Friday, 12 June 2009

('', ('', )

kasihku takkan hilang walau setitis air dari lautan..
rinduku itu kekal tertulis pada awan gemawan..
biar angin membawa lembut cintaku pada dia dalam diam..
biar dia tahu betapa siksa menyimpan syahdu yang terpendam



Thursday, 11 June 2009

Korea Influence


ntah brape lama aku tak gunting rambut.. semakin mengembang.. jadinya pagi tadi, aku berlari kejap ke salon rambut dekat Giant Tampoi.. Teman my mom gie beli barang dapur.. jadi aku curi masa jap melencong ke salon tersebut..

Sampai sana, aku cakap ader design magazine x? dia tunjuk yang kebanyakkan nya asian hair style.. Jadi aku cakap ngan dia aku nak rambut ala-ala korea gitu... (sambil malu-malu kucing)... Kuat juga pengaruh korea nih.. hahaha.. cuma kulit aku nih hitam manis skit lah.. ok la tuh.. dari jauh nampak mcm korea jugak kan..

Chinese Guy tu ckp, kalu nk rambut mcm korea tuh sket, aku kena rebonding.. rambut aku x cukup lurus.. wahhhh... selama aku kecik sampai ke besar, first time aku dgr org cakap rambut aku x cukup lurus.. aku rasa rambut aku dah macam jerami padi pon ada.. Aku pon suh lah dia touch up yang mana elok, yang mana chantekk...

Semua sekali termasuh cuci Rm25.. stndard price lah tuh kan.. nway korea or not... i tetap kelihatan encem.. hahahahaha... Nway gambar yang kuning tuh, tersangat aku suka... hehe.. jadi aku menayang sekali lagi gambar itu.. :p



Tuesday, 9 June 2009

Boys Over Flower



Boys Over Flower.. di kalangan gurls mesti for sure ramai tahu dan tengok drama bersiri korea nih.. perghhh giler arr... aku baru jer abes tgk drama nih.. dan ini merupakan drama korea yang ke dua aku abes tgk selain dari Full House... so clap-clap kepada diri sendiri... haha..

Aku pernah mencuba nak menghabiskan 100 little tears ntah pape, hana yori no dango, my girl dan yang terbaru cofee prince.. semuanya x abes, dan xtau pon endingnya sebab aku tak larat.. cerita nya meleret-leret... ader juga drama yg aku skip, x tgk full episode macam autumn in my heart.. kira 90% lah aku tgk keseluruhan cerita autumn in my heart tuh...

First episode aku tgk cerita nih, alahai poyonya... ade ker gurls ramai tegedik2 mcmtuh kart jejaka di satu sekolah swasta yang dipenuhi students kaya... tapi makin lama makin best plak... alang-alang aku duk menonong kart umah, ada baeknya aku habiskan cerita bersiri mcm ni kan.. dan Aku pon x tersangka tertangkap cintun kart Drama nih..

pada aku ader 3 episode yang besh, part yang sedey tp cuma aku xnanges... hahaha x macho lak kalau aku nanges walaupun duk tgk sorang2...

1) pertama masa Jun Pyo nanges kat Airport Macau, nak bagi kasut kart Jan Di.. feeling tol, mcm aku lak Jun Pyo.. aku ada iras2 sket, cuma rambut jerk lain..

2) kedua, masa Jan Di ngn mak dia jerit2 nama bapak dia yang keluar membelah lautan.. nak cari hasil...

3) ketiga, masa Jun Pyo hilang memory dan x ingat pasal Jan Di kart hospital.. huhu.. sedey lah gak... naseb aku duk tgk sorang2.. hahaha...


Bagi aku Ga Eul dan Jae Kyung yang paling chomey dalam cter nih.. hehe.. aku nak kawen ngn org korea lah.. hehe buat bini no 2, 3 or 4.. hehehe...

1- Gu Jun Pyo
2- Geum Jan Di
3- Ji Hoo
4- Woo Bin
5- Yi Jung
6- Ga Eul
7- Ae Pong (tersesat jap.. hehehe)

pasni nak abeskan Small Ville episode 7 dan 8.. wow banyak tuh..

p/s: credit kart atin.. disebabkan gambar ini diambil dari blog beliau.. trimasss...



Friday, 5 June 2009

it's smile with broken heart


6.42 a.m : ntah kenapa, mentari semakin menunjukkan kelibatnya.. namun mataku tidak jua terpejam.. letih dan ngantuk tapi xbisa berbuat apa.. dari malam sampai ke pagi.. aku termenung.. kosong.. hati membeku.. minda ku bercelaru.. hati kian terusik.. jiwa bagai di landa musibah.. semuanya bagaikan tidak kena pada tempatnya..

title di atas sedikit gempak.. sedikit jerk.. title nih actually di ambil dari blog lama aku.. tersedar blog lama aku nih sebenarnya bertahan selama 3 tahun.. dari oktober 2006 sehinggalah oktober 2008... dalam masa yg sama, blog nih start dari oktober 2007 sehingga ke hari ini.. 2009.. secara tidak rasminya lebih kurang 3 tahun berblogging secara amatur.. huhu... dan post kart blog nih pon dah mencapai lebih dari 100 entry.. cuma aku x perasan..

title ni seakan cukup mengambarkan keadaan aku sekarang ini.. tersenyum walaupun jauh di sudut hati seakan terasa kelainan.. pedih yang mendalam.. walaupun sebenarnya malas nk membuka satu entry pagi nih, tapi jiwa seakan-akan mengarah jari jemari dan meruntun untuk menaip, menari mengikut rentak hati..

kalau berkesempatan, klik disini untuk melihat posting blog yang lama.. sebuah sajak yang aku create sendiri.. tak tahulah sedap ke tak.. aku buat korang baca dan komen.. adilkan?.. hahaha..
okies.. jumpa next entry..






Wednesday, 3 June 2009

Project N.S


Pernah dengar Project N.S...? Bukan Project Pop tau yang nyanyi lagu ngetop bukan superstar tuh.. Ceritanya alkisah begini, ada one station television ni is trying to promote PLKN menerusi program realiti, Project N.S yang mana ‘pelakon’ utamanya adalah Diana Danielle, Suki dan Aliff.. wahhh.. glamour giler.. Pernah aku mendengar bisik-bisik di telinga ini, yang Pelakon Project N.S ni tidak akan diberi kemudahan yang lebih baik dari peserta-peserta PLKN yang lain.. Tidak ada kemudahan yang special diberi kepada mereka...

Jawapan aku tipoooooo..... setipo-tiponya... helloooo kalau dah ada selebriti kart situ, dan siap masuk Tv, secara logik akal, akan ada peruntukan lebih untuk kem tersebut... akan ada penambahbaikan yang ditumpukan kat kem tersebut dari kem-kem lain.. ini sudah semestinya, sebab takkan nk masuk tv amek gmbar kem2 yang selekeh..

Dengar jugak yang si Diana Danielle telah dinobatkan sebagai Timbalan Penghulawati yang merupakan pangkat kedua tertinggi bagi semua peserta perempuan latihan PLKN ini. Bagus mereka ini bukannya sekadar pandai berlakon tapi juga berkepimpinan.. hahaha.. statement ini agak tepat tapi tak setepat-tepatnya.. of coz dia sebagai selebriti, mestilah org akan pilih dia, bukan kerana daya keimpinan tapi kerana title selebriti yang dipegangnya.. ada setuju?

Program ini dikatakan sebagai satu wadah yang cuba ditunjukkan kepada anak-anak muda bahawa PLKN ini mempunyai matlamat program yang bagus.. dan juga memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa kem-kem ini adalah satu jaminan tempat yang selamat untuk anak-anak mereka.. tapi kenapa selebriti? kan lagi bagus serta menambah keyakinan kalau program realiti ini ditunjukkan kepada peserta-peserta awam yang bukan selebriti.. yang latar belakang mereka dari sudut sosioekonomi, sosial yang terlalu berbeza.. ini yang patut ditonjolkan sebagai satu program yang bermatlamatkan penyatuan warganegara Malaysia dari pelbagai aspek termasuk perpaduan kaum.. setakat tiga selebriti itu semestinya tidak memaparkan apa yang kita hendak lihat sebagai satu program yang begitu banyak matlamatnya..

Kenapa aku begitu membantah rancangan TV ini.. kerana aku pernah manjadi peserta PLKN.. wawawawa... bukanlah jeles sebab aku tak masuk tv.. tapi kebanyakkannya aku takut apa yang dipaparkan jauh sekali dari realiti.. dan ini keistimewaan ini tidak adil kepada peserta-peserta yang lain..

p/s: gambar diatas bukan gambar aku yerk..



Wedding Planning By Parents


Zaman sekarang susah betul nak mencari seseorang yang belum pernah lagi bercinta... Seseorang yang betul-betul percaya percintaan selepas pernikahan lebih bahagia dan nikmat dari percintaan sebelum pernikahan... Adalah jugak sorang dua orang memember aku yang percaya akan keyakinan ini.. Yang lain rata-ratanya pasti mempunyai pengalaman bercinta..

Dan kes yang terjadi pada seorang member aku, member lama yang bertahun dah x berjumpa, lelaki, yang mana pilihannya x disukai oleh keluarga.. Perkara ini diketahui olehnya bilamana dia menyuarakan hajat untuk bertunang dengan pilihan hatinya sedangkan parents dia sudahpun mengaturkan perkahwinannya dengan anak kepada sahabat parentsnya sendiri dalam masa beberapa tahun lagi..

Dalam zaman macamni pun masih terjadi perkara sedemikian... ingatkan zaman dulu-dulu jerk yang ada.. Rupa-rupanya drama dalam televisyen akan ada juga berlaku pada masyarakat realiti.. Adakah pilhan hati keluarga lebih baik dan perfect.. Bagi aku rasanya tidak juga, bahkan mungkin akan merosakkan sama sekali keluarga itu jika tidak kena pada gayanya.. Jodoh dan kebahagiaan semuanya di aturkan oleh Maha Pencipta..

Bila aku tumpang empathy, susah jugak rasanya berada di kedudukan tersepit tu.. mungkin berbelah bahagi kerana ingin menjaga hati ibubapa, dan dalam masa yang sama perasaan sayang yang mungkin susah nk ditinggalkan.. Dalam keadaan ini, susah nak mencari keadaan menang-menang... Mesti akan mengguris salah satu belah pihak..

Kalau aku, aku akan ambil situasi kalah-kalah... Tak perlu kahwin terus.... dengan pilihan hati dan juga pilhan keluarga, dua-dua xperlu kahwen.. Biar membujang sampai ke tua.. Agaknya kenapa parents dia bertindak sedemikian? payah juga kes macam ni kalau berlaku....

Semoga semuanya yang berada di atas muka bumi ini bahagialah hendaknya yerk...





Monday, 1 June 2009

Happy Belated Birthday



Sabtu malam yang lepas aku ke Melaka, ada sedikit majlis harijadi dikalangan saudara mara jerk.. tapi besh.. Majlis ni adalah gabungan hari jadi antara aku dan cousins aku, Dila, Kak Shima dan juga Abg Anuar.. combine sekali 27, 28, 30 dan 31 Mei.. hehe.. so ada 4 org yang menyambut harijadi secara serentak..

Yang menariknya da 2 kek dari secret recipe.. nama x ingat coz namanya pelik dah mcm nama resipi dari peranchis.. ada Barbeque, nasi goreng, Cup Cakes yang chomey (credit to kak aza) dan bermacam lagi maknan...

hope segala impian dan hajat akan tercapai oleh para penyambut hari jadi ini..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..