Hari ni terpanggil nak beri sedikit ulasan tentang dunia blogging ni.. tp dah semestinya 100% ulasan ni hanyalah pendapat aku semata-mata.. bukan fakta dari ahli akademik ataupun bijak pandai...
setelah lebih setahun aku menceburi bidang penulisan, tahulah aku serba sedikit tentang jenis-jenis blog yang ada dalam pasaran dunia ni terutama Malaysia..
antara blog yang menarik bagi aku blog
Bro Mazidul.. segala kupasan benar tentang penyakit isu semasa yang melanda masyarakat kita terutama melayu.. Blog
Nasehah Syamin, juga menarik, sebab dalamnya ada rekacipta-rekacipta mungkin bertujuan untuk masa hadapan.. gerek gerek gerek..
Blog
Amir Mahmood juga menarik sebab ayat-ayat yang sedap dibaca.. dan juga secara terus terang, emosi yang dinyatakan dalam blog seolah memberi satu gambaran sebenar emosi penulis (no offense Amir, hehe).. Begitu juga Blog
AJ, kata-kata yang sedap di baca, dan jujur dalam sesuatu di dalam blognya..
Blog
Akmal Best,
Azmi dan
Fairul mungkin lebih menjurus kepada isu semasa... kupasan tentang politik kampus, atau pun politik luar.. Banyak sebenarnya di alam dewasa ini, kupasan demi kupasan tentang politik lbih banyak dalam laman maya...
Lain-lain blog lebih bersifat peribadi, mungkin tentang catatan kehidupan yang berlaku hari ini, semalam ataupun esok.. termasuk juga blog aku, (sebab apa yang aku rasa aku akan tulis).. mungkin juga, orang lain ada pandangan yang lain tentang blog ini..
Tapi ada juga kewujudan blog yang masuk bakul angkat diri sendiri.. paham maksudnya? maksudnya blog tersebut mengambarkan dirinya seorang yang perfect.. sedangkan jauh panggang dari api.. apa yang dalam blog tu jauh dari sifatnya yang sebenar.. cara cerita, penggayaannya seolah-olah hanya dia di pihak yang benar, pihak lain yang menjadi mangsa.. sedangkan orang lain sebaliknya... hahaha... kami semua taulah, kalo orang lain bolehlah hang tipu, kagum dan percaya tentang kejujuran penceritaan itu... tapi bukan kami untuk hang nak tipu.. yang penting, cek balik diri kita depan cermin.. Jangan Cakap X Serupa Bikin... Jangan Paku Dulang Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih... Jangan Juga bercakap sesuatu Yang Tidak Elok Tapi Hang Juga Lakukakan...
