Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Monday, 31 August 2009

MERDEKA

Dahulu
Lautan mana yang tidak kau tawan
Tanah mana yang tidak kau jejak
Nusantara milik kita
Merdeka dan Bebas
Agung dan Daulat

Kerana sengketa
Daulat itu hanya jadi nama
Kebebasan ditarik, dijajah sengsara
minda dibelenggu orang asing
yang benci pada kehebatan nusantara kita
Kehebatan kita terjelepuk
di tanah tumpah darah sendiri.

Demi sebuah kemerdekaan
Nenek Moyang bermandi lautan darah
Dan Demi sebuah kebebasan
Nenek Moyang berkorban segala-galanya
Apa yag kita kecapi
kesempurnaan pengorbanan dari mereka

Kita sebuah Negara berdaulat
Wajib kau tahankan dari penjajahan moden
Jangan minda dan hati dipasungkan
Jangan sengketa, Jangan bermain api

Ini bumi darahku..
Biar darah pernah menangisi bumi
Jangan tangisi sekali lagi
Biar fitnah melanda
Aku ku tahankan dengan sosok tubuku
Kerana kami pernah sengsara..
Tidak akan sengsara lagi

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52

"Andai Bumi Ini Dipijak, aku yang akan memijak mereka. Andai Bangsaku Di Tindas, Aku yang akan Menindas Mereka, Andai Agamaku Kau Cemuh, Dengan Pertolongan Allah Engkau akan Binasa selama beberapa keturunan"

Friday, 5 June 2009

it's smile with broken heart


6.42 a.m : ntah kenapa, mentari semakin menunjukkan kelibatnya.. namun mataku tidak jua terpejam.. letih dan ngantuk tapi xbisa berbuat apa.. dari malam sampai ke pagi.. aku termenung.. kosong.. hati membeku.. minda ku bercelaru.. hati kian terusik.. jiwa bagai di landa musibah.. semuanya bagaikan tidak kena pada tempatnya..

title di atas sedikit gempak.. sedikit jerk.. title nih actually di ambil dari blog lama aku.. tersedar blog lama aku nih sebenarnya bertahan selama 3 tahun.. dari oktober 2006 sehinggalah oktober 2008... dalam masa yg sama, blog nih start dari oktober 2007 sehingga ke hari ini.. 2009.. secara tidak rasminya lebih kurang 3 tahun berblogging secara amatur.. huhu... dan post kart blog nih pon dah mencapai lebih dari 100 entry.. cuma aku x perasan..

title ni seakan cukup mengambarkan keadaan aku sekarang ini.. tersenyum walaupun jauh di sudut hati seakan terasa kelainan.. pedih yang mendalam.. walaupun sebenarnya malas nk membuka satu entry pagi nih, tapi jiwa seakan-akan mengarah jari jemari dan meruntun untuk menaip, menari mengikut rentak hati..

kalau berkesempatan, klik disini untuk melihat posting blog yang lama.. sebuah sajak yang aku create sendiri.. tak tahulah sedap ke tak.. aku buat korang baca dan komen.. adilkan?.. hahaha..
okies.. jumpa next entry..






Friday, 27 March 2009

Dont Quit

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but dont you quit

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a fellow turns about,
When he might have won had he stuck it out,
Dont give up though the pace seems slow
you may succed with another blow

Often goal is nearer than
It seems to a faint and fattering man
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup;
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure inside out-
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you're hardest hit,-
Its when things seem worst that you mustnt quit.


Aku mengesan satu tindakan menjatuhkan aku.. jatuhkan apa.. Biar Tuhan yang tahu... Impian aku, niat aku it seems afar dengan kajatuhan aku, tapi it may be near tanpa kita sangka.. So stick to the fight and you mustn't quit..

Thanks My Dear for This beautifull poem.. I Will Never Give Up, Keep My Thoughts and My Mind Always On The Goal..





Sunday, 22 March 2009

Miss Creation

Nukilan Rindu

Sesetengahnya aku rasa aku terlalu rindu
pada keajaiban dan ketenangan ketika sujud kepadamu
rintihanku, rayuanku kau sentiasa mendengar
kata bisikan kecil, insan yang kerdil dan lemah.

Pada masanya, aku rasa terlalu sempit
bernafas dalam satu kotak yang kecil
gelap tiada arah, gelita tanpa panduan
sampaikan aku lupa padaMu Ya Tuhan

Kadangkala aku rasa hati ini terlalu sunyi.
perjalanan hidup tiada siapa yang sudi menemani
Adakah aku lupa, Tuhanku sentiasa disisi..
mengapa aku alpa dan terus mengharap pada mereka yang tak sudi

Apa yang terjadi, baikkah ianya untukku?
apa yang terlanjur, ku mohon ampun padaMu..
Aku masih sesak di dada, entah mengapa..
Hati ini masih lagi terlalu sunyi..
Hati ini masih lagi merasakan sepi..
Moga rinduku padaMu mengubat kekecewaan ini..
Hati yang pernah terluka, tidak akan berdarah kembali..




Thursday, 19 March 2009

Takziah

Temanku
Ku tahu ianya sukar
Kehilangan insan dalam semalaman
Mungkin ianya hikmah
Buatmu yang baru menjengah alam kedewasaan

Temanku
Ku Tahu, dia bukan sekadar pemberi kasih
Dia juga bukan sekadar penjaga yang setia
Tapi dia sebagai teman paling abadi
Yang pastinya dia tiada galang ganti

Temanku
Yang pergi tetapkan pergi
Kau tabahlah meniti hari demi hari
Moga dia kembali dengan tenang disisi Ilahi
Melihat kau gagah dan terus berdikari

Temanku
Teruskan perjuangan, ciptakan kejayaan
Banggakan mereka yang menyayangimu
Sinari mereka dengan kasih sucimu
Dan juga amalan amalmu
Moga dia terus mendapat keredhaan-Nya

Al-Fatihah buat ayahanda Ammar yang kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman.

Takziah buat Ammar dan sekeluarga. Semoga tabah meniti hari-hari yang mendatang.



Thursday, 5 March 2009

PERMAJ Leadership Camp


Di Daerah Ini
Kita Terdampar Mencari Arah Dan Haluan
Berdiri Menuju Destinasi
Perjuangan Yang Tidak Pudar
Mengenal Watak-watak Hati
Manusia Yang Alpa
Pada Perjuangan Yang Membunuh Keringat Diri


Hari Ini
Apabila Watak-watak Itu Disatukan
Tidak Nampak Sebarang Keresahan
Tidak Muncul Sebarang Keraguan
Kerana Kita Adalah Saudara
Pada Batas-batas Yang Kita Batasi


Dan Apabila
Ada Hati Yang Merajuk
Ada Wajah Yang Kian Menjauh
Ada Hati Yang Semakin Sebak
Keringat Yang Jatuh Mesti Dikutip
Walau Dengan Seribu Kepayahan
Kerana Semalam Adalah Pengalaman


Daerah Ini
Bukan Untuk Digadai
Setiap Apa Yang Diperolehi
Adalah Nilai Tidak Terkira
Suatu Hari Nanti Kau Pasti Rebah
Bersama Musibah Yang Semakin Lara



Permaj Ini
Terlalu Besar nilai Dirinya
Pada Perjuangan Yang Kenal Erti Keperitan
Jangan Sesekali Kau Runtuhkan
Kerana Keruntuhan Membuatkan
Kau Adalah Pengkhianat Yang Mesti Hapus
Dari Muka Bumi Ini


Adik-adikku
Berjuanglah Untuk Daerah Yang Pernah
Kita Sama-sama Jadikan Jambatan Hidup
Setiap Perjuangan Pasti Ada Hikmah
Kerana


"PERMAJ ADALAH KITA, KITA ADALAH PERMAJ"






Saturday, 21 February 2009

Sleep Disorder And Happy Yippie Burfday

4 am rite now but still cant sleep walaupon dah sangat ngantok.. owhh nampaknya dunia ku memang dah terbalik.. bapak aku selalu marah... siang tido malam berjaga.. for sure kena membebel.. but nothing i can do malam2 nih.. kalau siang bley lepak2 mkn cendol.. kalau malam2 nak mkn maggi pon malas nak masak air.. so disebabkan tak tau nk watper terpaksalah aku post sekali lagi untuk my blog even dah post today dalam kul 10 td.. its ok kot, 2 post in a day.. haha..

Before i forget, today 22 february 09 is my mums burfday.. HAPPY BURFDAY IBU.. thanks 4 caring me, jaga, didik, asuh dan dsb selama 22 years.. Thanks A Lot.. Thanks and Thanks and Thanks....

Malam-malam sebegini kadang-kadang memori kita akan mengimbas peristiwa lalu termasuk peristiwa yang mampu membuat kan kita menangis.. and its really hurt.. dan ader juga kenangan-kenangan kita yang membuatkan kita tersenyum bila memikirkan impian kita selama ini, minat kita dan perlakuan kita... Dan aku? ketika menanti detik untuk terlena, aku terpikir kan sesuatu... adakah impian aku selama ini tercapai..? dan aku terpaksa akur yang kehendak aku selama ini hanyalah mampu dicapai hanya jika aku bermimpi.. aku memang minat dalam bidang penulisan.. sometimes aku minat menulis cerpen, sometimes aku minat menulis puisi, sesetengah keadaaan, mendorong aku menulis lagu.. hahaha,, apakah aku mempunyai bakat? Sebahagian dari impian aku ketika dulu, bermain gitar... Niat aku untuk Bermain adalah demi seseorang.. dan memasang impian untuk mencipta lagu bersama iringan gitar.. lagu yang dicipta juga adalah untuk seseorang.. dan sehingga kini, aku terus memasang impian bermain gitar.. bermimpi mendendangkan lagu ciptaan ku..

aku juga mempunyai minat yang sedikit terpesong dari pada kebanyakan guys out there.. aku cenderung meminati novel sci fic, dan novel yang berunsurkan fantasy.. kenapa? kerana pengakhiran dari kedua-dua genre ini membuatkan aku terasa diriku memainkan peranan utama dalam novel-novel tersebut.. aku bahagia.. aku gembira.. kerana aku tak dapat apa yang aku gambarkan dalam novel itu menjadi satu kehidupan yang realiti di depan mata aku.. aku takut.. aku takut aku kehilangan watak-watak dalam permainan realiti aku.. aku inginkan kehidupan aku sentiasa dibayangi satu kehidupan fantasi.. tapi betapa aku berusaha, hakikat still hakikat.. kenyataan masih lagi merupakan satu kenyataan.. realiti akan tetap realiti yang datang bersamanya cabaran dan unsur-unsur yang menguji kekuatan seseorang yang bergelar insan.

Mungkin, kadangkala kita harus meluahkan apa yang terbuku dalam hati.. walaupun sesetengahnya pahit untuk ditelan oleh kita atau insan terdekat yang disayangi..


Friday, 23 January 2009

Sadness Ho-le-days

Di saat ini,
Aku merindui setiap langkahmu yang berterusan menapak dalam hati ini,
Aku merindui setiap hela nafasmu disisi bahuku ini,
Aku merindui getaran suaramu di cuping telingku ini,
dan betapa aku merindui lirikan senyummu yang menggamit hati.

Ketika ini,
Aku masih tertanya apakah yang ada di sudut hati ku lagi,
Merindui pada mimpi yang pasti tidak akan kembali,
Derita kerana cinta yang tiada berpenghujung,
Merana kerana kasih yang sering disanjung.

Yang pasti,
Bahagiamu adalah kebahagiaanku,
Tawamu adalah senyumanku,
Biarku derita janji kau bahagia,
Biarku merana asalkan ko tertawa.
Aku merinduimu sentiasa,
Walau dimana saja nafasmu terhela,
Kerana kasih dan cintaku,
memayungi kebahagiaan kamu..


Today friday morning.. petang ni aku balek JB
Holedaysss CNY..
balek yang hanya bertemankan report polis..
coz ic x buat lagi, kad mat3x x buat lagi, lesen x buat lagi..
blurr sekejap..
nk wat kad mtt3x skang ngn ic x sempat.
ini menjuruskan kepada lesen yang x dapat dibuat selagi
ic sementara x dikeluarkan..
so.....
terpaksa lah redah dan maybe wat ic dan etc suma
pas cuti CNY...
Soo selamat Holedays..
doakan aku selamat sampai dan selamat pulang kembali