semakin hari, aku seakan sudah terasa kelainan.. ini kerana tidak lama lagi, rakan-rakan yang seangkatan dengan aku akan menamatkan zaman bujang mereka di UKM ini.. opss ini maksudnya mereka akan berkahwin dengan pekerjaan di luar atau sambung membujang dengan 'master' mereka.. dengan kata lain, mereka sebenarnya akan menamatkan pengajian di UKM.. ini termasuk cosmate aku.. Microbiologist..
dulu semasa first year, aku sangat pendiam.. aku lebih rapat dan mengenali dengan budak bioteknologi tumbuhan.. kerana mereka ini lebih sekepala dengan aku.. dan bagi aku "alahai budak microb ni, skema gila, time lecturer sonyap jerk" so aku pun memilih seat belakang sekali.. melakukan aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan subjek seperti melukis, main hp, berangan ataupu tido!! nak bising pon keseorangan.. dan xder saper nak temankan aku membisingkan diri dalam kelas.. sedangkan yang lain, khusyuk mendengar kuliah.. jadi perkara ini sangat asing bagi aku.. sesiapa yang sekelas dengan aku time matriks dulu mesti tau perangai aku.. sehinggakan orang tak akan sangka aku budak sains hayat..
selama dua tahun aku mendiamkan diri, kurang bergaul.. cuma ada sesetengah sahaja dari cosmate yang aku tegur.. Kb dan Hana, itupun lab partner aku.. ini xtermasuk along dan adlina, mereka ini seangkatan dari UO.. dan mereka ini juga adalah si peminjam note.. apabila masuk 2nd year, aku mula rapat dengan pai, dan eein.. sebabnya kami sama-sama memasuki kelas mandarin.. balik sama-sama, duduk pun sama-sama.. dan dari situ aku mula rapat dengan budak mikrob..
kadang-kadang aku rasa terasing, mereka sesama mereka akan buat study group, berbincang tentang subjek, bertukar-tukar note.. sedangkan aku hanya melihat, kekurangan note, dan kadang-kadang note exam aku bergantung semata-mata pada wikipedia.. kadang-kadang aku terasa malu kerana sesetengah dari rakan-rakan ini begitu baik menyumbang note pada aku.. tapi aku.. tetap sama, tiada perubahan..
kemuncak aku mengenali dan memahami cosmate aku semasa kita ada lab TDR di CGAT.. terdapat banyak kenangan kat situ.. termasuk nasi lemak CGAT dan juga bahan-bahan yang diketahui mampu memandulkan students.. hahahaha.. selepas aku rapat dengan cosmate, banyak lah aktiviti yang dilakukan bersama.. gelak ketawa dalam kelas, bowling, aktiviti memakan KFC, program Hari raya.. dan yang terbaru dinner Mikrob yang khas untuk kita.. batch final year..
Untuk dinner mikrob.. kita semakin dan semakin rapat.. bagi aku, aku buat dinner ini bukan untuk aku.. sebab aku belum lagi grade.. tapi aku buat untuk kepuasan anda semua.. untuk meraikan anda semua.. salah silap dan cacat pada majlis itu, minta maaf banyak-banyak..
hari ini aku terasa sesuatu.. aku keseorangan kembali untuk 2 sem berturut-turut.. melakukan thesis keseorangan, menghadiri kelas juga keseorangan.. tiada lagi cosmate untuk aku meminjam note.. tiada lagi gelak ketawa dalam kelas.. mungkin aku akan menjadi lebih asing.. dan pada hari itu, hendak atau tidak.. harinya pasti akan terjadi.. (kerana aku seorang yang akan extend untuk program mikrobiologi x termasuk shira)



Special untuk Hana, mintak maaf kalau ada salah silap, kita seakan-akan sudah tidak bertegur.. tidak tahu dimana puncanya.. Untuk Kb, anda ada hutang dengan aku ya!!.. bila nak langsaikan.. haha..
so.. u guys.. along, Kb, Hana, Chayok, wani bajni, pai, eein, dayah, atin, hawa, wawa, temah, shirah, siti, carol, adlina, azmir, ejat, kak.basha, wan, razid, kak umi, dak wan (ane), mar, lan, wani kelantan, tie, wanies (byk wani nih) dan all chinese and indian students.. Thanks bebanyak.. all the best.. selamat bergraduasi.. semoga kenangan ini akan kekal selamanya dan tidak akan terpadam.. Good Luck.. owhh and dun forget me.. rajin-rajin melawat aku di UKM..
p/s: credits to wanie bajni for the pictures.. dan maaf kalau ada nama yang tertinggal, maaf dipinta mohon diampun..
ur cosmate: