Asrama - Buli




Asrama dan buli ni semacam dah sinonim je sebenarnya. Sebut jer asrama, confirm dalam kepala mesti takut kena buli ngan abang-abang senior. Tapi depends jugak, ikut jugak kebrutalan asrama tersebut. Macam ada yang aku dengar, sesetengah asrama tu mengenakan tradisi yang pelik-pelik kepada junior-junior. Contohnya, menolak dinding bilik sampai bergerak. Seinci pon tak kisah janji bergerak. Sebahagian yang lainnya, meniup kipas sampai berpusing ataupun meniup lampu sehingga padam. Hahaha. Itu kes tradisi yang biasa dengar lah.


Yang sederhana sikit, just sekadar suruh ironkan baju, basuhkan baju, basuhkan kasut dan ambilkan air panas di bawah blok. Yang ni kadang-kadang je lah aku terbuat. ahahaha. Dan Alhamdulillah aku tak pernah pon kena buli dengan senior. Sebab apa? Sebab aku hensem kot. Ahaks.!


Dalam MRSM, setiap kesalahan disiplin akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM). Masuk ke JDM ni merupakan mimpi ngeri bagi pelajar disana. Yang sah, surat kesalahan disiplin tu akan sampai ke rumah dalam tempoh tak sampai sepurnama. Dem. Mak Bapak aku jugak tak terkecuali dari menerima surat yang sama. Dalam surat tak silapnya akan ada tulis, anak bawah jagaan Tuan didapati telah melakukan kesalahan disiplin. Tak lebih, tak kurang. Mana aku ingat, cerita lama beb.


Aku ni Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ala-ala gay dan skema gitu. Tak kan lah aku terlibat dalam kejadian jenayah di sekolah kan. Mamat gay ni lah juga yang kena hadirkan diri di JDM bersama 12 orang lagi rakan-rakan sekepala, atas kesalahan BULI.!!



Al-Kisahnya, bila terdapat junior form 3 ni dia menipu member aku, skip ke surau waktu maghrib dengan alasan nak ambil buku di kelas. Nak menipu lak gunakan lutut, kantoi bila dia tak ada pun di surau, dan berada di kelas sehingga abes prep malam. Kesalahannya menipu saja, tapi dendam kesumatnya membara macam budak tu bunuh lipas peliharaannya pulak kan.


Malam nya, budak tu dihadapkan ke mahkamah kami di bilik aras atas dengan 12 orang hakim. Dengan 12 hakim ni, maka terdapat pelbagai jenis hukuman. Antaranya, lempang, ketuk ketampi sambil bakul di atas kepala, tonyeh-tonyeh kepala dan sebagainya (serius aku tak ingat). Yang aku ingat, lempang yang kuat.


Budak ni rupanya ada spy, spider yang mulutnya memang suka report. Then kantoilah kitaorang malam tu jugak. Muka semuanya memang dah macam kapur dah. Setelah kami-kami dihadapkan di mahkamah, semuanya dikenakan hukuman 2 kali sebatan oleh tukang sebat terhebat di maktab itu. Then pelbagai idea keluar, letak buku belakang bontot, letak kadboard belakang bontot, dan yang paling tak boleh blah, disuruh pakai spender beberapa lapis bagi mengelakkan bontot anda membengkak kembang semangkuk.


Aku? Hanya kena sekali sebatan je, atas alasan banyak berjasa pada maktab. hehehe. PRS gay dan skema lah katakan. Dem.!!


p/s: abaikan gambar aku yang skema dan skema dan skema
p/s 2: nantikan episode bila aku ni terlebih ajar pada waktu sekolah dulu.
















4 comments:

  1. aku la slh sorg die...dh la aku x brsalah....masuk bilik terus kene kantoi...sentuh pun x

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ko skodeng blog aku..
    juan ahh bengong gi tampar laju-laju.. tapi siyes, sekali sebat je, kebas bontot aku..

    our HEP: you touch you suffer.

    ReplyDelete
  3. ko mmg skema...hahaha
    skng ni still skema ke?
    hehe

    ReplyDelete
  4. yup.
    skang still skema.
    aku kemana-mana pon seluar masuk dalam, paras pusat. hahahaha

    ReplyDelete