Wednesday, 8 September 2010

Masih Seperti Begini (T_T)


Lagi 2 hari lagi kot nak raya. Rasanya semuaaaa dah sebok nak masang langsir baru, kerusi baru, tv baru, bini baru dan anak baru.. Tak terkecuali awek baru@awek raya.. (ermm nak jugak!)


Tapi u all (auww) semua dah tau kan kondisi rumah i.. So here the pics..  sob sob.. pic ni bhg bawah rumah jew kerana atas walaupun hampir siap (mungkin 5 tahun lagi) still xdapat nak angkut brg3..



kabinet dapur siap dgn periuk nasi bagai. blender pon ada.
 tgk! ada kaya, marjerin dan biskot bodo tanda kami kelaparan
belakang ada peti ais, dgn cerek dan iron.. gosok baju pon kat sini. ada rak bawang, telor dan pape ntah
meja makan pon kat bawah.. penuh ngn barang2 jahit
bawah meja tuh ada pinggan mangkuk
ada kain langir lagi atas kerusi
meja makan ni letak depan tv. so nak tgk tv kena tgk meja yang berselerak tu jugak
ni sebelah tv. stor. lengkap dgn meja laptop untuk aku berfoya-foya
ni lah tempat tido kami.. hahaha.. siap ada jembalang tanah lagi tuh!




p/s: ya walaupun macamni, still bersyukur sebab kat luar sana masih ramai lagi yang menyambut hari raya dalam serba kekurangan.. malah masih tiada tempat tinggal yang sempurna beratapkan langit berlantaikan bumi.


Ini entry ke 250 (oyeah oyeah)!!

Tuesday, 7 September 2010

Terkesan

Hari  ni sedikit terkesan dengan kata-kata seorang kawan lama.. Atau lebih tepat scandal lama.. ^_^ ( i hope she wouldn't read this)


Just an old scandal. nothing more. o_0

tak adalah terkesan mana sangat pon.. she said :

the old of me was so sweet and i can make people around me feel very special.. right now i was so annoying.. (really?)

it is true? i mean betol ke aku yang dulu more sweet than now.. dan aku boleh buat orang sekeiling merasa lebih istimewa. Atau itu cuma kata dia saja, bukan pendapat orang lain..


oh ya.. orang ramai lebih cenderung mengatakan aku sombong, skema dan kekanak-kanakan.. Cet! 


Sekarang ni pun walaupun aku bukan yang dulu more sweet or whatever, aku akan senantiasa membuatkan orang lain selesa ngn aku.. Aku akan sentiasa buat orang gembira.. Aku akan sentiasa buat kamu, kamu dan kamu lebih istimewa.. ( huih, siapa aku nak cakap mcmtuh)


At least i try.. Kerana semua orang kawan aku dan tak kan pernah membeza-bezakannya.. (tipu!)


yah. cuma ada yang lebih sedikit spesial berbanding yang lain-lain kerana istilah kawan, sahabat, rakan tu  berlainan maksudnya.. tapi layanan terhadap kamu-kamu i will try to be the best friends of yours... try me..!


p/s 1: nak juga tahu, betol ke aku boleh membuatkan orang rasa spesial walaupun dalam zaman skang?


p/s 2: first time i try my 3 years old scanner and its work!



Monday, 6 September 2010

Nak Panggil Apa ek?



Aku punya habit berangan semasa makan. Aku memang kuat berangan. Selain waktu makan, time2 yang seswai nak berangan duduk tepi tingkap dalam bas, atau duduk tepi tingkap masa hujan. Pergh! macam - macam boleh terbayang. 


eh! tertinggal.. satu port / keadaan yang seswai dan asyik untuk berangan


ketika beyak..


hahaha.. nice!


owh untuk angan edisi kali ni tertiba terpikir, panggilan apa yang seswai ek untuk anak-anak panggil kami.. hahaha.. mungkin papa mama, ayah ibu, abah mak atau abuya umi..? ermm aku lebih suka kalau panggil papa ngn mama.. nampak ader class gitu!.. nampak lah mcm branded dan materialistik sket kan..


tapi td terpikir.. bagus jugak kalau panggil dalam nama western east sikit, macam abuya ngn ummi.. eh! betul ke ayah ditranslatekan jadi abuya.. betol lah kot.. so ada 2 option, abuya-ummi atau mama-papa..


nnt kita decide ye.. ini angan saja


p/s: demm ko dah kenapa epong?

Sunday, 5 September 2010

Apa Kes?



Iklan raya tv3 yang terbaru.. Besh Giler! Chantek! Unik! Terbaek!

Pejadah Haram!

Kalau ye pon nak bodek kerajaan dgn tema 1 Malaysia janganlah iklan Aidilfitri dicampur aduk kan dengan agama lain.. Ini bab agama bukan bangsa..



p/s: jom kita main teka-teki.. unsur apa yang ada lagi dalam iklan ini selain Hari Raya?

Tu Dia

Malam semalam aku kacau memember aku Lan dan Ali lepas sahur dengan puisi-puisi yang terbit dari otak.. Sambil menjerit.. hahaha.. Dan aku terperasan aku rindu nak berpuitis-puitis ni.. Walaupun tak sedap mana tapi aku punya suka lah kan.. hahaha.. Jadi ini yang terbaru.. hahaha.. Konon-kononya macam terbitan Usman Awang lak..




kalau burung terbang tinggi
siapa sangka jatuh kebawah
kalau ikan menari di air
siapa sangka terdampar di darat


kalau kita punya hasrat
jgn simpan dalam dada
kelak derita akan berganda
memenuhi setiap ruang dan rongga


dunia ini sentiasa berputar
pada arah yang sama
cuma kita manusia
punya hidup yang berbeza


kau punya hati yang merah
aku punya cinta membara
kau punya cita padanya
aku punya derita sengsara


kalau alam boleh berkata
sampaikan kasihku padanya
kalau hidup akan berakhir
biar dia tahu besarnya kasih
aku padanya


p/s: tajuk? koranglah pk sendiri!

Friday, 3 September 2010

Cili Kering



Wah almaklumlah bulan pose kalau sebut cili mesti teringat masakan yang pedas-pedas kan.. Kalau belah johor dan melaka mesti ada satu hidangan yang tersesat dalam minda.. Asam Pedas... hurmmm.. Meleles plak air liur. Baru je azan subuh.. Naseb baek!..


Tapi ni bukan tujuan post kali ni. Cili tu perumpamaan jew. Kenapa kering? 


ntah. no idea!. 


Saje tetiba teringat awal-awal aku berbelog dulu. 


Kenapa? 


pon no idea! 


Habitat suka menulis barangkali. Ok, first belog just menggunakan frenster blog yg fofular pada kurun-kurun yang dulu. Tapi belog tu dah dicensored dah. Sebab terdapat unsur surih. Eh! Unsur jiwang yang melampau! ok. Abaikan! So kesahnya kat sini pada awal-awal aku terbitkan belog kat blogspot ni, terdapatlah suara-suara hijau daun yang mengasyikan kat telinga ni. Kata aku ni taik taik ayam lah, xkekal lama lah, perpoyo nak berbeloglah.. dan etc etc.. So aku pon howt lah.. Ye aku tau, aku hot! Tapi buat dek je.. Buat tak tau sudah!.


Tapi lama lah jugak aku nak maintain berbelog ni. Adalah sikit sesawang masa baru - baru nak belajar. Tapi ada mentor time tuh, sikit-sikitlah boleh maintain. At least sebulan satu entry/post. Korang boleh lah jenguk-jenguk 1st entry.. kelakor pon ada gak. 


Cuma yang nak ditekankan kat sini, suara-suara hijau daun tu lama-kelamaan mereka pon ada belog sendiri. cet! mengata dulang paku serpih! Mereka-mereka inilah cili kering.. hahahaha.. Tapi belog diorang tak satu pon yang tahan :P.. Yelah mungkin dorang saje bergurau kowt. Tapi mybe time tu hati kanak-kanak lagi. Sedikit sebanyak adalah robek terkesan kat hati.


Just teringat. Yang aku boleh maintain berbelog walaupun kadang-kadang xda benda dah nak ditulis.. Cuma tertanya-tanya.. Ada orang baca ke?


Kalau xda pon syok sendiri pon apa salahnya.. Janji tak

hangat-hangat taik ayam

p/s: sebab tau xda org baca lah aku boleh buat entry cili ni :)