Monday 24 September 2012

tersentuh!.

Blog. Dah lama di biarkan. Pasal mood sudah tak ada nak menulis. Kalau aku emo sahaja baru aku akan menulis di blog. Mungkin sebab sudah lama aku tak period kot. Perut pun dah makin naik. Nampak sangat aku pregnant dan sudah tidak boleh berselindung lagi dengan masyarakat.

Hari ni aku buat satu panggilan ke rumah. Macam biasa, sebagai seorang anak yang patuh, aku ya kan saja setiap bebelan ibu. Mungkin dia banyak benda yang nak dicerita. Mungkin juga aku dah terbiasa menjadi seorang listener yang terbaik. Siapa yang cuba nafikan aku bukan seorang listener yang terbaik, dia tak pernah kenal aku. Full stop. Haha. Di akhir perbulan itu, aku berseloroh semuanya ok, dan esok dah masuk gaji. Dan di balas dengan “duk sana jimat-jimat sikit duit tu, dah nak kahwin ni kena jimat”.

Entah kenapa, hati aku tersentuh. Sangat tersentuh!..