Showing posts with label frenship. Show all posts
Showing posts with label frenship. Show all posts

Wednesday, 11 November 2009

Misteri Persahabatan



Persahabatan sesama rakan barangkali mempunyai rahsia dan misterinya tersendiri.. Sangat misteri bagi aku.. Kerana apa? Kerana persahabatan boleh menjadi begitu indah, dan juga boleh menjadi begitu derita.. Semuanya sebab berkawan..

Mesti korang pernah ada kawan yang nampak baik tetapi akhirnya kantoi mencuri?
Dan juga kawan yang sangat setia berubah perangai tatkala mempunyai teman wanita/lelaki?
Begitu juga kawan yang nampak ok tetapi mengambil kesempatan atas kebaikan kita?
Atau kawan parasit maknanya senang kita senang dia, susah kita, dia tetap senang berkawan dengan orang lain?
Ada juga kawan-kawan menjadi pelik dan menipu sebaik saja menjadi membership MLM?
Paling menyayat hati, bergaduh sesama kawan disebabkan merebut awek yang satu?

Aku bercakap bukan menghakimi seseorang mengikut perasaan aku, lebih mengikut pengalaman aku sendiri.. Aku mengaku, aku juga kadangkala menipu demi kepentingan dan keselesaan diri sendiri.. Kalau korang jujur dan tak pernah menipu kawan sendiri walaupun secebis, korang boleh bagitau aku..

Kawan - kawan boleh berubah sikap mengikut situasi seperti di atas.. Baik lelaki ataupun perempuan, kita ada perasaan kan.. Dan kita mahukan yang terbaik untuk kawan kita begitu juga kita mahukan yang terbaik daripada mereka.. Namun hampa.. Kawan seperti harapkan pagar, pagar makan padi.. Pentingkan diri lalu meninggalkan kita.. Semua itu boleh berlaku..

Katakan kita ada geng bersahabat baik dalam 5 dan 6 orang.. Korang percaya ke yang semua member korang ni tak pernah mengutuk sesama sendiri ataupun mengumpat sesama sendiri.. Sedikit sebanyak ada.. Kalau kita ada buat hal, confirm esok lusa kita jadi bualan.. Aku pon yakin yang aku adalah jugak menjadi bualan dan umpatan kawan-kawan aku.. Sebabnya aku pun akan mengutuk dan mengumpat orang lain.. Itu lumrah kan.. Apa? Korang tak pernah mengumpat member sendiri? Hebat!!..

Bagi aku kawan tetap kawan, ko buruk macamana pun selagi kau tak menganiaya aku.. Kau tetap kawan.. Prinsipnya mudah untuk aku amalkan..

Kau buat hal kau, aku buat hal aku..
Kalau ada masa free kita hang out..
Aku tolong kau, kau tolong aku..
Bukannya Aku tolong kau, dan ko tengok aku terkial-kial..
Aku jaga hati kau, Kau jaga hati aku..
Nak tipu jangan sampai kantoi...

Hari ini kita mungkin tidak bertegur sapa ataupun menangis kerana persahabatan, esok lusa siapa tahu kita mungkin ketawa mengenangkan betapa keanak-anakannya kita pada satu masa dulu..

Persahabatan itu misteri kan?


Wednesday, 7 October 2009

Kehilangan

Am I missing something

Pernah x hati korang tetiba rasa semacam kehilangan sesuatu dan mood korang tetiba berubah.. Aku terasa kehilangan itu hari ini.. Maybe perkataan yang tepat mengambarkan situasi ini adalah 'rindu'...

Aku rindu pada zaman muda mudi dulu... zaman fisrt year, second year dan third year.. zaman PERMAJ batch dulu.. Time tu ramai rakan-rakan untuk bergelak ketawa.. Atau keluar jalan bersama.. Dan yang paling best, gossiping.. hehe.. Acara ngumpat mengumpat..

Kini masing-masing dah bawak diri.. Ada yang kerja, ada yang amik Master dalam bidang masing-masing... Dan aku? Masih lagi bergelut untuk menghabiskan prasiswazah... Kalau masa dulu-dulu itu boleh ditarik kembali, di adun sekata agar ianya takkan lari dan tetap berada pada kedudukan yang statik.. Maksudnya? Maksudnya adalah masa itu takkan bergerak seminit ke hadapan.. statik dan terus statik..

Begitu juga dengan zaman sekolah aku... Terutama rakan-rakan MRSMBPJ.. Cemburu pun ada bila lihat kawan-kawan yang sama-sama gembira dulu ada yang dah ke England, Eropah dan berbagai tempat untuk melanjutkan pelajarannya.. Kehidupan sosial pun dah jauh berbeza.. Sehinggakan ada kawan perempuan aku pun dah ada yang isap rokok.. Dressing pun dan canggih manggih... Aku je yang masih begitu dan begitu.. Ohh ya... Nanti aku tunjukkan muka skema aku di entry yang akan datang...

Yang pasti aku seakan-akan tertanya-tanya.. Siapakah aku untuk 10 tahun akan datang? Mungkin di negara orang, atau hanya di Malaysia... Mungkin menjadi orang yang berjaya atau hanya orang biasa, kereta yang biasa dan rumah yang biasa... Orang cakap duit bukan segala-galanya... Tapi segala-galanya memerlukan duit..

Aku ada visi dan misi sendiri... Target untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun dan 30 tahun akan datang.. Aku tak mahu menjadi seorang yang biasa-biasa.. Cukuplah 20 Tahun aku menjadi orang yang sebegitu rupa...

Hidup ini biarlah orang mengenali kita, kerana sumbangan kita, kerana idea kita, dan kerana kepimpinan kita....

Wednesday, 15 April 2009

Politics And Me

Aku anggap apa yang berlaku ini lumrah sebahagian dari politik.. Aku anggap cerita ini luahan hati aku dalam menempuh perjalanan di kampus ini yang sentiasa bergelumang dengan politik.. walaupun post ini panjang, Bacalah sampai ke bawah, supaya anda tahu perjalanan hidup aku sehingga aku dalam dilema.. mungkin kerana hati itu busuk!! Berilah sedikit komen supaya aku tahu jalan yang perlu dipilh..

Aku menjadi Presiden Permaj dengan jalan yang senang… Rakan sekeliling memberi laluan yang mudah.. Aku tau mereka lebih layak dari aku.. Tapi mereka senang dan sudi membantu aku dari bawah.. Terima kasih juga kepada Kepimpinan PERMAJ sebelum ini.. memberi tunjuk ajar dan menerapkan pelbagai kemahiran..

Abg Syahrin, Bekas presiden Permaj 1998, dan kini menang sebagai exco pemuda UMNO Malaysia, pernah berkata.. Dia berada di landasan terbaik pada ketika ini adalah kerana PERMAJ.. dan aku berani berkata.. jika cerah masa depan ku di akan datang semuanya kerana PERMAJ.. PERMAJ adalah tulang belakang kejayaan aku sehingga kini..

Dengan PERMAJ, jalan aku terbentang luas.. hasrat ingin memegang kepimpinan UIPK (Urusetia Integrasi dan Perpaduan Kaum, HEP UKM) dan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UKM sudahpun terhenti di pertengahan jalan.. Namun, Alhamdulillah aku dapat memegang barisan Pemudahcara Bahagian Pusat dengan menjadi ketua sekretariat Pendaftaran, pada Minggu Pengenalan Pelajar 07/08.. Dengan jawatan ini, pengaruh di sekitar UKM mulai merebak.. Aku Berjaya menguatkan hubungan dengan HEP UKM, dan pelbagai lagi organisasi..

Jalan aku bertambah mudah bila aku menjadi Timbalan ketua pemudahcara bahagian pusat, MMP 08/09, jawatan kedua tertinggi di kalangan pelajar-pelajar, semasa minggu pengenalan pelajar diadakan selama seminggu.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berturut-turut memegang jawatan Pemudahcara bahagian pusat, pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat aku perolehi.. dan yang paling penting, kekuatan minda dan mentality.. sebabnya untuk menguruskan 12 kolej yang pelbagai ragam, sudah semestinya emosi must be stabil dan kuat..

Sepanjang di UKM, 2 kali tawaran peluang keemasan berturut-turut datang kepada aku.. Tawaran untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar.. Dan yang menjadi penghormatan, Pegawai HEP sendiri yang datang untuk meminta aku menjadi MPP UKM di samping rakan-rakan.. Teringat En Zameri, Ketua Pendaftar HEP UKM.. pernah berkata satu kerugian bagi aku melepaskan peluang MPP UKM.. Tapi sudah tentu aku ada alasan tertentu.. Aku ketandusan pointer yang melayakkan aku bertanding..

Sekali lagi, bahagian HEP UKM memberi aku penghormatan yang yang agak tinggi.. aku ditawarkan menjadi wakil UKM dalam delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke konvensyen MALINDO Malaysia-Indonesia.. Hanya 3 orang wakil dari setiap Universiti.. Dan aku terpilih walaupun aku bukan MPP UKM.. Terasa sedikit bangga, sebabnya semua universiti yang lain menghantar YDP, NYDP MPP dan sebagainya sebagai wakil university mereka.. Konvensyen yang diadakan selama 10 hari di anjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Pelajar Universiti Malaysia (MAKLUM).

Untuk program Mikrobiologi UKM.. Aku diamanahkan untuk menjadi ketua Pengarah bagi annual dinner untuk kos mikrob.. dan aku memang ingin pegang.. sebabnya.. Aku ingin membuktikan kemampuan aku.. Aku bukan sekadar bercakap kosong.. Jika diimbas kembali tahun sebelumnya, ketika senior2 mikrobiologi memegang organisasi annual dinner.. Segala pandangan, cadangan, dan segala kritikan aku, dibuang mentah-mentah.. malah mereka mempertikaikan pencapaian akademik aku.. adakah pencapaian akademik berkaitan dengan pencapaian organisasi? Mereka juga menuduh aku bercakap kosong.. berlagak bagus dan sebagainya.. Maka dengan itu, aku berjaya buktikan.. dan penganjuran program ini di lihat terlalu berjaya dengan penajaan besar dari MOSTI (Ministry of Science, tenchnology and Inovasi).. Tempat yang special dan berkelas tinggi, makanan yang mewah dan pujian dari pelbagai pihak.. Dekan, Pensyarah dan juga MOSTI sendiri.. Untuk itu, pujian ini sepatutnya disandarkan kepada semua AJK Program ini.. Thanks A Lot.. Aku harap, ini dapat menutup mulut-mulut yang memandang rendah keupayaan akademik aku.. (walaupun xda kena mengena)..

Untuk kolej.. Aku berjinak dengan BKRS.. Sehingga aku di lantik menjadi Exco kepimpinan BKRS.. Di bawah amanah yang dipikul, aku berjaya menjalankan program Interaksi 1st year yang selama ini tertangguh selama 2 kali di bawah kepimpinan orang lain.. Mungkin mereka ada kesulitan yang susah nak dielakkan.. Tapi aku Berjaya menjalankan program itu.. walaupun ketika itu keadaan memaksa supaya program itu ditunda sekali lagi… Masalah Disebabkan kumpulan ajk dan organisasi berpisah jauh dengan kumpulan sasaran pelajar tahun pertama.. Berkat kesungguhan AJK-AJK program, Alhamdulillah aku Berjaya melaksanakannya..

Untuk kelab Xtreme-C.. walaupun aku bukan ahli.. tapi keakrabannya seolah-olah aku sebahagian daripada membership Xtreme-C.. mungkin kerana sebahagian besar organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan rapat aku.. walaupun hanya ahli angkat sahaja, aku diberi penghormatan dari kelab ini, aku dibenarkan join pelbagai aktiviti, menjadi penceramah yang tak bertauliah, dan sebagainya termasuk menjadi Timbalan Jentera Aspirasi untuk KUO.. Untuk Jawatan Timbalan jentera, aku dapat membuka sedikit peluang untuk aspirasi bertakhta di hati pelajar-pelajar dengan beberapa siri ceramah x rasmi waktu malam.. walaupun aku tahu, jawatan ini sepatutnya terbuka hanya untuk ahli kelab sahaja.. tapi anda beri saya kepercayaan.. Thanks Guy..

Ada yang kata, aku tidak bagus.. susah untuk menjadi orang bawahan aku.. susah untuk bekerja dengan aku.. Bagi aku, mungkin ya ataupun mungkin tidak.. Tapi dari pengamatan kasar, aku tidak mencari kuasa macam ko..!! Tawaran yang datang pada aku… Aku tidak mengejar except satu dua jawatan.. Tapi kebanyakkan aku dapat sebagai tawaran.. Jika orang memberi aku peluang untuk sesuatu jawatan, bermakna Orang yakin dengan kemampuan aku.. Maka dengan itu, orang sudah bersedia bekerja di bawah aku, atau bekerja dengan aku.. Tapi sebagai pemimpin, mungkin ada kesalahan atau kelemahan.. itu aku mengaku, sebab aku manusia..

Dan hari ini secara terus terang, aku mengaku.. Aku memohon jawatan YDP Jaksa (Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa SIswa) Kolej Ungku Omar mengikut prodesur tertentu termasuk temuduga untuk jawatan itu.. For ur information, mengikut info yang aku dapat, not sure rite or not, hanya aku yang meminta jawatan YDP.. hanya aku sahaja tahun tiga yang memintanya.. Atas alasan aku ingin menjadi YDP, yang pertama dari segi politik KUO, kedua dari susunan program-program yang sepatutnya memberi faedah kepada kolej, bukan program yang sia-sia.. Yang ketiga, ingin merebut peluang beberapa marketing besar yang ingin menjadikan KUO sebagai tempat event..

Dengan pengalaman aku menerajui pelbagai organisasi yang lebih besar dari kolej, aku rasa aku layak.(aku x cakap aku bagus), tapi mengikut pengalaman dan As 3rd year student.. Aku berpengalaman dalam Minggu Pengenalan Pelajar.. Aku berpengalaman dalam link-link dengan HEP dan pelbagai kementerian di Malaysia.. Aku berpengalaman dalam menghadapi situasi-situasi kritikal semasa berorganisasi.. (apakah aku perlu senaraikan semuanya jawatan-jawatan yang pernah aku pegang?)

Mengecewakan, Aku dapati, permohonan aku ditolak.. Aku ditawarkan JAKSA Keusahawanan dan bukannya YDP.. WHY? Kalau u guys baca, Felo dan Pengetua Kolej, Give me a reason.. Adakah anda yakin dengan kemampuan calon lain yang dianggap lebih baik dari aku.. Kalau macamtu bagilah dekat mereka.. Buktikan.. Atau Felo ingin membentuk kroni tersendiri.. yang aku tau, pandangan Jaksa lama ditolak dalam menentukan JAKSA yang baru.. Adakah anda adalah kuasa Veto.. Bagus dan sebagainya? Selama 2 tahun pun bukannya ada perubahan.. sama sahaja!!! Owhh ya... Disebabkan hanya seorang yang memohon YDP, maka dia dianggap menang tanpa bertanding, rite.. Itulah yang terjadi dalam kepimpinan JAKSA yang lepas.. Tapi mengapa sekarang di ubah cara pemilihan..

Sekarang aku dalam dilemma..

Terima Jawatan Jaksa Keusahawanan atau Tolak!!..

Aku ingin terima sebab aku ingin buktikan, yang aku akan cari pengaruh aku sendiri, dan buktikan yang aku mampu buat.. Kuat kan politik UO yang lesu dan memalukan.. Sangat memalukan.. Adakah Felo-Felo KUO tahu ini?

Aku ingin tolak sebab aku meluat dan menyampah dengan mereka yang seolah-olah menafikan kemampuan orang lain yang lebih dari mereka!!

Terima atau Tolak?


Thursday, 2 April 2009

Farewell Party!!


Hari ini aku meraikan majlis perpisahan dengan Teman Setia aku..
Teman aku sebagai pendengar di kala aku sedang marah!
Teman aku yang setia ketika aku dalam pelbagai situasi..
Dia segala-galanya
Membantu aku di kala aku kesusahan..
Teman yang akan diam, walaupun aku marah dia.
Teman yang akan mendengar segala luahan isi hati aku pada dia..

Teman aku ketika aku bersedih
Teman aku ketika aku gembira
Segalanya dia sentiasa disisi

Hari ini aku mula merasai kehilangan..

Aku ingin nangis..
Aku sangat ingin menangis..

Aku seorang yang takut pada kehilangan..
Aku bakal kehilangan kau, teman.
Surely, aku akan rindu kau sesangat..

AKU SAYANG KAN KAU
AKU SANGAT SAYANG PADA KAU

sampai akhir hayat aku, aku tidak akan lupakan kau.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku!!