Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Thursday, 3 September 2009

Malindo


Mesti ramai dah dengar Malindo... Ringkasan kepada Malaysia-Indonesia... Yang dari wujudnya ketamadunan sebelum era penjajahan hubungan adik beradik nusantara ini telah lama berkekalan dan sehingga sekarang masih lagi dianggap serumpun, dan saudara...

Namun kewujudan blogs dan bloggers Indonesia yang mencaci memaki dan menggunakan segala ketidakpuasan hati terhadap Malaysia perlu dan wajib mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran serantau.... sila lihat sini dan sini....

Kecaman mereka Indonesia terhadap Malaysia melampaui batas-batas jiran terdekat... termasuk membakar bendera Malaysia, mengapi-apikan isu Manohara, Isu amah didera, Isu mencuri kebudayaan dan lain-lain.. Sebuah negara besar, tetapi apakah mereka tiada kerja... Malah mereka mengambarkan bendera Malaysia ke atas najis...

Aku terpilih ke Indonesia di Jakarta tahun lepas.. walaupun sebuah ibu negara Indonesia, tetapi turut dicemari dengan pelbagai wajah-wajah yang mencacatkan pandangan sebuah ibu negara kota... Sepatutnya rakyat mereka mengalihkan perhatian terhadap isu itu, bukan melancarkan provokasi kepada Malaysia... mereka kata mereka tidak Gentar... Nah! sapa kata kami tidak takut!

Indonesia ramai mencari sesuap nasi di Malaysia.. Ramai yang senang lenang... Antara beberapa yang mewah mencari sesuap nasi, ada yang kurang bernasib baik; didera... tapi berita itu hilang ditambah kekejaman pendatang asing;mencuri; merogol; merompak dan membunuh.... Perempuan banyak melacur di kota-kota Malaysia... Sepatutunya mereka berterima kasih kerana kami semua pemurah, baik hati melepaskan mereka mencari rezeki... bahkan ketika tsunami, atas nama persaudaraan, kami tolong menghulurkan bantuan... Ini caranya balasan mereka?

Anda sanggup mati demi Indonesia... Kami juga pertahankan Malaysia.... Hentikan provokasi ini.. atau kesudahannya Kami bukan lagi bangsa yang berlembut hati sesama saudara serumpun.....

Friday, 7 August 2009

2030



"mama, fly scoot saya rosak, macammana nak pergi sekolah" teriak Aminz jauh di sudut pintu hadapan. Kecewa riak wajah mengambarkan betapa duka hati mengetahui kerosakan kecil pada scooter terbang kesayangannya. Scooter merah lining hitam itu adalah pemberian dari papa tersayang. Jenama dari pakar pengeluaran dan pembuatan scooter terkenal Scoo Toot Toot Company."Takpe Aminz, nanti mama telefon papa, InsyaAllah papa akan baru beli teleport watch terbaru, telefon nanti, sudah pasti tidak sampai sesaat, datanglah papa pada kamu, biar saja papa hantar kamu ke sekolah hari ini" sahut mama Aminz dari dapur, barangkali sibuk mengarahkan sesuatu pada sekumpulan pembantu rumah robotik ataupun kitchen Robo untuk menyiapkan hidangan tengahari mereka.

"Aminz, nah!, pakai dulu sementara teleport watch papa hari ni, kebetulan papa off. Ada kerja sikit nak buat kat rumah. Jangan lupa, alat itu, kamu perlu jaga dengan baik, ingat! ini amanah. Tentang scoot kamu, nanti papa bawak repair" Suara papa muncul tiba-tiba. Senyap sunyi, tidak terasa kehadiran papa. Memang benar, teleport watch itu juga keluaran terbaru, boleh memindahkan jasad manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain sepantas kelipan mata. Sebut saja di celah mana, rantau mana, ceruk yang mana.. Device itu pasti dapat memindah manusia. Kehidupan kini diakui jauh lebih mudah dan sukar dibayangkan pada zaman datuk nenek moyang kita dulu pada abad ke 20.

Aminz juga berlalu sunyi, senyap dan sepi. "Papa, saya risau dengan Aimanz, bagaimana agaknya Aimanz" di sebalik kebuntuan suara itu, terselit kerisauan mama. Mama terus erduduk di atas kerusi empuk buatan abad ke 30. Diam. "im sure he's ok, proud to be his parents, you know, bangga sebab dia berkorban demi agama, bangsa dan negara. Sedangkan kita hanya mampu berdoa, semoga dia dilindungi dalam payung keb
esaran Yang Maha Kuasa" Jawab papa bangga, tapi penuh hati-hati.. Tidak mahu jiwa isterinya di robek kata-kata yang memilukan.. "ya saya harap dapat terima berita Aimanz, rindu rasanya, rohnya dekat dengan saya, jasad pula jauh dari kita, di dunia yang bergolak, semoga dia selamat kembali ke bumi Malaysia yang aman dan sentosa ini" jel
as mama, masih lagi dengan nada kebimbangan.

Jauh di selatan Tehran, Iran, Jentera-jentera masih lagi bergerak, pesawat-pesawat meluncur rendah bagaikan helang mencari mangsa. Riuh dan bingit dengan tembakan dan dentuman. Darah merah bagaikan mengalir, menyusuri jalan-jalan bagaikan sungai. Menangisi keruntuhan tembok tembok ketamadunan Iran yang runtuh dibedil pesawat-pesawat si zalim, kecil bagaikan burung, tapi pemangsa bagaikan garuda, meliar mencari sasaran, menembak tanpa batasan. Mata-mata merah tentera robotik si kafir zalim menyilau mencari buruan. Kejam tidak berperikemanusiaan.


"mengucap sahabat, mengucap" Aimanz menyebut butir-butir yang tidak jelas, tersangkut di kerongkong, tercungap-cungap. Menadah kepala kebawah. Melihat sahabat yang terkulai layu. Mereka adalah sekumpulan 12 orang unit Jihad02 yang terperangkap di balik jerat pemangsa. Mereka yang diketuai Aimanz berada dalam misi mengusir tentera-tentera zalim dari menodai kedaulatan Republik Islam Iran. Mereka dihantar oleh Negara Islam Malaysia yang kini bukan lagi sebuah negara kecil yang ketakutan tapi sebuah suara yang kuat untuk mengoncang dan kembali membangunkan Islam sebagai kekuatan di seluruh dunia.

"Panglima, kita sedang terperangkap, dan masih tiada lagi unit sokongan" satu tubuh kecil berkulit gelap bersuara tegas tetapi masih bernada ketakutan.
"sabar sahabatku, ana masih lagi mencari jalan keluar, InsyaAllah kita usaha dalam pemikiran. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita ini" Aimanz bersuara tenang, menenangkan rakan-rakan seperjuangan. Cuba menutupi kegusaran hatinya.


* huhu saja create cereka ini.. dapat idea dari Amir NUke_rude.. inipun cereka pasal peperangan mybe dalam tahun 2030.. sebenarnya dapat idea selepas tgk GI-Joe.. Alat-alat peperangan dia canggih sangat.. macam Red-Alert.. bagi aku, dapatlah GI-Joe tu menandingi Terminator tapi mungkin tidak dapat menawan kehebatan transformer.. kot..

*huhu minggu terasa sedikit kepenatan, kebingungan dan kemaluan (sedikit sensored, maksudnya mendapat malu.. hahaha)... kan bagus dapat berehat di tepi pantai di pulau-pulau yang panoramanya mengusik kekacauan dalam hati. memberi ketenangan maksima.. dan relax yang secukupnya.. huhu i wish i wish..

Sunday, 26 July 2009

The Colors of Life

Warna-warni kehidupan

Perjalanan kehidupan penuh warna dan ragam manusia di sekeliling... seronok kalau diperhati, dan di teliti... di ambil iktibar dan dijadikan corak untuk kehidupan sendiri.. kadang kala manusia ni penuh dengan tidup daya untuk melepaskan diri sendiri dari masalah.. terkadang aku juga tidak terkecuali terperangkap dalam lembah kehidupan yang menyesakkan bagi seorang manusia.. Biar berbatu perjalanan kita merentasi umur yang semakin dewasa.. asalkan jalan itu tidak tersesat oleh keinginan hati yang tamak dan haloba..

Menarik melihat berbagai ragam manusia di sekeliling sehingga aku sendiri tercarik hati dan kelesuan minda menjadi diri ini semakin tidak keruan.. semoga berjumpa pintu cahaya yang menenangkan setiap jasad kembali mengenal pencipta..

Ikan Salah Harga

Pernah dgr ikan ini? ikan salah harga.. hahaha.. ceritanya bermula begini, aku menghantar k.jnap dan k.siti ke tempat kerja.. sebelum tuh singgah jap ke satu restoran, nk makan tengahari.. ternampak ikan kerapu besar (masak 3 rasa kot, sebab aku yakin bukan masak sweet sour).. dan siap ada tulis rm17... hurmm agak murah kalo nak diikutkan saiz dia tuh.. kami pon bersetuju nk amek hidangan ikan kerapu tuh... tetiba datang server dia cakap ada kesalahan... Ikan tuh berharga RM39 sebenarnya.. umang aihhh... tapi disebabkan dia salah ckp, bos dia bagi diskaun.. Jadi ikan tuh kini berharga RM25.. disebabkan server bengong tuh berckp kuat sehingga semua pelanggan di restoran tuh dgr dan pandang macam kami xder duit jerk, jadi aku pon bersetuju jer... Jadilah ikan tuh, ikan salah harga masak 3 rasa..



Guitar

aku dah agak lama jugak beli gitar.. memang dah lama sangat ada niat nak belajar... Jadi ada kesempatan aku beli gitar jenama santa cruz.. jenama seyh.. bukan kapok2 kat pasar malam tuh.. tapi yang murahnya lah... hahaha... dah expert nnt aku beli gitar elektrik terus.. Tapi kekangan waktu dan masa membuatkan aku xdapat pegang langsung gitar tuh.. aduh... dan susah nak belajar dari buku.. hurmm aku nak belajar chord rock.. ader sesapa nak ajar aku x?

p/s: still xdapat tgk harry potter (T_T)



Friday, 8 May 2009

World Is So Cruel

Kejam. sangat Kejam.. 3 Wanita, 2 hamil dan satu warga tua mati di ragut... Terbaru, seorang kelindan lori mati disamun...

Adakah dunia kita berulang kembali peristiwa Habil dan Qabil, malah berganda berjuta kali lagi tinggi kadar pembunuhan.. apakah yang berlaku dalam isu semasa ini.. dunia ini kelihatan nya sangat kejam...

Isu Doktor tidak dedikasi dalam menjalankan tugas juga menjadi isu yang semakin besar dan panas.. Yang kecik semakin besar, Yang besar cuba diperkecilkan...

Pada pandangan aku, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.. kalau ada sesetengah doktor yang memang bersikap sambil lewa, adakah kita mesti diam dan pertahankan... Ramai golongan masyarakat menyalahkan golongan Profesional ini dan golongan profesional ini pula menyalahkan masyarakat dan media yang dikatakan berat sebelah.. Jadi salah siapa? penyelesaiannya?

Berbalik kepada pepatah td, kalau ada bunyi sok sek yang menandakan tida kena pada mana-mana tempat, perbetulkan... bukannya defend tapi tak ada tindakan.. air liur semata-mata.. once kalau anda dah belajar medic, sanggup terima tugasan sebagai doktor whatever alasan sama ada nk duit banyak, glamour ataupun demi masyarakat, makanya saya pasti anda sanggup berkorban masa, tenaga dan wang demi masyarakat.. dan sanggup menerima kritikan untuk membina intitusi perubatan yang terunggul.. itu cabarannya!!

berlainan dengan jurusan pendidikan.. aku cukup benci jika ada orang mengatakan nak jadi cikgu.. sebab dah xder kerja.. WTF.... hello.. nak jadi cikgu, niat mesti betul.. bukannya nak didik anak beruk, tapi nak didik manusia menjadi orang berguna.. tapi Alhamdulillah kalau niat itu lama-lama akan berubah.. tapi, zaman sekarang susah nak jumpa cikgu yang betul-betul mendidik anak bangsa dengan ikhlas biarpun menerima wang RM 500 sebulan sebagai gaji..

tapi yang lagi menjelikkan.. Guru tidak lagi dihormati.. mudah diserang ibu bapa jika terjadi sesuatu kepada anak-anak mereka.. bagi aku satu.... Mak Bapak diorang bodowh sangat.. Kalau ko reti ajar anak ko, xdernya guru nak marah.. Aper nih?... Guru seakan tidak ada kuasa mendidik anak murid.. nak cubit tak boley, silap haribulan, marah sebab anak murid tak buat kerja rumah pon x boleh.. WTH..

Tidak hairan kenapa zaman sekarang penuh dengan gejala sosial... Mak Bapak sibuk cari rezeki, Kuasa mengajar guru terlalu terhad, anak-anak semakin bebas...

Isu semasa semakin tenat, Tepuk dada tanya selera..



Sunday, 3 May 2009

tribute to final year students

hahaha... aku tak tau nak cakap aper kat anda semua.. memandangkan aku ada setahun lagi so aku xdapat nak rasa sangat macam mana perasaan nak tinggalkan Uni.. hehe.. nantilah aku buat entry khas untuk member-member aku yang nk pergi tuh.. so skang ni just aku nk letak lagu yang diambil dari you tube.. lirik dia sangat besh untuk mereka-mereka yang nk bergraduasi dan mengimbau kenangan-kenangan masa lalu..

tribute dan di dedikasi kan untuk semua yang bakal meninggalkan alam universiti..

ada dua lagu.. first yang originalnya dari ogy Ahmad daud.. then dari AF5 students





Wajah Rahsia Hati

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati



Saturday, 25 April 2009

im Gay



im Gay opsss.. tidak mungkin sama sekali.. Jika dilarang dalam Islam, maka larangan itu jelas.. waimah sekali pon mereka-mereka yang songsang ini manusia, ada hak dan kebebasan.. tapi ia tetap di larang dari hukum agama..

aku terbukak you tube, filem pendek 'comolot'.. boleh lihat seperti mana di atas.. sangat mengelikan tetapi tidaklah mengejutkan sangat filem ini.. yang memang ternyata filem ini ke arah kebaratan..

Tapi yang mengejutkan comment-comment yang diberi.. sangat tidak sopan dan terlebih ajar.. Memang kita Islam dan berhak menegur, tetapi tidak perlu kata-kata makian yang melambangkan kita bukan islam yang sempurna.. tetapi juga, sangat kurang ajar, yang menegakkan benang yang basah.. dan menghalalkan atau menidakkan hukum Islam ini..

lihat contoh-contoh comment.. nak detail layari 'you tube' sendiri.. Maaflah jika contoh comment ini diluar batasan bahasa... dan sedikit lucah... aku just copy and paste..

1 - [ well, so far this case is not becoming too serious. takde apa-apa pun?? korang juz cakap jer takde usaha apa-apa pun tak beguna jgak..rakyat MALAYSIA NI TERLALU CLOSE-MINDED LAHH.. ]

2 - [kita ni kna open skit kt malaysia mcm2 ragam manusia, gay pun makhluk tuhan gak......hidup ni kna lh variety skit baru lh gempaq skit ]

3 - [ bleh blah lh froet dn jessa..ada telo ke tara ke!.that my bussines.sye hnya tumpang banga ada flem melayu yng buat kelainan dala filem tempatan..kalo orang mcm korang ni jadi pemimpin takde la menara kembar,jmbtn ppinang,Al brujal plam island..otak fanatisam..tak ke mane ooi!.dngn korang orang lain semua tak betoi!..tak payah nipu diri dngn bercermin kn kopiah dn serban..Allah Swt.tau ape dalam hati kite..kisah nabi lut tu bukn hnya soal homo dn hetro.tapi orang kepo mcm korang ni gak slh satu ]

4 - [ Lantak la gay ke apa ke . habis main puki zina tu tak dosa ke? Kalau tak silap hukum sula sampai mampus. Gay nabi tak mengaku umat jer tak la suruh bunuh. so still boleh tabat la. zina ? ]

5 - [ nk brkhutbah p ler kt dewan org ramai ke...nape plak kt cni?ko x tahu nikmat menghisap kotel lelaki lebih baik dr menjilak 'burit' pompuan berdosa....ko ni kolot lg that y ler x tahu nikmat 'batang' ygkeras ketika mengulum nya kepuasan yg sukar di luahkn dgn kata..... ]


sapa kata kes ini belum lagi parah... sapa kata rakyat Malaysia close mind.. tapi biar berpada.. lupakan politik.. sama ada BN, Pas atau pun keADILan sekalipun bukannya elok.. hanya tau menggunakan isu ini sebagai politik.. jika ada niat nak banteras atau pun menghapuskan gejala songsang, buat dengan ikhlas.. demi Agama, Bangsa dan Negara...

Ada yang kata, menangani mereka mungkin perlukan pendekatan yang memahami bukannya kekerasan.. memang betol.. ada yang betul, ada yang salah.. kalau kita memahami Islam, ambil contoh hukuman murtad.. sepatutnya pancung.. maafkan dan betulkan jika salah.. tetapi sebelum hukuman itu dijalankan.. kita harus meperbetulkan dan memberi dakwah supaya si dia kembali ke pangkal jalan..

contoh lain isteri yang nusyuz.. mula dari yang ringan, asingkan tempat tidur, pukul dengan cara yang dibenarkan, kemudian baru lafaz talak.. Dalam Islam ada diberi pendekatan secara berhemah.. step by step..

dah yang ini, isu homo, dah lemah lembut pon masih sama tetap songsang, haruskah berlembut lagi? gigit jerk anu diorang.. bukan aku? bagi beruang gigit.. isu ini harus di ambil penekanan.. bukan asyik isu pilihanraya kecil x abes2... dah tau nk sambung belajar xyah jadi wakil rakyat.. opsss terkeluar tajuk..

continue balik.. isu ini sangat xboleh di diamkan.. sebelum mereka-meraka ini memintak hak kebebasan, diwujudkan NGO khas untuk mereka, perlindungan dan sebagainya.. atau mariage sesama gender dibenarkan di Malaysia.. so anda semua mahu jika one day, jika perkara ini tidak dibendung, tertempias ke anak-anak kita..

Jadi kita sebagai masyarakat Islam yang menjadikan Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan wajib membanteras gejala songsang ini.. ayuh demi masa depan Agama kita, dan Bangsa...

sekadar pendapat.. benda mungkar harus dibenci.. biarpun dalam hati yang selemah-lemah iman..


..

Saturday, 14 March 2009

PPSMI


Sekarang heboh tentang penentangan PPSMI yang dilakukan oleh sesetengah mereka yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus disebabkan PPSMI.. Adakah penentangan dan demonstrasi ini relevan.. Adakah mereka tidak terfikir untuk berfikir jauh kehadapan dan menyelami sejarah ketamadunan yang silam.. Atau adakah mereka menutup minda mereka, mengikut dalang2 yang ingin melihat bangsa melayu semakin tertinggal. siapakah dalang ini.. Pernahkah terfikir ada seseorang yang pasti tersenyum melihat semua ini di balik tabir?

Bahasa Melayu semakin tertinggal. Ohh ya.. mungkin aku lupa. Sains dan Matematik lebih relevan dan terkehadapan jika diguna pakai bahasa melayu.. Semua perkataan/istilah sains Inggeris di alih bahasa ke Bahasa Ibunda tercinta..
Sebagai contoh:
Oxidation - Oksidasi
fermentation - fermentasi
transcription factor - faktor transkripsi

Adakah semua istilah sains di alih bahasa ke Bahasa Melayu. jadi bahasa apakah itu. Bahasa Melayu Sains barangkali.?

Aku sebagai mahasiswa Sains barangkali sudah terbiasa dengan istilah sains.. ada sesetengah perkataan/ istilah boleh difahami dengan Bahasa Melayu tetapi ada sesetengahnya tidak mungkin dapat difahami tanpa penggunaan Bahasa Inggeris. Setahu aku, 'Thesis' atau latihan ilmiahnya tidak mungkin dalam bahasa Melayu bagi subjek sains kerana kebanyakkan sumber dan rujukan adalah jurnal dari bahasa-bahasa Inggeris. Jadi salahkah kita mengajar dan mengasuh Adik-adik supaya mereka terbiasa dan tidak kekok dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris..

Dengan adanya PPSMI musnahlah Bahasa Kebangsaan.. Sungguh kenyataan itu Aku tidak setuju.. Tapi aku akan menentang jika wujudnya Pembelajaran
Sejarah - BI
Geografi - BI
Agama Islam - BI
Sains - Bi
Matematik - BI
Kajian Tempatan - BI
Kemahiran HIdup - BI
Bahasa Melayu -BM

Bukanlah nak dikatakan aku tidak ada semangat patriotik terhadap bahasa aku sendiri. Aku sudah tentu tidak mahu Bahasa Melayu di anaktirikan di dalam negara Malaysia.. tapi kena relevan dengan keadaan semasa. Imbas kembali sejarah. bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam zaman kesultanan Melaka. Kerana zaman kesultanan Melaka merupakan salah satu empayar terhebat di nusantara. Mereka yang datang perlu berbahasa Melayu untuk berdagang dan mencipta peluang untuk mencari rezeki.. Kalau kita ambil contoh Eropah, mereka mempelajari bahasa Arab. kerana apa? adakah kerana mereka mengagungkan bahasa Arab? kerana mereka ingin mengambil/menceduk ilmu-ilmu dan teknologi yang dipelopori Ketamadunan Islam, untuk mereka ambil dan mencipta kemajuan bangsa mereka sendiri.. Dan setelah Ketamadunan Islam menunjukkan keruntuhan empayarnya maka mereka mengaku segala teknologi, mereka yang mengasasnya kerana kebanyakkan rujukan dan bukti telah habis dibakar atau dicampakkan ke dalam sungai sepertimana yang terjadi ketika kejatuhan kerajaan Abasiyyah ke tangan tentera Mongolia.

Kalau Jepun, Jerman, dan Perancis boleh maju kehadapan dengan bahasa mereka sendiri, kenapa tidak kita? Kerana negara-negara inilah yang mempelopori kemajuan teknologi. Teknologi automotif, aeronautik, penerokaan angkasa, robotik, dean sebagainya.. Kita juga boleh mengambil sikap sebegitu, tapi kita cuma ada teknologi mesin mengopek kelapa, mesin membuat kuih bahulu atau apa pun untuk mereka menceduk hasil teknologi kita..

Kalau kita pandang jauh kehadapan, kita sepatutnya menguasai bahasa teknologi bahasa Inggeris untuk kita majukan Bangsa Kita, perkuatkan teknologi kita.. Jika kita sudah menjadi sebahagian kuasa besar teknologi, baru kita boleh berbangga sambil mengatakan "kau nak teknologi aku, mari berpantun dengan aku" dan mereka akan mempelajari Bahasa Melayu untuk mengambil ilmu kita..

Dan kita perlu ada usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Kita supaya jati diri dan semangat Kemelayuan dan Kebangsaan tidak pudar dan luput.Teruskan PPSMI dalam masa yang sama perbanyakkan aktiviti yang melibatkan pengukuhan Bahasa Kebangsaan seperti pidato, debat dan sebagainya.

"Jangan kerana emosi, kita hilang segalanya"




Wednesday, 11 February 2009

Nothing!!

Malam ini, bagaikan beku di dalam benak fikiran. Masih mencari-cari apa yang patut di lakukan dikala keseorangan dalam suasana yang agak sunyi buhsanz.. Akhirnya penantian berakhir apabila jari-jari ini menari dipapan kekunci laptop, namun masih kekosongan idea dan ketandusan buah fikiran untuk dicanangkan dalam laman web maya ini..

Ketika suasana politik di seluruh negara belum lagi reda, pelbagai blog sudah aku terjah mengisi ruang waktu. Sama, masih lagi tidak sejuk ditelan waktu ketika berbicara mengenai politik tanah air. Semakin aku baca setiap blog oleh ramai penulis-penulis laman maya, semakin takut aku. Takut aku kepada masa depan sendiri. Takut aku kepada nasib bangsa sendiri yang semakin hari semakin kelam masa depannya di bumi sendiri.

Hanya beberapa waktu sahaja lagi, dan matahari bakal menyerlah kan cahayanya. Dalam fikiran ketika ini, merenung kembali masa-masa suatu ketika dulu. Semakin lama mencari kenangan-kenangan lalu, semakin aku keliru tentang diriku sendiri. Semakin aku ingin mencari kepastian, semakin lari jawapan dan kebenaran. Aku keliru tentang rinduku. Aku keliru tentang masa silamku.

Kadangkala terasa hati ini pudar, kadangkala terasa hati ini sudah hilang warnanya. Membiarkan saja hari-hari yang berlalu melintas di depan aku. Atau mungkin sekali manusia ini kadangkala berasa begitu. Hari - hari yang sepatutnya indah dan nikmat terasa kekosongan. Kerana, fikiran duniawi dan kemewahan mengatasi kenikmatan syurgawi. Mungkin hati ini tidak tenang setenangnya kita mendengar bait-bait kalam Allah. Semoga hari-hari ini, hari-hari yang bakal menjelmakan wajahnya, berlalu dengan penuh kenikmatan dan keinsafan.

~Hanya omongan kosong dari insan yang merasakan dirinya sunyi seketika~

Sunday, 4 January 2009

Problem With New Year.

Tidak terlambat rasanya dan tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penduduk dunia.. Kedatangan Tahun Baru yang datang untuk menggantikan Tahun-Tahun sebelumnya disambut dan diraikan setiap tahun menjelmanya Tahun Baru. Kita boleh lihat lampu-lampu, percikan bunga api, dan keramaian umat manusia membanjiri sesuatu kawasan, sememangnya fenomena yang biasa di ambang Tahun Baru.. Jadi jika tahun baru yang disambut setiap tahun ini adalah biasa, dimana masalahnya seperti yang dikata dalam Tajuk entry kali ini?

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Kuala Lumpur, 2 Jan- Sebuah bilik di tingkat 11, Jln P Ramlee diserbu kerana dipercayai menganjurkan pesta seks. Terdapat 3 pasangan yang berada di atas katil dalam keadaan separuh bogel. sementara yang lain berada di dalam keadaan khayal kerana arak dan pengaruh dadah.

Kuantan, 2 Jan- "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang". begitulah kesimpulan yang dibuat apabila Jab. Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan operasi cegah maksiat dan berjaya menangkap 56 pasangan remaja Islam yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini di awal pagi 1 Jan. Kesemua remaja yang ditangkap berumur 15-20 tahun dan kebanyakkan mereka masih bersekolah.

Shah Alam, 2 Jan- Jab. Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 5
9 individu Islam disyaki berkhalwat di beberapa bilik hotel di sekitar negeri ini dalam operasi menjelang tahun baru semalam.

Jadi, dah tahu di mana silapnya? Tahun Baru dijadikan alasan untuk remaja islam berpesta seks. Menyewa hotel-hotel murah untuk dijadikan tempat melempias nafsu. Di Mana Harga diri Melayu Islam? Di Mana Harga Diri kita yang dijadikan sebagai hamba kepada Allah? Di Mana-mana seluruh dunia pun, sudah menjadi trademark setiap kali acara sambutan besar-besaran disambut dengan ragam yang menyalahi peraturan-peraturan yang telah lama ditetapkan untuk seorang muslim. Jika kita lihat di satu kawasan
di sekitar Lembah Klang, terdapat satu acara menyambut ambang Tahun Baru ala pantai. Dengan berbaju separuh bogel? adakah itu sambutan? Memang seronok kita menyambut sebegitu rupa. Leka, khayal seolah-olah dunia ini kita yang punya.. Seolah-olah maut itu gentar dengan kita. Kalau sambutan itu yang kita suka, kita lihat betapa marah Umat Islam andai artikel ini yang dikeluarkan oleh satu blog yang menghina Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Memang tidak dinafikan ramai antara kita yang marah, geram dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan yang tidak langsung mahu ambil peduli? Kalo awek tersayang dimaki dan dicaci. Kelubang kubur aku cari.. Semoga balasan dari Allah yang seadil-adilnya pada mereka yang menghina dan memijak-mijakkan maruah agama kita.

Cuba kita lihat pula artikel ini..

GENTING GAZA 2 Jan. - Serangan oleh tentera Israel di Palestin masih berterusan hari ini walaupun seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan terbunuh semalam. Serangan tersebut turut memusnahkan 20 buah rumah yang disyaki menempatkan beberapa pemimpin Hamas, sebuah apartmen di selatan Palestin dan juga sebuah masjid. Jumlah kematian kini meningkat kepada 414 orang dan lebih 2,000 lagi cedera setelah serangan masuk hari ke tujuh hari ini.
Bagaimanapun di pihak Israel keangkuhan mereka semakin jelas dengan Menteri Luarnya, Tzipi Livni mengeluarkan kenyataan bahawa serangan yang dilancarkan mereka sememangnya sangat efektif. "Serangan yang dilancarkan di Palestin sejak ia bermula merupakan sesuatu yang berkesan. "Saya fikir sehingga sekarang selepas operasi yang dilancarkan sejak Sabtu lepas kami telah mencapai banyak perubahan," kata Livni selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menolak agar gencatan senjata 48 jam dilancarkan.

BAITULMAQDIS 2 Jan. - Tinjauan pendapat oleh sebuah akhbar terkemuka Israel menunjukkan lebih dua pertiga penduduk negara Yahudi ini lebih suka sekiranya serangan udara ke atas Genting Gaza diteruskan. 71 peratus responden dalam tinjauan oleh akhbar Haaretz kelmarin iaitu pada hari kelima Israel membedil Gaza dan menyebabkan hampir 400 penduduk Palestin terbunuh, menyokong tindakan ketenteraan tersebut. Mereka mendakwa ia boleh menangani pergerakan Islam yang memerintah Gaza.

Jadi dimana kita sewaktu umat islam yang lain menderita. Mungkin ada yang prihatin, berdoa, memboikot dan sebagainya. Alhamdulillah kita akan akan buat dan membantu apa yang kita mampu. Itu yang menolong? Yang berpesta seks ketika Umat Islam lain berpesta Darah? hanya Tuhan Saja yang tahu. Hanya Tuhan saja yang berhak menentukan balasan kepada umatnya yang alpa..

Ibarat sudah menjadi trend.. Kini kita masih lagi tercari-cari.. dimana silapnya.. dimana kah salah yang harus diperbaiki sebelum masalah ini menjadi penanda keruntuhan akhlak dan keruntuhan sesuatu bangsa Di Bumi Malaysia. Ayuh kita selamatkannya.. pada masa kini, yang paling penting sekali, peranan ibubapa dalam membantu masyarakat kita keluar dari kancah maksiat.. Bantu bersama-sama mendidik anak bangsa.. BUKAN HANYA TAU MEMBANGKANG SEMATA-MATA.. Hidup Bangsaku, Hidup Negaraku. Tinggikan Imanku. Dan Angkat Martabat Agamaku..