Friday, 23 January 2009

Sadness Ho-le-days

Di saat ini,
Aku merindui setiap langkahmu yang berterusan menapak dalam hati ini,
Aku merindui setiap hela nafasmu disisi bahuku ini,
Aku merindui getaran suaramu di cuping telingku ini,
dan betapa aku merindui lirikan senyummu yang menggamit hati.

Ketika ini,
Aku masih tertanya apakah yang ada di sudut hati ku lagi,
Merindui pada mimpi yang pasti tidak akan kembali,
Derita kerana cinta yang tiada berpenghujung,
Merana kerana kasih yang sering disanjung.

Yang pasti,
Bahagiamu adalah kebahagiaanku,
Tawamu adalah senyumanku,
Biarku derita janji kau bahagia,
Biarku merana asalkan ko tertawa.
Aku merinduimu sentiasa,
Walau dimana saja nafasmu terhela,
Kerana kasih dan cintaku,
memayungi kebahagiaan kamu..


Today friday morning.. petang ni aku balek JB
Holedaysss CNY..
balek yang hanya bertemankan report polis..
coz ic x buat lagi, kad mat3x x buat lagi, lesen x buat lagi..
blurr sekejap..
nk wat kad mtt3x skang ngn ic x sempat.
ini menjuruskan kepada lesen yang x dapat dibuat selagi
ic sementara x dikeluarkan..
so.....
terpaksa lah redah dan maybe wat ic dan etc suma
pas cuti CNY...
Soo selamat Holedays..
doakan aku selamat sampai dan selamat pulang kembali

Wednesday, 21 January 2009

Lost My Precious Things


Goshh.... Im Lost my wallet..
kena curi.. most suspected - mak cik cleaner..
kejadian dalam jam 8.00 - 9.00 pg..
Bangun2 nk g kelas, tengok wallet aku sudahpun ilang..
kalau ye pon MISKIN nk duit, mintaklah, aku bagi RM 10 ker seposen ker..
dah la x mintak izin... ngan ic aku, LESEN aku pon ko kebas gak..
wei aku nk balik JB nie.. nk raya cina..
waaaaaaaaaa
Susah betol lah pencuri ni... Miskin tol nk curi duit org..
kalau aku xder duit, paling koman pon pinjam ngn muka seposen..
ADuiiii.. Tolonglah pulangkan ic ngn lesen aku..
Haram Jadah tol..
kecian rumate aku pon ilang beg duit gak..
owhhhh....
sakitnya ati aku...
dahlah nk g report = duit
wat ic = duit
kad matriks = duit
kad banks = duit
evertyhings = duit.....

Monday, 19 January 2009

Me and PERMAJ..

Entry Akmal yang bertajuk realiti bukan fantasy mendorong aku untuk membuka kembali gambar-gambar kenangan aku bersama PERMAJ.. Apa ini PERMAJ..? dan apa ada dengan PERMAJ.. Sudah 3 tahun aku bersama dengan PERMAJ, sudah 3 tahun juga aku memperkembangkan pengaruh aku di UKM, sudah 3 tahun ilmu yang aku dapat di PERMAJ selain akademik yang aku hope banyak membantu aku di berdiri di luar sana nanti.. Kalau ada orang yang akan kata Life in University is the best, Aku akan sokong sambil menambah kenangan-kenangan aku dalam PERMAJ..

Sesungguhnya manusia itu memang pelbagai ragam.. dengan itu, melalui pengalaman berorganisasi, aku tahu siapa itu rakan, dan siapa itu lawan, tahu helah permainan politik setiap manusia dan tahu untuk menjadi pemimpin yang beretika dan bertanggungjawab.. Kalau dulu di sekolah, aku jarang diberi peranan untuk memimpin.. al maklumlah.. menjadi pemimpin dengan undian mengangkat tangan.. Dari segi apa undi itu tinggi? kredibiliti luaran, penampilan serta gerak tubuh badan.. Di sekolah ukuran badan aku yang kecil sentiasa menjadikan aku orang bawahan dalam setiap pergerakan persatuan.. DI sini, PERMAJ selalu memberi kepercayaan pada kekuatan dalaman aku bukan melihat hanya luaran. Ucapan berterima kasih memang tiada bernilai dan ini membuatkan aku rasa dihargai.. buatkan aku rasa dipercayai.. Keyakinan datang untuk menghidupkan kembali semangat aku.. Aku sendiri Ingin buktikan apa yang aku mampu buat.. aku sendiri Ingin dunia melihat, budak yang ketika dulu dipandang kecil bakal menggenggam dunia melalui PERMAJ.. Aku xder abang, aku xder akak.. Tapi aku mengaku yang aku ada abang dan akak dalam PERMAJ.. Aku ada saudara yang masih mampu tolong aku walaupun dalam dunia yang memang penuh dengan iri hati dan mementingkan diri..

Dalam PERMAJ memang terdapat pelbagai pengalaman.. Sakit ati, gembira, suka, mengeluh dan pelbagai lagi yang pasti menitiskan air mata bila dikenang.. Jerit dan perih seakan-akan bersatu dengan kegembiraan.. sudah asas, Kita pernah menjadi junior.. Putaran waktu akan menggantikan kita yang berada di bawah menjadi atas.. Senior seorang demi seorang akan pergi meninggalkan laman ilmu UKM.. Penasihat dan pembimbing serta rakan, seorang demi seorang meninggalkan beban amanah kepada kita.. maka kitalah yang harus berdikari membawa halatuju persatuan lebih dari sekadar cemerlang..

Melalui PERMAJ aku rasakan yang aku ini hidup, aku ini bernafas, dan aku ini bukan sekadar manusia yang lahir tanpa harapan.. DI PERMAJ aku pernah menangis dan di PERMAJ aku pernah ketawa.. Harapnya PERMAJ akan terus melahirkan insan-insan yang mampu membawa perubahan kepada Malaysia untuk beberapa tahun yang akan mendatang..

PERMAJ mampu menerima aku seadanya.. PERMAJ mampu memberi aku kehidupan yang selama ini aku anggap telah jauh terpinggir dalam hidup aku.. Ohhh Tuhan saja yang tahu betapa aku mencintai PERMAJ lebih dari segala-galanya di UKM ini.. Dan terima kasih atas ilmu dan pengorbanan abang-abang dan akak-akak yang pernah membawa aku mengenali apa ini erti hidup dan apa ini erti tanggungjawab..

Lots of LOVE and thank You

~Seluruh warga PERMAJ~

Friday, 16 January 2009

Congrats to Winner !!

Demam pemilihan sudah pun berakhir. Yang menyaksikan berlaku beberapa perubahan. Walaupun berlaku beberapa perubahan di kerusi-kerusi fakulti dan umum, Calon2 Aspirasi yang menyokong Aspirasi Universiti masih lagi memegang tampuk yang besar dalam dan peranan yang besar dalam Pemilihan Kali Ini.


Berlaku perubahan di beberapa fakulti seperti di FUU, Di mana GMUKM mengambil alih kerusi dari kepimpinan Aspirasi. Di Fakulti seperti FSSK, FTSM, FEP dan FSKB menunjukkan Aspirasi masih lagi menjadi kepercayaan mahasiswa dalam perjuangannya membentuk Universiti Kebangsaan Malaysia terjauh kehadapan berbanding Universiti lain-lain..
Sementara di sesetengah fakulti situasi dilihat seimbang dengan kemenangan kerusi dimiliki kedua-kedua belah pihak mengikut tahun. 2 kerusi dimenangi oleh Aspirasi dan 1 Kerusi dimenangi oleh GMUKM di FST..

Bagi Umum pula 6 Kerusi yang dipertandingkan bagi tahun 2 dibolot dengan jayanya oleh Pihak Aspirasi sementara awan mendung berlaku pada Aspirasi untuk Kerusi Umum Tahun 3 yang menyaksikan kemenangan pihak GMUKM untuk 3 kerusi dari 5 kerusi yang dipertandingkan.
Untuk melihat lebih lanjut sila layari laman web Keputusan Pemilihan Perwakilan Pelajar secara detail.

Tahniah kepada yang menang terutama Aspirasi.. Jalan kan tugas melindungi mahasiswa daripada pemikiran yang boleh menjahanamkan dan memalukan negara dan terutama anasir-anasir luar yang dilihat boleh meracuni pelajar-palajar UKM. Jangan Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga.. Jalankan Tugas dengan dedikasi dan Penuh tanggungjawab.. Kepada semua yang telah dipilih tak kira siapa yang memegang kuasa tertinggi PMUKM, kerjasama perlu dalam menjadikan UKM terkehadapan dari yang lain-lain.. Jangan biarkan sikap kita yang suka membantah dan ego yang menyatakan hak kita sentiasa terlindung dari kebenaran menjahanamkan Universiti kita sendiri. Tolak Ansur perlu berbanding Ego yang masih berpegang kuat dengan prinsip politik luar.. Yang tidak menang, masih lagi boleh melakukan perubahan kepada mahasiswa, bukan saja menjadi MPP baru boleh mengubah mahasiswa.. Konsep bantu membantu itu perlu dalam mewujudkan kampus ke arah kesejahteraan.. Jangan Hanya tahu memutar belit fakta dan bercakap tidak serupa bikin.. Buktikan..

"Mahasiswa Peneraju Aspirasi Universiti"

Tuesday, 13 January 2009

Campus Election

Disebabkan Pilihan Raya Kampus sedang hangat di UKM dan di kolej2, maka aku adalah salah seorang insan yang sangat penat di ketika ini.. Bab-bab politik aku memang bersemangat.. Sekarang ni dalam kampus, memperjuangkan aspirasi Universiti adalah perjuangan aku..
Pemimpin sekarang adalah pemimpin masa akan datang.. Manifesto-manifesto yang dibawa oleh calon-calon perlulah relevan dengan dengan keadaan semasa kampus dan relevan dengan students..
Ketika melihat orang lain berkempen, ketika sibuk sini sana untuk memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan, adalah mereka-mereka yang menegur termasuk pegawai-pegawai Universiti.. "kenapa x bertanding?" Huhu.. terkilan jugak rasanya.. Dah nk wat macam mana.. xder rezeki.. haha.. adalah sebab-sebab tertentu x bertanding.. Tapi memang terkilan.. Haha..

So.. wat masa skang, Undilah dengan Bijak untuk penentu masa depan anda.. Undi dengan mata hati dan akal, bukan mengundi disebabkan hasutan yang tidak munasabah.. semua tidak betol? apa yang betol? Tahu bercakap dari melakukan atau membantu.. sebenarnya lah kan.. Dari bercakap ini itu tidak betul (yang sememangnya mahukan kuasa), eloklah membantu atau bekerjasama membanteras apa yang tak betul.. So undilah dengan bijak.. Selamat Mengundi..

Wednesday, 7 January 2009

What i want is..........

Dalam dunia tiada yang mustahil.. Begitu juga dengan impian.. Dalam entry sebelum ni, ada menyatakan yang imiginasi itu adalah pencetus kepada kehidupan realiti.. Betul ker ? maybe yes and maybe not.. Tapi saya berpegang kuat dengan mengatakan ya! sebagai contoh, imiginasi manusia untuk terbang menghasilkan kapal terbang, imiginasi manusia untuk bergerak laju menghasilkan kenderaan dsb... Jadi apa imiginasi saya untuk 10, 20, 30, 40 tahun yang akan datang dan apa yang saya mahukan dalam dunia ini...

1. saya ingin berjaya!.... berjaya dan terus berjaya..
yang dimaksudkan di sini bukan hanya mengenggam segulung ijazah,
tetapi kejayaan peribadi sehingga ke akhir hayat...

2. berkait dengan kejayaan, sudah semestinya yang saya mahukan
adalah pekerjaan yang tetap dan memuaskan..
Pekerjaan yang memberi kenikmatan hidup duniawi kepada semua insan
yang terdekat.

3. Pekerjaan yang menyenangkan memberi impak kepada kehidupan keluarga.
Melihat ibu bapa duduk di rumah mewah hasil pendapatan saya.
Melihat adik-adik melanjutkan pelajaran ke luar negara juga
hasil pendapatan saya.
Melihat isteri dan anak-anak saya senang dengan pakaian
dan makanan yang mengcukupi.

4. Apa yang saya mahukan adalah kebahagiaan orang yang tersayang.
Lebih dari kebahagiaan diri sendiri.
Lebih dari derita sendiri..

5. Saya mahukan keluarga yang baik. Untuk itu, saya perlukan
isteri yang mampu membimbing saya... saya mahukan isteri yang
menjadi contoh kepada anak-anak saya.. Saya mahukan isteri yang
sopan dan santun. Kesempurnaan sebagai seorang wanita.

6. Kadang kala terpikir, apakah saya sanggup membujang kalau tidak berjumpa
dengan apa itu kesempurnaan wanita..
Ya!... Melihat ibu bapa saya dan adik-adik saya bahagia lebih utama
dari kebahagiaan saya.. Maka saya akan berusaha lebih untuk
membahagiakan mereka...

7. Salahuddin Al-Ayubi. Penakluk Masjid Al-Aqsa...
Panglima perang islam yang berani dan gagah..
Alangkah indahnya jika saya di tempat beliau..
kurniaan keberanian menentang mungkar dan kekejaman
berjihad di jalan Allah dengan cara yang halal...

8. Yang saya mahukan, kehidupan di akhirat yang lebih utama.
Hidayah yang datang akan terus dipohon.
Untuk menjadikan diri ini berjaya dari segala aspek.


Adakah saya mementingkan kesempurnaan?

Award and Tagged

Ini adalah award yang saya terima dari Jemi.. terima Kasih ya.. Tapi ada lagi award seterusnya cuma ada beberapa peraturan yang harus diikuti.. Jom kita check out the rules:

Peraturan untuk menerima award ini ialah:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag

So thanks kepada Jemi coz telah memberi saya award ini. Tapi kalo rujuk pada peraturan menerima blog ini, kenalah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri.

1. Nama mengikut ic Mohd Saiful Nizam b. Mohd Zahri.
Membesar selama 21 Tahun Di JB..

2. Berumur 21 Tahun,
Bebintang Gemini

3. Kemungkinan merupakan seseorang yang
bercita-cita tingi dan semangat dalam menjayaan cita-cita itu.

4. Malangnya saya ini ada habit suka menangguhkan kerja,
dan bersemangat pada awalnya saja.

5. Antara Habit yang dirasakan besh dan jimat
ialah mengigit kuku. Huhu besh sebab sambil gigit sambil berangan
dan jimat x perlu membeli pengetip kuku.

6. Yang pelik sket, tapi dunia skang tkde yang pelik pun.
minat kepada toys, terutama berbentuk machine wars, spt Gundam, Transformers
maybe jugak Hot Wheels.

7. Ditambahkan kepelikan itu, minat jugak kepada bear coz cute
dan senang dipeluk. Tapi jangan u all ingat i ni patah lak. haha
still straight ehh..

8. Boleh lah kalau nak digelar gamers, terlalu minat men game,
tapi cuma dapat bermain di ps2.. coz my laptop x power.
Takper dah kerja beli desktop yang powerzzzz..
dan ps3, psp, nin-Ds, wii.. Semualah balun..
( skang ni ada org tak bagi men ngn beli benda alah tu, membazir katanya)

9. Maaflah yerk, statement ni kejam cket,
saya sekali pakai semuanya berjenama. Satu set Bdn kadang2 mencecah
Rm 1000. Tapi org tak perasan.. Xkn nk menunjuk plak yerk.. But itu juga merupakan
satu pembaziran, tapi saya suka.. haha..

10. Sya suka berangan, dan minat kepada novel, movies or whatsoever
yang ber'genre'kan fantasy. Harry Potter, LoTR, dsb.
Yang ini Go0d Habits, coz menambahkan imiginasi
yang bersarang dlm kepala. Imiginasi lah pencetus kepada realiti. Tak percaya?

Sya dah menceritakan 10 keajaiban dalam diri saya, jadinya saya boleh terima award.

p/s: owhh award ini sgt cute..

mengikut peraturan sebelum ini, saya dikehendaki memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog dan juga Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag. Tapi saya ni malas lah nak antar mseg/komen kepada mereka.. Jadi peraturan baru telah dibuat.. sesiapa yang membaca blog ini, anda telah di tag.. Haha.. Baru boley terima award..

sekian, Terima Kasih..