Showing posts with label Learning. Show all posts
Showing posts with label Learning. Show all posts

Tuesday, 21 April 2009

men such as tomcat

are you such as tom cat?

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?


1) Kucing jantan suka dibelai.

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...

Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.



2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.



3) Kucing jantan kuat tidur

Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.



4) Kucing jantan kuat merayap

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.

Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.



5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.



6) Kucing jantan tak suka dipaksa

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.



7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!



9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated).
Kalu kita kejar, ia akan lari.

Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.



10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia).

Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia.

Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)



sebab apa aku post artikel sebegini.. hampir 90% sama dan sependapat dengan aku.. yang lelaki di luar sana mcam mana..? cuma no 10 jerk 100% tak sama macam aku.. aku ni setia tau.. sekali 4 orang gadis aku setia.. hahaha...

p/s: artikel ini di ambil oleh http://lalala-08.blogspot.com/ . so layarilah blog ini jika kamu ada kelapangan waktu.. sekian..




Thursday, 9 April 2009

islamic empire


seminggu ini, aku telah beli 2 novel yang menceritakan ketamadunan islam.. Yang pertama Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain? yang menyingkap rahsia Al-Quran yang banyak menceritakan Zulkarnain adalah seorang raja yang beriman dan hebat. Namun gelaran Zulkarnain tidak layak disandarkan kepada Iskandar ataupun Alexander The Great mengikut hujah-hujah dan perbahasan dalam buku ini.

Yang kedua adalah Jatuhnya Sebuah Tamadun.. Yang membongkar rahsia kegemilangan dan kejatuhan yang dialami oleh Empayar Tamadun Islam sepanjang zaman.. Kedua-dua isi buku ini mungkin akan dikupas oleh entry yang akan datang..

Apa yang menariknya, di dalam pengenalan buku 'Jatuhnya sebuah Tamadun' ini menceritakan zaman peradaban Islam terbahagi kepada 3 bahagian..

-Zaman Klasik (zaman Nabi Muhammad S.A.W, khulafa al-Rasyidin di Madinah, Bani Umaiyah di Damaskus, dan Bani Abasiyyah di Baghdad)
-
Zaman pertengahan (safawi di Parsi, Mughal di India, dan Uthmaniah di Turki)
-
Zaman moden (dikenali zaman penjajahan Eropah terhadap Islam dan kebangkitan memperoleh kemerdekaan dari penjajah, ini termasuk Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia)

Setiap tamadun akan ada kebangkitan, dan akan ada kemunduran yang silih berganti.. Itu memang tidak dapat dinafikan.. Jadi apa yang menarik perhatian aku, jika sejarah mencatat tamadun Islam gemilang di zaman Klasik dan pertengahan, mengapa tidak ada Kebangkitan Islam di zaman moden? pastinya suatu masa yang akan datang, muncul sebuah kuasa Islam yang gagah, yang tidak mampu ditindas oleh Israel dan sekutunya.. yang mempunyai suara yang kuat di peringkat global..

Bayangkan negara itu adalah negara Islam Malaysia.. Nabi Muhammad sudahpun memberi tunjuk ajar dan teladan bagaimana Baginda mentadbir Madinah yang masyarakatnya terdiri daripada masyarakat yang majmuk.. Jadi Malaysia pun mampu menjadikan Madinah sebagai contoh untuk memacu kebangkitan kegemilangan ketamadunan Islam..

Jadi, yang BERHAK saja yang mampu mentadbir Malaysia untuk kearah merealisasikan Malaysia sebagai satu gagasan Ketamadunan Islam Moden.. InsyaAllah.. Ini terbukti, disebabkan ketamakan kita berpolitik dan merebut kuasa, Pulau Pinang mungkin mengikut jejak Singapura.. Fikir-fikirkanlah..



Sunday, 22 March 2009

Matured

Jari-jari aku semakin nakal.. Apa saja yang terlintas di hati, ingin aku siarkan di laman ini.. Dan ketika aku asyik memikirkan bagaimana mahu keluar dari kotak masalah aku, aku terpikir akan sesuatu perkataan ini.. Matang.. Adakah kita bersikap matang apabila menghadapi sesuatu masalah..?

Apakah pengukuran matang bagi seseorang.. Sudah tentu berbeza bagi setiap individu.. mengikut tafsiran masing-masing.. Tapi jika umur sudah mencecah 20-an, dan masih lagi tidak pandai berfikiran rasional dalam sesuatu perkara, sudah tentu ianya menunjukkan ketidakmatangan seseorang itu..

Sebagai contoh, jika sudah terang lagi bersuluh, kita yang melakukan kesalahan, tetapi mengharapkan orang lain yang meminta maaf kepada kita, adakah itu menunjukkan kita sudah matang.. Sudah tentu jawapannya tidak!!

Bagaimana kita bertindak menghadapi masalah kita, bagaimana kita menyelesaikannya tanpa menyusahkan orang lain, dan bagaimana kita mengawal rentak emosi kita, akan menjadi pengukur tahap kematangan.. Bertindak rasional, kikiskan emosi, berfikiran dewasa, dan pandanglah jauh ke hadapan..

cuma kadangkala kita terasa seperti bayi, ingin dimanja, ingin dibelai, ingin diberi perhatian, ingin disanjung, dipuji diberi ganjaran.. Tapi cuma kadangkala.. Kalau sudah selalu merengek, tampar saja, biar masuk parit.. Kalau sentiasa emosi, payahlah.. Kena ingat, orang lain pon ada emosi jugak, cuma dikawal.. Kalau x dikawal, serupa mcm orang sakit mental, belasah jerk apa yang nk dicakap..

Kadangkala pikirkanlah, semua yang kita buat x selalunya org suka.. Apa yang kita cakap x selalunya orang sanjung, Apa yang kita buat, x selalunya diberikan penghargaan.. Kadangkala aku pun terasa something wrong inside me.. Adakah aku cukup tabah.. dan adakah aku cukup matang menghadapi masalah dan environment sekeliling aku..

Korang? matang ker?



Saturday, 14 March 2009

PPSMI


Sekarang heboh tentang penentangan PPSMI yang dilakukan oleh sesetengah mereka yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus disebabkan PPSMI.. Adakah penentangan dan demonstrasi ini relevan.. Adakah mereka tidak terfikir untuk berfikir jauh kehadapan dan menyelami sejarah ketamadunan yang silam.. Atau adakah mereka menutup minda mereka, mengikut dalang2 yang ingin melihat bangsa melayu semakin tertinggal. siapakah dalang ini.. Pernahkah terfikir ada seseorang yang pasti tersenyum melihat semua ini di balik tabir?

Bahasa Melayu semakin tertinggal. Ohh ya.. mungkin aku lupa. Sains dan Matematik lebih relevan dan terkehadapan jika diguna pakai bahasa melayu.. Semua perkataan/istilah sains Inggeris di alih bahasa ke Bahasa Ibunda tercinta..
Sebagai contoh:
Oxidation - Oksidasi
fermentation - fermentasi
transcription factor - faktor transkripsi

Adakah semua istilah sains di alih bahasa ke Bahasa Melayu. jadi bahasa apakah itu. Bahasa Melayu Sains barangkali.?

Aku sebagai mahasiswa Sains barangkali sudah terbiasa dengan istilah sains.. ada sesetengah perkataan/ istilah boleh difahami dengan Bahasa Melayu tetapi ada sesetengahnya tidak mungkin dapat difahami tanpa penggunaan Bahasa Inggeris. Setahu aku, 'Thesis' atau latihan ilmiahnya tidak mungkin dalam bahasa Melayu bagi subjek sains kerana kebanyakkan sumber dan rujukan adalah jurnal dari bahasa-bahasa Inggeris. Jadi salahkah kita mengajar dan mengasuh Adik-adik supaya mereka terbiasa dan tidak kekok dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris..

Dengan adanya PPSMI musnahlah Bahasa Kebangsaan.. Sungguh kenyataan itu Aku tidak setuju.. Tapi aku akan menentang jika wujudnya Pembelajaran
Sejarah - BI
Geografi - BI
Agama Islam - BI
Sains - Bi
Matematik - BI
Kajian Tempatan - BI
Kemahiran HIdup - BI
Bahasa Melayu -BM

Bukanlah nak dikatakan aku tidak ada semangat patriotik terhadap bahasa aku sendiri. Aku sudah tentu tidak mahu Bahasa Melayu di anaktirikan di dalam negara Malaysia.. tapi kena relevan dengan keadaan semasa. Imbas kembali sejarah. bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam zaman kesultanan Melaka. Kerana zaman kesultanan Melaka merupakan salah satu empayar terhebat di nusantara. Mereka yang datang perlu berbahasa Melayu untuk berdagang dan mencipta peluang untuk mencari rezeki.. Kalau kita ambil contoh Eropah, mereka mempelajari bahasa Arab. kerana apa? adakah kerana mereka mengagungkan bahasa Arab? kerana mereka ingin mengambil/menceduk ilmu-ilmu dan teknologi yang dipelopori Ketamadunan Islam, untuk mereka ambil dan mencipta kemajuan bangsa mereka sendiri.. Dan setelah Ketamadunan Islam menunjukkan keruntuhan empayarnya maka mereka mengaku segala teknologi, mereka yang mengasasnya kerana kebanyakkan rujukan dan bukti telah habis dibakar atau dicampakkan ke dalam sungai sepertimana yang terjadi ketika kejatuhan kerajaan Abasiyyah ke tangan tentera Mongolia.

Kalau Jepun, Jerman, dan Perancis boleh maju kehadapan dengan bahasa mereka sendiri, kenapa tidak kita? Kerana negara-negara inilah yang mempelopori kemajuan teknologi. Teknologi automotif, aeronautik, penerokaan angkasa, robotik, dean sebagainya.. Kita juga boleh mengambil sikap sebegitu, tapi kita cuma ada teknologi mesin mengopek kelapa, mesin membuat kuih bahulu atau apa pun untuk mereka menceduk hasil teknologi kita..

Kalau kita pandang jauh kehadapan, kita sepatutnya menguasai bahasa teknologi bahasa Inggeris untuk kita majukan Bangsa Kita, perkuatkan teknologi kita.. Jika kita sudah menjadi sebahagian kuasa besar teknologi, baru kita boleh berbangga sambil mengatakan "kau nak teknologi aku, mari berpantun dengan aku" dan mereka akan mempelajari Bahasa Melayu untuk mengambil ilmu kita..

Dan kita perlu ada usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Kita supaya jati diri dan semangat Kemelayuan dan Kebangsaan tidak pudar dan luput.Teruskan PPSMI dalam masa yang sama perbanyakkan aktiviti yang melibatkan pengukuhan Bahasa Kebangsaan seperti pidato, debat dan sebagainya.

"Jangan kerana emosi, kita hilang segalanya"




Friday, 6 March 2009

Leadership (gila kuasa)

Kali ini nak bercerita lak pasal kepimpinan.. Isu ni jugak xder kena mengena dengan satu-satu pertubuhan @ persatuan tapi perkara yang ingin dibangkitkan ini menyentuh kepimpinan secara umum baek dari kampus ataupun nasional..

Aku tertarik pada blog salah seorang dari MPP UKM kita, dalam blog beliau memang terdapat banyak kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya, walaupun aku x sokong beliau menjadi salah seorang pemimpin tertinggi MPP UKM kerana masih mentah dan x punya banyak pengalaman tapi x seharusnya kata makian dan cacian terutama yang berunsurkan perkauman dilontarkan kepada beliau..

Apa yang dapat diperhatikan menjadi seorang pemimpin ini tersangat lah susah dan penuh tanggungjawab.. Tersangat sukar nak memuaskan hati semua orang.. Dan aku masih memikirkan sama ada aku perlu meneruskan perjuangan aku di kampus ini atau x.. sebab banyak tanggungjawab yang perlu difikirkan walaupun tawaran dan rezeki dah terhidang depan mata.. owhhh kenapa aku perlu memikirkan tanggungjawab sedangkan ader jer yang menerima jawatan kerana nama? kerana tamak kan kuasa..

Ada ker? owhh sesungguhnyia ada.. Ape lah sangat ngn jawatan.. kalo nak mencari pengaruh sekalipun bukan jawatan yang utama tetapi sikap kita dan cara kita mempengaruhi orang.. Tgk bawah kita, tgk sekeliling kita, mintak pendapat orang, kalau dah ader yang x suka dengan cara kita, there must be something wrong with you.. dan perlu ke lagi memegang jawatan tertinggi..

Walaupun aku benci PKR, tapi kalau melihat contoh kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, DSAB, dia pandai, pandai mempengaruhi orang, pandai membuatkan orang percaya kepada 'kesucian dia'.. walaupun dipecat dari Timb. Perdana Menteri, dia tetap berpengaruh.. So jawatan x penting... X payah la nak mengejar jawatan.. kalau ko dibawah sekalipun orang dah mencebik bibir apa lagi jawatan tinggi..

Ahhh, aku benci orang sebegini.. x reti ukur baju di badan sendiri... Dan aku masih lagi memikirkan jawatan ini yang patut aku pegang atau tak..

kalau pegang = aku akan cuba buktikan 'benda' yang aku pegang ni jauh terkehadapan dari yang lain (sebab aku sedih melihat 'benda' yang aku sayang tercicir dari segenap aspek) + tanggungjawab yang lebih besar + pengorbanan yang besar + thesis dan juga xtviti PERMAJ.. (kena seimbangkan lagi)

kalau x pegang = just thesis, grade, tido, a little bit buhsanz, my PERMAJ.. and free...

p/s: kalau sesapa yang x suka aku bagitau lah yerk, janganlah biarkan aku syok sendiri.. hahaha.. well kita kena menerima seadanya diri kita, tapi mata orang lain yang memandang lebih besar ertinya pada diri kita..

JANGAN JADIKAN DIRI KITA BAGUS UMPAMA MALAIKAT TANPA MENERIMA KRITIKAN ORANG OR JANGANLAH EMO KALAU ORANG KRITIK KITA, SEBAB KITA BUKAN PERFECT, DAN BUANGKAN EGO ANDA..


Tuesday, 18 November 2008

Me As A Lawyer?

Akhirnya exam abes gak.. Tapi Ho-Ley-day Lambat lagi or maybe tak balek rumah langsung.. Owhh my Home Sweet Home.. Dan Tenkiu kawan2 for ur support.. InsyaAllah dengan kekuatan, i try my best.. Mungkin ada yang tertanya-tanya if i change my course, why law? and why political science? Haha.. Maybe this entry ada jawapannya..

My ambiton masa sekolah rendah, dah semestinya macam bebudak yang lain.. Doctor, Arkitek, Lawyer, Engineer dll. Tapi itu masa sekolah rendah sehinggalah aku terdetik untuk meminati bidang sastera.. Sejak bila.. Aku sendiri tiada jawapan.. Aku minat pada sastera, minat menulis puisi, minat untuk mengarang.. Minat menulis novel.. Ada juga aku menulis novel-novel yang mana akhirnya tersangkut di tengah jalan.. I have a bad habits, really-really bad.. Pernah dengar "Hangat-hangat tahi ayam"? Itulah gambaran aku sebenarnya.. Idea ada, alatan ada, sometimes masa je yang tak ada.. Tapi still x siap.. dan x berani nak tunjuk pada sesiapa.. Just minat, maybe bakat tak pernah pun ada.. Pernah juga aku terfikir maybe one day aku akan jadi penulis sambilan.. Hidup goyang kaki bersama royalti (itupun kalau hasil penulisan aku laku).. Haha so maybe aku patut jadikan sastera ni cuma hobi sampingan.. Ada masa boleh buat.. InsyaAllah..

Sastera dan Law ada kaitan?.. Aku tak sure sebab aku tak pernah belajar law.. Cuma apa yang aku tau i want to be a lawyer.. Berpakaian Smart di dalam court.. Petah berbicara.. Dan Lawyer merupakan pilihan pertama aku.. Why? Im not sure.. Tapi ada satu or dua perkara yang buat aku jatuh hati pada law.. Yang pertama aku suka berdebat, aku suka nak menang.. Sesiapa yang pernah kenal aku dengan sedalam-dalamnya tau yang aku tak akan pernah mengalah walaupun apa yang aku cakap tu salah.. Opsss.. Kantoi.. Haha.. Recall balek masa sekolah di MRSM, time sejarah, Cikgu Alishah ni pernah buat satu perdebatan lah kononnya, dan aku di awardkan pendebat terbaik oleh cikgu tersebut.. Banggalah jugak walaupun dalam kelas jerk.. Haha.. Tapi i make a mistake.. Aku tak pernah pon menonjolkan diri aku sebagai pendebat.. Aku tak pernah pun nak mencuba memasuki mana-mana pertandingan debat.. Entah sebab apa.. Mungkin aku jenis yang tiada keyakinan dalam mana-mana pertandingan.. Thats my mistake.. 2nd mistake pun terjadi bila aku ditawarkan MAKUM untuk pemantun UKM.. Tapi aku tolak.. Semua disekeliling aku kecewa ngan keputusan aku.. Benda dah lepas usah dikenang.. Teori kedua aku suka law atau pun berdebat ni berkait rapat dengan zodiak.. Bulan Mei dikatakan suka berdebat.. Maybe yes or maybe not.. Dan another teory is, Nizam.. Mohd Saiful Nizam yang ertinya Yang Terpuji Pedang Kebenaran.. Pedang boleh juga membawa erti kepada ketajaman berkata-kata dan Nizam membawa maksud kebenaran.. Ketajaman berkata-kata dalam kebenaran.. Haha just a theory..
Mungkin sebab itu aku suka law, dan aku sentiasa nak menang.. Dan aku pandai memutar kata-kata (dulu sahaja sekarang dah kurang expert)..

Ok, stop bout sastera and law.. 2nd ambition aku berkait dalam bidang architecture.. aku minat melukis walaupun aku sendiri tak nampak bakat melukis tuh, apatah lagi orang lain.. aku minat architecture, landscape design ni disebabkan kreativiti melukis sesuatu design/structure.. Imaginas yang melampau misalnya membayangkan sesuatu bangunan itu design nya modern plus tradisional.. Dan membuat rekaan menggunakan kadboard, gam tampal sehingga akhirnya membentuk satu hasil seni yang memuaskan hati sang penciptanya.. Tapi semua orang pun tahu, designer ni memerlukan kesabaran tahap maksima.. MInat tetap minat tetapi aku tidak ada kesabaran tahap tu.. Ditambahkan lagi dengan perangai aku membuat awal musim jerk..

Architect or Law.. Haha bila dikenangkan kembali.. Jauh Panggang dari Api.. Beza langit dari Bumi.. Bidang yang aku amek sekarang biologi.. Tak pernah terfikir pun aku akan amek kursus yang memrlukan aku duduk 24 hours menggunakan 6 mata.. Mata aku 2, ditambah spec mata 2, dan kanta mikroskop lagi 2.. Biologi.. HuuHuu.. Subjek yang aku fail sejak sek menengah lagi.. Haha kena banyak menghafal.. Dan skema jawapan yang teramat ketat.. .Walaupun aku berkata itu dan ini.. Realiti masa kini bukan lagi kehidupan zaman silam.. Realiti kehidupan kini perlu diharungi bukan lagi silam yang sentiasa dikenangi.. Sejauh mana pun kita memandang ke belakang, kita akan terus meredah waktu jauh didepan sehingga ke titik penamat kehidupan kita.. Salam..

Saturday, 15 November 2008

Microbiology to another courses?

Dalam mempersiapkan diri menghadapi exam-exam terakhir ni, desas desus dan khabar angin di sekeliling aku ni bertiup kencang. Turut mempengaruhi psikologi aku.. Ada yang bukan shj khabar angin tetapi telah menjadi angin.. (maksudnya?) Ada khabar itu telah pon mejadi benar.. Tukar kursus @ tukar fakulti... Memember aku sama ada rapat or tak asyik mengtakan ingin tukar kursus dan ada yang dah apply untuk tukar.. Alasannya x dapat catch up, x mampu nak meneruskan saki baki pelajaran walaupun dah masuk 6 sem.. Wow.. Bukan Jumlah yang sedikit.. 6 Sem, masa, wang dan sebagainya terbuang begitu sahaja.. Tapi setiap orang ada hak masing-masing.. Bagaimana percaturan hidup mereka ?, mereka yang berhak tentukannya.. Bagaimana percaturan hidup aku?

Seperti mana rakan-rakan satu batch aku, aku dah masuk 6 sem.. Bakal meneruskan pengajian InsyaAllah lagi 2 sem.. Tapi mampu ke aku bawa saki baki pelajaran.. Sedangkan yang lain berputus asa.. huhu.. Kalo aku tukar kursus, apa yang aku nak amek.. Bussiness Management @ Law @ Political Science.. Kalo tak tukar kursus, mampu ke aku bawa (atau kena buang dari Universiti).. Satu pilihan yang susah .. Psikologi yang memeningkan aku.. Atau aku patut amek Psikology Course.. Hahaha... Tapi aku pon ada matlamat aku sendiri.. Aku harap keyakinan aku untuk teruskan kursus Mikrobiologi ni berjaya sehingga aku menggenggam segulung ijazah.. Walaupon aku x graduate dengan rakan-rakan seangkatan aku tapi aku akan make sure aku akan grade..

Lepas grade ? Aku akan bekerja (hope tak memilih) for 2 or 3 years before aku akan berusaha untuk sambung pengajian.. Master or another degree ? Depends.. Kalo aku grade ngan succesnya aku akan amek master.. after master of course pHD.. InsyaAllah.. Kalo aku sederhana jerk, maybe work for 2 or 3 years and the tgk yang mana seswai.. Kalo rasa nak amek Bussiness Management means aku amek double degree and sambong master dalam BM.. Kalo nak amek Political Science Better aku teros amek master..

Itu percaturan hidup aku, x perlu tukar kursus (disebabkan terpengaruh ngn member sekeliling) dan teroskan saki baki hingga akhirnya berjaya dalam hidup.. Tetapi aku perlu berhati-hati agar tak tergelincir dalam percaturan yang risiko ini.. Silap Langkah patah kaki..

So ? Apa yang korang rasa ? Any Comments ?

Sunday, 26 October 2008

"Abah.. bagi balik tangan Ita"

sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk

bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya

.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

- hai... manusia-manusia.. buat anak tau tapi xnk jaga, kan bagus jaga anak sendiri.. nnti xdelah anak mati jatuh bangunan, mati kena dera ngn bibik.. walaupon takdir tapi cuai.. mak bapak yg cuai.. haha my future wife kena jaga anak sendiri, kalau ader bibik pon, kemas umah jerk.. masak pon wife yang masak..

-dah jadi mcm ni baru nk menyesal, jadikanlah cter ni satu pengajaran dan teladan yerk..

-haha knapa ntah, semenjak dua menjak ni aku suker benor nak mencari cerita-cerita sedih mcm ni.. baru sket nih, byk lagi yang sedih2 dan memberi pengajran..

-nway pon, belajar lah dari kesilapan.. kalo bukan silap kita, belajar dari kesilapan orang..

-hidup peace selalu.. :)

Friday, 24 October 2008

Antara Maruah Dan Duit..


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,g
eli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh m
enggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!


Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"


Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"



"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.
Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.


Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sedih, kadang-kadang kita berbelanja mewah tetapi lupa pada yang susah.. senangnya kita sampai lupa kan mereka... kadang-kadang kita hina, kita pandang pon jijik... hidup ni putar bagaikan roda.. ntah esok ntah lusa, kita pulak yang susah.. hidup jangan menyombong.. hidup di jalan Allah hidup besederhana.. ingat-ingat pada yang susah.. jangan kedekut untuk bersedekah.. PEACE...

Saturday, 23 August 2008

Students Movement

Salam perpaduan, salam kemerdekaan... salam serumpun.. Dalam mengisi ruang dan peluang.. ingin saya berkongsi pengalaman berada di bumi Indonesia selama seminggu.. Titik waktu berada disana digunakan sepenuhnya untuk bertukar2 pandangan dan pengetahuan tentang aktiviti kemahasiswaan disana terutama pergerakan mahasiswa.. hehe tak lupa juga digunakan semaksimum yang mungkin untuk bershopping.. biasalah.. rugi kalo x bershopping..


Program ini yang dianjurkan oleh Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti
Malaysia (MAKLUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertujuan membentuk barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai Universiti-Universiti di Malaysia mengasah minda, bakat, dan kebolehan2 yang ada sebagai bakal pelapis pemimpin di masa-masa hadapan..

Apa yang saya ingin kongsi di sini, pengalaman dan pendapat peribadi saya mengenai pergerakan2 mahasiswa di sana.. Umum mengetahui

mahasiswa di Indonesia dikatakan lantang, berani, dan mempu menjatuhkan kerajaan mereka.. umum juga ramai antara kita lantang bersuara mengatakan mahasiswa di Malaysia lembik, lemah tidak mampu bersuara.. ada juga yang berani menyatakan suara kita tersekat oleh akta-akta tertentu.. Di Indonesia, mahasiswa mereka sememangnya terkenal dengan demonstrasi jalanan.. sejarah juga membuktikan, mereka mampu menumbangkan sebuah kerajaan berganti dengan yang lain.. Tapi mereka bukan sekadar berdemonstrasi semata-mata.. Dari apa yang dinamakan pertukaran pendapat, kami diberitahu mereka sebenarnya mengunakan pendekatan diplomasi terlebih dahulu.. setelah pendekatan-pendekatan yang diambil tidak memuaskan, jalan terakhir mereka berdemonstrasi jalan untuk menyuarakan kemahuan seluruh rakyat Indonesia.. suara-suara mengentarkan jiwa pemimpin2.. tetapi rakan Mahasiswa di Universitas Padjadjaran memberitahu, jalan itu bukan jalan terbaik.. banyak kesan hasil dari pergerakan2 di jalanan.. kesan2 tersebut dimarakkan lagi dengan tindakan media2... bagi media2, Bad News is Good News...

Selaku peribadi, saya tertarik dengan mahasiswa Indonesia di Padjadjaran.. walaupun mereka bangga tetapi mereka kesal dengan perbuatan yang berlaku.. mereka bersetuju dengan pendekatan Mahasiswa Malaysia yang banyak menggunakan diplomasi dengan kerajaan.. Sapa kata suara kita tersekat.. kita ada majlis2 tertentu untuk menyuarakan hak kita.. kita ada saluran2 tertentu untuk ketidak puasan hati kita... dan yang patut kita bersyukur, kita mahasiswa yang MANJA.. semua dibantu.. semua di support.. tidak di Indonesia, mereka berdikari..

tertarik dengan kenyataan seorang mahasiswa di Indonesia, kita perlu tahu tujuan kita bergelar mahasiswa.. kita bukan pegawai, kita bukan ahli politik.. kepentigan kita sebagai wakil mahasiswa pada rakyat kita yang juga bergelar mahasiswa.. bukan masanya untuk kita mengerakkan badan2 politik.. ibarat gear satu yang kecil, mana bisa mengerakkan gear 4 yang lebih besar.. kepimpinan mahasiswa untuk mahasiswa dan masyarakat..

tertarik juga dengan kata rakan delegasi saya dari Malaysia.. "mahasiswa Indonesia sebagai penggerak perubahan.. mereka memulakan demonstrasi, dan masyarakat mengikut mereka, mahasiswa Malaysia, mereka berdemonstrasi tetapi mereka mengikut kepentingan org2 tertentu" so fikir2kanlah... adakah kita berdemonstrasi semata2 hak kita atau sebenarnya kita memperjuangkan kepentingan org lain..

saya agak berminat dengan cogankata Indonesia yang terdapat di logo Garuda Indonesia yang berbunyi "Bhinneka tunggal ika-walaupon berbeda tetapi kita tetap satu".. walaupun kita mempunyai pelbagai agenda dan latarbelakang tetapi kita sebenarnya tetap satu..

Wednesday, 31 October 2007

A New Blog Created

Hello there, I'm new here and sorry for the uncomfortable language that i used... so hope u guys don't mind for my broken writing, grammar and others... so.. for ur info this is my new blog and i like to share it with all of u.. hope u all don't mind.. ok guys wait for another post from me..

hehe thanks...