Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Wednesday, 7 October 2009

Kehilangan

Am I missing something

Pernah x hati korang tetiba rasa semacam kehilangan sesuatu dan mood korang tetiba berubah.. Aku terasa kehilangan itu hari ini.. Maybe perkataan yang tepat mengambarkan situasi ini adalah 'rindu'...

Aku rindu pada zaman muda mudi dulu... zaman fisrt year, second year dan third year.. zaman PERMAJ batch dulu.. Time tu ramai rakan-rakan untuk bergelak ketawa.. Atau keluar jalan bersama.. Dan yang paling best, gossiping.. hehe.. Acara ngumpat mengumpat..

Kini masing-masing dah bawak diri.. Ada yang kerja, ada yang amik Master dalam bidang masing-masing... Dan aku? Masih lagi bergelut untuk menghabiskan prasiswazah... Kalau masa dulu-dulu itu boleh ditarik kembali, di adun sekata agar ianya takkan lari dan tetap berada pada kedudukan yang statik.. Maksudnya? Maksudnya adalah masa itu takkan bergerak seminit ke hadapan.. statik dan terus statik..

Begitu juga dengan zaman sekolah aku... Terutama rakan-rakan MRSMBPJ.. Cemburu pun ada bila lihat kawan-kawan yang sama-sama gembira dulu ada yang dah ke England, Eropah dan berbagai tempat untuk melanjutkan pelajarannya.. Kehidupan sosial pun dah jauh berbeza.. Sehinggakan ada kawan perempuan aku pun dah ada yang isap rokok.. Dressing pun dan canggih manggih... Aku je yang masih begitu dan begitu.. Ohh ya... Nanti aku tunjukkan muka skema aku di entry yang akan datang...

Yang pasti aku seakan-akan tertanya-tanya.. Siapakah aku untuk 10 tahun akan datang? Mungkin di negara orang, atau hanya di Malaysia... Mungkin menjadi orang yang berjaya atau hanya orang biasa, kereta yang biasa dan rumah yang biasa... Orang cakap duit bukan segala-galanya... Tapi segala-galanya memerlukan duit..

Aku ada visi dan misi sendiri... Target untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun dan 30 tahun akan datang.. Aku tak mahu menjadi seorang yang biasa-biasa.. Cukuplah 20 Tahun aku menjadi orang yang sebegitu rupa...

Hidup ini biarlah orang mengenali kita, kerana sumbangan kita, kerana idea kita, dan kerana kepimpinan kita....

Monday, 5 October 2009

Kesedihan

Dari jumaat sehingga ke Ahad minggu ni.. Pelbagai perkara berlaku.. Dan pelbagai perkara yang mengusik perasaan.. Nampak remeh tapi berat.. Nampak kecil tapi sudah cukup untuk menjentik naluri kesedihan..

Dalam 3 hari ini tanpa aku sendiri menyedarinya, dah 3 kali aku menangis, tapi tak lama.. Biasalah lelaki.. Sekadar mengalirkan mutiara jernih itu dengan perlahan tanpa deras dan teresak..

Dari 3 cukuplah aku menceritakan dua darinya... Yang pertama bila dapat tau Mak Ngah masuk hospital.. Sakit kalenjar tiroid.. Dan ntah sebab apa, aku terasa sedih dan sebak.. Ketika dapat tau, aku sudah pun berada di Subang Suria, rumah sepupu, Kak Linda, anak kedua Mak Ngah.. Jadi pada keesokkan harinya (Ahad), kami semua berpakat untuk konvoi ke Melaka.. Balik hari, sebab Isnin dah start kuliah dan Abang Azri dah masuk kerja..

Sampai ke hospital Melaka, aku lihat wajah itu, susuk tubuh lemah itu, sekelumit perasaan sebak datang tiba-tiba entah dari mana.. Mengalir lembut air mata tanpa diarah.. Dan Of Coz aku lari jauh-jauh dulu.. Sorok2 sikit.. Sakit dia, sakit jiwa kita..

Kanser tiroid.. Lega hati bila dapat tau yang kanser ini tidaklah se-bahaya dengan kanser-kanser yang lain.. InsyaAllah jika kena dengan rawatannya, penyakit ini boleh di 'supress' kan.. Atau didiamkan dalam bahasa kasar..

Untuk Mak Ngah, kuatkan diri, semoga sihat dan boleh masak asam pedas dengan sedap sekali.. hehe... boleh makan puas2 bila balik Melaka..

p/s: Untuk ke Subang dari Bangi, aku mengambil perjalanan selama 5 Jam.. dari jam 5 ptg sampai 10 malam... Aku sesat jauh dari lokasi yang dicari.. Dari Bangi - Shah Alam - Sunway Piramid - Mid Valley - Bukit tinggi, Klang - Shah Alam - Subang... Hebat betul selangor nih yang banyak Highway!!!

p/s: Atiq dan adif, jangan nakal-nakal sangat tau.. huhu...

Friday, 2 October 2009

Hidup.

Hidup ni sentiasa adanya unsur susppen
Hidup ini penuh dengan dugaan yang tiada tersangka
Entah bila kita akan dapat bertenang dan menghargai tiap-tiap sesuatu kejadian
Fikiran yang matang belum cukup tersedia menghadapi masalah
Apa lagi minda yang mentah untuk mengenali alam dewasa
Apakah kita bersedia membiarkan cerita peribadi kita diketahui orang lain
atau memendam rasa sehingga rasa ke tulang belulang

Keringkah air mata kita untuk menangisi kekecewaan
Sukarkah kita mensyukuri nikmat yang ada
Apakah kita terlupa tiap-tiap sesuatu pasti ada bahagianya
Tapi jalan yang mana akan menemui cahaya
Jalan yang mana yang akan memecah penderitaan insan

Kalau ada dua hati yang perlu dijaga
Hati mana yang akan tercarik luka
Hati yag mana lebih berharga
Hati yang mana perlu diutama

Diluah mati bapa, Ditelan mati emak
Menarik Rambut Dalam Tepung, Rambut Tidak Terputus, Tepung Tidak Berselerak


Saturday, 5 September 2009

This week


As usual.. lot of things to do.. But a lot of 'malas' come to me... come come my dear 'malas'...
Kena wat poster for theses.. Duh.. Laptop macam nak di format coz sound dia tak berfungsi seperti biasa.. Kalo format, maybe satu hari hidup without my laptop... lagi lah bosan..

Aku terasa jemu lah layout hitam nih.. agak2 kalo aku wat background putih cantek tak? atau nak kekalkan hitam..? aku sangat suka 3 column yang ada dalam blog nih.. kalo boleh nak kekalkan 3 column nih.. background jer terasa sedikit buhsan.. nak tukar layout means banyak kerja aku nak save column aku banyak-banyak nih..

Sepatutnya aku gie Taman Negara Merapoh, Pahang this week starting this Friday 4th sept to This Monday.. Naseb trip ni cancel tunda after raya.. seksa batin masuk hutan dalam keadaan puasa... mau kena ganti puasa aku.. Trip cancel sebab tak dapat permission dari Jabatan Perhilitan.. Dengar cerita nak exit Hutan Merapoh kena lalu Gua Musang, Kelantan.. Jauh tuh..

Sigh.. minggu ni lak ada jer nak mengeluh.. everything seems wrong.. semuanya melibatkan emosi.. hahaha... standard operating procedure kot as students... adakalanya emosi terkawal, adakalanya susah nak cakap..

Conclusion for this week: Big Sigh..

Tuesday, 4 August 2009

JLM 5845


JLM 5845.. tu nombor plate keter aku.. yang belah depan dah cantek aku ganti dari bentuk panjang ke bentuk yg pendek.. mahal lah gak aku tabur duit atas benda alah tuh...

tapi yang menyakitkan hati... baru jap tadi aku perasan benda alah tuh sudah pun mengalami kecacatan kekal.. siot betol lah.. sapa lah langgar aku nyer nombor plate nih.. buta ker.. atau ada orang yang dengki ngn aku.. cet... bayar lah balik kalo langgar pon.. dah senget sangat.. kalo sket2 tkpe lagi.. ni kuat nyer langgar... sah2 buta... naseb keter aku xcalar pape..

aduhhhhh... nk betulkan sendiri takut susah plak.. ermm pening2...


Friday, 24 July 2009

Harry Potter and The Half Blood Prince

Tajuk post mesti korang ingat aku nak review tentang muvie terbaru harry kan... idak aihhh...
ni bukan review.. tapi nak beritahu.. wuuuu... dah seminggu tayang tapi aku xberkesempatan langsung nk tgk... dah seminggu maknanya cter tuh dah basi.. xbesh, dan xofficial lagi nk tgk kt wayang..

huhu... terkilannya... xpelah xder rezeki.... nak wat cmner... im sorry emma watson... sorry... ermm macam nak baca balik jerk novel HP and THBP... melepaskan rasa terkilan tersebut...



Thursday, 25 June 2009

Feeling Alone Sumtimes

Tak ramai yang tahu sejarah background aku yang sebenarnya... Cuma yang terdekat dan rapat saja yang mengetahui.. yang lain? tidak tahu pun x mengapa.. tak penting pun bg mereka..

Aku pada asasnya dan kelihatan fizikalnya adalah anak sulung dari 3 adik beradik.. Beza antara aku dan adik kedua aku (gurl) adalah lebih kurang 6 tahun.. Sebagai seorang yang sulung, umum mengetahui perwatakannya yang berdikari, bertanggungjawab, mengalah dan sebagainya yang sesuai dengan status dan peranan sebagai seorang penjaga dan pengawal kepada adik-adiknya.. Yang sulung juga biasanya mahir dengan kehendak adik-adik dan pandai mengawal dan mententeramkan jiwa adik-adiknya..

Aku mungkin kelihatan begitu, tetapi aku juga ada dark sidenya.. hahaha.. Mybe aku juga dapat
dilihat berlainan dari sudut yang lain, kerana jiwa aku adalah jiwa anak yang bungsu dari adik beradik yang ramai.. Anak yang bungsu ni manja, dan mengharapkan bantuan dari segala segi dan aspek.. kurang berdikari.. ini pendapat secara asas, sebab pengaruh persekitaran mungkin memberi penekanan kepada kehidupan yang berbeza.. Jadi tidak menghairankan, jikalau seseorang yang pertama kali berjumpa dengan aku, akan mengatakan aku bukan anak yang sulung, sebaliknya anak yang bungsu..

Aku ada sedikit sikap yang jarang ada pada orang yang lain.. aku tidak suka memberitahu or sharing kehidupan peribadi aku kepada family aku.. terutama parents.. aku lebih suka mengambil sikap berahsia.. Di sekolah rendah, berbelas denda, tamparan dan sebagainya aku terima... Di sekolah menengah, tamparan, lempang mungkin sudah lali hinggap di pipi aku... Kerja rumah? jangan harap aku nak buat... sampai terbawa-bawa hingga kehidupan Universiti.. tapi parents aku tak pernah tahu, kehidupan aku di sekolah.. Setiap kali ditanya, jawapan yang terpacul - ok jer, seperti biasa.. Walaupun begitu, aku manja sangat ngn parents aku...

Jadi sudah biasa, segala masalah, akan aku pendam sendiri.. atau mungkin rakan-rakan yang dipercayai menjadi tempat untuk segalanya... Sebagai seorang yang memiliki jiwa anak bungsu.. aku teringin mempunyai abang, atau aku prefer akak.. sebagai tempat rujukan, tempat untuk sharing everything... juga untuk memahami siapa aku yang sebenarnya... sebab tu kekadang, bila aku di luar linkungan kawan-kawan, aku terasa sedikit sunyi... kehidupan ini sedikit menyesakkan..

Tapi macam mana sekalipun, aku bersyukur atas pemberian dari Tuhan... Mungkin kalau ditakdirkan aku sebagai anak tunggal, mungkin kehidupan akan lebih menyesakkan.. Jadi bila aku sunyi, aku akan senyum sebagai tanda aku masih bersyukur...

p/s: entry ini ditulis disebabkan kebuhsanan menunggu buffering smallville di internet.. watching online..




Thursday, 18 June 2009

Power To Change

Mungkin ada yg jemu bila aku cakap tentang Super Hero.. but that not the point here.. Setelah aku tgk SmallVille dan bergelut dalam menghadapi pelbagai tekanan perasaan, aku berharap agar aku ada kebolehan menghentikan waktu dan yang paling utama, kebolehan aku untuk kembali ke waktu-waktu sebelum ini agar aku boleh ubah beberapa perkara yang buat aku menyesal sekarang ini...

Lot of thing must be change.. tapi whatever happens rite now tak boleh diputar balek.. life must go on.. Salah satu yang aku inginkan, keputusan2 yang pernah aku buat dalam 5 or mybe 10 tahun sebelum ini dapat aku ubah.. Ubah untuk hasil yang aku perolehi sekarang ini turut berubah.. Tapi bagaimana pun aku berangan, realiti is still realiti... Mungkin kita tak tahu, kesilapan keputusan kita akan buatkan kita lebih matang dalam menentukan tindakan kita seterusnya.. atau... mungkin keputusan ini sebenarnya yang terbaik dalam hidup kita 5 or 10 tahun akan datang...

Kadang2 aku cemburu ngn perempuan.. diorang senang2 boleh nanges.. semua org tahu, nanges boleh mengurangkan tekanan.. bila aku kenang apa yg terjadi, aku ingin nanges.. mungkin sebab aku lelaki yg macho dan encem (perasan lebih) so aku xley nanges.. jaga imej beb.. nway aku x nanges eh... hahaha...

Dalam keadaan tak sedar, aku turut perasan aku berubah sama sekali.. after matriks, aku bukan orang yg sama... aku sombong, ego, dan aku kurang senyum, dan kerap moody.. seriously thats not me.. mungkin ini satu-satunya yang boleh aku ubah.. keep bangun pagi dan sentiasa senyum.. whatever happens in the world, i must face it with smile.. sebab aper, sebab aku seorang yang periang dan heppi go lucky, seorang yg tiada masalah langsung... hehehe.. dan juga aku boleh simpan moody aku dan marah aku dalam poket seluar mybe?.. hahaha

Kata one of my best friend in my school, aku cool.. sebab aku x moody, aku xsuker marah2.. dan yg penting, kalau aku marah, aku tak tunjuk.. simpan jerk..

nway, sedalam mana kita simpan xelok juga.. bak kata Jemi dalam blognya, "lepaskan apa yang terpendam, jangan biarkan ia berada dalam hati. Nanti busuk, bila busuk orang kata busuk hati".. so this blog adalah satu-satunya cara aku luahkan segala yg terpendam.. so jgnlah marah kalau entry aku ada terselit yg moody2 sket.. Nway ceria-ceria selalu :)



Tuesday, 19 May 2009

Its Touching My Heart

hari ni kebetulan hati aku resah, runsing dan risau... walaupun maknanya tidak jauh berbeza.. aku dapat tau paper metab ader 5/6 orang yang fail.. kuat hati aku mengatakan aku salah sorang.. kenapa?

sebab aku memang xley jawab soalan tuh.. langsung.. nway, hope Dr akan bagi markah kesian.. supaya tidak fail.. D pon ok jerk.. hope so.. please pray for me..

yup, apa yang aku nak bgtau kali ini.. aku terjumpa satu poem yang amat menyentuh hati.. nice dan terlalu puitis.. simple but maknanya memberi pengertian yang sunggu mendalam.. sangat2 memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya..

Sesekali kalau Ku Kenangkan

Sesekali kalau ku kenangkan,
kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini,
biar saja kita bertemu di dalam mimpi,
kerana hidup lebih indah di luar realiti.

Sesekali kalau ku kenangkan,
biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi,
kerana mimpi pun bukannya sebuah janji,
biar saja kau tak pernah ada,
kerana kalaupun kau ada,
kau akhirnya kan pergi jua.

puisi ini nukilan abg Azman untuk arwah Pak Ngah aku.. like i say b4, simple tetapi memberi makna yang sungguh mendalam..

Al-Fatihah untuk arwah Pak Ngah, Mok Teh dan juga Atuk saya...




Thursday, 7 May 2009

Ice Skating




Ish3 semenjak ada Ragnarok Online dan Face Book nih, aku memerlukan tenaga dan sedikit semangat nak menghupdate blog ini.. haaaa. jadinya update terbaru adalah ice skating.. atau mungkin dialih bahasa jadinya ialah meluncur ais..

aku pergi bersama rakan PERMAJ sebaik sahaja exam terakhir aku habis lebih kurang jam 11 pg.. dan bertolak menuju ke Sunway.. sampai Sunway Pyramid tuh, mkn McD then jenguk sekejap di bawah, tempai ice arena tuh... perghhh macam senang jer bebudak nih meluncur.. penuh kepantasan..

sebaik sahaja beli tiket, terus masuk.. kebetulan plak, ice arena tu baru sahaja dibersihkan atau di touch up.. jadi dengan impian nak bergelar hockey ice player, aku terus masuk.. dan LICIN.. nampak macam senang..

dipendekkan cerita.. aku main dan jatuh.. main dan jatuh... kalau dikira, lebih kurang 10000 kali aku jatuh.. dengan pelbagai aksi jatuh yang berlainan.. tersembam, terlentang, sujud (bukan aku kot), terpeelecok, salah brake dll.... yang paling memalukan, kebanyakkan aksi terlentang semuanya terjadi di depan aweks2.. diorang siap gelak lagi.. perghhh jatuh saham aku...

hahaha.. tapi mungkin aku ni ada darah Naruto, jadi aku x give up, rugi beb bayar RM 21, main sekejap.. aku peduli apa jatuh banyak kali.. aku main, main dan terus main.. akibatnya melecet di merata-rata tempat di kaki aku.. huhu.. ishh3 main sampailah bebudak nih suh aku balik..

wei aku nak men lagi arrr... xpe, pasni aku nak men lagi, belajar sampai pandai dan menari dengan aweks2 yang pakai skirt..

mungkin bley jadi salah satu watak Disney On Ice kot.. hahaha





Friday, 1 May 2009

My Way

taken from my friendster's blog

A: Prinsip.. berbaloikah kau berpegang pada prinsip kau.. yang selama ini kau agungkan, selama ini kau banggakan.. padahal kau hampir korbankan prinsip kau pada waktu dan ketika yang sia-sia.
B: ada ketika prinsip itu berubah ditelan zaman, ia tidak praktikal untuk digunakan.. justeru itu adakah harus aku memegang prinsip yang lama… sedangkan aku merintih mengharungi zaman..

A: praktikal? adakah kau sedar apa yang kau nyatakan. mengapa lalang yang kau contohi.. adakah kau tidak ada pendirian.. adakah masa membutakan kau dari pendirian.. adakah kerana mereka?
B: aku… aku… aku tak pasti… adakah aku harus tetap… atau benar aku dibutakan oleh mereka.. tapi mereka bayangan aku…

A: nah… ketidakpastian kau itu menyatakan kau telah lari dari prinsip, harapan dan matlamat kau.. apakah sanggup bekorban kerana mereka… adakah kau percaya mereka sanggup berkorban untuk kau.. kau percaya?
B: tidak aku tidak percaya mereka sanggup berkorban untuk aku.. tidak sama sekali..

A: Maka haruskah kau berkorban kerana mereka.. mengikut telunjuk mereka atau kau harus mengikut kata hati sendiri..
B: aku… aku… ya kata hati sendiri.. aku harus mengikut kata hati sendiri.. yang salah adalah hati aku yang benar juga adalah kata hati aku..

A: lihat.. kau telah dibutakan oleh mereka.. kau percaya pada kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan mereka dalam ikatan yang dicipta
B: secara zahir mereka kelihatan sempurna sebagai bayangku.. tapi semua pun tahu tiada siapa yang sempurna.. maka haruskah aku percaya pada mereka.. tidak.. tidak sama sekali.. hanya diri yang layak dipercayai..

A: cuba melihat kebelakang… lihat kembali kepercayaan yang kau genggam selama ini… hampir terjatuh dari pegangan… adakau kau mampu mengutip sisa-sisa yang terlepas..?
B: aku… aku tidak pasti.. aku hilang.. aku lari dari jalanku.. aku tidak tahu arah tujuku.. tolonglah… aku hilang punca.. dimana? dimana aku berada…

A: haha… ingatlah masa memang merubah.. tapi masa juga yang mendewasakan kita.. andai kau terus memburu masa tanpa menoleh kebelakang.. kau takkan tahu jalan yang kau tuju.. kau hilang punca..
B: harus apa yang aku perlu lakukan.. aku keliru.. jalan yang aku lalui tiada depan dan belakang.. kemana harus aku pergi.. hilang..

A: ambillah masa kenalilah diri sendiri.. dekatkanlah diri pada Tuhanmu… nescaya dia Maha Mengetahui Segalanya.. kau pasti menjumpai jiwamu kembali.. Jiwamu dan Cahayanya bakal membawa kau ke jalan yang diredhai.. tetapkanlah pendirian kau..
B: ya.. akan aku ikut nasihat itu.. tapi apakah harus aku mengendong sisa rintihan ini menerokai hidup yang baru.. aku tak mampu… ianya terlalu berat untuk dibwa,, terlalu sayang untuk dilepaskan… aku hidup selama ini, merintih kerana sisa rintihan ini… ia yang mengajar aku erti…

A: Bawa saja ia kemana saja.. masa silammu adalah kenangan.. sisa itu juga satu penglaman.. tahukah kau ia datang dari Tuhanmu.. percayalah sampai satu masa, sisa itu amat berguna buatmu.. memberi sinar dalam hidup kau.. percayalah.. ia hadir dengan izinNya hanya untuk kau… semoga ia membawa lembaran baru dalam sejarah..
B: ya aku akan berpegang pada itu.. Ya Allah.. tunjukkanlah jalan keredhaanMu.. Tetapkanlah imanku sebagai seorang hambaMu… sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi.. Ya Allah bukakanlah aku pintu hidayahMu. Berikanlah aku sinar kebahagiaan Di dunia dan Akhirat.. Jadikanlah aku sebagai pejuang AgamaMu.. Ya Allah, perasaan ini milikMu.. janganlah Kau jadikan ianya sebagai perasaan yang melekakan aku terhadapMu.. Ya Allah kasih sayangmu terbentang luas.. Ampunilah segala dosa-dosaku, jauhikanlah aku dari maksiat.. dan segala perbuatan yang terlarang.. Aminn…



Thursday, 30 April 2009

Low Density Lipid is My Nightmare

do u know what is LDL or Low Density Lipid.. And its relation to Heart attack.. check this:

"High LDL Level can lead to cardiovaskular disease, LDL can be oxidised to form oxLDL, oxLDL is taken up by immune cells called macrophages - engorged macrophages form foam cells. Foam cell trapped in the walls of blood vesses contribute to atherosclerotic plaque formation. The results in narrowing of arteries which may lead to heart attack "

aku baca nota biochemistry.. im taking this examination today.. then.. mybe penat membaca atau too sleepy, aku rebah di atas katil.. dan aku bermimpi.. mimpi bout the one i loved most.. selain my mom.. its about my father..

damn damn.. ini hanya mimpi.. i pray almost every day, every second, every time, i died first before my parents.. coz i love them so muchhh.. cant imagine, living in this world wthout my parents..

mungkin kerana asyik dengan LDL.. (low density lipid) yang boleh membawa heart attack.. membuatkan aku termimpi.. walaupun mimpi tetapi tetap merisaukan.. dan di saat ni, aku rindukan arwah Pak ngah aku..



I wish my life is perfect

kadangkala dalam hidup, kita mahukan semuanya sempurna.. macam dalam lirik lagu, semuanya besar, kereta besar, rumah besar, perutpun mau besar..

Kadangkala dalam hidup, kita mahukan sesuatu yang kita tidak pernah ada.. kita mahukan hp yang canggih.. kita mahukan kereta yang canggih.. dan semacam yang canggih..

kadangkala dalam hidup ini juga kita mahukan perubahan dalam kehidupan yang sempurna.. kita mahukan perjalanan hidup kita senang, seperti putera dan puteri dalam kayangan.. Teman-teman yang senantiasa memberi sokongan dan setia termasuk kekasih hati yang begitu memahami..

Tapi apakah kita lupa, untuk kita bersyukur dengan apa yang ada.. mungkin apa yang diberi adalah yang terbaik.. adalah yang sempurna untuk kita tanpa kita menyedarinya..

kita juga lupa.. di setiap kelemahan, akan ada timbal balik dengan kesenangan.. dan kita juga sering lupa, di setiap kesenangan akan ada kesusahan dan kelemahan..

aku juga begitu.. ada kelemahan dan ada kekuatan sendiri.. mungkin kerana stress dengan exam.. membuatkan aku terasa diri ini seperti insan yang sangat lemah dan sangat tidak berdaya..

alangkah bagusnya aku ada apa yang aku mahukan.. alangkah baiknya aku dapat apa yang aku impikan.. alangkah indahnya jika aku ada teman yang dapat aku luahkan segala-galanya.. alangkah indahnya jika aku dapat melepaskan apa yang terbuku di hati.. alangkah leganya jika segala isi hati ini dibebaskan kepada si pendengar..

tapi aku lupa.. dia yang Maha Mendengar, dia yang Maha Memahami.. dia yang Maha Tahu segala isi langit dan bumi.. membuatkan aku sebak seketika.. betapa hinanya aku ini di hadapan Tuhanku sendiri..

Aku keseorangan ketika ini

biarpun tiada siapa yang sudi menemani aku, aku tahu Tuhan sentiasa di dalam hati...



Wednesday, 15 April 2009

Politics And Me

Aku anggap apa yang berlaku ini lumrah sebahagian dari politik.. Aku anggap cerita ini luahan hati aku dalam menempuh perjalanan di kampus ini yang sentiasa bergelumang dengan politik.. walaupun post ini panjang, Bacalah sampai ke bawah, supaya anda tahu perjalanan hidup aku sehingga aku dalam dilema.. mungkin kerana hati itu busuk!! Berilah sedikit komen supaya aku tahu jalan yang perlu dipilh..

Aku menjadi Presiden Permaj dengan jalan yang senang… Rakan sekeliling memberi laluan yang mudah.. Aku tau mereka lebih layak dari aku.. Tapi mereka senang dan sudi membantu aku dari bawah.. Terima kasih juga kepada Kepimpinan PERMAJ sebelum ini.. memberi tunjuk ajar dan menerapkan pelbagai kemahiran..

Abg Syahrin, Bekas presiden Permaj 1998, dan kini menang sebagai exco pemuda UMNO Malaysia, pernah berkata.. Dia berada di landasan terbaik pada ketika ini adalah kerana PERMAJ.. dan aku berani berkata.. jika cerah masa depan ku di akan datang semuanya kerana PERMAJ.. PERMAJ adalah tulang belakang kejayaan aku sehingga kini..

Dengan PERMAJ, jalan aku terbentang luas.. hasrat ingin memegang kepimpinan UIPK (Urusetia Integrasi dan Perpaduan Kaum, HEP UKM) dan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UKM sudahpun terhenti di pertengahan jalan.. Namun, Alhamdulillah aku dapat memegang barisan Pemudahcara Bahagian Pusat dengan menjadi ketua sekretariat Pendaftaran, pada Minggu Pengenalan Pelajar 07/08.. Dengan jawatan ini, pengaruh di sekitar UKM mulai merebak.. Aku Berjaya menguatkan hubungan dengan HEP UKM, dan pelbagai lagi organisasi..

Jalan aku bertambah mudah bila aku menjadi Timbalan ketua pemudahcara bahagian pusat, MMP 08/09, jawatan kedua tertinggi di kalangan pelajar-pelajar, semasa minggu pengenalan pelajar diadakan selama seminggu.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berturut-turut memegang jawatan Pemudahcara bahagian pusat, pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat aku perolehi.. dan yang paling penting, kekuatan minda dan mentality.. sebabnya untuk menguruskan 12 kolej yang pelbagai ragam, sudah semestinya emosi must be stabil dan kuat..

Sepanjang di UKM, 2 kali tawaran peluang keemasan berturut-turut datang kepada aku.. Tawaran untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar.. Dan yang menjadi penghormatan, Pegawai HEP sendiri yang datang untuk meminta aku menjadi MPP UKM di samping rakan-rakan.. Teringat En Zameri, Ketua Pendaftar HEP UKM.. pernah berkata satu kerugian bagi aku melepaskan peluang MPP UKM.. Tapi sudah tentu aku ada alasan tertentu.. Aku ketandusan pointer yang melayakkan aku bertanding..

Sekali lagi, bahagian HEP UKM memberi aku penghormatan yang yang agak tinggi.. aku ditawarkan menjadi wakil UKM dalam delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke konvensyen MALINDO Malaysia-Indonesia.. Hanya 3 orang wakil dari setiap Universiti.. Dan aku terpilih walaupun aku bukan MPP UKM.. Terasa sedikit bangga, sebabnya semua universiti yang lain menghantar YDP, NYDP MPP dan sebagainya sebagai wakil university mereka.. Konvensyen yang diadakan selama 10 hari di anjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Pelajar Universiti Malaysia (MAKLUM).

Untuk program Mikrobiologi UKM.. Aku diamanahkan untuk menjadi ketua Pengarah bagi annual dinner untuk kos mikrob.. dan aku memang ingin pegang.. sebabnya.. Aku ingin membuktikan kemampuan aku.. Aku bukan sekadar bercakap kosong.. Jika diimbas kembali tahun sebelumnya, ketika senior2 mikrobiologi memegang organisasi annual dinner.. Segala pandangan, cadangan, dan segala kritikan aku, dibuang mentah-mentah.. malah mereka mempertikaikan pencapaian akademik aku.. adakah pencapaian akademik berkaitan dengan pencapaian organisasi? Mereka juga menuduh aku bercakap kosong.. berlagak bagus dan sebagainya.. Maka dengan itu, aku berjaya buktikan.. dan penganjuran program ini di lihat terlalu berjaya dengan penajaan besar dari MOSTI (Ministry of Science, tenchnology and Inovasi).. Tempat yang special dan berkelas tinggi, makanan yang mewah dan pujian dari pelbagai pihak.. Dekan, Pensyarah dan juga MOSTI sendiri.. Untuk itu, pujian ini sepatutnya disandarkan kepada semua AJK Program ini.. Thanks A Lot.. Aku harap, ini dapat menutup mulut-mulut yang memandang rendah keupayaan akademik aku.. (walaupun xda kena mengena)..

Untuk kolej.. Aku berjinak dengan BKRS.. Sehingga aku di lantik menjadi Exco kepimpinan BKRS.. Di bawah amanah yang dipikul, aku berjaya menjalankan program Interaksi 1st year yang selama ini tertangguh selama 2 kali di bawah kepimpinan orang lain.. Mungkin mereka ada kesulitan yang susah nak dielakkan.. Tapi aku Berjaya menjalankan program itu.. walaupun ketika itu keadaan memaksa supaya program itu ditunda sekali lagi… Masalah Disebabkan kumpulan ajk dan organisasi berpisah jauh dengan kumpulan sasaran pelajar tahun pertama.. Berkat kesungguhan AJK-AJK program, Alhamdulillah aku Berjaya melaksanakannya..

Untuk kelab Xtreme-C.. walaupun aku bukan ahli.. tapi keakrabannya seolah-olah aku sebahagian daripada membership Xtreme-C.. mungkin kerana sebahagian besar organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan rapat aku.. walaupun hanya ahli angkat sahaja, aku diberi penghormatan dari kelab ini, aku dibenarkan join pelbagai aktiviti, menjadi penceramah yang tak bertauliah, dan sebagainya termasuk menjadi Timbalan Jentera Aspirasi untuk KUO.. Untuk Jawatan Timbalan jentera, aku dapat membuka sedikit peluang untuk aspirasi bertakhta di hati pelajar-pelajar dengan beberapa siri ceramah x rasmi waktu malam.. walaupun aku tahu, jawatan ini sepatutnya terbuka hanya untuk ahli kelab sahaja.. tapi anda beri saya kepercayaan.. Thanks Guy..

Ada yang kata, aku tidak bagus.. susah untuk menjadi orang bawahan aku.. susah untuk bekerja dengan aku.. Bagi aku, mungkin ya ataupun mungkin tidak.. Tapi dari pengamatan kasar, aku tidak mencari kuasa macam ko..!! Tawaran yang datang pada aku… Aku tidak mengejar except satu dua jawatan.. Tapi kebanyakkan aku dapat sebagai tawaran.. Jika orang memberi aku peluang untuk sesuatu jawatan, bermakna Orang yakin dengan kemampuan aku.. Maka dengan itu, orang sudah bersedia bekerja di bawah aku, atau bekerja dengan aku.. Tapi sebagai pemimpin, mungkin ada kesalahan atau kelemahan.. itu aku mengaku, sebab aku manusia..

Dan hari ini secara terus terang, aku mengaku.. Aku memohon jawatan YDP Jaksa (Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa SIswa) Kolej Ungku Omar mengikut prodesur tertentu termasuk temuduga untuk jawatan itu.. For ur information, mengikut info yang aku dapat, not sure rite or not, hanya aku yang meminta jawatan YDP.. hanya aku sahaja tahun tiga yang memintanya.. Atas alasan aku ingin menjadi YDP, yang pertama dari segi politik KUO, kedua dari susunan program-program yang sepatutnya memberi faedah kepada kolej, bukan program yang sia-sia.. Yang ketiga, ingin merebut peluang beberapa marketing besar yang ingin menjadikan KUO sebagai tempat event..

Dengan pengalaman aku menerajui pelbagai organisasi yang lebih besar dari kolej, aku rasa aku layak.(aku x cakap aku bagus), tapi mengikut pengalaman dan As 3rd year student.. Aku berpengalaman dalam Minggu Pengenalan Pelajar.. Aku berpengalaman dalam link-link dengan HEP dan pelbagai kementerian di Malaysia.. Aku berpengalaman dalam menghadapi situasi-situasi kritikal semasa berorganisasi.. (apakah aku perlu senaraikan semuanya jawatan-jawatan yang pernah aku pegang?)

Mengecewakan, Aku dapati, permohonan aku ditolak.. Aku ditawarkan JAKSA Keusahawanan dan bukannya YDP.. WHY? Kalau u guys baca, Felo dan Pengetua Kolej, Give me a reason.. Adakah anda yakin dengan kemampuan calon lain yang dianggap lebih baik dari aku.. Kalau macamtu bagilah dekat mereka.. Buktikan.. Atau Felo ingin membentuk kroni tersendiri.. yang aku tau, pandangan Jaksa lama ditolak dalam menentukan JAKSA yang baru.. Adakah anda adalah kuasa Veto.. Bagus dan sebagainya? Selama 2 tahun pun bukannya ada perubahan.. sama sahaja!!! Owhh ya... Disebabkan hanya seorang yang memohon YDP, maka dia dianggap menang tanpa bertanding, rite.. Itulah yang terjadi dalam kepimpinan JAKSA yang lepas.. Tapi mengapa sekarang di ubah cara pemilihan..

Sekarang aku dalam dilemma..

Terima Jawatan Jaksa Keusahawanan atau Tolak!!..

Aku ingin terima sebab aku ingin buktikan, yang aku akan cari pengaruh aku sendiri, dan buktikan yang aku mampu buat.. Kuat kan politik UO yang lesu dan memalukan.. Sangat memalukan.. Adakah Felo-Felo KUO tahu ini?

Aku ingin tolak sebab aku meluat dan menyampah dengan mereka yang seolah-olah menafikan kemampuan orang lain yang lebih dari mereka!!

Terima atau Tolak?


Saturday, 11 April 2009

Double Dinner

9 April 2009
Majlis Ramah Mesra PERMAJ - Alumni
Puri Pujangga UKM



10 April 2009
Malam Seni Mahasiswa Mikrobiologi 09
Impian Golf Resort, Kajang




Kepada Ajk pelaksana Malam Seni Mahasiswa Mikrobiologi 09
Thanks A Lot
Ucapan Tahniah diterima pelbagai pihak
Anda semua berhak menerimanya..
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua
atas usaha kita bersama-sama menjayakannya
walaupun terdapat pelbagai tekanan dari persekitaran
kita berjaya buktikan
cakap kita bukan sekadar kosong..




Thursday, 9 April 2009

islamic empire


seminggu ini, aku telah beli 2 novel yang menceritakan ketamadunan islam.. Yang pertama Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain? yang menyingkap rahsia Al-Quran yang banyak menceritakan Zulkarnain adalah seorang raja yang beriman dan hebat. Namun gelaran Zulkarnain tidak layak disandarkan kepada Iskandar ataupun Alexander The Great mengikut hujah-hujah dan perbahasan dalam buku ini.

Yang kedua adalah Jatuhnya Sebuah Tamadun.. Yang membongkar rahsia kegemilangan dan kejatuhan yang dialami oleh Empayar Tamadun Islam sepanjang zaman.. Kedua-dua isi buku ini mungkin akan dikupas oleh entry yang akan datang..

Apa yang menariknya, di dalam pengenalan buku 'Jatuhnya sebuah Tamadun' ini menceritakan zaman peradaban Islam terbahagi kepada 3 bahagian..

-Zaman Klasik (zaman Nabi Muhammad S.A.W, khulafa al-Rasyidin di Madinah, Bani Umaiyah di Damaskus, dan Bani Abasiyyah di Baghdad)
-
Zaman pertengahan (safawi di Parsi, Mughal di India, dan Uthmaniah di Turki)
-
Zaman moden (dikenali zaman penjajahan Eropah terhadap Islam dan kebangkitan memperoleh kemerdekaan dari penjajah, ini termasuk Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia)

Setiap tamadun akan ada kebangkitan, dan akan ada kemunduran yang silih berganti.. Itu memang tidak dapat dinafikan.. Jadi apa yang menarik perhatian aku, jika sejarah mencatat tamadun Islam gemilang di zaman Klasik dan pertengahan, mengapa tidak ada Kebangkitan Islam di zaman moden? pastinya suatu masa yang akan datang, muncul sebuah kuasa Islam yang gagah, yang tidak mampu ditindas oleh Israel dan sekutunya.. yang mempunyai suara yang kuat di peringkat global..

Bayangkan negara itu adalah negara Islam Malaysia.. Nabi Muhammad sudahpun memberi tunjuk ajar dan teladan bagaimana Baginda mentadbir Madinah yang masyarakatnya terdiri daripada masyarakat yang majmuk.. Jadi Malaysia pun mampu menjadikan Madinah sebagai contoh untuk memacu kebangkitan kegemilangan ketamadunan Islam..

Jadi, yang BERHAK saja yang mampu mentadbir Malaysia untuk kearah merealisasikan Malaysia sebagai satu gagasan Ketamadunan Islam Moden.. InsyaAllah.. Ini terbukti, disebabkan ketamakan kita berpolitik dan merebut kuasa, Pulau Pinang mungkin mengikut jejak Singapura.. Fikir-fikirkanlah..



Monday, 6 April 2009

JJU 7583, a precious moment







Akhirya.. Kehilangan dirasai.. walaupun patah tumbuh hilang berganti.. yang pergi akan tetap diingati..
kenangan akan kekal sebagai satu memori yang pastinya tidak akan terpadam.
JJU 7583




Friday, 3 April 2009

OMG

Korang pernah mengalami panggilan telefon or naseb yang mencemaskan..? ya! aku pernah.. setahun yang lepas.. Berkisar adek perempuan aku.. Maklumlah gadis remaja zaman skang.. Kalau x lari ngn Mamat Indonesia, majuk lari keluar rumah ntah mana-mana pergi..

Kisah cemas aku setahun yang lepas.. Panggilan dari adek lelaki aku..

Adek: Epong kart ner?

Aku: ader kart UKM ni, knp?

Adek: Epong ader masalah besar.. Kecian kart Ibu ngn Ayah..

Aku: Kenapa ngan Ibu ngn Ayah?

Adek: Diorang keluar nih, cari Bakyah.. Dah 3 Malam Bakyah xbalek rumah, Ibu dah tepon semua member dia, xder.. Tak tau Bakyah kemana skang.. Ibu dah wat report polis.. Ibu susah hati nih.. Nanges jerk..

Aku: 3 hari hilang, kenapa baru bagitau skang!!.. Kenapa bakyah lari dari rumah?

Adek: Tak tau.. Ibu cakap Dia merajuk sebab Ibu ada marah bakyah.. Bakyah kurang ajar, dia melawan, dia marah2 ibu balek.. Pastu Ibu tampar Bakyah sampai Bakyah nanges, esok terus bakyah lari.. lepas sekolah dia terus x balek2.. Ayah tunggu kart sekolah dia tkder..

Aku: Dah tepon semua member dier ker? macam mana lah bley lari bakyah nih.. Apa yang dia buat sampai Ibu marah?

Adek: tak tau, adek tkder masa tuh.. Ibu cakap dia nak keluar ngn memember dier, Ibu x kasik.. Cmmana nih epong..

Aku: Nak buat cmner, cari jelah.. Nak suh Epong balek umah x?

Adek: xper, Xyah balek.. Ibu cakap xyah balek..

Epong: Knp Ibu x bagi balek?

Adek: Sebab.. Adek nak cakap kart epong ; April fools

Epong: Asam Boy &^*%&%$&^$^%#

Aku ditipu aderk sendiri setahun yang lepas.. Nway Aku nk balek JB petang nih.. tapi terlawat blog Mr.Shahrin dan teringin juga menceritakan pengalaman aku.. Hampehh.. K, jumpa lagi Isnin depan!!

Thursday, 2 April 2009

Farewell Party!!


Hari ini aku meraikan majlis perpisahan dengan Teman Setia aku..
Teman aku sebagai pendengar di kala aku sedang marah!
Teman aku yang setia ketika aku dalam pelbagai situasi..
Dia segala-galanya
Membantu aku di kala aku kesusahan..
Teman yang akan diam, walaupun aku marah dia.
Teman yang akan mendengar segala luahan isi hati aku pada dia..

Teman aku ketika aku bersedih
Teman aku ketika aku gembira
Segalanya dia sentiasa disisi

Hari ini aku mula merasai kehilangan..

Aku ingin nangis..
Aku sangat ingin menangis..

Aku seorang yang takut pada kehilangan..
Aku bakal kehilangan kau, teman.
Surely, aku akan rindu kau sesangat..

AKU SAYANG KAN KAU
AKU SANGAT SAYANG PADA KAU

sampai akhir hayat aku, aku tidak akan lupakan kau.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku!!






Sunday, 29 March 2009

one million dollar!!

Malam ni setelah berpusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya aku singgah melempiaskan nafsu di Secret Recipe.. well tempat yang terkenal dengan keenakan hidangan kek nya especially cheesecake.. Semua tahu, untuk makan disitu sekurang-kurangnya kena sediakan RM20 ke atas.. Jikalau budjet tak cukup, alamatnya makan nasi berlaukkan garam dan air kosong saja.. Untuk sepotong kek coklat saja sudahpun mencecah RM 6..

Isunya bukan makanan di situ terlalu mahal.. Isunya bermula disini, setelah aku keluar dari franchise Secret recipe tersebut, aku terlihat kelibat sekeluarga, menjamu selera di luar secret recipe.. Seorang ibu bersama dua orang anak kecil... seorang dari anak kecilnya memakan nasi yang dibungkus dari gerai makanan lain.. dan anak kecilnya yang satu lagi disuapkan sesudu kek oleh ibunya.. Mungkin kerana terlalu kepingin si anak memakan kek, maka si ibu terpaksa membelikannya sepotong kek untuk membasahkan tekak..

Apa yang ingin dijelaskan di sini.. aku merasa tidak sedap hati.. aku kesian.. sedangkan aku makan secara mewah.. tapi ada insan yang tidak senasib dengan aku.. Aku mempu kesian.. aku tidak berdaya menolong.. kalau kita lihat ramai lagi yang hidupnya melarat dan memerlukan bantuan.. Sometimes bila aku makan di mapley, akan ada seorang makcik yang lingkungan umurnya dalam 40-50an menjaja kerepek dari satu meja ke satu meja yang lain.. kesian sangat.. dalam jam 11 malam masih lagi menjaja sebegitu rupa... mana anak-anaknya!! Owhh bayangkan ahli keluarga kita yang bersengkang mata menjual kerepek sebegitu rupa.. Aku tak sanggup..

Aku harap, bila aku dah berjaya kelak.. duit yang datang melimpah ruah.. Aku harap Mata aku xkan digelapkan oleh kuasa dan harta.. Aku akan membantu mereka yang memerlukan bantuan.. Duit kita takkan kemana jikalau kita membantu.. Ketepikan soal mereka ini menipu atau tidak.. Kita bantu apa yang terdaya.. Anak-anak yatim.. Ibu tunggal yang hidup serba kekurangan.. Warga emas yang tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.. masyarakat OKU.. dan masyarakat yang memerlukan bantuan..

Ketepikan soal politik.. Ketepikan soal bangsa.. bantu sesama manusia atas dasar keprihatinan..
semoga tiada lagi insan bernasib malang di dunia ini, suatu hari nanti..