Thursday 31 December 2009

new year.. not excited


pengakhiran 2009 diakhiri dengan perasaan kurang gembira untuk aku.. ntah emosi semakin tidak stabil..



pemikiran aku sangat complicated.. kepada sesiapa yang tahu tahniah.. yang tak tahu, ni nak bgtau.. aku kalau perkara remeh temeh ni ambil masa berminggu nak pikir.. nak pilih baju pon akan pikir berjam-jam.. (kecuali ke kedai makan 4 sure main tibai je shirt tuh)..


Kalau memikirkan pasal future.. aku akan pikir sangat jauh ke depan.. such as bila target nak kawen.. kalau dapat sambung master, buat master dulu then phd.. baru kawen.. andai kata dapat master di oversea.. kena kawen dulu.. tapi duit? mestilah xda.. ohh ya.. aku nak kawen mestilah dah ada rumah dan kete sendiri.. which means dalam 10 tahun lagi.. sesuai ok untuk lelaki macam saya.. then sambung lagi.. nak kerja sebagai apa.. kerajaan atau private.. Dan semestinya saya memikirkan gaji yang tinggi.. kerana apa.. untuk anak dan isteri.. makan, pakai everything kena perfect.. yang penting ilmu agama disebalik kemewahan yang diberi.. bukan mahu manjakan anak2.. tapi mahukan mereka mendapat yang terbaik.. (cerita macam dah ada 10 org anak)..


sebelum kawen.. saya nak tgk dua orang adik2 saya berjaya dulu.. duit yang ada hasil gaji atau simpanan, saya nak tgk ayah dapat beli motor harley davidson.. ibu dapat buka kedai sendiri.. adik faiz dan adik bakyah dapat melanjutkan pelajaran setinggi yang mungkin.. Semuanya itu duit hasil peluh sendiri.. baru lah hati ini tenang.. barulah hati ini dapat melakukan perkara yang diingini... Kalau boleh tak nak kawen sehingga mereka bahagia dulu..


complicatednya pemikiran ni sampai boleh terpikir.. macamana kalau aku pergi dulu berjumpa tuhan.. berapa ramai akan datang melawat.. berapa ramai yang akan menangis.. macamana adik2 aku nanti.. itu yag berfikir di masa depan.. sekarang? banyak teses, grade yang x abes2.. hutang akibat aku yang terlalu boros.. everything kena pikir.. dari kawan ke lawan.. dari atas ke bawah.. dari kiri ke kanan.. dari semua sudut dan perspektif...


mungkin ini tak ramai yang tahu.. sempena tahun baru aku just harap ini menjadi kenyataan.. aku berimpian menjadi seseorang dalam permainan politik.. aku akan berjuang sehingga ke atas.. sehingga menjadi whatever-it-called-khalifah.. Aku tolak tepi pemikiran sempit jahiliah yang diperjuangkan BN, PAS, PKR dan terutama DAP.. Aku nak membangunkan sistem khalifah semula.. Undang-undang Hudud diperjuangkan.. Sistem zakat dan cukai diperbetulkan.. Konsep bank diperelokkan sesuai sistem islam.. Jika Madinah berjaya membuat perlembagaan sendiri kenapa tidak kita? 


Konsep Islam sebenarnya relevan dalam apa jua situasi dan keadaan.. Aku percayakan itu.. Enough.. itu bukan angan.. itu impian.. kalau bukan aku.. maybe there must be someone yang boleh melakukan itu.. just a wish..


Sekarang pemikiran aku betul bercelaru.. entah sebab apa.. aku tidak boleh memberikan kata rasional.. Aku rasa perlukan seseorang.. Dan seseorang itu tidak ada untuk aku... owhh siapa boleh jadi the choosen one itu untuk aku.. SOmetimes aku rasa tak layak.. Dan sometimes aku rasa aku nak jadi seseorang yang lain.. Dan sometimes aku rasa aku seorang yang jelik lagi pelik.. Dan sometimes aku rasa tak ada sesapa yang sanggup berkongsi susah aku.. Senang kompom ramai.. hahaha..


Dan itu aku.. Pada akhir 2009.. Just wish 2010 is better than today.. every day ahead is better than today.. Dan semoga aku dapat mencari penyelesaian kepada apa yang aku pikir sekarang ini...


p/s: Aku ada pikir yang lagi berat sekarang menyebabkan ianya sangat berat untuk ditanggung.. apa dia? biarlah rahsia.. Just want to say I Love You... 






Wednesday 30 December 2009

kecelaruan emosi



aku kecelaruan emosi yang sangat teruk.. datang bulan agaknya... andropause barangkali? (tak tau apa andropause? check wikipedia)

kadang-kadang rasa gembira sangat
kadang-kadang rasa sedih teramat
kadang-kadang suka merenung
kadang-kadang rasa berangan
kadang-kadang rasa penat
kadang-kadang rasa nak marah
kadang-kadang rasa menyampah
kadang-kadang rasa dah hilang akal

ini kecelaruan emosi namanya.. cacat.. dem..

tapi ada rasa gembira.. tapi ada rasa serba salah.. tapi ada rasa menyesal..

semua serba tak kena...

Monday 28 December 2009

bila sesuatu itu





Bila sesuatu itu menjadi pilihan
Jalan yang sempit menjadi ukuran
Batasan keadaan menyukarkan setiap hela pernafasan


Bila pilihan semakin menyesakkan
Hati tertutup menafikan ikatan
Bila kata-kata semakin pudar warnanya
Angin menderu bertambah menyesakkan dada


Ada butir-butir kata tidak perlu dilontar
Biar saja cukup disimpan dalam hati
Tersimpan terkunci mati
Terkubur atas keterlanjuran waktu


Ada kala menjelma semacam dilema
Kau, aku atau dia.
Itu, ini ada sesuatu yang tiada


Lenyaplah ia dari mimpiku..
Angan pun tidak akan jejaki ruang impian
Ia cuma pilihan untuk sesuatu itu


Andai ia satu-satunya jalan yang ada
Biar ia sesatkan akalku, butakan hatiku, Bisukan nafsuku..

Sunday 13 December 2009

Apa makna Dewasa?




Apa makna dewasa? sudah mumaiz ataupun baligh? Bagi aku, dewasa adalah satu-satu perkataan sangat subjektif... Tak boleh dikira mengikut ukuran umur.. Tak tau lak erti dewasa dari sudut kamus.. Ini dewasa dari pengertian aku lah.. 


Dewasa mampu berfikir untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.. Kalau kau buat untuk kebaikan diri sendiri, tapi orang lain seperti masyarakat mendapat keburukan dari tindakan kau itu, belum dewasa lah tuh..


Kalau kau buat untuk kebaikan orang lain, tapi mendapat keburukan diri sendiri.. Belum dewasa bagi aku jugak... 


Bagi korang, apa makna dewasa?

Tuesday 8 December 2009

Alkisah McD, KFC dan Pizza

Apa kisahnya? Alkisah tersebut cerita pada suatu hari.. Terdapat sebuah keluarga yang mempunyai citarasa yang besar.. Maka mereka melapah terus KFC, Pizza dan Mcd Dalam satu masa.. hahahaha..


Buruknya teknik penceritaan atatu tu.. So, abaikan.. Cerita ni pasal ada satu hari sebelum ni, dalam cuti sem lepas, kira-kira 3 weeks before.. Famili aku yang sorang teringin nak makan McD, sorang lagi nak makan Pizzza dan ada yang sorang lagi nak makan KFC.. Tak tau nak decide mana, so kesemuanya adalah pemenang.. Aku juga jadi officeboy pi beli semua jenis fastfood itu.. Memang melahap betul semua nih... 





Ohh ya.. selepas setahun jadi Pengarah Tunas Bistari untuk sekolah SIGS, maka angah aku ni dapatlah gaji about Rm7++... Wow.. not bad for a16 years old student like her..  Semua makanan ni dibelanja oleh dia.. Clap clap clap... Pasni aku nak pow lagi dia.. Banyak duit lagi tuh... hahaha...






Kesibukan Tahun Akhir



Whoaa... Long time no see... very2 busy maa.... Kadang-kadang nak blogging, tapi bila dah menghadap laptop, rasa berat sangat.. Letih terlampau... Hampir seminggu lebih aku kat kampus sebab nak menyiapkan lab work untuk theses aku nih... Banyak sangat rintangan untuk menyiapkannya... Tapi satu je yang aku keliru..


Aku keliru sebab makin lama aku makin seronok untuk membuat streak plate dan gram stain untuk melihat koloni-koloni bakteria dalam agar.. Aku rasa seronok sedangkan dalam entry sebelum nih, bagai nak rak aku mengeluh sebab aku rasa jiwa aku tak kena sangat dengan sains.. But dalam masa yang sama, terbit sedikit perasaan seronok dengan sains..


Maybe sebab bila timbul satu kesusahan atau halangan, dengan mudah kita menyalahkan situasi tanpa memahami situasi itu.. Atau pemikiran belum matang untuk kita berhenti mengeluh terhadap sesuatu kesukaran? Maybe juga aku seronok sebab bendanya mudah dan kena dengan minat aku.. Streak plate dan observation... Jelas sekali bila part membuat agar plate, autoclave dan sebagainya.. Masih lagi rasa malas..


Apa itu agar plate, streaking plate, dan observation? InsyaAllah ada kesempatan, aku akan coretkan dalam blog ini...


p/s: Akan ada 2 entry menyusul selepas ini, maybe akan disetkan autoupdate.. Busy man beb.. haahahaha

Wednesday 25 November 2009

Mood: Romantic..




wahh.. malas tol nak update.. Lama gak.. Nway skang ni musim romantik.. hahaha.. No.. Apa yang dimaksudkan adalah habit aku tetiba bertukar ingin menonton filem jiwa-jiwa dan feeling-feeling gitu.. Kenapa? Salah kalau lelaki menonton filem-filem sebegitu? Tak salahkan.. Lelaki pon ada kalanya terasa ingin beromantik jugak.. hahaha...


Bermula dengan Titanic, Eiffel I'm in love, Veer-Zaara, P.S. I love you dan Love happens.. Ketika entry ini ditulis Love Happens belom ditonton lagi.. Nway semua cerita sangat-sangat berkesan menimbulkan mood romantik.. hahaha... Sedih sedih gitu... Nak terang satu-satu korang semua dah tgk kan..


Semua cerita ni kebanyakkan berkisar bout love.. True love, or first sight or whatever... Persoalan, cinta yang sebegini wujud ke dalam realiti..? Atau ianya hanya wujud dalam Novel cinta dan filem semata-mata? Yeah sometimes it happens, only for those who are very lucky.. 


Suka tengok cerita 'Cinta Balkis'... Bila Hasan terpaksa bekorban kerana cintanya terhadap Balkis sedangkan Balkis hanya anggap dia sebagai abang dan menyintai orang lain... How bout love story in Nur Kasih? Abang terpaksa pendam perasaan demi adik?  Something like that kan...


For me, secara peribadi aku senantiasa mengimpikan kehidupan ini umpama novel, ambil pen dan cereka tentang indah manis nya cinta yang akan kita tempuh.. Namun ianya tak akan berlaku kan di dalam realiti? Its full with suprises and we dont ever want it to happen.. Shit bout love.. No offense.. 


Tapi kalau kisah aku ke cinema mesti laku dan korang nangis gak kan.. Hahaha... Of coz, love is full with suprises... Oh... Kalau korang ada cerita romantik yang cambest, let me know eh.. Tak nak komedi romantik macam Senario.. (hahahaha) nak serious romance genre... Sementara menunggu New Moon di pawagam.. Another romantic film...




Tuesday 17 November 2009

2012.. Suratan atau kebetulan






2012.. Gamatnya sama seperti filem yang bakal keluar di wayang pada hari ini 12hb 11 2009.. Mungkin diantara kita menganggap filem itu sekadar sains fiksyen.. Tetapi berapa ramai yang tahu asal usul ramalan 2012 ini... Ramalan ini datangya dari kaum Mayans di Mexico yang terkenal dalam kehebatan matematik dan astronomi yang maju.


Mayan yang purba, dikenali sebagai ahli matematik dan astronomi yang sangat maju, mengikuti satu kiraan panjang kalender yang berakhir dalam 5,126 tahun. Apabila carta-carta mereka diterjemahkan pada kalender gregory yang bertaraf antarbangsa yang digunakan pada hari ini, tarikh terakhirnya ialah pada 21 Dec 2012.


Menurut teori yang dikemukakan, bumi mengalami ketidakstabilan akibat dari aktiviti matahari yang aktif ketika itu.. Gempa bumi, tsunami, dan letupan gunung berapi menjadi bencana alam yang sama sekali memusnahkan bumi.. Bukan saja kaum Mayan, tetapi juga ancient civilization seperti Egypt (Piramid), Nostradamus juga meramalkan benda yang sama.. Boleh cari perihal Nostradamus 2012 di youtube untuk maklumat lanjut..


Nostradamus meninggalkan 7 keping gambar untuk ditafsirkan dan memberi gambaran kiamat pada 2012.. Antaranya matahari pada ketika itu berada ditengah galaksi bima sakti dan mempunyai aktiviti yang sangat aktif untuk menyebabkan ketidakstabilan bumi. Menurut tinggalan gambar yang terakhir menunjukkan seseorang memegang kitab yang isinya kosong..Dalam tafsiran saintis yang mengkaji ramalan Nostradamus ini, mengatakan ilmu ketika itu lenyap, dan kehidupan lenyap kerana bible menurut mereka adalah book of life..  Tapi bagaimana pula kita muslimin? Mungkin petanda Al-Quran itu, dicetak tapi dijadikan hiasan, atau hilangnya ayat-ayat Al-Quran menurut tanda-tanda besar kiamat..


Berbalik kepada teori kaum Mayan semula, bumi ketika itu juga telah mengalami peredaran songsang dimana Matahari akan terbit dari barat ke timur, dan kutub selatan menjadi kutub utara, begitu juga sebaliknya.. Juga mengatakan ia tidaklah kiamat yang memusnahkan tamadun manusia, tetapi mungkin 1/3 yang survive dari malapetaka tersebut yang dikatakan suatu masa dulu juga penyebab kepada kehancuran zaman jurassic..


Mungkin keterlaluan kalau kita percaya kepada ramalan. Mungkin boleh dengar dan kaji tetapi tidak terlalu percaya da taksub hingga kita lupa yang Allah yang Maha Bijak yang mengatur segalanya...


Apa kata kita lihat Al-Quran dan bencana gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.. Mungkin ianya petanda kiamat?


Dan kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya
(Al Hijr 15:4)


Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang  yang hidup mewah ketika itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman kami), Kemudian Kami binasakan semua sama sekali (negeri itu)
(Al Isra 17:16)


Dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz)
(Al Isra 17:58)


(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya. 
(Al Anfal 8:52)


Perhatikan pula waktu kejadian gempa bumi yang berlaku..


Tasik 15:04
Padang (gempa pertama) 17:15
Padang (gempa kedua) 17:58
Jampi (keesokannya selepas gempa di Padang) 8:52


Klik sini untuk melihat hadis-hadis dan hujah hujah yang dikemukakan..


Tanda-tanda yang diberi cukup untuk menyedarkan kita betapa kita sudah bersedia atau belum.. Bukan saja menghadapi kiamat dunia yang pasti akan berlaku, tetapi juga kiamat untuk diri kita sendiri iaitu kematian..


Mungkin 2012 bukanlah kiamat, tetapi satu bencana yang menyedarkan umat manusia dan melahirkan satu kebangkitan rohaniah dalam ketamadunan manusia.. Dan mungkin petanda Matahari terbit dari barat yang menunjukkan tertutupnya pintu taubat.. Dan pembersihan 2/3 umat manusia sehingga kedatangan Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s...


Dan sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui seluruh isi bumi dan langit... Dia Yang maha Kuasa lagi Maha Hebat.. Dan kita perlu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul-Rasul, Hari Kiamat dan Qada Qadar


Carilah harta dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, Beramal dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.


p/s: kepada pembaca jika ada yang tesalah harap diperbetulkan..






Thursday 12 November 2009

Berdialog dengan syaitan



Esok last paper.. Semua orang dah balik.. Aku lak terkencing-kencing nak study.. Dan banyak betul dugaan. Perghh.. Syaitan betul-betul menganggu aku nih.. 


Aku : wei syaitan, ko bley blah x.. Aku nak study bodow..
Syaitan : hahaha marah tu kawan aku tau, ko xley marah2..
Aku : Betoi gak.. Syaitan, aku nak study lah.. Ko gi men jauh-jauh boley tak.. Ko duduk depan FB aku tu watpe...
Syaitan : Syaitan modern ma... Main FB gak..
Aku : Bongeks... Aku nk study lah.. Aku rejam ko lahanat... Laknat tol.. 
Syaitan : Hek eleh.. Kalau exam dalam bulan ramadhan, ko study ke?
Aku : erkk.. ermmm... (membaca ayat-ayat suci Al-Quran)
Syaitan : arghhhh, panas - panas.. Sebelum aku berambus, hahaha ko dah terpedaya dengan aku membuka blog kau.. taip taip banyak banyak.. publish new post.. hahaha (gelak macam syaitan)
Aku : Astaghfirullah, aku publish dan aku tutup.. aku nak study.. Demi Allah..


perhh aku berdialog dengan syaitan dan melawan nafsu..


p/s: Takziah kepada sdr Fahrurrazy atas kehilangan ayahanda beliau.. Semoga tabah.. Walaupun buruk mana aku, aku tetap kawan kau, walau buruk mana kau, kau tetap kawan aku... Hari ini hari kau, Esok lusa belum tentu.. Betapa Aku harap hari untuk aku itu jauh dan tidak akan pernah berlaku. Tapi Allah tahu segala-galanya..

Wednesday 11 November 2009

Misteri Persahabatan



Persahabatan sesama rakan barangkali mempunyai rahsia dan misterinya tersendiri.. Sangat misteri bagi aku.. Kerana apa? Kerana persahabatan boleh menjadi begitu indah, dan juga boleh menjadi begitu derita.. Semuanya sebab berkawan..

Mesti korang pernah ada kawan yang nampak baik tetapi akhirnya kantoi mencuri?
Dan juga kawan yang sangat setia berubah perangai tatkala mempunyai teman wanita/lelaki?
Begitu juga kawan yang nampak ok tetapi mengambil kesempatan atas kebaikan kita?
Atau kawan parasit maknanya senang kita senang dia, susah kita, dia tetap senang berkawan dengan orang lain?
Ada juga kawan-kawan menjadi pelik dan menipu sebaik saja menjadi membership MLM?
Paling menyayat hati, bergaduh sesama kawan disebabkan merebut awek yang satu?

Aku bercakap bukan menghakimi seseorang mengikut perasaan aku, lebih mengikut pengalaman aku sendiri.. Aku mengaku, aku juga kadangkala menipu demi kepentingan dan keselesaan diri sendiri.. Kalau korang jujur dan tak pernah menipu kawan sendiri walaupun secebis, korang boleh bagitau aku..

Kawan - kawan boleh berubah sikap mengikut situasi seperti di atas.. Baik lelaki ataupun perempuan, kita ada perasaan kan.. Dan kita mahukan yang terbaik untuk kawan kita begitu juga kita mahukan yang terbaik daripada mereka.. Namun hampa.. Kawan seperti harapkan pagar, pagar makan padi.. Pentingkan diri lalu meninggalkan kita.. Semua itu boleh berlaku..

Katakan kita ada geng bersahabat baik dalam 5 dan 6 orang.. Korang percaya ke yang semua member korang ni tak pernah mengutuk sesama sendiri ataupun mengumpat sesama sendiri.. Sedikit sebanyak ada.. Kalau kita ada buat hal, confirm esok lusa kita jadi bualan.. Aku pon yakin yang aku adalah jugak menjadi bualan dan umpatan kawan-kawan aku.. Sebabnya aku pun akan mengutuk dan mengumpat orang lain.. Itu lumrah kan.. Apa? Korang tak pernah mengumpat member sendiri? Hebat!!..

Bagi aku kawan tetap kawan, ko buruk macamana pun selagi kau tak menganiaya aku.. Kau tetap kawan.. Prinsipnya mudah untuk aku amalkan..

Kau buat hal kau, aku buat hal aku..
Kalau ada masa free kita hang out..
Aku tolong kau, kau tolong aku..
Bukannya Aku tolong kau, dan ko tengok aku terkial-kial..
Aku jaga hati kau, Kau jaga hati aku..
Nak tipu jangan sampai kantoi...

Hari ini kita mungkin tidak bertegur sapa ataupun menangis kerana persahabatan, esok lusa siapa tahu kita mungkin ketawa mengenangkan betapa keanak-anakannya kita pada satu masa dulu..

Persahabatan itu misteri kan?


Tuesday 10 November 2009

My tumblr






Tumblr.. Lebih kurang blogspot ataupon wordpress.. Kalau nak kata twitter pon boleh jugak lah kot.. And I have one.. www.cheesecake1987.tumblr.com.. Ianya agak mudah dan senang.. Sebab dia divided ikot photo, qoute, notes, music, video etc.. Dan interface dia pon macam menarik.. Biasanya orang guna ni just nak bgtau pembaca - pembaca dengan ringkas.. 





Oh ya.. tumblr nih membolehkan kita reblog.. Maknanya kita boleh copy post orang tuh.. Takderlah orang kita tuduh plagiatkan.. hahaha.. Tapi orang biasanya reblog photo, music, atau story  yang jiwang2 sket.. hahaha.. Jangan risau, kita tak perlu credit kan seseorang sebabnya dia akan tulis 'reblog' from .....





Nak try? Cubalah.. But for me, I love my blogspot... Tapi tak salahkan mencuba.. hehehe..... Rajin2 datanglah melawat my tumblr ok.. Clik je link yang diberi kat atas tu atau cari link kat My Blog List di  sebelah tepi... 

Sunday 8 November 2009

Evolution



Evolution mengikut teori Charles Darwin yang menyalahi hukum tuhan itukah? Bukan.. Entry kali ni menceritakan tentang teori evolusi aku dalam hal study menyetadi ni.... Cara aku study banyak sangat berevolusi sehingga menimbulkan kesan pencemaran dalam otak aku ni.. Ok jom kita flashback... zoom..


Sekolah Rendah dan Menengah Bawah


Ketika sekolah dulu, almaklumlah, dengan rambut yang tersangat skema, rambut belah tepi disertai jambul, baju masuk dalam, bersih dan suci.. Maka study pon mengikut ala-ala bersih dan suci.. Bila ketika mood belajar, ambik buku masuk bilik dan baca... Senyap.. Boleh menelaah sehingga berjam-jam lamanya.. Tak rasa bosan, tak rasa jemu.. (bohsan dan jemu lain ke?).. Kalau esok exam, hari ni seawal jam 9.00 malam sudahpun tido... Pensel dan pen dah tersedia dan tersusun.. Esok tinggal nak grab dan bawak ke dewan peperiksaan.. Masuk dewan sebaik saja tengok soalan, kita akan senyum, happy giler.. Kerana kita betul-betul dah bersedia dan soalan tu kita paham dan mampu jawab.. 


Sekolah Menengah Atas


Ni berevolusi sebab aku pertama kali masuk asrama.. Jadinya masih ada jadual -jadual yang boleh kita ikuti.. Yang dipanggil PREP.. Maksudnya macam persediaan ataupun ulangkaji.. Masih dalam mood skema cumanya berevolusi boleh membaca buku dalam masa-masa last minute..Esok exam, malam ni masih boleh lagi membaca.. Tapi tido tu wajib lah kan.. B4 exam mesti kena tido dulu.. Yang menariknya bila masuk ke dalam dewan peperiksaan, masih boleh tersenyum.. Sebab kita dah tahu apa nak dijawab.. Semua dalam otak.. Tinggal nak keluarkan je dan coret atas kertas jawapan.. Cuma betul atau tak tu tak sure lah.. Hehehe.. Main tibai je especially subjek sains.. Yang penting tidak ada satu pun ruang kosong yang ditinggalkan..


Matrikulasi.


Yang ini zaman kemajuan dalam study kot.. Tapi hasil lak yang tidak memberangsangkan.. Waktu matrikulasi, aku tido seawal jam 10 pagi.. Dan bangun Jam 3 pagi.. Study sampai masuk kelas kul 8.00 pagi.. Boleh dikatakan setiap hari sehingga menjelang exam.. Biasanya waktu kul 10 tu dorm kecoh lagi sebab orang tengah study dan bising memekak, jadi aku tido.. Bila aku bangun, dah sunyi.. Semua dah dipanggil bantal memasing... Seronoknya time tuh, study ni bagaikan nikmat betul. Bangun pagi, basuh muka, minum nescafe.. fuhhhh..  Orang lain baru nak mandi, aku dah siap pakai baju.. Kuar dorm awal amek angin... Angin pagi sungguh menyegarkan.. Ahhhhh... Yang tak bestnya plak bila masuk dewan exam, blurrr... Soalan apa aku pun tak tahu.. Pelik pelik je soalan dia.. Otak ni nak memutar alam pon tak tahu.. Jadinya adalah ruang-ruang kosong untuk pemeriksa isi...Hishh.. Rasa macam rugi je study.. Maybe soalan dah ke peringkat lebih tinggi kot.. Tak sama macam alam persekolahan dulu..


Universiti


Ni zaman merudum nih.. Compom.. Study hanyalah sehari sebelum exam.. perghhh... Esok exam, malam ni dah berpeluh dah.. Lupa lak mana note.. Kadang-kadang nite pinjam ngan member last-last minit nih.. Hahaha... Sebulan sebelum exam adalah aktiviti wajib iaitu internet, movie, wayang, bowling dan pelbagai perkara yang menyaitankan dan mengibliskan... hahaha... Kalau study pon, 10 minit baca note, 30 minit terinternet... Sambung balik 10 minit study, termengelamun 30 minit.. Begitulah hendaknya secara berterusan... Aduhhh... Dan bila jawab exam, lagi banyak ruang kosong ditinggalkan untuk pemeriksa memberi komen..  Lebih banyak mengelamun dalam dewan.. Apalah yang nak dijawab ni.. Tambah mengasyikkan bila terpaksa membeli alatan seperti pen dan kertas 2 jam sebelum exam.. Perghhh memang student yang berjaya...


Kalau sambung Master, agaknya bagaimana cara study ekk...?

Thursday 5 November 2009

BFF or Lovers ?





Saudara ammar sudahpun membuat entry bout this.. Just click here.. Tapi tiada niat nak memplagiat karya my buddy, just to make another review, another opinion on my side... Dan English aku tidak setanding Ammar, jadi aku gunakan saja bahasa kebangsaan.. Apa yang ditulis aku paham, dan engkorang pon paham..


BFF dan Lovers, mana satu keutamaan? Dan sorry to say, tak ada istilahh BFF dalam hidup aku.. Just sesetengah orang je yang boleh aku bagi title macam tuh, yang aku senang, yang aku boleh rapat and sharing lot of stories and problems.. Yang banyak adalah istilah BF = Best Friends.. Sebab Friendship always berubah bagai ditiup angin.. Sekali badai datang, terputus tali ikatan.. Hanya sesetengah perhubungan yang selamat dari badai gergasi tu.. Tak semua kawan-kawan kita baik di depan dan baik di belakang.. Tak semua kawan-kawan kita begitu setia dan ikhlas berkawan dengan kita.. (tak semua ok).. Tapi BFF dalam konteks ni adalah perhubungan rapat antara lelaki dan perempuan..


Setiap kali keluar bersama, akan ada kenangan.. Akan ada gelak ketawa.. Atas dasar persahabatan, perhubungan dilihat semakin akrab, dan semakin rapat.. Bagaikan kita sebuah keluarga.. Bagaikan kita telah mengenali sejak kecil.. 


Perempuan hatinya lembut.. Sedikit sentuhan tepat di hati.. Mesti akan cair.. Keras manapun akan jatuh juga pada sentuhan.. Caring, Sharing dan sentiasa ada disisi.. BFF pon kalau ada ciri -ciri ini mesti akan sangkut juga.. Bayangkan kalau setiap hari meseg, dah makan? buat ape? 


Dalam banyak siri keluar bersama, dan gelak ketawa bersama.. Tipu dan.. Tipu sama sekali kalau ada orang mengatakan "kami hanya kawan tapi mesra, tidak lebih tidak kurang".. Ataupun " kami anggap abang dan adik".. Sedikit sebanyak mesti terselit perasaan sayang melebihi seorang abang, dan melebihi seorang kawan.. Kadang - kadang perasaan itu didatangi dengan rindu, dan lebih parah lagi cemburu.. Cemburu bila melihat Best Friends Forever kita rapat dengan orang lain.. (dalam kes ini mestilah berjantina lain ye, tolak tepi gay dan lesbi)..



Sama ada kita sanggup mengorbankan perasaan sayang kita itu, buang ke tepi.. Kerana BFF is more important than lovers.. Ataupun kita still xdapat buang perasaan itu.. Bagaimana kata Ammar, we afraid the title of BFF is no more, bila kita gaduh, break dan sebagainya.. Akhirnya there is no Love and there is no friends...


Sayangkan.. Kadang- kadang kita meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan kita sendiri.. Sayang kita pada kawan baik kita sendiri terpasa didiamkan demi menjaga hubungan antara semua pihak.. Bagaikan penawar.. Elok tapi pahit ditelan.. Cemburu kita kadangkala terpaksa dikuburkan.. Rindu kita bertukar menjadi rindu seorang kawan.. Kerana kita percaya status BFF lebih bernilai dari Lovers..


Dan ini pandangan dari mata aku.. Sebab aku percaya, cinta itu buta, datang tanpa diduga, perginya membawa duka.. Berhati-hati dengan keakraban kerana ianya permulaan bibit -bibit cinta...


Persahabatan lebih berharga dari percintaan...

Tuesday 3 November 2009

Jiwa Pelajar Sains





Semalam aku berada di lab hampir seharian, hari ni aku berada di lab dari jam 8.00 am sehingga ke 3.30 pm.. Esok maybe akan masuk lab lagi... Bukan susah pun berada di lab sebagai bacteriologist, sebabnya dah pernah ada pengalaman masuk lab dalam kelas - kelas tertentu, dan berpengalaman juga mengendalikan makmal mikrobiologi untuk hospital pakar di JB dalam latihan industri yang lepas..


Tapi setiap kali mengendalikan bahan -bahan makmal untuk lab, walaupun secara sukarela.. Aku rasa tertekan.. Aku rasa terbeban, tidak seronok, buhsan, dan membuhsankan... Kena prepare before masuk lab dari segala alatan, dan dari segala bahan serta ingredients nak membuat sesuatu experiments.. Bayangkan tengah membuat kerja, mikropipet lak takda, bikar takda, bahan kimia takda.... Duh.. Membebankan rasanya...


Sejarah aku dalam makmal sains amat tidak memberangsangkan... Dalam makmal fizik tingkatan 5, aku main tembak -tembak menggunakan picagari dengan member.. Sehinggalah kena marah dengan pembantu makmal.. Dalam makmal kimia tingkatan 5 juga, alatan kaca pecah sehingga berdarah tangan aku... Dalam makmal kimia matrikulasi, titration acid - bes, aku buat sampai melimpah ruah xperasan alkali tuh dah terlebih penuh dalam bikar... abes licin meja makmal dan tangan aku.. Setakat alatan makmal, tak terkira berapa banyak pecah..


Dan secara jujurnya, aku dalam makmal lebih banyak memerhati dari melakukannya... Lebih banyak main dari serius.. Kalau boleh aku nak memainkan peranan yang kecil sahaja dalam makmal.. Sorry and thanks a lot kepada lab partner aku.. Terutama KB, Hana (siap gaduh lagi), dan Eein.. (walaupun korang takkan baca blog ni)..


Selama 7 tahun bergelumang dengan sains, baru ketika ini aku betul-betul sedari, jiwa aku bukan untuk sains.. Aku more to lawyer, sejarah, political science.. Aku sanggup menghabiskan masa dalam library membaca note-note penting untuk point -point sejarah... Dari melakukan kerja -kerja makmal dalam keadaan tertekan..


Jiwa aku sebagai pelajar sains masih lagi memberontak.. Namun, setiap awal ada akhirnya.. Dan awal kepada aku terjebak dalam sains akan aku akhiri dengan jayanya...

Ragam Orang




Ragam orang mesti banyakkan.. Mesti pelbagai... Mesti juga variasi... Ada yang ok, dan ada juga yang menjelikkan... Lebih menakutkan lagi, sebelum kenal, nampak macho, gagah, lagaknya seperti seorang wira... Namun setelah mendengar cerita pelbagai pihak, gelagatnya sebenarnya tak ubah seperti manusia bertopengkan kebenaran


"Lain padang lain belalangnya
                                    Lain orang lain ragamnya..."


Kadang - kadang terfikir, adakah sikap suka membenci seseorang ini sebenarnya mudah sangat berlaku.. Saban hari kita membenci seseorang tanpa menyedari yang kita pun mungkin akan terjebak untuk dibenci orang lain... Well.. Kalau perangai memanng dah macam sampah, sesiapa pun akan benci, tak suka dan pasti menjadi bualan hangat sepanjang masa... 


"Kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak,
Tetapi kita mampu melakukan yang terbaik bagi semua pihak"




Mesti korang ada kawan - kawan yang pada asalnya mudah didampingi, mesra, dan boleh menjadi sebagai sebahagian dari hidup kita.. Tetapi pada akhirnya segala tembelang dia pecah.. Dan dia bukan lah kawan yang boleh diharap.. Ada kan? Tapi manusia berubah.. Manusia senantiasa berubah.. Asal yang baik berubah menjadi seorang pemarah.. Asal yang elok berubah menjadi seorang yang pendendam.. 


"Wang, Pangkat dan Perempuan....
                                 Mengubah hati manusia?"


Kita hanyalah watak - watak kecil yang bakal menjadi watak besar yang mampu mempengaruhi hidup orang lain.. So sebagai manusia, tolonglah sedari perangai itu.. Aku bagi example: katakan ada 10 member.. 9/10 dari member itu mengecam ko, mengkritik dan mula menjauhi kau.. Adakah kau masih lagi menegakkan ego yang mengatakan ko berada di pihak yang benar? better pergi pakar kaunseling check ape yang tak kena ngan kau ni?


"Tak terkecuali diriku sendiri
Sentiasa memikirkan kekurangan yang perlu diperbaiki"
a

Saturday 31 October 2009

2nd birthday celebration.. weee

weee.. hari ini adalah ulangtahun ke dua laman blog nih.. sebelum ni aku dah menjadi blogger melalui friendster... Alhamdulillah walaupun kurang menarik, dan perlukan banyak improvement, dapat jugak bertahan 2 tahun... Kalau nak tgk post yang pertama, click sini...



terima kasih ye pada yang sudi support, follow dan yang terus memberi komen... xlupa juga En Azmie yang byk mengajar pembikinan blog seawal usia blog ini cuba dibangunkan.. heeee... 2 tahun dah boleh berjalan.. dah pandai nak bercakap... hehehe... semoga blog ini terus berjaya dan berjaya...



Wednesday 28 October 2009

exam!!

Semester extend pertama aku.. hehe.. bior lantak apa org nak kata... biarlah aku extend ke or what? hahaha... sajer je.. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada rakan-rakan dan taulan...
Good Luck And All The Best...





And Dunt forget, Wish Me Luck Too.. :P

Saturday 24 October 2009

Multiple Story





Lama sudah tak hupdate... Banyak kot yang nak diceritakan..




Exam


Bahang exam dah terasa... Tapi badan aku ni dah diselimuti oleh bulu - bulu kemalasan... More to playing,  and playing and surfing... Nak men gitar and Ragnarok Online (thanks to someone, my lil bro, yang mencetuskan semula ketagihan bermain RO).. Damn... Nak tgk jadual exam.? Ermm nanti - nantilah aku post...




Nude is Art..


Bogel itu seni..? Aku ni xdalah alim sangat... Make mistakes everyday and not so perfect.. Men bola pun pakai seluar pendek juga... Tapi aku tau juga norma - norma batasan kesenian... Aku ada terbaca dalam paper, seorang komen dari seseorang yang digelar manusia... Komennya menyokong lakonan artis supaya banyak mendedahkan part - part yang seksi, menggiurkan atau bogel teruslah, senang cerita... Atas nama seni.. Dan memperbodohkan orang yang x menyokong artis itu sebagai buta seni dan tiada komedenan.. Adakah bogel itu seni? Aku x sokong!! Korang dah besar panjang... Dah berakar sana sini.. Pikirlah sendiri..




Fog Lamp


Fog lamp dah dibetulkan... Taapi kesian kt JLM aku.. dah cacat sana sini.. Calar sana sini.. Kemek sana sini... Hurmmm lasak ke atau tak reti jaga kereta?


Lain - lain cerita.. Tunggulah next entry ya.. Oh!! Between... 31 october 2009 adalah... 

ULANG TAHUN KE_TIGA BLOG INI....

Saturday 17 October 2009

Misteri di Highway




Aku baru balik.. Dari UKM ke JB.. Penat dan mengantuk pada tahap yang kronik.. Tapi sebelum aku tido.. Aku nak beritahu satu perkara misteri yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan semasa perjalanan balik aku tadi..


As usual, seperti biasa perjalanan aku ke JB.. Aku tak ikut jalan lama.. Aku lebih suka ikut highway.. Lancar dan Jimat.. Tadi kurang bebanan disebabkan aku seorang dan tak banyak barang yang aku bawak.. Aku pecut 160KMJ di sesetengah tempat.. Nak dijadikan cerita misteri ni.. Selepas aku keluar R&R Machap (kira-kira 45 minit dari JB) dalam jam 8.30 malam.. Aku ingat lagi dalam kewarasan otak aku, speedometer menunjukkan angka lebih kurang 140KMJ.. Sunyi.. Sepi.. Hanya bunyi angin..... Radio tak berbunyi.. Aku tunduk sikit.. Cari button power radio.. Dan tekan..






"Dummmmmm Dummmmm"












Sekilas selepas aku menoleh ke hadapan... kelibat sesuatu berdentum di depan kereta aku.. Aku tak pasti.. Selepas berdentum dengan kereta aku.. Melambung ke kereta sebelah.. Walaupun aku nampak dalam sekilas bayangan... Aku pasti aku terlanggar sesuatu.. Berderau darah aku.. Dah lah laju.. Maybe kucing or maybe anjing... Melintas di highway, dan aku langgar.. Terus melambung ke kereta sebelah... Jelas sekilas pelanggaran itu depan mata.. Aku tergamam sekejap.. Cuba menenangkan hati.. Tak kan nak stop kereta tengah highway.. Aku pon teruskan memandu sampai rumah...





Sampai rumah.. Aku tak berani nak tengok.. Takut ada cebisan terselit depan kereta aku, or darah.. Tapi aku lagi takut, kalau kereta aku kemek.. Aku ajak adik aku.. Berani kan diri check di tempat dentuman tu.. Dan hasilnya.. DUh!!!!! Sebelah lampu fog kereta aku dah hilang... Kosong... Agaknya pecah dan terus barai tengah jalan.. Aku dah tak fikir takut.. Aku fikir kereta aku dah cacat... Duh!!!





Aku tenangkan hati.. Baru lampu fog hilang.. Disebabkan aku terlanggar kerana aku tengah pasang radio, aku tak nampak 'sesuatu' itu melintas.. Cuba bayangkan dengan kelajuan 140KMJ, aku 'ternampak' kelibat tu, dan dengan reaksi spontan seseorang pemandu yang cuba nak mengelakkan terlanggar 'sesuatu' itu... Lalu dipusingkan stereng dengan serta merta... Bang!!!!.. Mungkin aku kat hospital atau pusara... Syukur aku tak perasan dan langgar.. Daripada aku perasan dan elak.. 


Bahaya wei dengan laju macamtu, with power stereng.. ko boleh terhumban dalam gaung.. Ataupun kereta automatik terbalik..  Kerana nak mengelakkan benda yang melintas.. Banyak dah terjadi.. Lagi2 kita dengar cerita seakan-akan mistik.. Fuhh Seram.. 


Tido dulu.. Takut....









Thursday 15 October 2009

Teruja Membeli Belah



Hari ni pergi ke Jusco Cheras Selatan, cadangnya nak marathon 3 wayang sekaligus.. Tapi macam penatlah nak menghabiskannya.. So then decide just watch only 2 movies.. Pergi ke sana dengan cik yasmin... Maaflah, saya ni sukar bercamwhoring seperti mana rakan-rakan yang lain.. So xda lah gambar nak dipublishkan ye.. 





Movies yang ditonton firstly adalah Papadom, second The Ugly Truth.. Papadom oklah, berbaloilah dapat bermacam anugerah.. Bukan senang filem melayu nak dapat pujian aku nih, maklumlah bukan sombong, bukan mendewaka-dewakan filem barat, dan bukannya tak nak bagi sokongan kepada filem tempatan.. Tapi rata-rata filem melayu ni memperbodohkan penonton... Kadang-kadang lawak yang xberapa lawak pon diulang-ulang dekat 100 kali.. Tapi Papadom memang lain dari segi lawaknya, dan dari segi penceritaan kekeluargaan.. Tapi adalah sikit-sikit unsur tak logik dekat situ.. Tapi oklah Papadom.. Berbaloi lah RM10 korang tuh..







Second movie, The Ugly Truth pula cerita biasa genre Komedi Romantik Hollywood.. Yang diselit lawak-lawak lucah, dan berakhir dengan Happy Ending... Biasa jugak bila someone jadi orang tengah dalam percintaan akhirnya jatuh cinta pada rakan sendiri.. Banyak dah kot movie yang penceritaannya sebegini..





Ok, back to topic, teruja membeli belah kat Jusco ni.. Ada sale 50%, 70%... Dan akhirnya aku yang tengah kering nih terbeli 2 barang hampir mencecah dalam RM100 kot.. Barang pertama sunglass.. Memang nak beli, just RM15 je.. Aku nak beli then buat cermin rabun jauh.. Hehehe.. Just nak guna time drive.. Silau kalau xda sunglass..


Second barang aku terbeli adalah Discovery 4wd short.. Alahhh.. Discovery 4wd ni jenama untuk orang yang selalu travel dalam hutan-hutan naik jeep 4wd tuh.. Short yang banyak kocek sana sini... Harga asal RM 129.00.. Less dalam 70% so harga dia dalam RM39.00... Teruja lak tengok harga jadi begitu murah.. Short ni senang kalau nak buat masuk hutan, coz kocek dia banyak, dan pinggang boleh sangkut something macam botol air atau apa-apa kegunaan untuk travel ke hutan dsb.. Dan juga bolehlah kalau nak dibawak jalan ke mana-mana.. Santai..


Third barang yang terbeli adalah Beg sangkut tepi jenama Lumberjack.. Harga asal RM99.00.. Less 50% si tinggal lah harga dia RM49.00.. Aku beli beg ni sebab sesuai untuk dipakai pada seluar tersebut.. Kalau tak dipakai pada seluar pun, dia ada tali panjang untuk buat beg sangkut macamtu.. Senang, sebab masa masuk Hutan Merapoh haritu, aku letak kamera dalam backpack.. So susah nak keluarkan kamera, kalau letak kt tepi senanglah sikit nak keluarkan kamera bila perlu..


Jadi dalam sehari abes RM100 aku.. ish2... Rosak program J.I.M.A.T aku.. hahaha...

Tuesday 13 October 2009

Trip ke Merapoh







Kali ni entry pasal trip ke Hutan Merapoh pada 9-12 Oktober di Sungai Relau, Hutan Merapoh, Pahang.. Trip ni bertujuan nak mengambil sampel tanah di 3 rentis berbeza iaitu rentis intepretatif, rentis palas dan rentis negeram... 











Pada hari jumaat bertolak dari FST jam 4.30 petang disebabkan masalah teknikal.. Kalau diikutkan jadual, bertolak dalam jam 2.30 petang dari FST.. Semua alatan-alatan dah dibawa termasuk boxes untuk penggambilan sampel dan barang-barang yang diperlukan... Epul sebagai lab assistang bertindak sebagai pengiring kepada rombongan ke Merapoh ini.. hehe.. Walaupun banyak masalah berlaku sebelum pergi.. 





Nasib baik kitaorang dapat Driver yang macam 1Malaysia.. Kira Sporting lah gak.. Tapi banyak membebel.. Dan kurang sabar.. Perkenalkan Bob The Driver.. Boley buat citer kartun animasi menggantikan Bob The Builder..


Sampai di sana jam 11.00 malam.. Terus diberi bilik yang mempunyai 3 katil.. Pemandangan malam disini sedikit gelap.. Maklumlah kawasan Hutan SImpan Negara.. Setelah diberi penerangan serba sedikit mengenai aktiviti esok pagi.. Kami pun bersambung hajat tido dibilik yang disediakan..








Esok pagi selepas sarapan, sempat sedikit nak snap gambar-gambar di kawasan sekitar.. Suhu pun sejuk dan lembap.. Tenang dengan kicauan burung.. Di kawasan sekitar juga terdapat kawasan pembiakan ikan kelah.. Ikan ini dibiakkan dan akan dilepas kembali ke dalam sungai bila tiba waktunya.. Tapi gambar kawasan pembiakkan ikan kelah ini tak sempat di'snap'..





Selepas sarapan dan meng'snap' gambar.. Dalam jam 10.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan pengambilan sampel di rentis interpretatif... Habis meredah rentis tersebut dalam jam 11.30 pagi.. Disambung aktiviti meredah rentis palas pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.. 





Aktiviti meredah rentis-rentis ini diketuai oleh renjer Taman Negara yang baik hati dan juga sporting.. En Hadi..


Taman Negara Merapoh ini terletak bersempadan Pahang dan juga Kelantan.. Sempadan Merapoh dan Gua Musang.. Bandar yang terdekat dari Taman Negara ini ialah Gua Musang, Kelantan kira-kira 30 minit perjalanan berbanding Kuala Lipis, Pahang mengambil masa hampir satu jam perjalanan...





Selepas meredah 2 rentis yang pertama, dalam jam 6.30 petang, Bob the Driver sudi membawa kami ke bandar Gua Musang... Untuk mencuci mata dan bershopping... Destinasi pertama adalah GM Kopitiam.. GM barangkali membawa maksud Gua Musang.. Selepas GM Kopitiam, kami dibawa ke EconJaya... Shopping Centre yang terkenal di bandar Gua Musang ini.. Tidak beli apa-apa.. Hanya sekadar mencuci mata.. 








Setelah penat mencuci mata, kami dibawa ke Kedai Makan Seafood.. Harga yang ditawarkan berpatutan.. Harga bagi Ikan Talapia Claypot hanya RM19.00...



Keesokkan paginya setelah sarapan.. Dalam jam 10.00 pagi.. Kami dibawa En Hadi merentas rentis Negeram.. Rentis terpanjang sekali diantara ketiga-tiga rentis.. Untuk makluman, rentis ini adalah rentis dimana aku perlu mengambil sampel di sepanjang rentis.. Hasilnya terdapat 4 sampel tanah diambil dari rentis ini..





150 m - Dibawah pokok
400 m - Di lopak air
850 m - Tanah yang menerima pendedahan cahaya matahari
1200 m - Tanah di bawah kayu-kayu reput





Kesemua ketiga-tiga rentis ini, kami bukan saja membawa pulang sampel tanah.. Tetapi membawa juga pacat yang berkeliaran di dalam Hutan.. Ketika di rentis palas sebelum ini, hujan mulai turun menyebabkan pacat-pacat naik ke tanah dengan banyaknya... Sebaik saja keluar dari rentis, dan membuka stokin, 3-4 ekor pacat sudahpun berada di kaki masing2.. Menunggu kenyang dan jatuh ke tanah semula.. Epul, lab assist yang mengikuti perjalanan ini, paling banyak sekali menerima gigitan pacat..


Petangnya selepas pengambilan sampel di rentis Negeram.. Selepas meggi untuk santapan tengahari.. Kami dibawa En Hadi ke Santuari Ikan Kelah.. Kata beliau disitu kita boleh memberi makan ikan kelah yang jinak dan bermain-main dengannya..




Perjalanan bermula jam 2.30 ptg dengan menaiki kenderaan 4wd.. Untuk menuju ke santuari ikan kelah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan jarak 14 km.. Dalam perjalanan, dapat melihat alam semula jadi disekitar jalan sepanjang perjalanan.. 





Setibanya di santuari ikan kelah, kami mengambil gambar di Rentis Gunung tahan.. Laluan untuk para pendaki ke Gunung Tahan melalui merapoh.. Permulaan rentis ini dimulakan dengan jambatan gantung.. Di beritahu, dari Merapoh ke Puncak Gunung Tahan mengambil masa 2 hari naik dan 2 hari turun... Berbanding dari Kuala Tahan ke Puncak mengambil masa 7 hari naik dan turun.. 









Di santuari ikan kelah, kami memberi makan kepada ikan-ikan melalui botol kecil.. Ikan-ikan ini dengan sendirinya akan ke botol itu seolah-olah menyusu dari botol tersebut.. Ikan Kelah bewarna kemerah-merahan.. Diberitahu juga oleh En Hadi, Ikan kelah ini boleh dilambung-lambung.. Kami tidak begitu berani, hanya menyentuh.. Segala peralatan seperti google dan snorkelling diberi untuk melihat ikan dengan lebih jelas dalam air..











Dalam perjalanan pulang dari santuari ikan kelah, kami dibawa ke Menara Seraya.. Menara yang dibina bertujuan untuk melihat kehidupan flora dan fauna.. Sesuai untuk mereka yang mencintai alam semula jadi dan gemar memerhatikan habitat semulajadi.. Jadinya untuk sesiapa yang berminat, wajib membawa binokular dan kamera yang mahal-mahal.. Baru puas hati.. 





Dari menara ini juga kita boleh melihat Puncak Gunung Tahan.. Mengikut gambar yang diberi, puncak Gunung Tahan berada di sebelah kanan sekali.. Mungkin kerana nasib baik, waktu gambar ini diambil, cuaca yang tidak berkabus menyenangkan pemandangan puncak Gunung Tahan. 


Perjalanan pulang ke bilik dinikmati dengan sepuasnya.. Setelah kesejukkan meredah sungai, kini dihidangkan pula angin dari deruan 4wd merentas perjalanan pulang..











Keesokkannya, sebelum pulang ke UKM.. Kami dibawa ke bilik pameran yang disediakan di Taman Negara ini.. Pameran ini sedikit sebanyak menggambarkan habitat semula jadi haiwan-haiwan yang ada disini.. Dan menggambarkan kepelbagaian flora dan fauna yang ada di salam Taman Negara ini..








Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama En Hadi.. Perjalanan pulang bermula dari jam 10 pagi dan sampai ke UKM pada jam 4 ptg..


Special Thanks pada Dr Kalaivani, My Thesismate, Epul as Lab Assist, Bob The Driver, En Hadi as our Guide... And alls yang memberi kerjasama sepanjang trip ini.. Thanks Again..