Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Saturday, 5 September 2009

A List Of Book

Kalau dulu terkenangkan bulan puasa yang lepas-lepas around form 3, form 4 dan form 5.. asal balik rumah bulan puasa jerk, lepas sahur mesti main PS2... heaven giler-giler kalau main PS2 lepas sahur.. main sampai jam 10 then tido balik.. Before this around form 1, 2 sampailah form 5, lepas sahur aku akan bukak buku sejarah Nabi-nabi.. Ada berbelas siri dari Nabi Allah Adam sehingga Ke Nabi Allah Ibrahim.. Buku sejarah berkuli tebal tu lebih kurang salasilah keturunan Nabi Muhammad S.A.W...

Ayah dan Ibu pun baca buku yang sama.. oleh kerana aku yang jumpa siri buku tu dulu.. jadi aku yang lead dulu.. Membaca buku sejarah Nabi sedap dan nikmat.. apatah lagi membacanya lepas subuh.. atau lebih tepat lepas sahur... Bosan membaca, main game plak..

Alhamdulillah, budaya membaca nih dapat diterapkan kepada adik aku yang kecik tuh... Sekarang kami tengah giler buku pejuang-pejuang sejarah Islam keluaran PTS... Antara dalam list:

Yakjuj & Makjuj
Ahmidinejad Singa baru Dunia Islam
Salahudin Al-Ayubi Penakluk Jurusalem
Hulagu Khan Khabar Hitam Dari Timur
Abu Ubaidah penakluk Parsi

Dan banyak lagi semuanya pada adik aku.. xsempat nak balik rumah.. buat masa sekarang, aku tengah baca Sukma Angin.. Arena Wati.. tapi mungkin skip dulu.. sebab penceritaan dia berat skit... aku nak ringan-ringan dulu.. maybe skip then baca Hulagu Khan dulu..

Aku memang sangat minat sejarah Islam.. dan sejarah pada amnya... Sejarah Nabi dan Sejarah Pejuang Islam merupakan sejarah yang perlu ada dalam didikan anak bangsa kita sekarang.. Biar mereka mengenal yang mana Intan yang mana kaca.. tegak syiar Islam, mendirikan Negara dan Bangsa...


Wednesday, 20 May 2009

Novels

Sebelum aku bukak ceritera mengenai novel2 sepertimana tajuk di atas.. teringin plak aku ni nak memanjangkan cerita KUO di Ambush oleh felo-felo dan pengetua KUO tengah pagi semalam.. ramai gak memember aku kena RM70 sebagai denda..

Yang pertamanya, tidak dinafikan memang salah setinggan tapi kalau ader fikiran yang waras, tidak perlu denda sampai RM70 walaupun termaktub dalam peraturan... Students ni bukannya Anak YB, malah mereka berkongsi bilik, sanggup bersempit semata-mata kerana ingin menjimatkan duit.. Dimana perasaan kemanusiaan seorang manusia? Seorang RM70, kalau sepuluh orang? tak ke mencecah RM700. Buat aper? sedekah ke rumah anak-anak yatim..

Rajin lak datang bilik semata-mata kutip duit.. Meh sini aku nak cerita, bilik aku terkopak pintu selama 2 sem berturut... dalam buku rekod, aku dah buat laporan sebanyak dua kali dalam buku tu, haram jadah nak datang, betulkan pun tidak? apa tuh..? sebab aku x bagi duit kan nak betulkan pintu? Boodoh..

berhenti je la kart situh... x larat aku nk cter panjang tentang kebodohan mereka yang semakin menjadi..

yup.. tentang novel..... aku sedikit kebuhsanan duk di rumah ini.. naseb di rumah, Bapak aku pun x amek RM70 sesenang hati.. aku ni penggemar novel, cuma tidak ada komitmen jerk nak baca menghabiskannya.. seperkara lagi, kebanjiran novel2 jiwang menyebabkan aku tidak berminat nak membacanya..

sekarang nih banyak juga novel yang aku sudah habis baca.. kebanyakan novel import.. Harry Potter sebanyak 7 siries.. Eragorn, Eldest, dan macam2 lagi yang aku sendiri dah x ingat tajuknya... Novel melayu cuma sekerat jerk, tapi adalah lebih 5 buah buku...

Apa yang menjadi genre kegemaran aku ialah novel melayu yang futuristik, jauh melangkau zaman kita kehadapan.. seronok seolah2 kita berada di masa hadapan.. lebih2 lagi karya faisal tehrani... banyak menyentuh aspek budaya melayu dan juga Islam..

untuk mengelakkan kebuhsanan aku, aku sekarang cuba menghabiskan Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani.. Novel ini sarat dengan kupasan mengenai pakaian zaman kemodenan sekarang yang dikatakan Islam tetapi tidak Islam, Kafir tetapi tidak Kafir.. Berpakaian tetapi telanjang... Isinya bakal di review akan datang.. Tunggu sehingga aku habis baca..

ohh ya!!.. sesiapa yang menyimpan karya Faisal tehrani labih2 lagi karya yang bergenrekan Sci Fic, boleh lah meminjamkannya kepada aku ya.. :p



Saturday, 21 February 2009

Sleep Disorder And Happy Yippie Burfday

4 am rite now but still cant sleep walaupon dah sangat ngantok.. owhh nampaknya dunia ku memang dah terbalik.. bapak aku selalu marah... siang tido malam berjaga.. for sure kena membebel.. but nothing i can do malam2 nih.. kalau siang bley lepak2 mkn cendol.. kalau malam2 nak mkn maggi pon malas nak masak air.. so disebabkan tak tau nk watper terpaksalah aku post sekali lagi untuk my blog even dah post today dalam kul 10 td.. its ok kot, 2 post in a day.. haha..

Before i forget, today 22 february 09 is my mums burfday.. HAPPY BURFDAY IBU.. thanks 4 caring me, jaga, didik, asuh dan dsb selama 22 years.. Thanks A Lot.. Thanks and Thanks and Thanks....

Malam-malam sebegini kadang-kadang memori kita akan mengimbas peristiwa lalu termasuk peristiwa yang mampu membuat kan kita menangis.. and its really hurt.. dan ader juga kenangan-kenangan kita yang membuatkan kita tersenyum bila memikirkan impian kita selama ini, minat kita dan perlakuan kita... Dan aku? ketika menanti detik untuk terlena, aku terpikir kan sesuatu... adakah impian aku selama ini tercapai..? dan aku terpaksa akur yang kehendak aku selama ini hanyalah mampu dicapai hanya jika aku bermimpi.. aku memang minat dalam bidang penulisan.. sometimes aku minat menulis cerpen, sometimes aku minat menulis puisi, sesetengah keadaaan, mendorong aku menulis lagu.. hahaha,, apakah aku mempunyai bakat? Sebahagian dari impian aku ketika dulu, bermain gitar... Niat aku untuk Bermain adalah demi seseorang.. dan memasang impian untuk mencipta lagu bersama iringan gitar.. lagu yang dicipta juga adalah untuk seseorang.. dan sehingga kini, aku terus memasang impian bermain gitar.. bermimpi mendendangkan lagu ciptaan ku..

aku juga mempunyai minat yang sedikit terpesong dari pada kebanyakan guys out there.. aku cenderung meminati novel sci fic, dan novel yang berunsurkan fantasy.. kenapa? kerana pengakhiran dari kedua-dua genre ini membuatkan aku terasa diriku memainkan peranan utama dalam novel-novel tersebut.. aku bahagia.. aku gembira.. kerana aku tak dapat apa yang aku gambarkan dalam novel itu menjadi satu kehidupan yang realiti di depan mata aku.. aku takut.. aku takut aku kehilangan watak-watak dalam permainan realiti aku.. aku inginkan kehidupan aku sentiasa dibayangi satu kehidupan fantasi.. tapi betapa aku berusaha, hakikat still hakikat.. kenyataan masih lagi merupakan satu kenyataan.. realiti akan tetap realiti yang datang bersamanya cabaran dan unsur-unsur yang menguji kekuatan seseorang yang bergelar insan.

Mungkin, kadangkala kita harus meluahkan apa yang terbuku dalam hati.. walaupun sesetengahnya pahit untuk ditelan oleh kita atau insan terdekat yang disayangi..


Friday, 2 January 2009

Harry Potter and the half blood prince

“the war against voldermort is not going well, even muggle governments are noticing. Ron scans the obituary pages of the Daily Prophet looking familiar names. Dumbledore is absent from Hogwrts for long strectches of time, and the Order of The Phoenix has already suffered loses.

And yet…

As in all wars, life goes on. The Weasleys twins expand their business. Sixth year students learn to apparate – and loses a few eyebrows in the process. Teenagers flirt and fight and fall in love. Classes are never straightforward, though Harry receives some extraordinary help from the mysterious Half Blood Prince”

Jalan cerita buku ni Nampak sedikit membosankan pada awal permulaan citer.. bila baca sekejap mcm malas nak sambung balik.. Tapi yang membuatkan aku untuk terus membaca disebabkan aku pernah terbaca kart ruangan komen dan review dalam satu laman internet, The half blood prince ni merupakan novel yang paling best antara semua.. Ye ke? Jadi untuk tahu kesahihan nya, jom kita review.

Jalan cerita pada permulaan lebih berkisar kepada perjalanan harry untuk membongkar kisah lama He-Who-Must-Not-Be-Named dari lahir, bertatih sampai lah menjadi modal insan yang digeruni dan perjalanan novel ke 6 ini juga banyak berkisarkan kepada rancangan misteri Draco Malfoy.. Dan seperti biasa fenomena mengenai quidditch dan juga alam percintaan. Kissing, flirting dan pape jua menjadi rempah dalam menjadikan novel ini semakin tebal.. Tapi permulaan cerita ini tidaklah menarik sangat pada pandangan aku kecuali part 'kissing'.. hehe..

Kemuncak perjalanan novel ini bermula di mana dan ketika Harry Berjaya mendapatkan simpanan memori dari Prof Horace Slughorn seperti yang dikehendaki oleh Prof Albus Dumbledore, memori tu seterusnya membawa Harry dan Dumbledore untuk mengembara merentas zaman silam Voldermort dan menjejaki rahsia voldermort. apa yang membuatkan aku teruja, olahan suspen dalam citer ni sangat berkesan dan menyakinkan.. Hinggakan aku x percaya dumbledore mati dibunuh Prof Snape yang selama ini orang kepercayaan Dumbledore itu sendiri.. Dan aku expect dia maybe pretending to be dead, or kena kidnapped, or maybe satu pembohongan untuk menipu musuh. Semuanya tinggal suspen sehinggalan Upacara pengebumian dijalankan untuk Dumbledore.. Ketika itulah aku percaya yang dumbledore benar-benar tewas kepada kezaliman.. Walaupun Harry Potter x percaya pada severus snape, tapi I trust him because Dumbledore trust him.. haha.. Dan dari siri sebelum ni gak kita ketahui yang snape ni double agent, tapi yang mana sebenarnya snape ni bkerja dan setia?

Suspen yang diolah dan jalan cerita yang menarik benar-benar membuat kita terperangkap dalam situasi dunia sihir yang sebenarnya.. So tahniah kepada J.K.Rowling for the best novels she ever created. Kita turut merasa dan berdebar menanti apa yang berlaku di hadapan cerita.. Mungkin siri ni yang terbaik disebabkan kemuncak cter yang terbaik.. Apa akan jadi bila severus snape bunuh Dumbledore, Quidditch game, kisah silam voldermort, dan percintaan dan semua ini diterjemahkan ke layar perak.. x sabar hendak menunggu. Jadi sebagai promosi free, saksikan Harry Potter and The Half Blood Prince menyihir anda di pawagam berdekatan.

So aku mahu sambung Harry Potter and the Deathly Hollow..

Tuesday, 16 December 2008

Holedays Without Internet

Hari ni aku menaip bukan atas keyboard sendiri tapi di komputer di cyber cafe.. dah lagu ntah pape dalam cc ni.. memekak jerk.. naseb baek lah bukan cc bapak aku.. untuk holiday ni, me sentiasa busy.. At first dengan PROKAJ, Kembara anak Johor, Then continue dengan OPKIM di Endau, Mersing.. Balik dari segala program malas nak bukak internet.. Kalau x kerana nak update blog PERMAJ, malas nk check blog nih... Prob Actually (Baru pas tgk Love Actually) internet dial up kart umah terlalu slow sampai blog takley bukak.. Geram nya pasal pecut ker cc yang sebenarnya jauh wooo...

Tenkiu atas segala komen dalam post aku sebelum ni, Tenkiu Jugak kart Juju from ur opinion as law students.. haha.. Nway aku sentiasa pesan kart diri, apa yang berlaku sekarang adalah rezeki.. Sebenarmya kalau kita belajar apa sekali pun tapi xder daya usah, kita tak kemana pon.. Dan dan kerja pon cashier kart pasaraya.. Cashier berijazah lagi.. Haha.. Takpe yang penting rezeki halal..

sekarang ni kart umah, aku berusaha nak menghabiskan Harry Potter: The Half Blood Prince.. dah tinggal 2 chapter lagi kot.. Haha.. tapi deathly holloow dah menunggu dah, siap berbalut plastik lagi HP:7 tue.. Haha.. k2 bertemu lagi di post yang akan datang.. Maybe review pasal HP.. K, Have a nice Hoooolideyyyysss...

Monday, 13 October 2008

eid holidays

Cuti 2 minggu ni, 3 perkara telah aku abeskan..

Novel Ayat-ayat cinta


Imposibble lelaki sebaik fahri (watak utama dalam a2c) wujud dalam dunia ini.kalau ada pon satu dalam sejuta.. bukan kisah cintanya tapi kekuatan imannya dan pemikirannya yang standing ulama-ulama zaman kegemilangan ketamadunan islam. Kalau wujud seribu muslimin seperti fahri, menjentik pon musuh islam x berani nak lakukan terhadap kaum muslimin.. bayangkan tidak pernah bercinta sehingga cinta pertama ketika sudah bergelar suami, sentiasa menjaga pandangan, setia menjaga batas2 pergaulan dan sebagainya.. the first malay novel i read.. I think 4.5 star over 5 for ayat-ayat cinta..


Game Starwars: the force unleashed (ps2)


Jalan cerita game ini mengisi ruang antara jalan cerita starwars III: revenge of the sith dan starwars IV: a new hope… bermain sebagai watak Jacob nion, adalah anak kepada jedi knight yang dibunuh oleh darth vader disebabka penghapusan jedi counsil oleh order 66.. vader kemudiannya mengambil jacon untuk dijadikan apprentice sebagai sith untuk meneruskan kesinambungan pengahapusan jedi.. konflik yang muncul di pertengahan jalan cerita bermula bila vader sebenarnya mempergunakan Jacob nion untuk membantu mengesan individu-individu yang memberontak kepada empire yang dikuasai emperor palpatine/darth sidious dan darth vader.. Jacob ditugaskan untuk membantu vader dengan alasan untuk mengulingkan pemerintahan darth sidious/ emperor palpatine dengan menyatukan pemberontak-pemberontak.. tugas itu disempurnakan sebaik mungkin oleh Jacob nion, dan tertubuhlah rebellion di bawah senator organa dan princess leia.. matlamat sebenar vader adalah mempergunakan Jacob dan membunuh pemberontak-pemberontak sekaligus diketahui oleh Jacob dan jacob berpaling menentang vader.. dalam penentangan itu, Jacob terbunuh dan pemberontak-pemberontak melarikan diri.. jalan cerita game ini sebenarnya menceritakan bagaimana rebellion itu tertubuh untuk menentang pemerintahan kejam empire..


Starwars saga


Setelah abes men game starwars, aku pon membeli starwars dari episode 1 sampai episode 6… lengkap jalan ceritanya.. wawawa obsess sungguh aku terhadap something yang berunsurkan science fiction + fantsy nih…. Dengan kecanggihan industry perfileman Hollywood, filem yang dihasilkan seakan-akan reality….wahaha.. next time, aku akan abeskan harry potter plaks… hehe…