Tuesday, 8 December 2009
Alkisah McD, KFC dan Pizza
Saturday, 29 August 2009
A Dream In A Fever
Sunday, 16 August 2009
i miss them




Thursday, 25 June 2009
Feeling Alone Sumtimes
Aku pada asasnya dan kelihatan fizikalnya adalah anak sulung dari 3 adik beradik.. Beza antara aku dan adik kedua aku (gurl) adalah lebih kurang 6 tahun.. Sebagai seorang yang sulung, umum mengetahui perwatakannya yang berdikari, bertanggungjawab, mengalah dan sebagainya yang sesuai dengan status dan peranan sebagai seorang penjaga dan pengawal kepada adik-adiknya.. Yang sulung juga biasanya mahir dengan kehendak adik-adik dan pandai mengawal dan mententeramkan jiwa adik-adiknya..
Aku mungkin kelihatan begitu, tetapi aku juga ada dark sidenya.. hahaha.. Mybe aku juga dapat
dilihat berlainan dari sudut yang lain, kerana jiwa aku adalah jiwa anak yang bungsu dari adik beradik yang ramai.. Anak yang bungsu ni manja, dan mengharapkan bantuan dari segala segi dan aspek.. kurang berdikari.. ini pendapat secara asas, sebab pengaruh persekitaran mungkin memberi penekanan kepada kehidupan yang berbeza.. Jadi tidak menghairankan, jikalau seseorang yang pertama kali berjumpa dengan aku, akan mengatakan aku bukan anak yang sulung, sebaliknya anak yang bungsu..
Aku ada sedikit sikap yang jarang ada pada orang yang lain.. aku tidak suka memberitahu or sharing kehidupan peribadi aku kepada family aku.. terutama parents.. aku lebih suka mengambil sikap berahsia.. Di sekolah rendah, berbelas denda, tamparan dan sebagainya aku terima... Di sekolah menengah, tamparan, lempang mungkin sudah lali hinggap di pipi aku... Kerja rumah? jangan harap aku nak buat... sampai terbawa-bawa hingga kehidupan Universiti.. tapi parents aku tak pernah tahu, kehidupan aku di sekolah.. Setiap kali ditanya, jawapan yang terpacul - ok jer, seperti biasa.. Walaupun begitu, aku manja sangat ngn parents aku...
Jadi sudah biasa, segala masalah, akan aku pendam sendiri.. atau mungkin rakan-rakan yang dipercayai menjadi tempat untuk segalanya... Sebagai seorang yang memiliki jiwa anak bungsu.. aku teringin mempunyai abang, atau aku prefer akak.. sebagai tempat rujukan, tempat untuk sharing everything... juga untuk memahami siapa aku yang sebenarnya... sebab tu kekadang, bila aku di luar linkungan kawan-kawan, aku terasa sedikit sunyi... kehidupan ini sedikit menyesakkan..
Tapi macam mana sekalipun, aku bersyukur atas pemberian dari Tuhan... Mungkin kalau ditakdirkan aku sebagai anak tunggal, mungkin kehidupan akan lebih menyesakkan.. Jadi bila aku sunyi, aku akan senyum sebagai tanda aku masih bersyukur...
p/s: entry ini ditulis disebabkan kebuhsanan menunggu buffering smallville di internet.. watching online..
Tuesday, 19 May 2009
Its Touching My Heart
sebab aku memang xley jawab soalan tuh.. langsung.. nway, hope Dr akan bagi markah kesian.. supaya tidak fail.. D pon ok jerk.. hope so.. please pray for me..
yup, apa yang aku nak bgtau kali ini.. aku terjumpa satu poem yang amat menyentuh hati.. nice dan terlalu puitis.. simple but maknanya memberi pengertian yang sunggu mendalam.. sangat2 memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya..
Sesekali kalau ku kenangkan,
kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini,
biar saja kita bertemu di dalam mimpi,
kerana hidup lebih indah di luar realiti.
Sesekali kalau ku kenangkan,
biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi,
kerana mimpi pun bukannya sebuah janji,
biar saja kau tak pernah ada,
kerana kalaupun kau ada,
kau akhirnya kan pergi jua.
Al-Fatihah untuk arwah Pak Ngah, Mok Teh dan juga Atuk saya...
Thursday, 19 March 2009
Miserable
Proton Savvy aku buat lagi..
Kali yang ntah ke berapa..
Kena tarik bawak ke bengkel
macam x bayar hutang jadinya
menyusahkan. Pening sakit kepala
Fcuk Fcuk Kereta ini..
Aku dah x menyayanginya lagi..
Selamat Tinggal..
Ayah kata, dia dah deal ngn Toyota
Trade In..
Huh Aku Menanti x Sabar..
Coza aku dah lama tahan sabar ngn keter cinonet nih.
Thanks
Ayah
ibu
Thursday, 12 March 2009
Norazalina Bte Sulaiman

hurmm siapa kah nama yang disebut2 ini.. misteri-misteri.. haaa Dia nilah Kak Azah @ My Cousin @ akak sedara aku.. Memandangkan aku terjumpa blog dia last week, maka Entry kali ni special mengenai beliau.. Kak Aza ni adalah anak yang sulong dalam family beliau yang besh dan My Cousin yang bertunang tuh adalah yang ke anak yang ke 3 dalam keluarga Mak Ngah aku ni..
Apa yang beshnya sehingga aku membuat satu entry khas yang tajuknya menggunakan namanya? Well kak Aza ni lah sebenarnya yang aku wat sebagai penanda aras atau batch marking. Mungkin Disebabkan Kejayaan kak Aza menjadikan sebagai satu sumber inspirasi aku dan menyaksikan kejayaan aku bertapak di menara gading sekarang ini..
Ketika aku masih lagi belum mengenal erti kehidupan sekolah yang sebenar, sekadar masuk kelas, belajar dan main.. Tapi aku dah pasang azam. Pasang impian.. Aku menjadikan Kak Aza sebagai pencetus semangat.. Sebabnya? Kak Aza ketika itu belajar di MRSM PDRM Kulim.. Dan dari apa yang aku dengar, paham, dan teliti, MRSM merupakan sekolah yang elit.. Sekolah yang mampu membanggakan sesapa sahaja yang berada di sekeliling kita.. mak, Ayah, Sedara mara dan rakan taulan.. Masih teringat lagi, kami, sedara mara datang ke kulim menghantar Kak Aza.. Dan kelihatan sangat membanggakan.. Tidak hairan juga, Kebetulan kak Aza memang bijak dan pandai..
Jadi.. Aku pasang impian.. Aku yang tidak memahami sepenuhnya apa tu Sekolah biasa, MRSM dan SBP ni memasang niat dalam hati.. Aku akan ke MRSM.. Aku tak pandang langsung SBP.. Aku ingin juga ke MRSM.. Alhamdulillah, Rezeki aku ditempatkan di MRSM BPJ, walaupun MRSM baru, tapi tetap juga tempat perkumpulan pelajar-pelajar yang terpilih.. Pelajar yang boleh diketegorikan elit dalam pembelajaran.. Berbekalkan azam dan semangat, aku berjaya menempatkan diri aku Selama dua tahun di MRSM..
Ketika aku di MRSM. Aku jadikan juga Kak Aza sebagai pembakar semangat.. Ketika itu dia di Universiti Putra Malaysia.. Kadangkala datang aku turun juga ke UPM mengambil beliau bersama keluarga, Lagipun, aku seawal usia setahun dah pernah menjejakkan kaki ke UPM ketika konvokesyen Achik aku.. Dan ibu pernah cakap, Achik aku ketika itu, mendoakan aku menjejakkan kaki di UPM sebagai seorang mahasiswa. Kebetulan juga, aku pernah terdengar, di UPM pelbagai kemudahan ada, termasuk kemudahan LRT.. Dan aku begitu semangat.. Sekali lagi aku memasang impian.. UPM destinasi aku seterusnya..
Ketika mengisi borang UPU kemasukan ke Universiti.. Aku letak 5 pilihan teratas di UPM.. Aku ingin sangat melihat corak pembelajaran di sana.. Ingin belajar di Universiti yang diwarnai kemudahan di sekitarLembah klang.. Tapi mungkin Tuhan lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya.. Aku ditempatkan sebagai mahasiswa di universiti yang pernah mendapat Universiti terbaik diseluruh Malaysia satu ketika dulu, UKM.. Dan aku mengakui UKM memang yang terbaik..
Ketika entry ini ditulis, Kak Aza masih lagi mencipta nama.. Bekerja di Astro sebagai pekerjaan golongan elit, berjumpa artis yang mungkin saban hari.. Aku msih lagi memasang impian. Masih lagi memasang azam.. Semuanya kerana dia. kak Aza yang ku kenal..
Ketika ini aku memasang azam yang baru, menjadi seorang yang dikenali di peringkat antarabangsa. Mungkin sebagai ahli politik.. Kalau kita memasang impian dan cita-cita.. Siapa tahu, ianya mungkin menjadi kenyataan..
happy yippie burfday
Tuesday, 10 March 2009
Monday, 19 January 2009
Me and PERMAJ..
Entry Akmal yang bertajuk realiti bukan fantasy mendorong aku untuk membuka kembali gambar-gambar kenangan aku bersama PERMAJ.. Apa ini PERMAJ..? dan apa ada dengan PERMAJ.. Sudah 3 tahun aku bersama dengan PERMAJ, sudah 3 tahun juga aku memperkembangkan pengaruh aku di UKM, sudah 3 tahun ilmu yang aku dapat di PERMAJ selain akademik yang aku hope banyak membantu aku di berdiri di luar sana nanti.. Kalau ada orang yang akan kata Life in University is the best, Aku akan sokong sambil menambah kenangan-kenangan aku dalam PERMAJ..
Dalam PERMAJ memang terdapat pelbagai pengalaman.. Sakit ati, gembira, suka, mengeluh dan pelbagai lagi yang pasti menitiskan air mata bila dikenang.. Jerit dan perih seakan-akan bersatu dengan kegembiraan.. sudah asas, Kita pernah menjadi junior.. Putaran waktu akan menggantikan kita yang berada di bawah menjadi atas.. Senior seorang demi seorang akan pergi meninggalkan laman ilmu UKM.. Penasihat dan pembimbing serta rakan, seorang demi seorang meninggalkan beban amanah kepada kita.. maka kitalah yang harus berdikari membawa halatuju persatuan lebih dari sekadar cemerlang..PERMAJ mampu menerima aku seadanya.. PERMAJ mampu memberi aku kehidupan yang selama ini aku anggap telah jauh terpinggir dalam hidup aku.. Ohhh Tuhan saja yang tahu betapa aku mencintai PERMAJ lebih dari segala-galanya di UKM ini.. Dan terima kasih atas ilmu dan pengorbanan abang-abang dan akak-akak yang pernah membawa aku mengenali apa ini erti hidup dan apa ini erti tanggungjawab..
Lots of LOVE and thank You
~Seluruh warga PERMAJ~
Sunday, 2 November 2008
im crying
bila usia janin 40 hari atau 40 malam adalah hadith Nabi Saw bermaksud, “Jika nutfah (gumpalan darah) telah sampai 42 malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudian memberi keputusan…” (HR. Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.)..ketika ruh ditiup ke dalam janin yang bakal menjadi manusia, makan ditetapkan rezekinya, ditetapkan jodohnya, ditetapkan perjalanan takdirnya dan ditetapkan ajal mautnya.. kita hidup di dunia Allah harus bersedia dengan iman, ibadat dan amal seolah2 esok kita akan menghadapi maut... kita bekerja dibumi harus tekun dan yakin seolah-olah kita hidup seribu tahun lagi.. tapi perlu ingat kematian pasti menjemput kita..
tepat 12 am 27hb pagi Isnin, aku menerima satu berita. berita kehilangan seorang lagi insan yang ku sayangi.. Mok Teh aku.. berita sedih ni aku terima tepat Jam 2. pagi.. dalam keadaan penat dan letih sbb baru jer pas men futsal.. My Dad tulis anta mseg "Mok Teh Mersing meninggal".. terkedu dan terkejut.. meseg kart Hp aku tengok berulang-ulang kali tak percaya.. dapat je berita aku terus contact cousin aku di serdang dan berpakat sama2 konvoi ke melaka jam 3 pagi.. dari melaka aku berkonvoi plak dengan Paklong dan Makngah aku. konvoi sebanyak 5 kereta menuju ke rumah arwah di mersing.. sampai di Mersing dalam Jam 8 pagi.. hujan lebat mengiringi pengkebumian dan suasana sedih. Alhamdulillah dalam jam 2 petang semuanya siap dan hujan berhenti sebaik saja talkin habis dibacakan..
kehilangan Mok Teh amat dirasakan.. apatah lagi baru seminggu aku jumpa beliau pada jumaat 17hb yang lepas.. beliau dalam keadaan sihat walafiat.. sempat lagi menghidangkan aku air dan kuih raya.. dapat singgah sekejap jerk.. tapi takdir dah pun ditentukan oleh yang Maha kuasa.. Punca kematiannya mengejut; semput.. .. sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui apa yang berlaku di langit dan dibumi..
Al Fatihah.. Semoga Ruhnya Dicucuri rahmat.
gambar adik beradik arwah Mok Teh aku
dari kiri: arwah Mok Teh, Makngah, Mok Da ( My Mom), Mak Ah @ MakLong, dan Busu
Thursday, 10 April 2008
Memories.
Satu masa dulu, ketika kecil dimana ketika mata ini masih memandang segalanya benar, masih menganggap botol susu itu adalah minuman yang paling nikmat, dan ketika itu juga masih tidak mengerti mengapa seseorang itu harus pergi meninggalkan kita, harus pergi meninggalkan dunia.. masih teringat dua insan yang yang disayangi yang mana ketika itu tekun, dan prihatin terhadap diri ini..
insan pertama berwajah tenang, peramah, dengan senyuman yang menenangkan, sentiasa menyembunyikan segaris duka di dahi, mungkin tidak mahu saudara terdekat melihat beliau dalam kesusahan… seorang insan yang penuh inspirasi dan semangat.. bertugas sebagai polis marin mungkin menjadikan beliau dekat dan sering menziarahi diriku.. masih teringat beliau ketika datang bertugas di Tampoi, dalam waktu menziarahi aku, tidak lekang buah tangan... kadang-kadang buku mewarna, makanan ringan, mainan dan alatan-alatan tulis... paling mengembirakan sekali bila beliau ingin pulang... dengan senyuman, RM 10 atau RM 50 dihulurkan pada anak saudara ini dengan kata-kata yang penuh semangat.. ”belajar bersungguh, ingat ayah dan ibu” tapi jiwa anak kecil ini masih belum mengerti, duit itu dibelanjakan ke cyber cafe, dibelanjakan membeli mainan-mainan... pernah sekali ayah dan beliau membawa aku ke pusat membeli belah.. maklumlah kalau budak kecik nampak mainan, mesti berminat... dek kerana berminat tapi tak dapat, aku pon melalak dan menangis, ayah masih berkeras tidak mahu membelikannya, mungkin ader sebab tersendiri... tapi beliau dengan penuh senyuman, ambil kotak mainan itu dan terus bayar di kaunter... dan semua itu masih tersimpan kukuh dalam kenangan.. pernah satu ketika, kami sambut hari jadi bersama-sama keluarganya yang mempunyai 7 orang anak.. sangat meriah.. maklumlah aku ketika itu anak sulong dan adik2 yang masih kecik.. kemeriahan keluarganya juga kemeriahan untuk aku kerana itulah kakak2 dan abg2 aku untuk aku bermanja... masih tersimpan dalam album gambar-gambar majlis hari jadi ketika aku berumur dalam 5 tahun... dan saat yang paling sedih bila beliau dan keluarga nak pulang ke rumah.. lepas bersalaman aku akan menyorok di balik pintu, menangis... dan menangis... sebab? bila diorang dah balik ke rumah mereka, Aku akan keseorangan semula, menonton tv sendiri, bermain pon sendiri.. selalunya bila aku menangis, ibu akan pujuk ”nanti diorang akan datang semula” tidak dapat terbayang betapa manisnya semua itu masa kecik2... itu semua yang berlaku satu masa dulu dan kini, kenangan itu bagai pahit untuk dikenang kerana beliau yang disayangi telah pergi meninggalkan aku, meninggalkan dunia buat selama-lamanya... sakit jantung.. masih tergiang suara ibu di telefon ” epong, jangan terkejut, banyak bersabar, Pak Ngah dah meninggal dunia jam 12 tgahari tadi” semakin sayu suara ibu, semakin diam membatu aku, aku sangat-sangat terkejut... memang umum diketahui yang beliau memang ader sakit jantung dan dah 2 kali beliau diserang sakit jantung, kali ketiga serangan berlaku di hospital dan beliau meninggal dunia di hospital kuantan. aku bergegas balik ke Melaka dimana jenazah bakal disemadikan.. Alhamdulillah aku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir dan mencium di pipinya.. aku menangis teresak-esak tatkala bacaan talkin di pusara.. segala kenangan lalu, aku ungkapkan bersama air mata yang jatuh ke tanah. Beliau adalah pak ngah aku yang disayangi Sulaiman Bin Kedum yang telah meninggal dunia pada bulan ramadhan tahun lalu.. Al-Fatihah
Insan kedua ini tidak kurang pentingnya dalam hidup aku... wajahnya juga yang lembut dan tenang.. walupun melalui kehidupan yang sederhana sebagai orang kampung tapi pandai mengambil hati anak-anak kecil... beliau juga tidak kedekut mengajar dan memberi bermacam-macam ilmu.. terkilan rasa hati bila diimbas kembali detik beliau kembali kepada penciptanya, aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir... wajah yang akan aku rindui selama-lamanya ke akhir hayat.. dan aku pernah berjanji dalam hati, bila aku mendapat pekerjaan yang bagus, bila mampu menyara diri ini sendiri, aku akan beri saguhati pada insan ini, akan aku balas jasa-jasanya.. tapi itu hanya tinggal impian... beliau tidak sempat merasai hasil titik peluh aku... bila diimbas kembali ketika setiap hari raya puasa, duit raya dari beliau tidak pernah miss.. . dan untuk hari-hari terakhir aku bersama beliau adalah dimana ketika itu aku menemani beliau membuat rawatan di hospital.. bagaimana aku memapah beliau, dan bayangkan bila kita menyaksikan seorang insan yang disayangi berumur 82 tahun disuntik untuk mengambil darah, diusung kehulu-hilir untuk pemeriksaan yang pelbagai dengan karenah pihak-pihak yang berkaitan.. tidak tertanggung pedih di dalam hati.. sedih... hari-hari terakhir aku bersamanya, aku memapah, membetulkan duduknya.. membantu berjalan dan sebagainya.. terlalu pahit untuk mengenangkannya kembali... ketika di satu hospital swasta, beliau dihantar ke situ untuk pembedahan kecil, aku lah peneman nya... duduk di atas katil dan sekali sekala beliau meminta air dalam nada yang cukup sedih buat aku... haus... dan aku berlari membelikan air untuk insan tersayang ini.. tapi sekejap saja aku bersamanya.. tugasan di UKM terlalu banyak dan aku terpaksa kambali ke bumi Bangi.. dan itu kali terakhir aku melihat wajah insan tua yang penuh kasih sayang, yang tabah terhadap karenah anak2 selama berpuluh-puluh tahun.. insan yang disayangi adalah atuk aku, Abd Rahman Bin Nordin yang meninggal 27 Mac bersamaan Maulud Nabi Pada hari Khamis... Al-Fatihah...
sesungguhnya yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya... kenangan akan tetap sebagai kenangan,, selagi mana ia diingat dan dikenang...moga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan diampuni Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyanyang...
