 4 buah!!.... bukan sebuah...! dan ada peti ais.. dengan dilimpahi beg2 plastik kain langsir.. ok... cukup mcm dalam neraka...


aku nk salahkan seorang je!.. kontraktor itu!... dahlah tak tepat janji... and then.. lantai senget, dinding senget... pintu tak muat frame... janji nak masuk cat dlm kontrak.. last2 tgn aku bermandi cat... lampu tkda, kipas pon xmasuk lagi.. bilik air pon x complete... pintu lak dah 2-3 kali anto pon salah, x sama saiz.. bukan kayu yang dikehandaki..  nak buat rumah aku ke nak roboh.. 


bukan cerewet.. tapi tu semua dah masuk dalam bayaran... so thats our right to demand... org tak cerewet pon marah kalau dinding senget... lantai pon obvious senget... kepala aku pon senget... (naseb bukan bilik aku) hahahaha.. gelak jahat jap!


cukup hangat!... nak je aku sonud direct.. buat kerja biar ikhlas!... bukan hamba, tapi bayar duit ok untuk semua itu! demm.. 


bila aku nak merdeka dalam rumah ni!!

Saturday, 28 August 2010

pulak!



suatu hari di bazar ramadhan




p/s: ada benar jugak ye tak... kebersihan itu penting!!...

Thursday, 12 August 2010

convocation day!



akhirnya.. tibalah waktu yg dinanti bagi semua pelajar universiti.. hari konvokesyen.. waaaaa. setelah semua yg berlaku akhirnya dapat juga bergraduasi..


tetapi ada juga yg berlaku di saat akhir nak konvo tu.. tgh sedap2 beratur boleh plak aku kena tarik keluar dari barisan... demm... aku pon bingai boleh pakai sneakers warna coklat belang-belang putih.. hahahaha... naseb ada kasut spare dalam keter.. cuma nya tak shiny shiny lah.. terpaksalah menjadi orang-orang yang terakhir.. penat menunggu.. malu pun ada.. hahaha.. kenangan-kenangan.. cuma xda lah gambar kenangan dengan my junior cosmate... haih...


si pertama sekali diucapkan terima kasih sgt kepada kawan-kawan dan SEMUA yang membantu menyiapkan tesis, bagi peralatan makmal, tolong suapkan note dan menyuntik motivasi...


dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan yang MENOLONG untuk aku dapatkan jubah konvo.. Jasa korang memang aku ingat sampai mati... sebab apa aku sangkut untuk dapatkan jubah? hahaha spesial kes...


terima kasih jugak kepada KAWAN2 yang datang support dan memberi convo gift masa hari graduasi.. tenkiu tenkiu tenkiu...


dan lastly special thanks pada FAMILY dan yang menyanyagi diri ini... thanks thank thanks...

terima kasih sangat-sangat pada SEMUA...


dan tak terlambat nak ucap


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN (", (", )

Friday, 6 August 2010

Gasing



ini dia cerita pasal gasing yang disebut dalam entry lepas.. aku masa sekolah rendah bukanlah seorang pelajar yang baik.. benda yang paling banyak aku buat adalah melawan cikgu.. tapi xlah sampai perangai budak skang... skang punyer perangai kurang ajar sampai boleh tumbuk cikgu.. aku dulu dari sekolah rendah sampai membawak ke form 3.. perangai melawan tu menyebabkan dah berapa kali aku ditampar, dipukul dan bermacam jenis denda dah aku lalui..


salah satu episod yang tak boleh lupa adalah disebabkan gasing yang sekor ni.. tak silap aku masa ni darjah 5.. masa tu satu Johor popular dgn gasing.. bukan gasing plastik mcm skang.. dulu masih lagi pakai gasing kayu.. harga pon affordable dalam singgit je seketul gasing tu.. siap dgn tali dan pemegang hujung tali gasing tu yang bentuk nya seakan-akan ceper@penutup botol...


maka tersebutlah kisah aku membawa gasing tersebut ke sekolah.. aku pun x ingat apa tujuan aku bawak ke sekolah tu.. gasing tersebut elok je dalam meja sekolah.. nak dijadikan cerita, ustazah yang mengajar pada hari tu tetiba saja nak buat sportcheck.. ustazah ni pun aku x ingat dia ni memang suka buat sportchech ke idak.. tapi time tu agaknya dtg hormon dia nak buat sportcheck.. abes satu kelas dia round dan tgk beg.. dah puas meronda, hanya aku sorang je kantoi dengan gasing aku tu...


gasing kayu ni xley rendam ngn air.. kalau ngn air kiranya dia akan rosak lah.. maka ustazah tersebut pun mengambil sebiji besen berisi penuh dengan air... lalu merendam gasing tersebut dalam air depan satu kelas.. macam demonstrasi memasak lak depan kelas tu.. aku ni pada masa tu punyalah marah yang amat.. gasing aku bai... penat aku kumpul duit nak beli tau.. aku dari td memang buat muka semcam je xpuas ati.. dan dan dia boleh rendam dalam air.. kalau simpan ke xdalah marah sangat kan..


aku ape lagi... terus bangun dan aku pon tolak lah meja aku sampai meja tu tumbang terbalik ke bawah.. hahaha.. meja kayu zaman sekolah rendah kan berat.. kalau jatuh ke lantai mesti bunyi kuat.. aku pun tak tau reaksi budak lain ngn ustazah tu macamana.. sebab lepas meja tu jatuh je.. aku terus keluar ikot pintu belakang kelas.. yang kelakarnya aku terus ke surau yang memang berada tak jauh dari kelas aku.. konon-konon nak ambil air sembahyang bagi ilang marah.. marah marah ustazah pon ikot ckp ustazah ye tak.. budak2 paham jelah.. kurang-kurang ajar pun menangis jugak time tuh.. bukan apa.. kesian kat gasing tuh.. ahahaha...


at the end.. adalah sorang dua pelajar perempuan pujuk aku balik ke kelas.. cakap ustazah suh aku balik kelas.. aku pun balik lah kelas.. xpandang pun muka ustazah tu, angkat meja (meja dah terangkat kot masa tu, entah aku lupa), dan duduk wat tak tau.. 


sampai ke darjah 6, kadang-kadang ustazah tu buat tak tau je ngn aku.. dia majuk ngn aku ke, atau aku majuk ngn dia.. hahahaha.... ades.. aku nakal kot masa sekolah rendah dulu.. tapi xdalah nama naik popular kan... cuma masa sekolah menengah form 3 je, ada famous sekejap nama aku dikalangan bilik-bilik guru.. hahaha... 


skang ni makin baik.. hahahaha

Saturday, 31 July 2010

permainan masa lalu




betul lah kata orang, zaman dah berubah.. zaman sekarang semuanya dah digital.. budak-budak skang lebih gemar main dalam rumah instead main lumpur, berpeluh di luar rumah... kalau dulu punyalah suka nak main bola kat padang sampai kena berebut ngn  orang dewasa.. tetapi skang mudah.. amek joystick then ajak 2-3 orang member, duduk depan tv dah boleh wakil untuk 12 orang.. hanya melalui permainan video..


melihat ragam budak2 skang yang gemar duduk depan tv maka teringatlah a few game yang ikot season masa kita kecik2 dulu.. satu persatu.. 


ceper

ceper ni adalah penutup botol dalam bahasa yang mudah.. just use 5 of it dan mulalah bermiain timbang dan kemudian selerakkan di atas tanah.. aim dan jentik.. hahaha.. nak terang susah.. dah main taulah kot.. tengahari yang panas adalah aktiviti biasa ke gerai2 belakang taman.. cari penutup botol yang tak pakai then bawak balik rumah.. esok bawak pg sekolah boleh jual.. hahaha....



yoyo

yoyo ni bukan murah regernya.. ada sampai mencecah ratusan ringgit.. maka bermulah episod x mkn kat kantin semata-mata nak bertanding membeli yoyo yang paling canggih time tu.. jenama yang pemes adalah bumblebee.. duduk di johor bahru, ayat yang paling tak boleh blah "aku beli yoyo ni kat singapore".. cet.. macamlah Malaysia xda jual yoyo kan.. memang ada tapi kurang pilihannya.. sebut skill mcm2 boleh buat.. walk the dog, to the moon dan ntah pape2 lagi..


digimon

yang ni plak pemes after yoyo td.. dalam darjah 6 tak silap.. sebok masa tu nak upsr maka sebok lah nak main digimon ni.. yang lawaknya bila gap antara kelas maka bercantumlah digimon-digimon tu untuk dilawankannya.. hahaha.. tercertuslah jugak skill ntah pape.. poison lah.. kod mati lah.. yang canggih sekali lah.. hahaha.. naseb bukan digimon betul2 muncul mcm dalam kartun tuh..



tamiya

yang ni paling lama season dia kalau tak silap.. dan paling banyak duit raya aku abes.. bayangkan untuk enjin je dah makan beratus ringgit.. keter adalah dalam rm50 tapi accesories tu mencecah ke rm500.. siyes!!.. belum campur track kereta. time tu sanggup beli track kereta yang harganya rm400.. ada lagi sekarang.. simpan je dalam stor.. game ni paling best.. sampai melambung-lambung kereta tu gerak dengan laju.. hahaha.. seornok3...



gasing - guli

yang ni pun main ikot musim.. well semua orang tau kan permainan ni.. next entry insyaAllah akan ada post about gasing yang sampai tak boleh nak dilupakan..

ermm banyak lagi kot.. tapi dah tgh malam ni xdapat nak ingat lah pulak.. hahaha.. saje terkenang kan zaman dulu..