Sunday 30 May 2010

Two and Three

23 hanyalah sebuah angka.. Bukan tanda perubahan, tanda kematangan apatah lagi tanda seseorang itu sudah baligh.. Kematangan seseorang sangat subjektif dan bukan melihat kepada angka yang merujuk kepada umur.. Ada sesetengah orang melihat matang dari segi berfikir, dan ada sesetengahnya yang lain mengukur dari nilai sikap dan perangai. Agak klise bila ada orang kata, "oh si fulan itu perangai macam budak-budak, tak matang langsung".. Orang nak cakap, peduli apa kan.. Aha.. entry ini bukannya entry emo, jangan risau..


27 Mei lalu memberi satu erti kepada diri bahawa usia sudahpun menjejak 23 tahun. Angka yang sebenarnya memberi isyarat, hidup ini bukannya satu permainan.. Dan 23 adalah permulaan kepada kehidupan yang lebih mencabar, lebih sukar dan penetapan matlamat untuk kehidupan yang lebih selesa di masa mendatang. Eceh.. Konon nak writing dalam gaya matang.. ahaha...


Well.. walaupun umur sudah 23 tahun, tapi masih ada lagi sikap kebudak-budakkan. Masih lagi gemar kepada barang-barang mainan, anime, dan games.. Apatah lagi kalau berangan, perkara pertama yang terlintas ialah menjadi seorang hero kepada jalan cerita yang diangankan. Malam lepas kalau tengok movie Resident Evil, maka terbitlah satu angan dimana akan ada hero yang terperangkap di dalam UKM, dikelilingi zombie dan misi utama adala melepaskan diri dan terus survive. Sudah pasti hero itu aku.. wink wink.. clap clap sikit..


Jadinya, walaupun sudah menjejak 23 tahun ini, berharap agar orang mengenali aku dengan fikiran yang matang bukannya sikap. Sebab dah memang sikap aku macamni. Walaupun kebudak-budakkan janji aku hepi dan aku boleh buat orang lain tersenyum dan hepi. Rite. Dari konon-konon bersikap matang dan emo sentiasa nak buat apa? Masuk je dalam tong sampah. Bajet Macho!!


Justeru itu, ingin mengucapkan terima kasih kepada family, insan tersayang, saudara-mara, kawan-kawan, yang sudi mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Apatah lagi doa dari kalian ibarat satu azimat untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih tabah. Semoga doa-doa itu untuk kita bersama. Walaupun hari 27 Mei itu tersangat tension sebab demam dan hp jem abes.. Tapi tetap gembira bila melihat wall di facebook meriah sekali dengan ucapan. 


Thanks a lot..







Thursday 27 May 2010

5 hours b4 12

sakit hati... sangat sakit hati... tepat kul 12 sepatutnya aku boleh bergembira dengan panggilan ke seluruh maxis secara free.. tapi tidak.. sakai btol..




5 jam sebelum kul 12, hp aku terjatuh dari kete.. so touch screen xbley pakai.. dengan menggunakan pengalaman, aku pon ketuk2 lah hp tu.. siyes!! sebelum ni kalau aku ketuk2 hp tu, dia akan ok semula.. kali ni tidak!!


paling teruk semasa aku ketok2 tu, boleh plak salah satu button yang berfungsi terkelop ke dalam.. akhirnya menjadikan hp aku tu betul2 xley berfungsi. bukan setakat meseg dan kol.. nak angkat kol pon xbley...


dalam kul 9, aku bergegas lari dengan seluar pendek tanpa dalam.. pergi merata-rata kedai semata-mata nak repair hp.. hasilnya amat mengecewakan.. tada satu kedai pun sudi membaiki hp ini dalam satu malam...


ok.. dalam kegelisahan ini.. semput aku mula datang... pinjam hp adek aku.. pon bangang jugak.. tepon kejap dah mati.. tepon lagi, mati lagi.. rugi lah panggilan maxis free aku!!


tepat kul 12... alarm dari hp tu asyik berbunyi2 tak berhenti.. reason aku set kul 12? sebab aku akan tido awal dan bgn kul 12 untuk melakukan aktiviti sebagai superhero.. betol.. tak tipoo... dan alarm tu betol2 buat aku bengang sebab aku xboleh nak offkan alarm tu... ok.. cabut bateri.. hak hak hak...


hope tomorrow jgnlah berlaku benda2 suwey lagi.. sedey aku...

Monday 24 May 2010

kerja!!



Ada keperluan yang mendesak untuk aku berkerja mulai sekarang.. 

tetapi aku belum lagi ada semangat

belum lagi bersedia mental dan fizikal.

tapi aku kena cari!!

sebelum bulan 7..

God.. Please give me the strength for me to get through this life..

what i must do?

Sunday 23 May 2010

masihkah sama?


Aku masihkah sama yang kamu kenali ketika 3/4 tahun dulu?

tidak!!

aku berubah!!

menjadi seorang yang pendendam dan pemarah

aku makin menjadi seorang yang sangat tidak berperasaan

yang penting aku semakin mementingkan diri sendiri..

aku semakin malas dan semakin tidak berwawasan

aku semakin hilang keyakinan dan hilang arah tuju hidup

aku semakin hilang semangat..

aku byk berubah

kepada yang lebih

NEGATIF

Thursday 20 May 2010

Kenangan UKM - Part 2



Tahun 2 bermula dengan kesibukkan dan ketidaktentuan mengurus dan membahagikan masa. Hasilnya keputusan akademik di tahun 2 menjunam pada paras di bawah 2.00 dan sem kedua menunjukkan perubhan ketara. Bukan peningkatan sebaliknya penurunan kepada di bawah 1.50.. hahaha. bayangkan betapa keadaan itu tidak upah seperi telur di hujung tanduk.


So combine apa yang berlaku di antara tahun 2 dan 3 antaranya pengalaman manis menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Johor. Sebagai ketua, dah semestinya kita tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Dan aku cuma lakukan yang terbaik.. Walaupun pada ikhlasnya, aku agak down di akhir-akhir aku memegang jawatan sebagai Presiden. 


Tahun 2 dan 3 pernah juga memegang sebagai Pemudahcara bahagian pusat sebagai AJK pendaftaran dan tahun berikutnya sebagai Timbalan Pemudahcara bahagian pusat. Mungkin satu jawatan yang boleh membanggakan di UKM. Tapi apapun, semuanya itu memberikan kenangan manis dan juga pahit. Penat memanglah penat. Tapi kita kena harungi semuanya. Dalam minggu mesra mahasiswa, dapat lah kita belajar selok belok tentang soft skill sebabnya kita berhadapan dengan pengurusan tertinggi pihak Universiti, pihak luar dan student-student. Yang paling memanaskan hati bila berhadapan dengan pemudahcara bahagian kolej. So, semua tindakan kena ambil dengan hati yang sabar dan pandai mengawal suasana.


Awal bulan Ogos tahun 3, satu kenangan yang paling tidak dapat dilupakan apabila aku dipilih sebagai wakil ke Program Pengantarabangsaan Pemimpin Pelajar ke Indonesia pada 3-11 Ogos 2008. Setiap Universiti menghantar seramai 3 orang ke Jakarta dan Bandung selama 10 hari untuk program konvesyen ini. Dengar cerita sebelum ini, dengan program yang sama, pelajar di bawa ke Kanada, England, Australia tetapi mungkin bajet lari ke atau ingin mengeratkan silaturrahin di antara negara jiran, program tahun itu dilaksanakan di Jakarta dan Bandung di bawah kendalian Majlis Latihan dan Kepimpinan Universiti - Universiti Malaysia. Macam biasa, program ini melibatkan gabungan konvensyen secara akademik dan shopping.. 


Di kolej, akhirnya dapat melaksanakan satu program induksi BKRS yang selama ini tertunda selama 2 kali. Dan di bawah program mikrob dapat melaksanakan satu dinner yang akan diingat semua orang. Dinner mikrob ini diadakan di Impiana Golf Resort, Kajang.


Semua kenangan itu tersimpan erat di dalam hati..

Friday 7 May 2010

Kenangan UKM - Part 1

(OPKIM Muar PERMAJ)


Universiti Kebangsaan Malaysia.. Satu tempat yang cukup indah dan memberi kenangan kepada aku. Satu tempat yang cukup istimewa. Satu tempat yang menyaksikan episod suka dan duka seorang pelajar bergelar mahasiswa


Masih teringat lagi ketika di tahun satu. Minggu orientasi. Di situlah bermulanya perkenalan dengan rakan-rakan di kampus. waktu itu aku begitu naive dan mentah. Selepas minggu orientasi, perkara pertama yang aku lakukan adalah mendaftar beberapa persatuan. Agaknya memang ditakdirkan yang aku akan melihat kebolehan aku kearah berorganisasi dan bukan akademik semata-mata. Kalau sesiapa yang berasal dari MRSM, mereka akan tau tentang adanya ujian pekerjaan yang mana akan meletakkan seseorang itu sesuai dengan pekerjaan perkhidmatan, sosial, akademik dan sebagainya. Berapa kali aku lakukan pon, aku akan dapat ke arah pekerjaan sosial. Well, berorganisasi ini juga merupakan satu pekerjaan sosial kan.


Antara persatuan yang aku daftar di peringkat pusat adalah PMUKM, PMFST dan Persatuan Mahasiswa Anak Johor yang mana banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar di alam Universiti. PMUKM adalah persatuan pertama yang menjadikan aku sebagai ajk dalam event mereka. Menjadi AJK teknikal untuk pesta buku UKM, aku gunakan dengan sebaik yang mungkin. Untuk program itu juga menyaksikan pertama kali aku mendapat pujian daripada ketua pengarah Kak Asmahani dan Ketua AJK aku, Hasnool dan Amir Fahmi. Begitu juga dengan silat gayung, komitmen yang aku berikan pada mereka membuatkan aku diberi kepercayaan untuk menjaga booth pendaftaran persatuan untuk pelajar tahun pertama walaupun aku juga tahun pertama ketika itu. Tapi kekangan masa membuatkan aku tidak dapat mengejar Silat Gayung yang akhirnya melihat komitmen aku beralih kepada sebuah persatuan yang menjadikan aku begitu istimewa dan menghargai aku sebagai seorang ahli keluarga mereka. 


Orang Johor mempunyai semangat kenegerian yang kuat. Lihat saja pada hari kemangkatan Sultan Johor. Tidak mengira pemikiran politik yang berbeza, mereka bersatu mencemuh sesiapa saja yang menghina kemangkatan Sultan tercinta. Itulah Anak Johor termasuk juga aku. Semasa orientasi lagi aku memang begitu semangat nak join Anak Johor. Aku mendaftar secara berseorangan ketika itu dan terus bersetuju untuk mengikuti program pertama PERMAJ iaitu Interaksi first year. Ketika ini, aku belum lagi jatuh cinta pada PERMAJ. Masih teringat, waktu itu Kak Mal dan Abg Rizal yang menjadi fasi bagi kumpulan aku. Kak Mal ni ketika itu tahun tiga. Orangnya kecil, cantik dan putih. Aku pun usha2, jeling2, dan akhirnya tunduk membisu kemaluan bila aku dapat tau dia tu senior aku tahun 3. Ingatkan sama2 first year. Buat malu je. 


Then, beberapa bulan selepas program tu, aku dtg semula ke bilik PERMAJ, mungkin rezeki aku waktu itu, aku diberi kepercayaan untuk memegang pembantu penyelaras untuk sebuah program yang agak besar iaitu OPKIM Muar. OPKIM merupakan program anak angkat yang dilaksana di kampung-kampung untuk seminggu. Tugasan sebagai penyelaras merupakan satu tugas mencabar dan penat. Ianya lebih kurang sama dengan runner kalau korang tau. Dan aku memberikan komitmen aku sebaik yang mungkin. Dan aku sedar, di Universiti orang akan menghargai kita berdasarkan komitmen kita, bukan semata-mata fizikal sepertimana di sekolah dulu. 


Dan aku terus bergiat aktif di dalam PERMAJ, menjadi MC untuk Majlis Berbuka Puasa dan AJK Pemasaran untuk Program Besar, Dinner Anak Johor yang dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian ketika itu sebelum aku diberi amanah untuk memegang Setiausaha Agong untuk PERMAJ


Di Kolej, aku kurang bergiat aktif, walaubagaimanapun masih mempunyai komitmen yang agak tinggi terhadap kelab BKRS dan juga Kelab Teater Samudera. Aku juga pernah menjadi pelakon yang menaikkan nama aku ketika itu, Betty yang merupakan watak seorang lelaki pondan. Hampir berbulan-bulan juga watak itu melekat dalam diri aku. Nasib aku tidak transform sepenuhnya menjadi Betty. Di kolej juga waktu itu bergiat aktif dengan pantun. Kolej Ungku Omar dapat tempat ketiga dalam pesta pantun intravarsiti UKM. Di situ juga aku menjadi agak rapat dengan barisan JAKSA KUO. Banyak juga kenangan di dalam kolej selain menjadi peserta pantun dan berteater. Antaranya ialah rezeki untuk turut bersama-sama ke genting bersama AJK Family Day Kolej untuk kali pertama. 


(Pesta Pantun UKM)

Kenangan rakan-rakan rapat di kolej lebih teristimewa. Umpat-megumpat, gosip, gaduh, baik, then gaduh semula memang tak boleh dilupakan. Berlari keliling blok, menjerit dan sebagainya. Antara yang manis, bila rakan-rakan meminjam kamera dari aku. Then bila kamera tu terjatuh dan rosak masing-masing gelabah takut nak bagitau tentang keadaan kamera itu. Haih, nasiblah aku ni bukan seorang yang moody dan tidak cepat marah. 

(Genting Higland)

Teringat juga selepas orientasi, kononnya hendak berjogging ke tasek kejut, tapi akhirnya melencong jauh ke Kolej Ibu Zain. Then sesat entah ke mana di dalam kampus sendiri. Bila kelaparan di tengah malam, kami sering ke KTHO ramai-ramai berjalan kaki untuk mengisi perut yang kekosongan. Ada juga yang bagi cadangan nak ke kedai mamak dengan berjalan kaki. Bila makan semua ada bersama, cukup lengkap semua ahli. Itu hanya terjadi di zaman kanak-kanak tahun pertama, bila masing2 belum lagi ada kenderaan dan teman wanita. 


Banyak lagi kenangan tahun pertama yang menjadikan kita semakin matang dan dewasa. Terasa macam semalam peristiwa itu. Sangat manis untuk dikenang


p/s: Kenangan UKM part 2 - 2nd year dan 3rd year. 




Tuesday 4 May 2010

Pra-Penghargaan




Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan fikiran untuk menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih yang rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat saya kepada penyelia utama Prof. Madya Dr. Kalaivani  Nadarajah dan Ketua Program Mikrobiologi, Prof Madya Datin Dr Ainon Hamzah atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang kajian ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya pensyarah-pensyarah untuk program mikrobiologi, setinggi jutaan terima kasih saya ucapkan atas budi dan jasa kalian yang tidah terhingga. Tidak lupa juga kepada kedua-dua Ibu dan Ayah yang banyak memberi sokongan tanpa mengenal erti jemu.


Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada pembantu makmal terumata En Saiful yang banyak membantu saya di makmal. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan makmal saya iaitu saudari Atiq, Atiqah Farid Wong dan Riri Rimbun kerana sama-sama berjuang dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga atas dorongan dan semangat yang telah diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan program mikrobiologi iaitu Idaya, Suhaiza, Adlina, Fatimah, Hazwani Bajni, Wan, Aliff Lazim, Cheng, Faiq dan Razid. Semoga bimbingan dan doa kalian dapat menjadikan kajian ini sebagai satu kejayaan.


Sebelum saya mengakhiri kata, ingin juga saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat rapat saya iaitu Yasmin Shamsuddin, Azlan, Nik Nor Hidayah, Ali, Ekin Sukimin, Amylia, Yus Irayani, Ammar Osman, Nurul Zainap Ramli, Syahrul Rizal Anwar, Kamilah dan juga rakan sebilik saya iaitu Taufiq Abdul karim. Dengan berkat doa kalian, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Dan ucapan terima kasih juga kepada sesiapa saja yang memberikan sokongan ini dan terlibat dalam kajian ini samaada secara langsung ataupun tidak langsung demi mendapatkan segulung ijazah.


 p/s:taken from draft thesis