Thursday, 30 December 2010

Motivasi Sekitar 10 minit

kadang - kadang kita terasa yang hidup ini tak semuanya indah... Maka kita banyak membuang masa dengan merungut dan merenung masa depan yang tak pasti kita nampak.. Pengalaman bekerja dalam sektor perindustrian atau bahasa pasarnya keje kilang ni sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda tentang erti nikmat dan bersyukur..


bayangkan operator kilang bekerja selama 12 jam dan hanya rehat selama 40 minit. Waktu rehat kebiasaannya mereka ni akan makan makanan yang dibekal dari rumah.. Tapi apa yang mengusik hati ini, bila ada sesetengah makcik-makcik operator yang rehatnya hanya beralaskan perut dengan bekal kacang tanah yang digoreng.. Air minuman pula hanya didapati dari water cooler yang memang disediakan di kantin kilang..




kita pula bila time lunch sibuk nak mencari McD, KFC, Pizza, atau nasi campur yang berkuahkan lauk-lauk yang sedap.. Bila kenyang, mata akan jadi mengantuk, kerja pon jadi malas..


Bila difikirkan balik, ada sebab mengapa kita berbeza dari cara hidup.. semuanya kerana impian dan harapan kita berbeza.. Dia mungkin berjimat.. wang perlu dihantar pada keluarga demi sesuap nasi.. wang dan pekerjaan baginya adalah satu keperluan untuk survival hidup..


Bagi impian dan harapan kita sama sekali sangat berbeza.. kita juga perlu berjimat.. tapi impian dan harapan kita sangat tinggi.. wang bagi kita lebih dari sekadar keperluan hidup.. kita perlukan pendapatan yang tinggi untuk bagi pendidikan yang sempurna pada anak-anak, kehidupan yang sempurna pada keluarga... dan kehidupan yang serba lengkap untuk kita mencelah arus pemodenan masa kini..


*kesimpulannya aku hanya bermotivasi sekitar 10 minit saja ketika tengok makcik tu makan kacang tanah goreng.. then bila aku mulai berfikir-berfikir-dan terus berfikir, aku jadi 'down' balik sebab harapan dan impian aku tersangat tinggi..


duh!

Sunday, 26 December 2010

Malaya Tiger! *update



Umum tau kita dah menang pusingan pertama final Piala AFF Suzuki.. Harimau Malaya dah koyakkan sebelah sayap sang garuda... Dengan 3 koyakkan...


So well done and congrats...


Mesti ramai yang cakap.. "Alah kalau Malaysia menang, semua nak bangga.. Kalau Malaysia Kalah semua nak caci maki"... 


Aku plak nk cakap... Kalau kalah tapi team Malaysia main dengan baik, tak da sapa yang nak caci maki.. Tapi kalau kalah dan main macam mintak kalah.. Sapa yang tak hot..?


Sekarang pembangkang selalu cakap.. rakyat dah pandai memilih, dah pandai mengundi... Jadi rakyat sekarang pon tau jugak team mana yang pandai main, team mana yang memang macam ayam...


Jadi so far, Malaysian team main memang the best.. keep up the good work.. and good luck at Jakarta nanti... 


bawak balik Piala Suzuki tu ke Malaysia...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

*update - 20 Dec 2010


Malaysia win the AFF Suzuki Cup


Congrats to Malaysian Team..


And now all you need is consistency

maybe Malaysia will get thro to Final Wold Cup


who knows..!


Congrats Again!

Sukar untuk Diramal!

minggu ni dan minggu-minggu depan pastinya akan berubah... 


setiap hari lepas tersedar dari lena, mesti berharap setiap keputusan akan berubah... tapi realiti tetap macam tuh... sejengkal pon tidak terusik dan berubah... jadi kita lalui saja hari-hari dengan perasaan yang seribu satu macam rasa...


semakin dewasa ini, aku tidak pernah dapat apa yang aku nak.. itu realitinya...


masa depan sudah makin sukar untuk diramal!

Friday, 24 December 2010

At This Time

At this time 


once again


i just wanna say


im totally 


give it up


and there's no point to still


work hard


coz the result would be the 


same

Wednesday, 22 December 2010

Pompuan memang emo kan..?

Agree tak kalau aku cakap pompuan senang emo..?


well aku percaya lelaki juga senang emo.. but tak semua lelaki macam tuh.. kalau ada 10 orang sekor je yang suka emo tak tentu pasal... macam shiall....


kalau pompuan dari 10 tu.. aku bagi 9-orang-emo... seorang je yang pandai rileks, dan bertenang dan tak marah-marah macam kau yang tahu semua kan!...


apesal pompuan senang sangat nak emo!... aku geram tol... kalau kau penat sekali pun tak payahlah nak marah-marah... cakaplah ko penat and then orang akan paham lah.. tak payah nak kaunseling aku sebab belum sampai masanya aku nak kaunseling ko balek....


kalau cerita pasal survived... kau campak aku kat mana pun, aku boleh hidup je... Nway kalau dah ada jawatan ko, buat apa wujud jawatan aku kalau aku yang kena buat kerja..? dahlah jawatan aku atas dari ko, tapi gaji sama.. so takkan aku nak buat kerja ko pulak...


most important thing to remember... kalau bekerja.. tak ada sesiapa yang boleh ko percaya even dia kelihatan baik dan nice... sebab kalau dia dah emo, babi kat hutan pon dia boleh nak marah sesuka hati...


aku emo dalam blog je.. aku x emo depan orang.!

interview... phew!

ada org cakap aku orang nya kelam kabut.. aku x percaya.. rite now aku mulai percaya.. yes.. aku memang kelam kabut..


masa on the way ke Bangi... everything ok.. well prepared.. lengkap sijil hape semua...


but masa pagi tu.. something happened.. aku masuk tunggu giliran sepertimana yang dijanjikan pukul 9am interbiu tu... Dalam list i'll be a second.. tapi sorang pon tak dipanggil lagi.. so i keep waiting untill kul 10.30 kot rasanya....


then masuk seorang pegawai yang i guess seorang penemuduga... tetiba terdetik hati nak check fail sijil yang dibawa.. rupaya-rupanya fail sijil tu berisi dengan keratan akhbar.. kartun-kartun yang aku lukis.. kartun-kartun yang orang hadiahkan kat aku... Sijij-sijil yang buruk coz tertumpahkan air kat situ.. Senang kata thats not the file that i want to show kat penemuduga..


aku dah start berderau darah.. tapi kelebihan aku boleh bertindak dan berfikir dengan cepat... so aku terus bangun dan mintak tundakan my turn.. aku saja bagi alasan aku sakit perut..


aku terus berjalan secara laju ke kereta untuk ambil file yang satu lagi..... untuk pengetahuan, Putrajaya time pagi memang sangat sesak, penuh dengan kereta dan parking yang super duper padat... so kereta aku memang tersangat-sangat jauh dari tempat temuduga tuh.. 


Sigh...


bila masuk berpeluh-peluh... mencair di semua part macam cairnya ais di kutub-kutub utara dan selatan...


then aku anggap itu mesti kelam kabut sebab pagi tu aku sampai lambat... 5 minute to 9am baru sampai... sebab aku x expect putrajaya jem sangat.. dengan parking yang sangat-sangat takda..


so far aku letak 50-50 untuk peluang kerja tu.. (-_- !)

Sunday, 19 December 2010

wish me.....

wish me luck..

i got an interview tomorrow

sangat inginkan kerja itu coz i believe ianya boleh membantu mencapai cita-cita, impian dan harapan yang dipasang selama ini... 

really-really hope...

so guys... pray for me and pray for my luck!

thanks

lots of love