Thursday, 5 March 2009

PERMAJ Leadership Camp


Di Daerah Ini
Kita Terdampar Mencari Arah Dan Haluan
Berdiri Menuju Destinasi
Perjuangan Yang Tidak Pudar
Mengenal Watak-watak Hati
Manusia Yang Alpa
Pada Perjuangan Yang Membunuh Keringat Diri


Hari Ini
Apabila Watak-watak Itu Disatukan
Tidak Nampak Sebarang Keresahan
Tidak Muncul Sebarang Keraguan
Kerana Kita Adalah Saudara
Pada Batas-batas Yang Kita Batasi


Dan Apabila
Ada Hati Yang Merajuk
Ada Wajah Yang Kian Menjauh
Ada Hati Yang Semakin Sebak
Keringat Yang Jatuh Mesti Dikutip
Walau Dengan Seribu Kepayahan
Kerana Semalam Adalah Pengalaman


Daerah Ini
Bukan Untuk Digadai
Setiap Apa Yang Diperolehi
Adalah Nilai Tidak Terkira
Suatu Hari Nanti Kau Pasti Rebah
Bersama Musibah Yang Semakin Lara



Permaj Ini
Terlalu Besar nilai Dirinya
Pada Perjuangan Yang Kenal Erti Keperitan
Jangan Sesekali Kau Runtuhkan
Kerana Keruntuhan Membuatkan
Kau Adalah Pengkhianat Yang Mesti Hapus
Dari Muka Bumi Ini


Adik-adikku
Berjuanglah Untuk Daerah Yang Pernah
Kita Sama-sama Jadikan Jambatan Hidup
Setiap Perjuangan Pasti Ada Hikmah
Kerana


"PERMAJ ADALAH KITA, KITA ADALAH PERMAJ"






Friday, 27 February 2009

Kewl And Hot Stuff

owhh
today i went2 to the Brothers Car Shop, bangi, Section 8..
Looking for car accessories especialy for my savvy..
And i found it...
found it..
Front Air Grill - RM85
Air Scoop - RM28
its so kewl and hot for savvy..
damned... that things plus2 overall with paint (passion blue) will cos it to RM3++.00
owhhh....

Aku nak gakkk.
satu hari, aku akan beli dan pasang!!!

Hari ni sehingga Ahad, aku akan ke Kursus Induksi Exco PERMAJ..
(walaupun doktor x bagi)
haha, k semoga berjumpa lagi..
bye..



Thursday, 26 February 2009

The Meaning Of Dream


pagi tadi aku termimpi.. mimpi yang seakan-akan realiti ketika aku mengalaminya,,

aku mimpi ayah aku datang UKM
aku mimpi Keluarga arwah pakngah aku datang UKM
aku mimpi saudara mara aku datang UKM
dan aku mimpi ramai orang datang mengunjungi masjid UKM
dalam mimpi, aku sangkakan mereka-mereka ini datang ke UKM untuk membacakan yassin dah tahlil untuk arwah-arwah yang telah pergi.. Mereka secara beramai-ramai ada di dalam masjid UKM, membacakan Yassin dan aku?

Aku hanya melihat mereka membaca Yassin dari sudut yang jauh, luar dari pintu kaca, kemudian aku turun, mengacau makcik-makcik dan kawan-kawan aku memotong buah, dan menyediakan makanan yang aku rasakan satu ruang di dapur.. Secara semulajadi, aku dapat rasakan tangan aku mengambil sikit buah anggur untuk aku makan.. dan aku terus berlari dan menyanyi, terus merayau tanpa membaca Yassin dalam masjid.. Hanya itu apa yang aku ingat..

Adakah maknanya begitu mendalam..? Adakah mereka menziarahi aku? Adakah mereka datang membacakan yassin untuk aku..? Aku berlari dan merayau sebab aku tak tau apa yang terjadi pada aku? Seram lak bila memikirkannya..

~Sedangkan Demam dan sakit kepala masih lagi membelenggu diriku~



Tuesday, 24 February 2009

Blood Test


owhh malam selasa sepatutnya exam tapi pada paginya aku try bangun awal.. aku sememangnya nak study.. bagilah aku tumpu kart pelajaran aku plak.. dan niat aku betul2 nak study pagi tu.. tapi bangun2, kemaskan diri jap.. terus gie cafe.. nak beli air panas b4 study.. baru feel umphh skett.. otw bilik aku dah rasa semacam.. rasa mual, loya, penat, lenguh, badan rasa x sedap.. org lain tgk mybe x rasa pape, badan yang merasa ni? sampai bilik, aku terus bukak note.. cuba baca dan pahamkan apa yang salleh ajar malam td.. Tapi nothing.. nothing yang aku dapat.. aku rasa nak terbaring.. tapi x kena.. aku study duduk, still x kena.. badan aku mula terasa panas.. macam mana aku nk study.. pagi2 macam ni pon masih lagi seram sejuk.. huhu kart dewan exam nnt takut kaku lak..

maybe lepas aku mkn ubat, tido jap ok kot.. tapi xley tido dan aku takut gak tido, takut terlebih tido, jadi layan utusan, blog dsb.. hehe layan ni khusyuk sket.. lupa dah demam.. kepala start berdenyut2.. so aku amek keputusan gie PK, mintak mc utk exam.. sebab dalam dewan dah sah2 aku xkan dapat jawab.. walaupun satu dgn kondisi aku skang nih..

sampai PK, aku ikut prosedur macam biasa.. sampai di bilik Pegawai perubatan, aku ceritakan semua masalah aku.. Cakap sekali nak MC.. Then Doktor kata,

"awak gie makmal, test darah, saya tunggu di wad kecemasan"

Aku terkejut.. "Doktor ni nak pedajal aku ker?"

Aku tak pernah test blood semenjak dewasa nih.. last pon masa aku hingusan lagi, penyakit aku time tue, paru2 dijangkiti kuman.. Aku terus ke makmal kesihatan amek darah.. Aku takut sebenarnya cucuk mencucuk nih..

aku: "kak, kenapa kena amek darah nih"..
akak makmal: " doktor suruh amek, akak amek lah"
aku: "sakit tak kak, huhu, saya takut men cucuk2 nih.."
akak makmal: sambil gelak "sakit cket jerk, macam kena gigit semut"
aku: "jangan kak, sakit gak tuh, saya nanges nih"
akak makmal: sambil mencucuk " macam semut jerk kan"
aku : speechless

dalam lebih kurang 5 minit aku dapat result aku, gie wad kecemasan, Doc tgk, riak dia semacam normal, semacam terperanjat.. Aku x sedap hati.. maybe Doc nampak aku takut.. Then dia explain everything bout result.. Dia kata bil platlet 169, masih lagi normal, jangan risau.. Tapi esok datang balik, amek darah semula.. takut bil platlet semakin menurun..

Aku: "Doktor, kalau platlet normal bagi manusia sepatutnya berapa.."
Doktor: "bawah 150 baru masuk hospital, jangan risau"

Appparaaa punya doktor, tanya lain jawab lain.. Tapi dalam hati lega, sebab dapat MC, hehehe, dan lega sebab still normal, yang x selesa just esok kena cucuk lagi.. Dan aku terus kembali ke bilik aku dengan berjalan kaki dalam cuaca sederhana panas.. Adoiiya..

Sampai bilik, makan jap, then terus tido.. Sebelum tido, aku sempat bukak wikipedia mencari jumlah platlet normal bagi human being.. jumlah platlet normal 150-400.. wowwww dan aku? 169..

150....169...............................400..

Adakah itu sebabnya doktor mengelak soalan aku td??
Aku pernah buat Lat Industri Di Makmal Hospital, tapi x belajar lak jumlah platlet.. owhh atau adakah aku just sekadar risau, maybe 169 tu memang bil platlet aku dari kecik.. bil Platlet yang rendah.. Atau kadangkala naik kadangkala turun.. kebetulan masa amek darah tadi, dia terturun.. Owhh pelbagai andaian sedang bermain di kepala ketika ini..

Ketika menulis, kepala masih lagi terasa sangat sakit di belakang, kadangkala terasa nak muntah, kadangkala terasa letih, haihh mungkin berguna jugak blog nih, sekurangnya ada jugak yang mendengar kasakitan aku.. walaupun just comp, takder otak tapi x menyakitkan ati aku yang kadangkala terasa ati..




Hopefully, aku just demam biasa.. biasa dan Biaaaaaasaaaaaaaaaaa




Auto Show KAPREZA

First, Happy Burfday to My Mom on 22 February 09... Happy Yippie Burfday Mummy.. haha..

Futsal Xtreme C
Pagi ahad jam 1.am, aku sebagai ahli angkat Xtreme C, mengikuti rombongan untuk bermain futsal.. Men agak hampeh la arituh.. Huhu... cmna nih.. Malu aku selaku bekas wakil Malaysia.. haha.. Tgh men dah terasa kepala berdenyut2.. Tapi takpe.. aku gagahkan diri, men gak.. Balek dari futsal jam 3.am singgah gi mapley sekejap bersama rakan2.. minum2 dan sampai di bilik dalam jam 5.am lebih kurang..

Black Out
Lepas balek men futsal kart Sports Planet, Tak terasa pun nak terus tidor, so baring2 baca komik dan menatap blog2.. dengan secara mengejut, lampu semua terpadam, kipas pun.. owhh kepanasan yang amat2 sangat.. dalam keadaan kepanasan dan kegelapan, aku dan rumate diganggu lagi.. owhh.. keseraman.. rumate aku terus terbangun dan melihat kami sesama sendiri.. Dalam kul 6.30 lebih kurang, Amier datang.. Dalam hati ragu2 jugak nak bukak pintu ke tak.. takut2 yang datang bukan amier.. tapi..... haha.. dengan beraninya bukak juga pintu.. dan kami berborak dengan amier sehingga jam 8 pagi.. owhh.. dengan keadaan masih lagi dalam kepanasan..


powered by SweetIM

Autoshow
kebetulan hari ini ada autoshow.. aku teringin sangat nak pergi.. masih lagi x tido, berborak dengan rumate dan sempatlah gak tido dalam 1 jam.. kul 12 aku, topek, amier dan din terus bergerak ke autoshow Kapreza.. Keter masih tak banyak lagi.. dan peserta2 autoshow pon masih lagi memperkemaskan persembahan mereka.. Cuaca sangat2 lah terik.. singgah kejap minum2 kart pesta KAPREZA sebelum balek ke bilik.. Jam 1.30 sampai bilik, terus terbaring atas katil.. Kul 3 ptg lak bangun dalam keadaan berpeluh2 terus antar My Honey gie Exam kart DECTAR.. alang2 dah terbangun, aku ajaklah si luman Din bersama-sama menggegarkan Autoshow di Panggung Seni sekali lagi.. Cuaca masih lagi terik.. tersangat2.. tapi puas.. bnyak gak kereta yg dipamerkan..


The Winner!!


keter aku gak juara Autoshow KAPREZA

lepas melihat kereta-kereta yang dipertandingkan, aku kembali bersama Din ke pesta KAPREZA.. minum2 sambil melihat tarian Shuffle yang rata-rata penarinya Budak Kecik Setahun Jagung.. Pe la nak jadi.. ish3.. Din sempat lagi beli T-Shirt GempakStarz.. Setelah kehabisan idea untuk meronda2, kami singgah makan di gerai mee rebus stulang.. Makan2 lepak2 sebentar kart situ.. Dari cuaca panas, bertukar plak cuaca ke arah Hujan yang disertakan petir dan guruh.. tersangat lebat dan tersangat sejuk.. Pukul 5 kena jemput my honey dari abes exam.. skang dah menghampiri jam 4 ptg.. maka apa lagi, aku dan Din redah hujan menuju ke kereta.. sebab aku pikir, tunggu dalam kereta lagi besh sambil berborak2 dgn Din.. 1 jam menunggu My Honey dalam kereta, dan tepat jam 5 ptg kami kembali ke UO.. balek tito..

Fever
terjaga dari tido semasa maghrib.. Aku dah terasa semacam.. owhh aku ke-demam-an.. Sakit kepala.. lenguh2 badan.. kepanasan melampau.. sesekali kesemputan.. dan aku terpikir, mengimbas kembali.. dalam cuaca panas yang tersangat terik, aku berjemur dan menghabiskan 3 cawan air yang berais.. dan peralihan cuaca dari panas ke hujan yang sejuk.. ditambah lagi dengan keberanian aku meredah hujan... Dan aku terus ke-demam-an ... sehingga blog ini ditulis..


powered by SweetIM

Mid Sem exam..
Esok malam selasa ader exammm.. Mid Sem Biochemical.. Wishh me Luck Ya!!


Saturday, 21 February 2009

Sleep Disorder And Happy Yippie Burfday

4 am rite now but still cant sleep walaupon dah sangat ngantok.. owhh nampaknya dunia ku memang dah terbalik.. bapak aku selalu marah... siang tido malam berjaga.. for sure kena membebel.. but nothing i can do malam2 nih.. kalau siang bley lepak2 mkn cendol.. kalau malam2 nak mkn maggi pon malas nak masak air.. so disebabkan tak tau nk watper terpaksalah aku post sekali lagi untuk my blog even dah post today dalam kul 10 td.. its ok kot, 2 post in a day.. haha..

Before i forget, today 22 february 09 is my mums burfday.. HAPPY BURFDAY IBU.. thanks 4 caring me, jaga, didik, asuh dan dsb selama 22 years.. Thanks A Lot.. Thanks and Thanks and Thanks....

Malam-malam sebegini kadang-kadang memori kita akan mengimbas peristiwa lalu termasuk peristiwa yang mampu membuat kan kita menangis.. and its really hurt.. dan ader juga kenangan-kenangan kita yang membuatkan kita tersenyum bila memikirkan impian kita selama ini, minat kita dan perlakuan kita... Dan aku? ketika menanti detik untuk terlena, aku terpikir kan sesuatu... adakah impian aku selama ini tercapai..? dan aku terpaksa akur yang kehendak aku selama ini hanyalah mampu dicapai hanya jika aku bermimpi.. aku memang minat dalam bidang penulisan.. sometimes aku minat menulis cerpen, sometimes aku minat menulis puisi, sesetengah keadaaan, mendorong aku menulis lagu.. hahaha,, apakah aku mempunyai bakat? Sebahagian dari impian aku ketika dulu, bermain gitar... Niat aku untuk Bermain adalah demi seseorang.. dan memasang impian untuk mencipta lagu bersama iringan gitar.. lagu yang dicipta juga adalah untuk seseorang.. dan sehingga kini, aku terus memasang impian bermain gitar.. bermimpi mendendangkan lagu ciptaan ku..

aku juga mempunyai minat yang sedikit terpesong dari pada kebanyakan guys out there.. aku cenderung meminati novel sci fic, dan novel yang berunsurkan fantasy.. kenapa? kerana pengakhiran dari kedua-dua genre ini membuatkan aku terasa diriku memainkan peranan utama dalam novel-novel tersebut.. aku bahagia.. aku gembira.. kerana aku tak dapat apa yang aku gambarkan dalam novel itu menjadi satu kehidupan yang realiti di depan mata aku.. aku takut.. aku takut aku kehilangan watak-watak dalam permainan realiti aku.. aku inginkan kehidupan aku sentiasa dibayangi satu kehidupan fantasi.. tapi betapa aku berusaha, hakikat still hakikat.. kenyataan masih lagi merupakan satu kenyataan.. realiti akan tetap realiti yang datang bersamanya cabaran dan unsur-unsur yang menguji kekuatan seseorang yang bergelar insan.

Mungkin, kadangkala kita harus meluahkan apa yang terbuku dalam hati.. walaupun sesetengahnya pahit untuk ditelan oleh kita atau insan terdekat yang disayangi..


Experiments

2 hari yang lepas, aku sibuk mengodek2 atau eksperimentasi yahoo.com mencari blog tips and tricks.. dan akhirnya inilah rupa blog aku setelah ditambah beberapa perkara yang aku pelajari dan diceduk dari laman-laman web blog tips and tricks. Tapi nampak macam serabut pon ader.. dah x berapa simple.. tapi kalo simple sangat pon x banyak maklumat-maklumat yang patut ada kat blog, tapi xder disebabkan terlalu simple.. nway, maybe banyak perkara-perkara yang perlu diperbaiki termasuklah hasil2 post dalam blog.. so sokongan dan tunjuk ajar diperlukan oleh kawan-kawan yang mahir pasal laman maya ini.. semoga blog ini kelihatan cantek bukan sahaja cantek dan kuat pada wajah dan fizikal malah kekuatan isi yang ingin disampaikan.. go go aja-aja fighting.. owhh lagi satu kalau sesapa ader laman web mengenai tutorial menghias blog-blog ni bley lah sampai-sampaikan yerk.. thanks..

minggu lepas ada beli mouse dan juga lampu keyboard usb, dan arini beli keyboard usb.. kenapa? sebab senang.. boleh letak atas katil. dan lagi satu, keyboard laptop ni senang jer nak terbukak/tercabut.. so kalau dah tercabut tuh maybe susah nk repair.. hal ini lain plak kalau beli keyboard usb atau pun keyboard untuk desktop.. kalau rosak, campak beli baru.. takyah tukar2..

arini terdapat satu kemusykilan, setelah dikira-kira dan dibuat budget, aku telah menghabiskan rm1000 x sampai sebulan.. waaaaa kemana menghilangnya duit seribu itu.. aku ini terlalu boros.. tersangat boros... aduhhh.... kena ada consultant kewangan ini.. huhu... esok aper lagi.. experiment makan meggi plak...