Sunday, 31 October 2010

SPECIAL ENTRY

Ok Sejarah nya bermula begini.. Friendster telah bercinta dengan Friendster's Blog lalu mendapat cahaya mata yang telah dikenali dengan nama Blogspot ini.. Alkisahnya, Blogspot ini telah dididik dengan sempurna dan bertemu jodoh dengan Facebook.. Dengan hasil bancuhan yang sempurna melalu teknik permanian berhadas, maka lahirlah anak perempuan yang kiut miut dan telah diberi nama Tumblr.


Ok, enough dengan Sejarah, now kita belajar tentang Matematik dan Statistik







Overall




Jadi kalau kita lihat secara overall nya, kebanyakkan entry dibuat pada tahun 2009, patut lah pointer aku drop. Jadi pada tahun 2010, secara konsisten setiap entry dibuat adalah selari dengan kesibukan penulis dan juga membentuk semangat keyakinan dalam diri penulis.


Data-data yang lain tu korang analisis lah sendiri yek.. Aku pon dah tak ingat maths ni.. (sesiapa yang serius nak menganalisis, click pada picture untuk kajian yang lebih jelas) hahaha


Jadi sempena 31 October 2010 ini, genap selama TIGA TAHUN Blog ini telah wujud.. Blog ini juga menyaksikan setiap suka, duka, peperangan, kedamaian dan segala bermacam khazanah yang tersimpan selama tiga tahun ini..


Justeru itu, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pembaca tegar, pengkomen tegar, silent reader, yang termasuk secara tak sengaja, nuffnang readers (dengan harapan aku akan klik balik nuffnang mereka), blogger yang walking, jogging, running, swimming, dan kepada semuanya secara langsung mahupun tidak langsung..


Sebarang idea, kritikan, dan surat cinta boleh lah direct terus ke komen entry ni yep..


Good Luck and All The Best!


Happy Burfday My Blogspot... Love U Very The Much!

Thursday, 28 October 2010

Wednesday, 27 October 2010

Hak!

gambar tak da kene mengena..


Setiap dari kita punya hak dan kebebasan untuk memilih.. Tapi kenapa macam aku rasa hak dan kebebasan aku disekat.. Atau aku yang terlalu baik sehingga semua nak menurut apa yang orang nak! Demm...


Sampai bila? Sampai bila rasa hati aku terus dibelenggu oleh perasaan bersalah, perasaan nak membalas hati dan budi.. Aku bukan orang yang mementingkan diri.. Jauh sekali nak dianggap orang yang melupakan sesuatu bila dah beroleh kesenangan.. Aku benci perasaan ini.. Perasaan ini merupakan satu penyesalan yang memang dah tak dapat nak diungkapkan... Atau aku harus terus buang perasaan aku sendiri demi membalas hati dan budi... Sebab aku tau, aku harus membalasnya!!


Jauh sekali aku nak bertindak sebagai anak derhaka!...... 

Tuesday, 26 October 2010

interview



dalam minggu ni dah bberapa kali aku pergi interview.. bukan aku yang di interview, tetapi sekadar peneman atau pun menghantar kawan-kawan pergi interview.. baik tak aku? ya!, minggu ni je cukup tiga kali.. kesemuannya nun terletak di pasir gudang.. 


bila lah turn aku lak nak pergi interview ni.. hahaha.. demm.. ohh ya.. minggu depan aku bukak open interview pada semua yang nak apply.. syaratnya.. perempuan, beragama islam, pandai memasak, berkemampuan zahir dan batin.. 


interview untuk calon bini aku.. masa dan tarikh akan diberitahu kelak.. so.. get ready and stand by... ^_^

Saturday, 23 October 2010

LESTARI - Mahligaimu Dari Airmataku



Ok.. ini siyesly xda kene mengena ngn sesiapa ataupun kehidupan peribadi aku sendiri.. Cuma lagu ini teramat sedap dan dah seminggu asyik berputar-putar dalam kepala otak aku ni... layanzzzz...



Izinkan diriku meluahkan rasa,

Maafkanlah aku andai kau terasa,
Biar ku paparkn apa yg terjadi,
Moga engkau tak ulangi.



Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah,
Setelah lamanya menjalinkan cinta,
Dalam diam-diam kau sudah berpunya,
Tanpa aku menyedari semuanya.



Aku mendoakan agar kau bahagia,
Bersama si dia insan yang kau suka,
Percintaan kita tak sampai ke mana,
Setakat di bibir saja.



Sayang...
Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku bisa tak terkata,
Terhumban rasa diriku.



Oh aduhai ku masih ingati,
Janji manis dan saat romantis,
Kau pintaku supaya setia,
Akhirnya kau yang berubah.



Oh tuhanku tabahkan hatiku,
Temukan dengan ketenangan jiwa ini,
Dibelasah rindu,
Tetapi apa dayaku.



Ku cuba pejam mata tapi tak terlena,
Keranaku masih teringat pada mu,
Begitu payah nya nak ku melupakan,
Pernah kah kau memikirkan oh sayang...




Friday, 22 October 2010

so-sial


yep.. aku orang yang suka bersosial.. tapi bukan liar.. aku suka lepak, lepak hirup embun malam.. menikmati sisa baki usia remaja.. coz kita semua tahu bila dah bekerja means kita dah hampir ke alam dewasa.. bila dah kawen maka completely kita dah boleh dianggap dewasa.. so dah dewasa sendiri mau ingat lah, kena ada tanggungjawab, gejala sosial kenalah ada batasan...




Lately, aku keluar dengan kawan-kawan universiti dan kawan-kawan sekolah.. bila kita bergaul dan sharing ideas and information, kita akan lihat setiap orang ada corak pemikiran tersendiri dan hala tuju masing-masing... Rasa seronok bila kita dapat lihat perbezaan pemikiran tuh tak kira lah dari aspek kerjaya, isu-semasa, ataupun politik.. The best effect nya kita akan gained more knowledge...


After graduate, aku rasa down dan tak tahu apa impian aku, apa hala tuju dan apa masa depan yang aku perlu lalui.. hilang punca dan putus asa... and know walaupun kita semua berbeza pendapat but ia memberi semangat bahawa apa yang kita lakukan ada lah yang paling tepat selagi ia tidak melanggar undang-undang agama dan dunia.. Perlu yakin bahawa setiap keputusan yang kita amek adalah betul.. dan sentiasa percaya dan usaha.. yang lain kita serahkan pada Yang Maha Melaksanakan..


And now, its clear, i wanna be....................