Showing posts with label None. Show all posts
Showing posts with label None. Show all posts

Monday, 18 July 2011

Azam


Semalam aku terbuka post lama dalam blog ni. Dan rasanya agak kelakar. Bila buka post-post lama then u'll thinking, there's different or not dari segi pemikiran berbanding kamu yang kini ataupun kamu telah banyak berubah. Mostly kita akan berubah jadi matang berbanding dulu. Dan banyak prinsip-prinsip dulu telah pun bertukar disebabkan pengalaman kita.


Aku pun banyak merubah prinsip sesuai dengan keadaan. Kalau dulu aku percaya kawan lelaki dan kawan perempuan yang baik, peratusan mereka untuk bercinta sangat tinggi. That’s why aku agak jarang nak terlebih mesra dengan kawan sendiri. Kalau ada pun tak kerap. And now, bila tiba part perasaan, either kerap berjumpa or not, best friends or stranger, bila dah terbit perasaan tu, u will fall into it. The light and darkness of love, kita kena tempuh juga.

And strangely aku pun perasan kenapa aku ni macam tak ada market je kan. Haha. Either dulu orang tengok aku ni sebab sudah berpunya kot sebab tu tak ramai yang curi-curi mengurat kot. Haha. Maaf lah kalau part ni semacam terperasan sendiri sikit. Hehe. Or somehow aku sebenarnya pretend to be someone else. Aku yang dulu telah banyak berubah. Aku tak adalah merentasi onak duri yang berliku macam dalam cerita Harry Potter tu, tapi dugaan sikit yang telah Tuhan berikan ni banyak mencorakkan perubahan yang besar pada kehidupan kita. 


Semakin besar impian seorang lelaki, semakin besar ego lelaki. Ego untuk mendapatkan cita-cita tu memerlukan persaingan, ketabahan dan azam yang tinggi. Bila kita telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi, apa akibatnya bila kita sekali tergelincir? Masih berbaki kah azam kita untuk memanjat semula impian itu. Kalau ada sisa-sisa itu untuk diteruskan, baguslah. Bagaimana pula jika kita hanya mampu memandang dari tempat kita terjatuh. Bila orang lalu di sebelah kita, kita Cuma akan bercakap, “ya satu hari nanti aku akan sampai ke puncak sana” tapi kita bercakap sambil memegang lutut yang berdarah tanpa sedikit pun rasa untuk bangun dan terus bergerak. 


Aku kadangkala cemburu dengan diri sendiri yang lalu; seorang yang happy go lucky, ceria, peramah, bijak menyembunyikan perasaan marah, tak pernah nampak sikap bad mood, and I will treat everyone equal. Itu bukan aku yang cakap. Serius. Mostly come out from my friends. Tapi tak mungkin boleh kembali seperti dulu. Because apa yang berlaku kini sudah sebati dalam diri. Jadi seberapa banyak kamu sedar tentang perubahan kamu yang ketara?


Seorang lelaki haruslah matang untuk mencorakkan kehidupan diri sendiri sebelum dia bersedia untuk mencorakkan kehidupan orang lain sebagai pemimpin keluarga. Kalau asyik berfikiran negatif then how come u nak ajar keluarga tentang positive side kehidupan ini yang sebenarnya tersangat berwarna-warni. Pelangi itu kan indah. Tapi di sebalik keindahan pelangi itu ada warna ceria dan ada juga warna yang suram. Then I will stand up and forget the past to climb up again the mountain of dreams. 


So agak-agaknya dah boleh kahwin tak? Hehehe…

Sunday, 22 May 2011

Kerja

Right now aku kat Allson Hotel, ada bengkel semakan peraturan siswazah and its more to penggubalan auku bg post grade. And im here as technician and more to s/u nak kena salin, re-type apa yang diputuskan. Nampak senang tp berserabut kepala aku.


But thats not apa yg aku nk ckp. And right now, aku betul-betul masuk ke dalam dunia politik kerja dalam goverment. Its really2 menakutkan when u know this pegawai tak ngam dengan this pegawai, this pegawai ada setiap perangai sendiri.


In office too, ada yg berpuak2, ada juga yang cakap2 belakang, yg suka kipas bos, and its make me sangat takut nk kerja mkn gaji. Tak kesah lah apa jawatan aku sekalipun nnt, tetap tak lari dari fenomena ni.


So how, for me just follow the flow. Sesiapa yg tak kerja lagi tu prepare urself utk masuk dalam dunia politik kerja. Welcome!



Saturday, 7 May 2011

Politik kerja

Every musim politik kampus, aku selalu terangkan pada budak2 baru yg asyik ckp tak suka dengan politik etc. Aku akan terangkan even u tak suka pada politik kampus khususnya dan politik secara amnya, kau akan berdepan juga dengan politik one day nanti. Politik kerja.


Dalam tempat kerja, akan ada beberapa orang merebut jawatan dan masing2 akan penuh dengan agenda masing2. Pegawai2 yang ada cuma merebut tempat untuk naik jawatan, duduk mengekang dan satu knowledge pon tak tau. Ada yg more worst photostat dan fax pon tak reti. Belum lagi proposal dan surat menyurat. Kerani dan pekerja biasa pulak seems expert bila buat surat dan tau apa yg dibuat. Tapi sesetengah dari mereka pulak kerjanya bodek dan kipas pegawai yg sedia.ada. cerita dan propaganda mula tersebar tentang siapa yang salah dan siapa yang buat kerja. Masing-masing mahu mengatakan diri mereka yang terbaik.


Bila u expect pegawai untuk melaksanakan sesuatu kerja yang aku rasa pun high expectation, bila mereka tak dapat laksanakan sistem tu then akan ada suara yang cop mereka tidak buat kerja. Untuk bangunkan satu sistem yang complete dan baru, bagi aku perlu ada satu kerjasama yang complete. Macamana nak laksanakan satu sistem yang idea datang dari pelbagai arah tapi bila sebut kerjasama, semua saling tuduh menuduh.


Aku rasa aku takutkan masa depan aku. Mcmana kalau aku dapat pegawai dan orang akan expect aku tau segalanya. Bila satu mistake kau buat dan orang akan bercakap ttg kesalahan kau dan terus tak bagi peluang lagi. 


Susah sebenarnya bila dalam satu komuniti terdapat beberapa orang yang ada agenda masing2 demi memenuhi kepuasan nafsu sendiri. Itu politik.



Tuesday, 3 May 2011

Perbezaan

Aku sekarang ada dekat kemaman. Housemate tunang aku yang sibuk lebih. Ada orang cakap, aku lebih pentingkan kawan, tapi bagi aku gembira kawan ada lah kegembiraan aku juga.

Walaupun aku totally membesar di johor bahru, yang dari kecik sampai ke besar menghadap kesesakan jalanraya, kampung bukanlah sesuatu yang asing bagi aku macam maya karin dalam filem cun tu. Kampung parents aku dua-dua di muar. Dan aku pun pernah masuk banyak lagi kampung dalam beberapa program khidmat masyarakat. Pernah satu masa aku duduk seminggu di satu kampung yang pintu tandasnya berlubang-lubang. Penat aku nk mandi sembunyi sebab family tu ada seorang anak dara sebaya aku. Bajet hot. Haha

Tapi apa nk cakap kat sini, latar belakang keluarga kita tu yang akan membentuk siapa kita akan datang. Sebab tu ada pepatah asal benih yang baik, jatuh ke laut akan menjadi pulau juga.

Aku bersyukur aku dibesarkan oleh family yang mampu menjadikan siapa aku sekarang ni. Dan aku pun suka dengan family housemate aku ni. Walaupun aku di bandar dan dia jauh dari hiruk pikuk bandar, tapi dibesarkan dengan penuh suasana yang berbudi bahasa. 


Rasa sedih lak bila kawan kawan ada yang bertunang, kahwin dan pasti akan meninggalkan segala kegiatan sama sama waktu bujang dulu. Orang asyik tanya bila turn aku. Tunggulah sampai hati ni betul betul terbuka untuk orang yang kenal dan paham siapa aku dan cara aku. Tak guna kalau sayang semata-mata. Tapi akhirnya kita yang kena pujuk hati sendiri. Banyak kali terang yang kita suka ini, yang macamni, at last dia cuma nampak kesalahan kita. Segala apa yang kita buat sebelum ni semuanya macam sia-sia.


Takpe. Aku cuma tahu setiap keputusan yang aku buat, tentu ada hikmahnya yang Tuhan sudah pun tentukan. Aku cuma berharap sangat pada Tuhan, semoga Dia tentukan dan tunjukkan apa yang terbaik untuk aku.



Friday, 29 April 2011

Skandal suami isteri

Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni dah macam jadi satu trend laki orang ada skandal ngn isteri orang. Semenjak abes belajar ni dah dah mula start keje, bayangan menakutkan tu semakin jelas. A few member yang berlatarkan pekerjaan yang berlainan mula bukak cerita opismate ada skandal. Laki dan bini orang. Mungkin perkara ni menakutkan bagi si isteri-isteri di luar sana. Tapi lagi menakutkan lagi bagi si suami2 yang yang setia tu. Aha.


Yup ramai yg berpendapat kesalahan tu terletak pada bahu kedua2 pembuat skandal tu. aku pon bersetuju, takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan. Tapi aku rasa kesalahan si isteri lagi besar dari pasangan lelaki. Kerana isteri tu membawa maruah suami, dan suami tak bawa maruah isteri.


Then kalau rasa tak sesuai dengan kekasih yang dinikahi kenapa jatuh cinta kat orang lain? Ada satu quote, "when u love 2 person at the same time, choose the second one, because if u really love the 1st one, u will never fall in love with the 2nd one"


Thats why aku nk kahwin lambat sampai aku percaya yang she is the only one for me. Tak nk nnt aku menyesal kahwin awal dan jatuh cinta pada orang lain. Apatah lagi kalau2 tengah berskandal tu bini tengah mengandung.


Dan aku juga berharap yang isteri aku tidak terjebak dalam kes kes macam ni. Sesak beb kalau pk yang isteri kau bukan setakat skandal, takut dah cek in hotel keluar masuk dsb. Kau lihat saja dalam berita laki tangkap isteri tengah berkhalwat. Tu belum dengar dari mulut orang, si polan polan buat projek kat pejabat, kat pantry dan macam2 tempat lagi asal nafsu dapat lepas..


Zaman sekarang mmg dah zaman akhir zaman. Sikit sikit Tuhan dah tunjukkan. Tp itu bukan alasan untuk aku rela bakal isteri aku buat macam tu.



Testing

Saja nak testing nak berblog via android. Haha.


Htc desire kini dah tercapai dalam misi wishlist. Bagi menggantikan hajat nak memiliki xperia10. Entry sebelum ni ada bagitau ttg dilema nak beli atau tak. So ada satu hari tu balik dari mengusha hp ni. Tengok laptop aku dah tak boleh pakai langsung disebabkan kecacatan hard disk. So aku amek keputusan nak nekad beli je hp baru bagi mengubati kekecewaan yg ada dalam hati ini


So selamat datang ke dunia sosial tanpa sempadan.