Tuesday, 21 April 2009

men such as tomcat

are you such as tom cat?

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?


1) Kucing jantan suka dibelai.

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...

Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.



2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.



3) Kucing jantan kuat tidur

Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.



4) Kucing jantan kuat merayap

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.

Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.



5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.



6) Kucing jantan tak suka dipaksa

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.



7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!



9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated).
Kalu kita kejar, ia akan lari.

Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.



10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia).

Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia.

Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)



sebab apa aku post artikel sebegini.. hampir 90% sama dan sependapat dengan aku.. yang lelaki di luar sana mcam mana..? cuma no 10 jerk 100% tak sama macam aku.. aku ni setia tau.. sekali 4 orang gadis aku setia.. hahaha...

p/s: artikel ini di ambil oleh http://lalala-08.blogspot.com/ . so layarilah blog ini jika kamu ada kelapangan waktu.. sekian..




Monday, 20 April 2009

Microbiology Memories

semakin hari, aku seakan sudah terasa kelainan.. ini kerana tidak lama lagi, rakan-rakan yang seangkatan dengan aku akan menamatkan zaman bujang mereka di UKM ini.. opss ini maksudnya mereka akan berkahwin dengan pekerjaan di luar atau sambung membujang dengan 'master' mereka.. dengan kata lain, mereka sebenarnya akan menamatkan pengajian di UKM.. ini termasuk cosmate aku.. Microbiologist..

dulu semasa first year, aku sangat pendiam.. aku lebih rapat dan mengenali dengan budak bioteknologi tumbuhan.. kerana mereka ini lebih sekepala dengan aku.. dan bagi aku "alahai budak microb ni, skema gila, time lecturer sonyap jerk" so aku pun memilih seat belakang sekali.. melakukan aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan subjek seperti melukis, main hp, berangan ataupu tido!! nak bising pon keseorangan.. dan xder saper nak temankan aku membisingkan diri dalam kelas.. sedangkan yang lain, khusyuk mendengar kuliah.. jadi perkara ini sangat asing bagi aku.. sesiapa yang sekelas dengan aku time matriks dulu mesti tau perangai aku.. sehinggakan orang tak akan sangka aku budak sains hayat..

selama dua tahun aku mendiamkan diri, kurang bergaul.. cuma ada sesetengah sahaja dari cosmate yang aku tegur.. Kb dan Hana, itupun lab partner aku.. ini xtermasuk along dan adlina, mereka ini seangkatan dari UO.. dan mereka ini juga adalah si peminjam note.. apabila masuk 2nd year, aku mula rapat dengan pai, dan eein.. sebabnya kami sama-sama memasuki kelas mandarin.. balik sama-sama, duduk pun sama-sama.. dan dari situ aku mula rapat dengan budak mikrob..

kadang-kadang aku rasa terasing, mereka sesama mereka akan buat study group, berbincang tentang subjek, bertukar-tukar note.. sedangkan aku hanya melihat, kekurangan note, dan kadang-kadang note exam aku bergantung semata-mata pada wikipedia.. kadang-kadang aku terasa malu kerana sesetengah dari rakan-rakan ini begitu baik menyumbang note pada aku.. tapi aku.. tetap sama, tiada perubahan..

kemuncak aku mengenali dan memahami cosmate aku semasa kita ada lab TDR di CGAT.. terdapat banyak kenangan kat situ.. termasuk nasi lemak CGAT dan juga bahan-bahan yang diketahui mampu memandulkan students.. hahahaha.. selepas aku rapat dengan cosmate, banyak lah aktiviti yang dilakukan bersama.. gelak ketawa dalam kelas, bowling, aktiviti memakan KFC, program Hari raya.. dan yang terbaru dinner Mikrob yang khas untuk kita.. batch final year..

Untuk dinner mikrob.. kita semakin dan semakin rapat.. bagi aku, aku buat dinner ini bukan untuk aku.. sebab aku belum lagi grade.. tapi aku buat untuk kepuasan anda semua.. untuk meraikan anda semua.. salah silap dan cacat pada majlis itu, minta maaf banyak-banyak..

hari ini aku terasa sesuatu.. aku keseorangan kembali untuk 2 sem berturut-turut.. melakukan thesis keseorangan, menghadiri kelas juga keseorangan.. tiada lagi cosmate untuk aku meminjam note.. tiada lagi gelak ketawa dalam kelas.. mungkin aku akan menjadi lebih asing.. dan pada hari itu, hendak atau tidak.. harinya pasti akan terjadi.. (kerana aku seorang yang akan extend untuk program mikrobiologi x termasuk shira)


Special untuk Hana, mintak maaf kalau ada salah silap, kita seakan-akan sudah tidak bertegur.. tidak tahu dimana puncanya.. Untuk Kb, anda ada hutang dengan aku ya!!.. bila nak langsaikan.. haha..

so.. u guys.. along, Kb, Hana, Chayok, wani bajni, pai, eein, dayah, atin, hawa, wawa, temah, shirah, siti, carol, adlina, azmir, ejat, kak.basha, wan, razid, kak umi, dak wan (ane), mar, lan, wani kelantan, tie, wanies (byk wani nih) dan all chinese and indian students.. Thanks bebanyak.. all the best.. selamat bergraduasi.. semoga kenangan ini akan kekal selamanya dan tidak akan terpadam.. Good Luck.. owhh and dun forget me.. rajin-rajin melawat aku di UKM..

p/s: credits to wanie bajni for the pictures.. dan maaf kalau ada nama yang tertinggal, maaf dipinta mohon diampun..



ur cosmate:

Sunday, 19 April 2009

My Brute

Ketepikan sekejap title di atas ini.. so the new issues yang ingin dipertengahkan ialah, aku-belom-lagi-menghantar-assignment.. aduhh.. tkpe.. mungkin esok sempat lagi walaupun minggu exam sudah pun start..

second issues, adalah aku-telah-menolak-JAKSA... and thanks to semua yang menyokong aku, kiri, kanan, depan dan belakang.. dan.. ayuh nyanyi ckett.. kiri, kiri, kiri, depan belakang, kiri depan, kiri belakang, kiri depan belakang.. hahaha... thanks again.. hope apa pilihan ini adalah yang terbaik.. aku ni memang susah sket nak buat keputusan.. kalau shopping, baju biru or merah pon adalah dalam satu jam memikirkannya..


ok, berbalik kepada tajuk, my brute.. ini apa? ini ialah game mak cik oi... (opssss kantoi men game di kala study week dan assignment belom dihantar).. jap gie, saya studylah ekk.. nak discuss jap bout this game.. ok, first sekali, anda kena create nick name, dan character sendiri, bentuk tubuh, warna rambut dan sebagainya.. bagaimana mahu bermain? game ni, setiap kali perlawanan karakter anda dalam arena, character akan bermain/berlawan secara automatik.. so xder lah nk tekan keyboard kuat-kuat untuk special combo or whatever... dari sini, mcm mana nak menang dan naik level..? lawanlah dengan level yang setaraf dengan anda.. jgn risau, kalau kalah pon still gained experience.. dan yang beshnya, anda semua boleh join pelbagai clan, dan mencari anak murid sendiri..

character yang dibina, jika anda telah melepasi tournament dan tahap tertentu, anda akan diberi ranking seperti padawan, brutal legend, beserk soul, vengeful flame dan banyak lagi..

game nih sedap gak, dan elok dimainkan di kala ingin release tension sempena study week ini.. just klik link di bawah untuk mencipta karakter sendiri.. so selamat mencuba.. Good Luck.. all the best..



Friday, 17 April 2009

My Asignment

Aku ada asignment.. Tarikh terakhir untuk hantar asignment tersebut jumaat yang lepas... Maka ini menunjukkan yang aku tidak hantar asigment itu tepat pada waktunya.. Lalu aku berjanji untuk menyiapkannya pada hari isnin yang lepas..

Kebetulan aku balek rumah, johor bahru makanya, kena lah hantar ari rabu.. Disebabkan hari rabu aku sampai lambat, aku bercadang hantar hari khamis.. Tetapi.. Disebabkan aku pemalas.. Aku ingin hantar hari jumaat, iaitu hari ini.. Jadi kita tengok, aku berjaya atau tidak laksanakan misi ini...

hahaha... Sebenarnya aku ada satu habit yang sangat-sangat teruk.. Habit nya suka menangguhkan kerja.. lebih-lebih lagi asignment.. Lihat saja sekarang, aku dah tangguh selama seminggu dari tarikh asal.. Tidak tau sama ada lecturer akan terima atau tidak.. Lagi satu, bahang exam sudahpun terasa di kalangan mahasiswa, tetapi aku? masih lagi mengelamun.. owhh betapa aku ini pemalas.. Bila lah aku nak berubah.. Cepat, siapa yang boleh tunjukkan aku jalan kebenaran.. hahaha..

Owhh ya, credit untuk Kamilah, Shida, dan Jannah.. kerana tolong aku siapkan lab report IMT.. terima kasih yang amat sangat.. :)



Thursday, 16 April 2009

Aku Pemberi Rasuah!!


kali ini title dalam bahasa melayu.. sebabnya aku tak tau nak translate..

ya, hari semalam aku dah memberi rasuah kepada seseorang.. aduhh jatuhlah kredibiliti aku sebagai seorang mahasiswa intelektual yang tinggi.. haha.. poyos..

Semalam aku baru balek dari JB menuju ke UKM.. al maklumalah, darah jiwa muda remaja... Speedometer kerap kali menujukkan angka 160/170 kmh.. jalan highway lak tuh kan.. lagi lah berlagak macam pemandu speed racer... tapi betol, aku xsedar speed sampai 170 kmh..

Maka dalam perjalanan selepas sempadan Melaka-N.Sembilan, aku ditahan polis trafik.. shit.. aduh.. First time kena tahan.. agak mengelabah gak.. hahaha.. Than ikuti perbualan aku.. :

Pak Polis: Encik tau apa kesalahan, memandu laju melebihi had, 146 kmh..

Aku: Mintak maap bang, kereta ni sedap di bawak, tak tau tertekan minyak kuat sangat, lagipun saya kejar masa ni, nak antar asigment jam 4.. saya student UKM..

Pak Polis: Sebelum saya saman awak, saya nak tanya, awak mampu x bayar saman ni.. Rm 300..

Aku: Saya ni student bang, mana ada duit.. RM 300 lak tuh.. Yuran UKM saya RM1000 tak bayar lagi..

Pak Polis: Kalau macam tuh, awak x ada cara lain..?

Aku: Cara lain? (blurr) owhh amaran.. bley kan amaran bang...

Pak Polis: Xda amaran2.. Bos saya ada kart depan tuh.. saman tetap saman.. nak saman atau cara lain?

Aku: ada cara lain ker selain saman? (bogel??, kena tangkap??, kete kena tarik?? )

Pak Polis: Awak nak saman ke cara lain? jangan buang masa saya.. banyak keter lain, saya ni tak mintak.. Jangan cakap saya mintak..

Aku: owhh (b_bi polis ni mintak duit aku)

Aku terharu bila bukak dompet, dalamnya sekeping not RM 50... siyallllllll.... Nak x nak, aku terpaksa bagi duit itu... Maka dengan sah, aku tergolong dalam golongan pemberi rasuah!!!! shilanat nya polis... mentang-mentang aku student, kau pau aku..

Perut dah buncit.. aku ni pon ngok gak, tak tgk no polis itu.. ceh.. kalau aku kaya, aku bayar saman... polis ni pon bongok gak kot.. dia tak tau ker skang zman siber.. mesti ader ramai blogger.. haha.. mana tau ader blogger sgapore kena tahan ker, abesla..

teruk betol polis zman skang..baru seorang.. yang lain?

Moralnya jgnlah bawak laju.. ingat orang tersayang..




Wednesday, 15 April 2009

Politics And Me

Aku anggap apa yang berlaku ini lumrah sebahagian dari politik.. Aku anggap cerita ini luahan hati aku dalam menempuh perjalanan di kampus ini yang sentiasa bergelumang dengan politik.. walaupun post ini panjang, Bacalah sampai ke bawah, supaya anda tahu perjalanan hidup aku sehingga aku dalam dilema.. mungkin kerana hati itu busuk!! Berilah sedikit komen supaya aku tahu jalan yang perlu dipilh..

Aku menjadi Presiden Permaj dengan jalan yang senang… Rakan sekeliling memberi laluan yang mudah.. Aku tau mereka lebih layak dari aku.. Tapi mereka senang dan sudi membantu aku dari bawah.. Terima kasih juga kepada Kepimpinan PERMAJ sebelum ini.. memberi tunjuk ajar dan menerapkan pelbagai kemahiran..

Abg Syahrin, Bekas presiden Permaj 1998, dan kini menang sebagai exco pemuda UMNO Malaysia, pernah berkata.. Dia berada di landasan terbaik pada ketika ini adalah kerana PERMAJ.. dan aku berani berkata.. jika cerah masa depan ku di akan datang semuanya kerana PERMAJ.. PERMAJ adalah tulang belakang kejayaan aku sehingga kini..

Dengan PERMAJ, jalan aku terbentang luas.. hasrat ingin memegang kepimpinan UIPK (Urusetia Integrasi dan Perpaduan Kaum, HEP UKM) dan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UKM sudahpun terhenti di pertengahan jalan.. Namun, Alhamdulillah aku dapat memegang barisan Pemudahcara Bahagian Pusat dengan menjadi ketua sekretariat Pendaftaran, pada Minggu Pengenalan Pelajar 07/08.. Dengan jawatan ini, pengaruh di sekitar UKM mulai merebak.. Aku Berjaya menguatkan hubungan dengan HEP UKM, dan pelbagai lagi organisasi..

Jalan aku bertambah mudah bila aku menjadi Timbalan ketua pemudahcara bahagian pusat, MMP 08/09, jawatan kedua tertinggi di kalangan pelajar-pelajar, semasa minggu pengenalan pelajar diadakan selama seminggu.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berturut-turut memegang jawatan Pemudahcara bahagian pusat, pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat aku perolehi.. dan yang paling penting, kekuatan minda dan mentality.. sebabnya untuk menguruskan 12 kolej yang pelbagai ragam, sudah semestinya emosi must be stabil dan kuat..

Sepanjang di UKM, 2 kali tawaran peluang keemasan berturut-turut datang kepada aku.. Tawaran untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar.. Dan yang menjadi penghormatan, Pegawai HEP sendiri yang datang untuk meminta aku menjadi MPP UKM di samping rakan-rakan.. Teringat En Zameri, Ketua Pendaftar HEP UKM.. pernah berkata satu kerugian bagi aku melepaskan peluang MPP UKM.. Tapi sudah tentu aku ada alasan tertentu.. Aku ketandusan pointer yang melayakkan aku bertanding..

Sekali lagi, bahagian HEP UKM memberi aku penghormatan yang yang agak tinggi.. aku ditawarkan menjadi wakil UKM dalam delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke konvensyen MALINDO Malaysia-Indonesia.. Hanya 3 orang wakil dari setiap Universiti.. Dan aku terpilih walaupun aku bukan MPP UKM.. Terasa sedikit bangga, sebabnya semua universiti yang lain menghantar YDP, NYDP MPP dan sebagainya sebagai wakil university mereka.. Konvensyen yang diadakan selama 10 hari di anjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Pelajar Universiti Malaysia (MAKLUM).

Untuk program Mikrobiologi UKM.. Aku diamanahkan untuk menjadi ketua Pengarah bagi annual dinner untuk kos mikrob.. dan aku memang ingin pegang.. sebabnya.. Aku ingin membuktikan kemampuan aku.. Aku bukan sekadar bercakap kosong.. Jika diimbas kembali tahun sebelumnya, ketika senior2 mikrobiologi memegang organisasi annual dinner.. Segala pandangan, cadangan, dan segala kritikan aku, dibuang mentah-mentah.. malah mereka mempertikaikan pencapaian akademik aku.. adakah pencapaian akademik berkaitan dengan pencapaian organisasi? Mereka juga menuduh aku bercakap kosong.. berlagak bagus dan sebagainya.. Maka dengan itu, aku berjaya buktikan.. dan penganjuran program ini di lihat terlalu berjaya dengan penajaan besar dari MOSTI (Ministry of Science, tenchnology and Inovasi).. Tempat yang special dan berkelas tinggi, makanan yang mewah dan pujian dari pelbagai pihak.. Dekan, Pensyarah dan juga MOSTI sendiri.. Untuk itu, pujian ini sepatutnya disandarkan kepada semua AJK Program ini.. Thanks A Lot.. Aku harap, ini dapat menutup mulut-mulut yang memandang rendah keupayaan akademik aku.. (walaupun xda kena mengena)..

Untuk kolej.. Aku berjinak dengan BKRS.. Sehingga aku di lantik menjadi Exco kepimpinan BKRS.. Di bawah amanah yang dipikul, aku berjaya menjalankan program Interaksi 1st year yang selama ini tertangguh selama 2 kali di bawah kepimpinan orang lain.. Mungkin mereka ada kesulitan yang susah nak dielakkan.. Tapi aku Berjaya menjalankan program itu.. walaupun ketika itu keadaan memaksa supaya program itu ditunda sekali lagi… Masalah Disebabkan kumpulan ajk dan organisasi berpisah jauh dengan kumpulan sasaran pelajar tahun pertama.. Berkat kesungguhan AJK-AJK program, Alhamdulillah aku Berjaya melaksanakannya..

Untuk kelab Xtreme-C.. walaupun aku bukan ahli.. tapi keakrabannya seolah-olah aku sebahagian daripada membership Xtreme-C.. mungkin kerana sebahagian besar organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan rapat aku.. walaupun hanya ahli angkat sahaja, aku diberi penghormatan dari kelab ini, aku dibenarkan join pelbagai aktiviti, menjadi penceramah yang tak bertauliah, dan sebagainya termasuk menjadi Timbalan Jentera Aspirasi untuk KUO.. Untuk Jawatan Timbalan jentera, aku dapat membuka sedikit peluang untuk aspirasi bertakhta di hati pelajar-pelajar dengan beberapa siri ceramah x rasmi waktu malam.. walaupun aku tahu, jawatan ini sepatutnya terbuka hanya untuk ahli kelab sahaja.. tapi anda beri saya kepercayaan.. Thanks Guy..

Ada yang kata, aku tidak bagus.. susah untuk menjadi orang bawahan aku.. susah untuk bekerja dengan aku.. Bagi aku, mungkin ya ataupun mungkin tidak.. Tapi dari pengamatan kasar, aku tidak mencari kuasa macam ko..!! Tawaran yang datang pada aku… Aku tidak mengejar except satu dua jawatan.. Tapi kebanyakkan aku dapat sebagai tawaran.. Jika orang memberi aku peluang untuk sesuatu jawatan, bermakna Orang yakin dengan kemampuan aku.. Maka dengan itu, orang sudah bersedia bekerja di bawah aku, atau bekerja dengan aku.. Tapi sebagai pemimpin, mungkin ada kesalahan atau kelemahan.. itu aku mengaku, sebab aku manusia..

Dan hari ini secara terus terang, aku mengaku.. Aku memohon jawatan YDP Jaksa (Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa SIswa) Kolej Ungku Omar mengikut prodesur tertentu termasuk temuduga untuk jawatan itu.. For ur information, mengikut info yang aku dapat, not sure rite or not, hanya aku yang meminta jawatan YDP.. hanya aku sahaja tahun tiga yang memintanya.. Atas alasan aku ingin menjadi YDP, yang pertama dari segi politik KUO, kedua dari susunan program-program yang sepatutnya memberi faedah kepada kolej, bukan program yang sia-sia.. Yang ketiga, ingin merebut peluang beberapa marketing besar yang ingin menjadikan KUO sebagai tempat event..

Dengan pengalaman aku menerajui pelbagai organisasi yang lebih besar dari kolej, aku rasa aku layak.(aku x cakap aku bagus), tapi mengikut pengalaman dan As 3rd year student.. Aku berpengalaman dalam Minggu Pengenalan Pelajar.. Aku berpengalaman dalam link-link dengan HEP dan pelbagai kementerian di Malaysia.. Aku berpengalaman dalam menghadapi situasi-situasi kritikal semasa berorganisasi.. (apakah aku perlu senaraikan semuanya jawatan-jawatan yang pernah aku pegang?)

Mengecewakan, Aku dapati, permohonan aku ditolak.. Aku ditawarkan JAKSA Keusahawanan dan bukannya YDP.. WHY? Kalau u guys baca, Felo dan Pengetua Kolej, Give me a reason.. Adakah anda yakin dengan kemampuan calon lain yang dianggap lebih baik dari aku.. Kalau macamtu bagilah dekat mereka.. Buktikan.. Atau Felo ingin membentuk kroni tersendiri.. yang aku tau, pandangan Jaksa lama ditolak dalam menentukan JAKSA yang baru.. Adakah anda adalah kuasa Veto.. Bagus dan sebagainya? Selama 2 tahun pun bukannya ada perubahan.. sama sahaja!!! Owhh ya... Disebabkan hanya seorang yang memohon YDP, maka dia dianggap menang tanpa bertanding, rite.. Itulah yang terjadi dalam kepimpinan JAKSA yang lepas.. Tapi mengapa sekarang di ubah cara pemilihan..

Sekarang aku dalam dilemma..

Terima Jawatan Jaksa Keusahawanan atau Tolak!!..

Aku ingin terima sebab aku ingin buktikan, yang aku akan cari pengaruh aku sendiri, dan buktikan yang aku mampu buat.. Kuat kan politik UO yang lesu dan memalukan.. Sangat memalukan.. Adakah Felo-Felo KUO tahu ini?

Aku ingin tolak sebab aku meluat dan menyampah dengan mereka yang seolah-olah menafikan kemampuan orang lain yang lebih dari mereka!!

Terima atau Tolak?


Saturday, 11 April 2009

Double Dinner

9 April 2009
Majlis Ramah Mesra PERMAJ - Alumni
Puri Pujangga UKM



10 April 2009
Malam Seni Mahasiswa Mikrobiologi 09
Impian Golf Resort, Kajang




Kepada Ajk pelaksana Malam Seni Mahasiswa Mikrobiologi 09
Thanks A Lot
Ucapan Tahniah diterima pelbagai pihak
Anda semua berhak menerimanya..
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua
atas usaha kita bersama-sama menjayakannya
walaupun terdapat pelbagai tekanan dari persekitaran
kita berjaya buktikan
cakap kita bukan sekadar kosong..