Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, 25 November 2009

Mood: Romantic..




wahh.. malas tol nak update.. Lama gak.. Nway skang ni musim romantik.. hahaha.. No.. Apa yang dimaksudkan adalah habit aku tetiba bertukar ingin menonton filem jiwa-jiwa dan feeling-feeling gitu.. Kenapa? Salah kalau lelaki menonton filem-filem sebegitu? Tak salahkan.. Lelaki pon ada kalanya terasa ingin beromantik jugak.. hahaha...


Bermula dengan Titanic, Eiffel I'm in love, Veer-Zaara, P.S. I love you dan Love happens.. Ketika entry ini ditulis Love Happens belom ditonton lagi.. Nway semua cerita sangat-sangat berkesan menimbulkan mood romantik.. hahaha... Sedih sedih gitu... Nak terang satu-satu korang semua dah tgk kan..


Semua cerita ni kebanyakkan berkisar bout love.. True love, or first sight or whatever... Persoalan, cinta yang sebegini wujud ke dalam realiti..? Atau ianya hanya wujud dalam Novel cinta dan filem semata-mata? Yeah sometimes it happens, only for those who are very lucky.. 


Suka tengok cerita 'Cinta Balkis'... Bila Hasan terpaksa bekorban kerana cintanya terhadap Balkis sedangkan Balkis hanya anggap dia sebagai abang dan menyintai orang lain... How bout love story in Nur Kasih? Abang terpaksa pendam perasaan demi adik?  Something like that kan...


For me, secara peribadi aku senantiasa mengimpikan kehidupan ini umpama novel, ambil pen dan cereka tentang indah manis nya cinta yang akan kita tempuh.. Namun ianya tak akan berlaku kan di dalam realiti? Its full with suprises and we dont ever want it to happen.. Shit bout love.. No offense.. 


Tapi kalau kisah aku ke cinema mesti laku dan korang nangis gak kan.. Hahaha... Of coz, love is full with suprises... Oh... Kalau korang ada cerita romantik yang cambest, let me know eh.. Tak nak komedi romantik macam Senario.. (hahahaha) nak serious romance genre... Sementara menunggu New Moon di pawagam.. Another romantic film...




Thursday, 5 November 2009

BFF or Lovers ?





Saudara ammar sudahpun membuat entry bout this.. Just click here.. Tapi tiada niat nak memplagiat karya my buddy, just to make another review, another opinion on my side... Dan English aku tidak setanding Ammar, jadi aku gunakan saja bahasa kebangsaan.. Apa yang ditulis aku paham, dan engkorang pon paham..


BFF dan Lovers, mana satu keutamaan? Dan sorry to say, tak ada istilahh BFF dalam hidup aku.. Just sesetengah orang je yang boleh aku bagi title macam tuh, yang aku senang, yang aku boleh rapat and sharing lot of stories and problems.. Yang banyak adalah istilah BF = Best Friends.. Sebab Friendship always berubah bagai ditiup angin.. Sekali badai datang, terputus tali ikatan.. Hanya sesetengah perhubungan yang selamat dari badai gergasi tu.. Tak semua kawan-kawan kita baik di depan dan baik di belakang.. Tak semua kawan-kawan kita begitu setia dan ikhlas berkawan dengan kita.. (tak semua ok).. Tapi BFF dalam konteks ni adalah perhubungan rapat antara lelaki dan perempuan..


Setiap kali keluar bersama, akan ada kenangan.. Akan ada gelak ketawa.. Atas dasar persahabatan, perhubungan dilihat semakin akrab, dan semakin rapat.. Bagaikan kita sebuah keluarga.. Bagaikan kita telah mengenali sejak kecil.. 


Perempuan hatinya lembut.. Sedikit sentuhan tepat di hati.. Mesti akan cair.. Keras manapun akan jatuh juga pada sentuhan.. Caring, Sharing dan sentiasa ada disisi.. BFF pon kalau ada ciri -ciri ini mesti akan sangkut juga.. Bayangkan kalau setiap hari meseg, dah makan? buat ape? 


Dalam banyak siri keluar bersama, dan gelak ketawa bersama.. Tipu dan.. Tipu sama sekali kalau ada orang mengatakan "kami hanya kawan tapi mesra, tidak lebih tidak kurang".. Ataupun " kami anggap abang dan adik".. Sedikit sebanyak mesti terselit perasaan sayang melebihi seorang abang, dan melebihi seorang kawan.. Kadang - kadang perasaan itu didatangi dengan rindu, dan lebih parah lagi cemburu.. Cemburu bila melihat Best Friends Forever kita rapat dengan orang lain.. (dalam kes ini mestilah berjantina lain ye, tolak tepi gay dan lesbi)..



Sama ada kita sanggup mengorbankan perasaan sayang kita itu, buang ke tepi.. Kerana BFF is more important than lovers.. Ataupun kita still xdapat buang perasaan itu.. Bagaimana kata Ammar, we afraid the title of BFF is no more, bila kita gaduh, break dan sebagainya.. Akhirnya there is no Love and there is no friends...


Sayangkan.. Kadang- kadang kita meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan kita sendiri.. Sayang kita pada kawan baik kita sendiri terpasa didiamkan demi menjaga hubungan antara semua pihak.. Bagaikan penawar.. Elok tapi pahit ditelan.. Cemburu kita kadangkala terpaksa dikuburkan.. Rindu kita bertukar menjadi rindu seorang kawan.. Kerana kita percaya status BFF lebih bernilai dari Lovers..


Dan ini pandangan dari mata aku.. Sebab aku percaya, cinta itu buta, datang tanpa diduga, perginya membawa duka.. Berhati-hati dengan keakraban kerana ianya permulaan bibit -bibit cinta...


Persahabatan lebih berharga dari percintaan...

Monday, 14 September 2009

LOve Can Hurt!!


Sebelum butir bicara merungkai lebih lanjut, adalah elok diberitahu seisi pembaca. Kandungan isi cerita adalah berdasarkan pengalaman penulis, bersandarkan kehidupan persekitaran dan tidak berniat untuk melukai sesiapa yang disayangi penulis.

Love can be Hurt!!. Its true. Sejauh mana anda percaya cinta itu menyakitkan? Cinta itu membutakan mata hati dan fikiran. Mencintai dan dicintai adalah sebahagian kemahuan manusia terutama remaja yang sedang berada pada pertengahan landasan pertumbesaran seiring dengan peningkatan hormon dan segala tindak balas kimia dalam tubuh. Cinta memang menyakitkan..

Berbalik pada mencintai dan dicintai. Aku pernah berada di kedua-dua situasi. Memang benar cinta tidak boleh dipaksa. Cinta datang walaupun jasad kita meNAFIkannya.. MeNIDAKkannya.. Kita boleh menolak, dalam keadaan serba salah. Tapi kita tidak derita. Sebaliknya dia yang ditolak menderita, menyakitkkan... Dirobek sejuta kekesalan, Disiat segala isi kekecewaan..

Hati sakit. Air mata yang berguguran seaakan bodoh. Menyayangi orang yang menafikan kasih kita. Bodoh kerana percaya pada harapan. Bodoh kerana kita menghabiskan separuh masa kita mengingati dia yang tidak pernah bertanya khabar kita.. Biar seratus orang berkata "biasalah, apa yang kita nak tak semestinya dapat" ataupun " mungkin kau akan jumpa yang lebih baik" tak akan pernah menjadi penawar kepada si derita. Sebaliknya kata-kata itu menambah derita.. Sebenarnya penawar kepada kesakitan ini adalah masa. Masa pengubat segala-galanya.. Masa menjadi teman dalam kesepian meredah kehidupan yang dirasakan terlalu sepi dan sunyi..

Cinta itu buta lagi membutakan.. Percaya? atau Tidak? Cinta mampu mengubah seseorang. Dari diam menjadi ceria. Dari ceria menjadi pendiam.. Dari seseorang yang tahu nilai persahabatan hingga sanggup mencederakan hati orang yang selama ini dekat di sisinya. Cinta menutup akal dan fikiran sehingga ada yang sanggup membunuh diri.. Sehingga ada yang menafikan kemewahan.. Dan sehingga ada yang sanggup dibuang keluarga demi CINTA.. Dan sanggup meminggirkan keluarga demi pendapatnya yang dirasakan benar.. Benar kerana apa? Benar kerana melindungi cinta yang SALAH..

Cinta kepada kekasih boleh datang dan pergi.. Cinta kepada kekasih mungkin beralih arah kerana berpaut pada dahan yang rapuh..

Dunia tak akan mungkin selamanya Indah.. Apa-apa pun yang berlaku.. Aku tetap sayangkan abang-abangku dan kakak-kakakku... Semoga semuanya diberkati cinta yang suci dan abadi dari Ilahi..

Friday, 5 June 2009

it's smile with broken heart


6.42 a.m : ntah kenapa, mentari semakin menunjukkan kelibatnya.. namun mataku tidak jua terpejam.. letih dan ngantuk tapi xbisa berbuat apa.. dari malam sampai ke pagi.. aku termenung.. kosong.. hati membeku.. minda ku bercelaru.. hati kian terusik.. jiwa bagai di landa musibah.. semuanya bagaikan tidak kena pada tempatnya..

title di atas sedikit gempak.. sedikit jerk.. title nih actually di ambil dari blog lama aku.. tersedar blog lama aku nih sebenarnya bertahan selama 3 tahun.. dari oktober 2006 sehinggalah oktober 2008... dalam masa yg sama, blog nih start dari oktober 2007 sehingga ke hari ini.. 2009.. secara tidak rasminya lebih kurang 3 tahun berblogging secara amatur.. huhu... dan post kart blog nih pon dah mencapai lebih dari 100 entry.. cuma aku x perasan..

title ni seakan cukup mengambarkan keadaan aku sekarang ini.. tersenyum walaupun jauh di sudut hati seakan terasa kelainan.. pedih yang mendalam.. walaupun sebenarnya malas nk membuka satu entry pagi nih, tapi jiwa seakan-akan mengarah jari jemari dan meruntun untuk menaip, menari mengikut rentak hati..

kalau berkesempatan, klik disini untuk melihat posting blog yang lama.. sebuah sajak yang aku create sendiri.. tak tahulah sedap ke tak.. aku buat korang baca dan komen.. adilkan?.. hahaha..
okies.. jumpa next entry..






Monday, 23 March 2009

Love Is Hurt

penatnya.. baru balek dari futsal.. dan aku semakin kerap nk create new post.. Aduhh. penangan blogging nih.. Ari ni jerk dah 2 post.. huhu kalau dulu, sebulan satu post jerk yang dicreate.. haha.. sungguh hebat dunia siber sekarang ini..

My fren mengadu pada aku yang dia ader probs ngn awek dier.. So setelah aku menjadi orang tengah, kononnya, aku dapat tau yang dia masih dalam dilema.. Sama ada hendak melepaskan kekasih kesayangan pertamanya atau sebaliknya.. Dari apa yang aku lihat, kaji dan selidik.. my frens pasti tertekan, merana dan sangat kecewa bila dia terpaksa dan give up dengan melepaskan awek dia..

Aku merasa empathy, sebab aku pernah mengalaminya.. yes dan ianya merupakan kesakitan yang pasti tak kan nampak di mata, tapi dalam hati, pasti berdarah, parah.. Satu kesakitan yang sangat2 memerlukan ketabahan..

Kecian dia.. Love is really2 hurt.. so much pain.. Dan dia makan x lalu, xder selera.. Tidor pon x lena.. Tidor semalaman pon sejam jerk.. Asyik terbayang dan terpikir.. Kalau mandi x basah, nanti cakap aku bohong plak.. Masa pengalaman aku dulu, dalam 2, 3 hari x mandi dan x makan.. kalau Bangun pun lemah, just nak amek air semayang, trus gie solat then after that, continue sleep.. Aku rasakan hidup ni useless.. dan maklumlah asrama, makan ader tyme2 dier, kalau terlepas tyme makan, means dah xley repeat lah makann tuh.. so bila dah terlepas, x larat nk bangun, aku terus tido.. sambung tido.. Cuma Sumtimes aku akan berjogging, waktu yang sesuai, waktu pagi.. sebabnya waktu itu sangat tenang.. Abes jogging jer, aku akan baring atas padang, merenung awan pagi yang kadangkala berkabus.. Sejuk dan mendamaikan.. Sangat tenang walaupun aku tahu ianya hanya sebentar..,Sedangkan dalam hati masih lagi bergelora dan masih lagi merasakan satu kesakitan... Dan kalau boleh, aku x ingin melihat sesiapa pun di dunia ini menderita seperti aku..

dan sememangnya, cinta itu memerlukan ketabahan dan ujian.. love is really hurt and pain.. Hanya mereka yang pernah mengenal kesengsaraan dalam cinta tahu apa itu erti cinta sebenar..