Thursday, 9 April 2009

islamic empire


seminggu ini, aku telah beli 2 novel yang menceritakan ketamadunan islam.. Yang pertama Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain? yang menyingkap rahsia Al-Quran yang banyak menceritakan Zulkarnain adalah seorang raja yang beriman dan hebat. Namun gelaran Zulkarnain tidak layak disandarkan kepada Iskandar ataupun Alexander The Great mengikut hujah-hujah dan perbahasan dalam buku ini.

Yang kedua adalah Jatuhnya Sebuah Tamadun.. Yang membongkar rahsia kegemilangan dan kejatuhan yang dialami oleh Empayar Tamadun Islam sepanjang zaman.. Kedua-dua isi buku ini mungkin akan dikupas oleh entry yang akan datang..

Apa yang menariknya, di dalam pengenalan buku 'Jatuhnya sebuah Tamadun' ini menceritakan zaman peradaban Islam terbahagi kepada 3 bahagian..

-Zaman Klasik (zaman Nabi Muhammad S.A.W, khulafa al-Rasyidin di Madinah, Bani Umaiyah di Damaskus, dan Bani Abasiyyah di Baghdad)
-
Zaman pertengahan (safawi di Parsi, Mughal di India, dan Uthmaniah di Turki)
-
Zaman moden (dikenali zaman penjajahan Eropah terhadap Islam dan kebangkitan memperoleh kemerdekaan dari penjajah, ini termasuk Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia)

Setiap tamadun akan ada kebangkitan, dan akan ada kemunduran yang silih berganti.. Itu memang tidak dapat dinafikan.. Jadi apa yang menarik perhatian aku, jika sejarah mencatat tamadun Islam gemilang di zaman Klasik dan pertengahan, mengapa tidak ada Kebangkitan Islam di zaman moden? pastinya suatu masa yang akan datang, muncul sebuah kuasa Islam yang gagah, yang tidak mampu ditindas oleh Israel dan sekutunya.. yang mempunyai suara yang kuat di peringkat global..

Bayangkan negara itu adalah negara Islam Malaysia.. Nabi Muhammad sudahpun memberi tunjuk ajar dan teladan bagaimana Baginda mentadbir Madinah yang masyarakatnya terdiri daripada masyarakat yang majmuk.. Jadi Malaysia pun mampu menjadikan Madinah sebagai contoh untuk memacu kebangkitan kegemilangan ketamadunan Islam..

Jadi, yang BERHAK saja yang mampu mentadbir Malaysia untuk kearah merealisasikan Malaysia sebagai satu gagasan Ketamadunan Islam Moden.. InsyaAllah.. Ini terbukti, disebabkan ketamakan kita berpolitik dan merebut kuasa, Pulau Pinang mungkin mengikut jejak Singapura.. Fikir-fikirkanlah..



Wednesday, 8 April 2009

Fast and Furious 4

semalam aku tgk movie yang bertitlekan fast & furious.. ok.. not bad.. jalan cter seperti biasa, bad guy vs nice guy, cops etc.. cuma yang menerujakan kami adalah kereta-kereta yang cambesh dan aksi lumba yang penuh mendebarkan.. Lebih aksi dari hujan yang mewarnai litar F! sepang tempoh hari.. Waaaahhhh.. sebagai seorang lelaki yang betul2 tulen dan maskulin.. kereta merupakan teman peribadi yang amat penting.. dan perlumbaan atau kelajuan membawa maksud yang sangat subjektif dan mampu membawa keghairahan seperti juga malam pertama.. opsss!! Kalaulah aku diberi pilihan untuk memilih kereta apa sahaja yang dikehendaki.. haha.. just like the movie..

huh.. wayang ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda aku untuk terus berjuang demi mencantekkan kereta.. Tunggu 3 tahun lagi warranty, dan aku akan design my new car mengikut citarasa aku.. hehe.. Tambah front grill yang cambesh. sport rims 16 inch.. Lowered kan sket depan.. Angel eye LED, dan neon di bawah keter.. Owhh Sport TRD (Toyota research development) muffler di belakang.. Carbon Hood, dan lain-lain lagi.. Tak sabar rasanya untuk melihat kereta Vios ini bertukar wajah!!

Owhh adakah saya mengagumi kereta lebih dari seorang perempuan cantek??
Saya mengagumi apa sahaja yang mempunyai bentuk badan yang menggairahkan dan cantek :)
haha.. memandai jerkk..

Monday, 6 April 2009

JJU 7583, a precious moment







Akhirya.. Kehilangan dirasai.. walaupun patah tumbuh hilang berganti.. yang pergi akan tetap diingati..
kenangan akan kekal sebagai satu memori yang pastinya tidak akan terpadam.
JJU 7583




Friday, 3 April 2009

OMG

Korang pernah mengalami panggilan telefon or naseb yang mencemaskan..? ya! aku pernah.. setahun yang lepas.. Berkisar adek perempuan aku.. Maklumlah gadis remaja zaman skang.. Kalau x lari ngn Mamat Indonesia, majuk lari keluar rumah ntah mana-mana pergi..

Kisah cemas aku setahun yang lepas.. Panggilan dari adek lelaki aku..

Adek: Epong kart ner?

Aku: ader kart UKM ni, knp?

Adek: Epong ader masalah besar.. Kecian kart Ibu ngn Ayah..

Aku: Kenapa ngan Ibu ngn Ayah?

Adek: Diorang keluar nih, cari Bakyah.. Dah 3 Malam Bakyah xbalek rumah, Ibu dah tepon semua member dia, xder.. Tak tau Bakyah kemana skang.. Ibu dah wat report polis.. Ibu susah hati nih.. Nanges jerk..

Aku: 3 hari hilang, kenapa baru bagitau skang!!.. Kenapa bakyah lari dari rumah?

Adek: Tak tau.. Ibu cakap Dia merajuk sebab Ibu ada marah bakyah.. Bakyah kurang ajar, dia melawan, dia marah2 ibu balek.. Pastu Ibu tampar Bakyah sampai Bakyah nanges, esok terus bakyah lari.. lepas sekolah dia terus x balek2.. Ayah tunggu kart sekolah dia tkder..

Aku: Dah tepon semua member dier ker? macam mana lah bley lari bakyah nih.. Apa yang dia buat sampai Ibu marah?

Adek: tak tau, adek tkder masa tuh.. Ibu cakap dia nak keluar ngn memember dier, Ibu x kasik.. Cmmana nih epong..

Aku: Nak buat cmner, cari jelah.. Nak suh Epong balek umah x?

Adek: xper, Xyah balek.. Ibu cakap xyah balek..

Epong: Knp Ibu x bagi balek?

Adek: Sebab.. Adek nak cakap kart epong ; April fools

Epong: Asam Boy &^*%&%$&^$^%#

Aku ditipu aderk sendiri setahun yang lepas.. Nway Aku nk balek JB petang nih.. tapi terlawat blog Mr.Shahrin dan teringin juga menceritakan pengalaman aku.. Hampehh.. K, jumpa lagi Isnin depan!!

Thursday, 2 April 2009

Farewell Party!!


Hari ini aku meraikan majlis perpisahan dengan Teman Setia aku..
Teman aku sebagai pendengar di kala aku sedang marah!
Teman aku yang setia ketika aku dalam pelbagai situasi..
Dia segala-galanya
Membantu aku di kala aku kesusahan..
Teman yang akan diam, walaupun aku marah dia.
Teman yang akan mendengar segala luahan isi hati aku pada dia..

Teman aku ketika aku bersedih
Teman aku ketika aku gembira
Segalanya dia sentiasa disisi

Hari ini aku mula merasai kehilangan..

Aku ingin nangis..
Aku sangat ingin menangis..

Aku seorang yang takut pada kehilangan..
Aku bakal kehilangan kau, teman.
Surely, aku akan rindu kau sesangat..

AKU SAYANG KAN KAU
AKU SANGAT SAYANG PADA KAU

sampai akhir hayat aku, aku tidak akan lupakan kau.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku!!






Tag!!

Sebenarnya aku malas dan xreti tag-mengetag nih.. Huhu.. samer jer macam survey yang biasa aku buat kart Friendster's bulletin dulu kala.. Tapi kerana tidak mengecewakan rakan Mr.Razy dan rakan lama Mr. Syahrin, aku buatlah jugak.. kebetulan kedua-duanya mengetag soalan yang sama...

1) apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?

Journey .. memandangkan hidup ini merupakan satu pengembaraan yang meliputi kehidupan sedih, suka, duka dan gembira.. Jadi journey adalah laluan cerita disepanjang liku-liku hidup aku bergelar manusia...


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

- http://www.cheesecake1987.blogspot.com - owhh kerana waktu itu aku addict terhadap kek keju.. dari secret recipe.. so aku tambah dengan 1987 sempena tahu kelahiran sebagai trademark.. maka jadilah kek keju tahun 1987

3) apakah method dalam penulisan blog anda?

segalanya yang ingin ditulis.. termasuk menghina, mencaci seseorang yang aku tidak suka kalau aku mahu!!


4) pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Tidak!! tidak sama sekali..


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Ada dua orang.. Kedua-duanya adalah blog yang dimiliki oleh seseorang lelaki..
mr.razy dan mr.syahrin


6) senaraikan calon yang akan di tag:

aku nak matikan tag ini di sini :) mintak maap yerk kepada pereka cipta permainan tag ini..