Thursday, 3 September 2009

Malindo


Mesti ramai dah dengar Malindo... Ringkasan kepada Malaysia-Indonesia... Yang dari wujudnya ketamadunan sebelum era penjajahan hubungan adik beradik nusantara ini telah lama berkekalan dan sehingga sekarang masih lagi dianggap serumpun, dan saudara...

Namun kewujudan blogs dan bloggers Indonesia yang mencaci memaki dan menggunakan segala ketidakpuasan hati terhadap Malaysia perlu dan wajib mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran serantau.... sila lihat sini dan sini....

Kecaman mereka Indonesia terhadap Malaysia melampaui batas-batas jiran terdekat... termasuk membakar bendera Malaysia, mengapi-apikan isu Manohara, Isu amah didera, Isu mencuri kebudayaan dan lain-lain.. Sebuah negara besar, tetapi apakah mereka tiada kerja... Malah mereka mengambarkan bendera Malaysia ke atas najis...

Aku terpilih ke Indonesia di Jakarta tahun lepas.. walaupun sebuah ibu negara Indonesia, tetapi turut dicemari dengan pelbagai wajah-wajah yang mencacatkan pandangan sebuah ibu negara kota... Sepatutnya rakyat mereka mengalihkan perhatian terhadap isu itu, bukan melancarkan provokasi kepada Malaysia... mereka kata mereka tidak Gentar... Nah! sapa kata kami tidak takut!

Indonesia ramai mencari sesuap nasi di Malaysia.. Ramai yang senang lenang... Antara beberapa yang mewah mencari sesuap nasi, ada yang kurang bernasib baik; didera... tapi berita itu hilang ditambah kekejaman pendatang asing;mencuri; merogol; merompak dan membunuh.... Perempuan banyak melacur di kota-kota Malaysia... Sepatutunya mereka berterima kasih kerana kami semua pemurah, baik hati melepaskan mereka mencari rezeki... bahkan ketika tsunami, atas nama persaudaraan, kami tolong menghulurkan bantuan... Ini caranya balasan mereka?

Anda sanggup mati demi Indonesia... Kami juga pertahankan Malaysia.... Hentikan provokasi ini.. atau kesudahannya Kami bukan lagi bangsa yang berlembut hati sesama saudara serumpun.....

Movie: Up


Up... Sebuah Movie dari Disney & Pixar.. Pas berbuka di Alamanda, tetiba teringin nak tgk movie ni.. macam menarik.. dan terus beli tiket..

Nak cerita kat sini bukan review keseluruhan cerita.. tapi cerita ni comel cukup untuk mencuit hati dengan gelak ketawa yang selamba... yang paling menarik cerita nih adalah isinya.. Bagaimana seorang tua cuba untuk menunaikan hajat nya semasa kecil... Mungkin sekarang umur 78 tahun.. tapi kerana tidak berputus asa.. impian nya semasa kecil untuk mengembara ke Amerika Selatan menjadi kenyataan setelah umurnya 78 tahun...

Cerita ni sangat touching... Kalau dihayatinya mampu membuat menangis.. cerita ni bagi aku lebih kepada kehidupan dari skop penjelajahan yang cuba ditonjolkan... Kadangkala apa yang kita kejar selama di dunia ini, xpernah tercapai... apa yang kita impikan, apa yang kita mahukan... bukannya senang... Bayangkan impian dan hajat lebih 70 tahun baru kita dapat..

So.. tengoklah cerita nih kalau nak tahu apa yang touchingnya....

Monday, 31 August 2009

MERDEKA

Dahulu
Lautan mana yang tidak kau tawan
Tanah mana yang tidak kau jejak
Nusantara milik kita
Merdeka dan Bebas
Agung dan Daulat

Kerana sengketa
Daulat itu hanya jadi nama
Kebebasan ditarik, dijajah sengsara
minda dibelenggu orang asing
yang benci pada kehebatan nusantara kita
Kehebatan kita terjelepuk
di tanah tumpah darah sendiri.

Demi sebuah kemerdekaan
Nenek Moyang bermandi lautan darah
Dan Demi sebuah kebebasan
Nenek Moyang berkorban segala-galanya
Apa yag kita kecapi
kesempurnaan pengorbanan dari mereka

Kita sebuah Negara berdaulat
Wajib kau tahankan dari penjajahan moden
Jangan minda dan hati dipasungkan
Jangan sengketa, Jangan bermain api

Ini bumi darahku..
Biar darah pernah menangisi bumi
Jangan tangisi sekali lagi
Biar fitnah melanda
Aku ku tahankan dengan sosok tubuku
Kerana kami pernah sengsara..
Tidak akan sengsara lagi

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52

"Andai Bumi Ini Dipijak, aku yang akan memijak mereka. Andai Bangsaku Di Tindas, Aku yang akan Menindas Mereka, Andai Agamaku Kau Cemuh, Dengan Pertolongan Allah Engkau akan Binasa selama beberapa keturunan"

Saturday, 29 August 2009

A Dream In A Fever

Demam aku belum lagi kebah.. sekejap turun.. sekejap naik.. sekejap panas... sekejap sejuk... Dugaan bulan puasa agaknya... Tapi berkaita demam ni, nk kongsi sikit.. pernah atau tidak anda semua bermimpi ketika demam.. mesti mimpi tuh macam realistik semacam kan... atau ianya bukan mimpi.. tapi lebih kepada igauan walupun mata anda celik... belum lagi tidur.. aku dua kali dah kena.. mungkin banyak kali.. tapi yang ingat 2 kali... Minggu lepas sekali.. dan waktu kanak-kanak around 4-5 years sekali.. yang tu paling tak boleh dilupakan...

Masa kanak-kanak dulu.. aku sorang.. adik-adik belum ada lagi.. so bila demam, dapatlah tidur dengan ibu dan ayah... tidur di tengah-tengah lagi.. malam kejadian.. aku tak dapat tidur... apa yang ganggu aku ialah watak-watak kartun street fighter tengah berlawan sesama sendiri atas aku, di atas syiling.. di dinding... semuanya jelas.... aku masih celik ketika itu...

4/5 tahun aku dah mengenal watak street fighter.. semuanya kerana game tape.. selalu main dengan ayah aku dulu... jadi watak-watak terus bermain.. semua super power keluar... yang aku rasakan dinding, syiling kat dalam bilik tuh dah macam hancur musnah... hahahaha... gilerkan imiginasi terhebat aku...

Dan part yang paling besh.. kemuncak pertarungan tersebut diakhiri dengan ledakan sebuah peluru berpandu yang muncul dari dinding tiba-tiba... semasa peluru tu muncul perlahan-perlahan, ada laungan azan.. di atas peluru itu ada kalimah Allah... dan ada suara, yang peluru itu akan lindungi aku dari syaitan-syaitan... Ada alunan-alunan Azan, zikir dan sebagainya..

Peluru tu terus je menembak ke watak-watak kartun masuk dalam bilik air yang ketika itu di depan katil yang aku baring nih... rupanya tak abes di situ saja.. lampu bilik air tu tiba-tiba menyala... aku takut.. aku kejut ayah... ayah kata xda pape... then lampu bilik akir tuh padam semula... dia bukak.. dia padam... aku kejut ayah balik.. akhirnya ayah bangun, dan bukak lampu bilik air, dan bukak pintu bilik air sekali... barulah aku dapat tidur...

hahaha.. ini kisah betul.. aku alami... bukan buat-buat cerita... bila ingat balik peluru berpandu.. seolah-olah aku terasa macam utusan Tuhan lak.. dilindungi macam tu.. mungkin sebagai kiasan yang aku akan dilindungi.. mungkin aku akan jadi panglima Islam ke, Orang alim Ulama ke... bila fikir semula.. xmungkinlah.. banyak sangat dosa... xlayak sangat..

mungkin sewaktu kita kecil, tak banyak dosa.. tuhan lindungi.. mungkin juga sewaktu kecil.. kita mudah nampak macam-macam....

Thursday, 27 August 2009

Dont Judge Books By Its Cover

Mesti ramai dah tau apa maksudnya.. kalo kita perincikan lagi, kadangkala sesuatu muka depan buku tu, nampak cantik, kemas, penuh dengan ilustrasi dan mampu menambat hati pembaca walaupun dengan hanya melihat kulit depan... bila sahaja kita buka isinya, mak aii.. kosong.. tak ada input yang boleh diguna pakai.. ibarat menghabiskan duit dengan sesuatu yang sia-sia..

ada sesetengah buku nampak usang, kotor, berdebu.. lapuk yang tersangat.. malah ada yang sedikit koyak.. tulisan di muka depan pudar, tenggelam tidak menarik.. tetapi isinya bagaikan lautan yang sarat dengan ilmu.. berisi cukup manfaat.. siapa yang membaca pasti memperoleh ilmu darinya.. cukup bagus.. hampir sempurna...

bagaimana pula dengan situasi ini?

situasi 1

dalam keadaan memandu di satu bulatan dengan keadaan yang sesak, ada satu Toyota unser parking tepat disebelah. Pemandunya dikira dalam linkungan 40 an.. Mungkin Pak Haji.. cantik dengan jambang.. berkopiah putih.. dari luaran, sesiapa yang terpandang pasti berkata dalam hati " orang ni mesti tinggi ilmu agamanya"... namun dengan tiba-tiba.. tingkap toyota Unser itu terbuka, dan dia meludah ke luar.. hampir tepat mengenai kenderaan sebelah.. dia ludah sekali lagi.. lagi, lagi dan lagi... hampir lima kali dia ludah ke luar tingkap kereta tanpa mengambil kira kereta sebelah yang sangat tidak jauh dari keretanya.. bukak pintu dah boleh kena kereta sebelah.. jadi itu bagaimana?

situasi 2

ketika zaman kenaikan minyak yang amat tinggi, di satu stesyen minyak.. ada seorang Pak haji lengkap berkopiah di kala tengahari tengah memarahi petugas kaunter bayaran stesyen tersebut... dia memaksa petugas tersebut mengurangkan harga minyak.. sambil membebel, sambil memaki... dan sambil mengutuk kerajaan.. dengan suara keras dan hampir menimbulkan kekecohan serta menyebabkan ramai pengguna lain beratur sesak menunggu dia.. Petugas itu merayu yang dia tidak bersalah, dan bukan dia yang menaikkan harga minyak.. kes ini kelakar bukan.. Jadi kes ini macam mana pula?

situasi 3

ada jiran dekat tak berapa dekat... boleh dikatakan soleh.. cukup luaran hampir sempurna jika dipandang.... jiran2 terdekat memandang dengan penuh kehormatan... 5 waktu ke masjid lengkap berjubah dan beserban... namun di sebalik rumah tangga.. anak bini tak pernah dapat nafkah... nafkah apa tak pasti... anak bini ditinggalkan dan sering dipukul jika tidak mengikut kemahuannya... cukup sempurnakah dia?

3 situasi ini anda sahaja yang boleh tentukan.. Di sini hanya bagi situasi untuk anda renungkan dan ambil apa yang baik, apa yang tidak.. Bukankah Solat itu mencegah kamu dari kemungkaran.. Jika masih melakukan kemungkaran, maknanya ada masalah dalam solat kamu... mungkin mencuri dalam solat yakni rukuk dan sujud tidak sempurna.. atau Bacaan Al-Fatihah tidak betul...

Sekada memberi nasihat kepada diri sendiri dan anda semua...

p/s: x update blog sebab demam... hampir gak seminggu.. huhu...naseb bukan H1N1.. Alhamdulillah... mungkin entry akan datang nak cerita pasal pengalaman demam masa kanak-kanak.. hehe.. besh.. mimpi yang memang x masuk akal...

Monday, 24 August 2009

One Malaysia!!

satu Malaysia...? satu cogankata i guess yang diperkenalkan oleh PM ke 6 kita.. Datuk Seri Najib Tun Razak... ape pun yang ada dalam pemikiran Datuk Seri Najib harapnya untuk kebaikan kita bersama demi pembangunan negara kita..

Tapi dalam masa sekarang, timbul isu untuk mennggugurkan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan.. dengarnya supaya lebih realistik dengan satu Malaysia.. sebagai persoalan untuk isu ini... kenapa tidak menggugurkan 'agama' sekali.. atau 'jantina'... kenapa adanya isu ini.. sedangkan selama ini tidak pernah ada masalah dengan isu kaum dalam borang rasmi mana-mana sekalipun..

Bila blog Dr. M berbunyi mengenai Melayu.. ramai menuduhnya racist.. Tetapi salahkah kalau orang Melayu nak meniupkan semangat kemelayuan.. kalau bukan Melayu, siapa? adakah kita penakut bila berbicara tentang bangsa kita sendiri? Adakah kita bacul bila memperjuangkan hak kita? adakah kita dayus bila Agama kita dibicarakan tanpa lapik?

Jangan kita dipinggirkan di bumi sendiri.. di sepak.. di terajang.. Mungkin sekarang nampak manis, esok lusa dah bernanah baru nak menangis.. sekarang pun... Melayu sendiri mengkhianati bangsanya... Melayu sendiri mencerca bangsanya... Lupa kan diri... Akibat pengkhianat, Tamadun Kesultanan Melaka di jajah Bangsa Asing... Angkara Munafik, satu persatu tamadun Islam tumbang menyembah bumi... di redah Bangsa Asing...

Ada benda boleh kita kongsi... ada benda yang tidak... Mahukah Isteri anda dikongsi lelaki lain? Sanggup lihat Isteri dipeluk, dicium, digomol dan diratah tanpa belas kasihan..? Kalau sanggup, maka kongsilah..

Ada benda yang kita perlu pertahankan hak kita.. yang hak tetap hak... yang batil tetap batil.. bukan berbelit, sekejap boleh sekejap tidak... Islam dihina sekalipun, tetap sangka baik... bagusnya Tuan Guru ni.. Jadi bolehlah kita bersangka baik terhadap Israel? sebab mungkin Israel xpaham tentang Islam? Jadi dia serang palestin.. Macam tu?

Anak- anak Melayu Islam generasi nanti biar membesar sempurna... bukan membesar tanpa Laungan Azan lima kali sehari.. Bukan membesar di rumah sebelah Masjid, sebelah lagi rumah ibadat.. Bukan Membesar dengan menyertai demonstrasi jalanan... Cerca sana sini..

Satu Malaysia, Islam didahulukan, Melayu diutamakan. Yang Lain tidak akan dipinggirkan..


Friday, 21 August 2009

General Story

Aduhai... nampak sekejap.. tapi lama.. banyak benda nk tulis.. tapi sangkut ditengah jalan... sekarang nih sibuk dengan proposal Theses.. tapi take a time jap nak blogging nih.. Tomorrow dah nak balik Jb.. yeayyy.. Tidak Yeayyy Sangat pun.. penat.. dari Bangi-Jb = 300km... woooo.. penat...

untuk post nih ada 2 cerita.. yang pertama.. mestilah bout JLM kesayangan ku... disebabkan sayang.. maka aku makeup secara kecil-kecilan dulu.. tambah sikit accecsories... tambah eyelid dengan diffuser.. ada duit sikit.. so nampak kanlah pada kereta dari sibuk tak nampak pape... so enjoys the pic..

(Sebelum)

(Selepas)


(Penuh)

yang kedua.. sibuk negara kita dengan H1N1.. tapi selasa lepas aku ke KL-Central.. ada sedikit urusan rasmi-tak-berapa-rasmi.... yang peliknya... majoriti dari pengguna KTM yang sesak lagi menyesakkan tu tidak memakai mask.. tak kan tidak pernah nak ambil tahu betapa pentingnya bila penyakit pandemik ini terus berlanjutan... owhh... masyarakat Malaysia perlukan kesedaran yang lebih serius... mungkin dah terlalu lama dibelai kesenangan di bumi bertuah... so here's the pic.. sikit jer... amek banyak-banyak nanti kena saman lak.. hahaha...


p/s: Tahniah kepada graduan PERMAJ, Microbians, dan UO... serta semua graduan-graduan sesi ini... Ingat!! mendapat segulung Ijazah bukan bermakna tamat perjuangan.. Perjalanan kita masih jauh lagi.. banyak lagi kejayaan yang harus kita dapatkan.. bukan bersenang lenang... Jadi.. ayuh.. Anda pewaris Bangsa dan Negara...