Thursday, 27 August 2009
Dont Judge Books By Its Cover
Friday, 7 August 2009
2030





Tuesday, 21 April 2009
men such as tomcat
1) Kucing jantan suka dibelai.
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated).
Kalu kita kejar, ia akan lari.
Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia).
Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia.
Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)
p/s: artikel ini di ambil oleh http://lalala-08.blogspot.com/ . so layarilah blog ini jika kamu ada kelapangan waktu.. sekian..
Thursday, 9 April 2009
islamic empire

seminggu ini, aku telah beli 2 novel yang menceritakan ketamadunan islam.. Yang pertama Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain? yang menyingkap rahsia Al-Quran yang banyak menceritakan Zulkarnain adalah seorang raja yang beriman dan hebat. Namun gelaran Zulkarnain tidak layak disandarkan kepada Iskandar ataupun Alexander The Great mengikut hujah-hujah dan perbahasan dalam buku ini.
Yang kedua adalah Jatuhnya Sebuah Tamadun.. Yang membongkar rahsia kegemilangan dan kejatuhan yang dialami oleh Empayar Tamadun Islam sepanjang zaman.. Kedua-dua isi buku ini mungkin akan dikupas oleh entry yang akan datang..
Apa yang menariknya, di dalam pengenalan buku 'Jatuhnya sebuah Tamadun' ini menceritakan zaman peradaban Islam terbahagi kepada 3 bahagian..
-Zaman Klasik (zaman Nabi Muhammad S.A.W, khulafa al-Rasyidin di Madinah, Bani Umaiyah di Damaskus, dan Bani Abasiyyah di Baghdad)
-Zaman pertengahan (safawi di Parsi, Mughal di India, dan Uthmaniah di Turki)
-Zaman moden (dikenali zaman penjajahan Eropah terhadap Islam dan kebangkitan memperoleh kemerdekaan dari penjajah, ini termasuk Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia)
Setiap tamadun akan ada kebangkitan, dan akan ada kemunduran yang silih berganti.. Itu memang tidak dapat dinafikan.. Jadi apa yang menarik perhatian aku, jika sejarah mencatat tamadun Islam gemilang di zaman Klasik dan pertengahan, mengapa tidak ada Kebangkitan Islam di zaman moden? pastinya suatu masa yang akan datang, muncul sebuah kuasa Islam yang gagah, yang tidak mampu ditindas oleh Israel dan sekutunya.. yang mempunyai suara yang kuat di peringkat global..
Bayangkan negara itu adalah negara Islam Malaysia.. Nabi Muhammad sudahpun memberi tunjuk ajar dan teladan bagaimana Baginda mentadbir Madinah yang masyarakatnya terdiri daripada masyarakat yang majmuk.. Jadi Malaysia pun mampu menjadikan Madinah sebagai contoh untuk memacu kebangkitan kegemilangan ketamadunan Islam..
Jadi, yang BERHAK saja yang mampu mentadbir Malaysia untuk kearah merealisasikan Malaysia sebagai satu gagasan Ketamadunan Islam Moden.. InsyaAllah.. Ini terbukti, disebabkan ketamakan kita berpolitik dan merebut kuasa, Pulau Pinang mungkin mengikut jejak Singapura.. Fikir-fikirkanlah..
Sunday, 29 March 2009
one million dollar!!
Isunya bukan makanan di situ terlalu mahal.. Isunya bermula disini, setelah aku keluar dari franchise Secret recipe tersebut, aku terlihat kelibat sekeluarga, menjamu selera di luar secret recipe.. Seorang ibu bersama dua orang anak kecil... seorang dari anak kecilnya memakan nasi yang dibungkus dari gerai makanan lain.. dan anak kecilnya yang satu lagi disuapkan sesudu kek oleh ibunya.. Mungkin kerana terlalu kepingin si anak memakan kek, maka si ibu terpaksa membelikannya sepotong kek untuk membasahkan tekak..
Apa yang ingin dijelaskan di sini.. aku merasa tidak sedap hati.. aku kesian.. sedangkan aku makan secara mewah.. tapi ada insan yang tidak senasib dengan aku.. Aku mempu kesian.. aku tidak berdaya menolong.. kalau kita lihat ramai lagi yang hidupnya melarat dan memerlukan bantuan.. Sometimes bila aku makan di mapley, akan ada seorang makcik yang lingkungan umurnya dalam 40-50an menjaja kerepek dari satu meja ke satu meja yang lain.. kesian sangat.. dalam jam 11 malam masih lagi menjaja sebegitu rupa... mana anak-anaknya!! Owhh bayangkan ahli keluarga kita yang bersengkang mata menjual kerepek sebegitu rupa.. Aku tak sanggup..
Aku harap, bila aku dah berjaya kelak.. duit yang datang melimpah ruah.. Aku harap Mata aku xkan digelapkan oleh kuasa dan harta.. Aku akan membantu mereka yang memerlukan bantuan.. Duit kita takkan kemana jikalau kita membantu.. Ketepikan soal mereka ini menipu atau tidak.. Kita bantu apa yang terdaya.. Anak-anak yatim.. Ibu tunggal yang hidup serba kekurangan.. Warga emas yang tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.. masyarakat OKU.. dan masyarakat yang memerlukan bantuan..
Ketepikan soal politik.. Ketepikan soal bangsa.. bantu sesama manusia atas dasar keprihatinan..
semoga tiada lagi insan bernasib malang di dunia ini, suatu hari nanti..
Thursday, 19 February 2009
Joker
Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..
Doktor : "Anda harus dibedah!"
Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"
Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."
Pesakit : "Apa???!!!"
Doktor : "Anda jangan takut."
Pesakit : "Kenapa?"
Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."
Joke 2:
Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu harimereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.
Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atautidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras.
Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
Truly Posted By
.
.
www.cheesecake1987.blogspot.com
Tuesday, 17 February 2009
Scary night vs my mom vs my future wife
owhh hari isnin yang sungguh memenatkan.. pagi ader kelas dari kul 8-10.. abes kelas jam 10 terpaksa tunggu big madam, Datin Ainon untuk dapatkan tanda tangan beliau yang semahal t/tgn pamela anderson, untuk proposal dinner mikrob.. kenalah tunggu jap sebab kelas beliau kul 10-11... menunggu satu jam dengan masa aku yang terbuang sia-sia jer.. x abes lagi di situ, selepas kul 11, kena lak tunggu sehingga kul 1 lebih kurang.. sebabnya plak Datin Ainon ader tetamu iaitu lecturer dari belanda.. Akhirnya dapat jugak tndatangan Datin tue dalam kul 12 lebih, kehidupan monday aku diteruskan dengan lab interaksi tumbuhan jam 2 sehingga 4.. dari kul 4 menunggu sehingga jam 5.15 lak.. sempat minum petang sekejap dekat fst.. jam 5.15 ader meeting dinner mikrob sampai lah jam 6 lebih kurang.. besambung dengan 9.30 ader meeting exco pertama PERMAJ sesi 08/09... abes meeting tu dalam kul 12, terus bergerak ke subang jaya, untuk anta sis Jenap.. makan2 char kuey teow jap sampai lah jam 2 tiba di UKM semula.. Sampai di bilik, ader lak cerita seram bersama rakan2.. owhh Monday Blues yang memenatkan..
Scary night !!
sepatutnya post ni nak tulis malam td, tapi ketakutan plak nk write blog dalam 2-3 am..
sebabnya aku dan my rumate telah diganggu secara psikologi dalam malam yang sebelumnya..
Gangguan yang merosakkan tido aku. adoyai.. Haila haila haila (pinjam ayat kechik)
Malam td lak, bergema lagi gangguan.. hahaha gangguan member aku menakut-nakutkan aku dengan cerita hantu dan seram.. tapi bagus gak, ramai2 menghilangkan kesunyian.. tapi setelah diorang suma balik, hoho tu yang kecut perut nk tulis pagi-pagi buta.. mana tau ader orang lak tetiba ikut menaip bersma-sama..
My Mom vs My Future Wife
sajer jer nk selitkan dialog nih.. tetiba jer teringat semasa drive..
My Mom: epong, kalau nak cari isteri nanti, yang paling penting sekali, dia jaga epong dengan sebaik yang mungkin sebagaimana ibu jaga epong dari kecik sehingga besar panjang ni, kalau ibu x pernah tinggal makan minum, pakaian, dll macam itu jugak isteri epong kena jaga epong..
aku: Baekkkkkkk ibuuuuuu.....
Terharu x? hoho.. of coz aku akan ikut cakap my mom.. sebagaimana dia jaga aku sehingga aku berjaya dan bernafas selama 22 tahun dan seterusnya, macamtulah jugak aku nak bakal isteri aku dan isteri aku jaga aku selama 22 tahun lagi yang mendatang dan seterusnya..
or aku rela habeskan hidup aku dengan kerjaya dan menjaga parents aku dan adek2 aku kalau kehidupan aku x dijaga aka datang..
Pemikiran dan Kepercayaan..
Apakah beza Pimikiran dan kepercayaan?
Friday, 13 February 2009
I Hate This Feeling
Aku benci dengan manusia yang tiada perasaan..
Aku benci dengan manusia yang ego mementingkan perasaan sendiri..
Aku benci dengan mereka yang mengejar status dan berjawatan..
Aku benci dengan mereka yang bodoh apatah lagi sombong..
Aku benci dengan mereka yang hanya menganggap mereka saja yang bagus dan betul
Aku benci dengan mereka yang berperasaan mereka ini tiada kelemahan
Damn it.. Aku benci aku ada perasaan begitu.
(owhh sekadar melepas geram)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita sampingan apa yang berlaku semalam:
(tiada kena mengena dengan perasaan hari ini)
Semalam, atas cita-cita dan semangat tinggi, aku bergerak meluncur laju di atas jalan raya.. Destinasi impian pada kali ini adalah kompleks C bangunan kerajaan, Putrajaya.. Kart situ, aku dikhabarkan adalah tempat bersemadi nya JPJ.. Misinya, untuk membuat lesen yang baru menggantikan lesen yang dicuri oleh pencuri.
Perjalanan ke putrajaya tidaklah memakan masa yang lama. dan sebaik saja sampai ke komplek C, aku mencari parking yang bersesuaian.. Round punya round adalah dekat 20 kali baru terjumpa parking.. Huh petanda x elok bisik hati aku.. Selesai saja aku keluar dari kereta, Aku terus menuju ke pengawal keselamatan,
Aku : Bang, tumpang tanya, Pejabat JPJ dimana?
Pengawal : JPJ xder kart sini dik, JPJ kart kompleks D. Tapi kompleks D x dibenarkan meletakkan kereta untuk pelawat, maka dengan berat hati, abang cadangkan adik boleh jalan terus ke kompleks D.
Aku melihat kompleks D yang berdekatan tapi.... Jarak perjalanan nya membuatkan minda aku keletihan sebelum fizikalku merasai nasib yang sama.. Alang-alang dah sampai putrajaya, aku teruskan langkahku demi langkah. Dipendekkan cerita (sebab xkan aku jalan pun nk cerita), aku sampai ke pintu gerbang.. Dengan berpakaian jeans, selipar dan T-shirt biasa, aku berasa jelik dengan diri sendiri. segan dan malu. Sebabnya disitu, semua yang berada di sekitar berpakaian pejabat dan formal.. ohh tidak.. Cepat-cepat aku melangkah ke pejabat JPJ yang terletak dihujung belakang kompleks D..
Sesampainya di pejabat JPJ, mataku tertancap pada akak yang segak dan comel berpakaian Uniform biru tua, sedang duduk menghadap sesuatu di atas meja.. Tertulis di belakang beliau, "JPJ, Kaunter Pertanyaan".. Hatiku berbunga-berbunga bila memikirkan usaha aku dari kompleks C ke kompleks D bakal membuahkan hasil.. Hilang sudah segan aku sebentar tadi, dan aku terus menuju ke akak yang kelihatan comel itu..
Aku: Salam kak, ermm tumpang tanya.. Saya ni hilang lesen minggu lepas, jadi saya nk buat lesen baru, macam mana ya?
Akak chomey: (ketawa kecil), maaf dik, ni bangunan pentadbiran, lesen hilang kena buat kat JPJ negeri. Yang terdekat pun Bandar permaisuri.
Aku: okkkkkkkkkkkkkkkkkk kak..
lemah, lesu, tidak berdaya, gagal, putus asa, dan sedey adalah gejala mereka yang malang.
Sunday, 4 January 2009
Problem With New Year.
Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.
Kuala Lumpur, 2 Jan- Sebuah bilik di tingkat 11, Jln P Ramlee diserbu kerana dipercayai menganjurkan pesta seks. Terdapat 3 pasangan yang berada di atas katil dalam keadaan separuh bogel. sementara yang lain berada di dalam keadaan khayal kerana arak dan pengaruh dadah.
Kuantan, 2 Jan- "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang". begitulah kesimpulan yang dibuat apabila Jab. Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan operasi cegah maksiat dan berjaya menangkap 56 pasangan remaja Islam yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini di awal pagi 1 Jan. Kesemua remaja yang ditangkap berumur 15-20 tahun dan kebanyakkan mereka masih bersekolah.
Shah Alam, 2 Jan- Jab. Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 59 individu Islam disyaki berkhalwat di beberapa bilik hotel di sekitar negeri ini dalam operasi menjelang tahun baru semalam.
Jadi, dah tahu di mana silapnya? Tahun Baru dijadikan alasan untuk remaja islam berpesta seks. Menyewa hotel-hotel murah untuk dijadikan tempat melempias nafsu. Di Mana Harga diri Melayu Islam? Di Mana Harga Diri kita yang dijadikan sebagai hamba kepada Allah? Di Mana-mana seluruh dunia pun, sudah menjadi trademark setiap kali acara sambutan besar-besaran disambut dengan ragam yang menyalahi peraturan-peraturan yang telah lama ditetapkan untuk seorang muslim. Jika kita lihat di satu kawasan di sekitar Lembah Klang, terdapat satu acara menyambut ambang Tahun Baru ala pantai. Dengan berbaju separuh bogel? adakah itu sambutan? Memang seronok kita menyambut sebegitu rupa. Leka, khayal seolah-olah dunia ini kita yang punya.. Seolah-olah maut itu gentar dengan kita. Kalau sambutan itu yang kita suka, kita lihat betapa marah Umat Islam andai artikel ini yang dikeluarkan oleh satu blog yang menghina Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Memang tidak dinafikan ramai antara kita yang marah, geram dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan yang tidak langsung mahu ambil peduli? Kalo awek tersayang dimaki dan dicaci. Kelubang kubur aku cari.. Semoga balasan dari Allah yang seadil-adilnya pada mereka yang menghina dan memijak-mijakkan maruah agama kita.Cuba kita lihat pula artikel ini..
GENTING GAZA 2 Jan. - Serangan oleh tentera Israel di Palestin masih berterusan hari ini walaupun seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan terbunuh semalam. Serangan tersebut turut memusnahkan 20 buah rumah yang disyaki menempatkan beberapa pemimpin Hamas, sebuah apartmen di selatan Palestin dan juga sebuah masjid. Jumlah kematian kini meningkat kepada 414 orang dan lebih 2,000 lagi cedera setelah serangan masuk hari ke tujuh hari ini. Bagaimanapun di pihak Israel keangkuhan mereka semakin jelas dengan Menteri Luarnya, Tzipi Livni mengeluarkan kenyataan bahawa serangan yang dilancarkan mereka sememangnya sangat efektif. "Serangan yang dilancarkan di Palestin sejak ia bermula merupakan sesuatu yang berkesan. "Saya fikir sehingga sekarang selepas operasi yang dilancarkan sejak Sabtu lepas kami telah mencapai banyak perubahan," kata Livni selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menolak agar gencatan senjata 48 jam dilancarkan.
BAITULMAQDIS 2 Jan. - Tinjauan pendapat oleh sebuah akhbar terkemuka Israel menunjukkan lebih dua pertiga penduduk negara Yahudi ini lebih suka sekiranya serangan udara ke atas Genting Gaza diteruskan. 71 peratus responden dalam tinjauan oleh akhbar Haaretz kelmarin iaitu pada hari kelima Israel membedil Gaza dan menyebabkan hampir 400 penduduk Palestin terbunuh, menyokong tindakan ketenteraan tersebut. Mereka mendakwa ia boleh menangani pergerakan Islam yang memerintah Gaza.
Jadi dimana kita sewaktu umat islam yang lain menderita. Mungkin ada yang prihatin, berdoa, memboikot dan sebagainya. Alhamdulillah kita akan akan buat dan membantu apa yang kita mampu. Itu yang menolong? Yang berpesta seks ketika Umat Islam lain berpesta Darah? hanya Tuhan Saja yang tahu. Hanya Tuhan saja yang berhak menentukan balasan kepada umatnya yang alpa..
Ibarat sudah menjadi trend.. Kini kita masih lagi tercari-cari.. dimana silapnya.. dimana kah salah yang harus diperbaiki sebelum masalah ini menjadi penanda keruntuhan akhlak dan keruntuhan sesuatu bangsa Di Bumi Malaysia. Ayuh kita selamatkannya.. pada masa kini, yang paling penting sekali, peranan ibubapa dalam membantu masyarakat kita keluar dari kancah maksiat.. Bantu bersama-sama mendidik anak bangsa.. BUKAN HANYA TAU MEMBANGKANG SEMATA-MATA.. Hidup Bangsaku, Hidup Negaraku. Tinggikan Imanku. Dan Angkat Martabat Agamaku..
Sunday, 26 October 2008
"Abah.. bagi balik tangan Ita"
sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibukbekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
---------------------------------------------------------------------------------------------
- hai... manusia-manusia.. buat anak tau tapi xnk jaga, kan bagus jaga anak sendiri.. nnti xdelah anak mati jatuh bangunan, mati kena dera ngn bibik.. walaupon takdir tapi cuai.. mak bapak yg cuai.. haha my future wife kena jaga anak sendiri, kalau ader bibik pon, kemas umah jerk.. masak pon wife yang masak..
-dah jadi mcm ni baru nk menyesal, jadikanlah cter ni satu pengajaran dan teladan yerk..
-haha knapa ntah, semenjak dua menjak ni aku suker benor nak mencari cerita-cerita sedih mcm ni.. baru sket nih, byk lagi yang sedih2 dan memberi pengajran..
-nway pon, belajar lah dari kesilapan.. kalo bukan silap kita, belajar dari kesilapan orang..
-hidup peace selalu.. :)
Friday, 24 October 2008
Antara Maruah Dan Duit..
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.
Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
sedih, kadang-kadang kita berbelanja mewah tetapi lupa pada yang susah.. senangnya kita sampai lupa kan mereka... kadang-kadang kita hina, kita pandang pon jijik... hidup ni putar bagaikan roda.. ntah esok ntah lusa, kita pulak yang susah.. hidup jangan menyombong.. hidup di jalan Allah hidup besederhana.. ingat-ingat pada yang susah.. jangan kedekut untuk bersedekah.. PEACE...


