Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Saturday, 17 October 2009

Misteri di Highway




Aku baru balik.. Dari UKM ke JB.. Penat dan mengantuk pada tahap yang kronik.. Tapi sebelum aku tido.. Aku nak beritahu satu perkara misteri yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan semasa perjalanan balik aku tadi..


As usual, seperti biasa perjalanan aku ke JB.. Aku tak ikut jalan lama.. Aku lebih suka ikut highway.. Lancar dan Jimat.. Tadi kurang bebanan disebabkan aku seorang dan tak banyak barang yang aku bawak.. Aku pecut 160KMJ di sesetengah tempat.. Nak dijadikan cerita misteri ni.. Selepas aku keluar R&R Machap (kira-kira 45 minit dari JB) dalam jam 8.30 malam.. Aku ingat lagi dalam kewarasan otak aku, speedometer menunjukkan angka lebih kurang 140KMJ.. Sunyi.. Sepi.. Hanya bunyi angin..... Radio tak berbunyi.. Aku tunduk sikit.. Cari button power radio.. Dan tekan..






"Dummmmmm Dummmmm"












Sekilas selepas aku menoleh ke hadapan... kelibat sesuatu berdentum di depan kereta aku.. Aku tak pasti.. Selepas berdentum dengan kereta aku.. Melambung ke kereta sebelah.. Walaupun aku nampak dalam sekilas bayangan... Aku pasti aku terlanggar sesuatu.. Berderau darah aku.. Dah lah laju.. Maybe kucing or maybe anjing... Melintas di highway, dan aku langgar.. Terus melambung ke kereta sebelah... Jelas sekilas pelanggaran itu depan mata.. Aku tergamam sekejap.. Cuba menenangkan hati.. Tak kan nak stop kereta tengah highway.. Aku pon teruskan memandu sampai rumah...





Sampai rumah.. Aku tak berani nak tengok.. Takut ada cebisan terselit depan kereta aku, or darah.. Tapi aku lagi takut, kalau kereta aku kemek.. Aku ajak adik aku.. Berani kan diri check di tempat dentuman tu.. Dan hasilnya.. DUh!!!!! Sebelah lampu fog kereta aku dah hilang... Kosong... Agaknya pecah dan terus barai tengah jalan.. Aku dah tak fikir takut.. Aku fikir kereta aku dah cacat... Duh!!!





Aku tenangkan hati.. Baru lampu fog hilang.. Disebabkan aku terlanggar kerana aku tengah pasang radio, aku tak nampak 'sesuatu' itu melintas.. Cuba bayangkan dengan kelajuan 140KMJ, aku 'ternampak' kelibat tu, dan dengan reaksi spontan seseorang pemandu yang cuba nak mengelakkan terlanggar 'sesuatu' itu... Lalu dipusingkan stereng dengan serta merta... Bang!!!!.. Mungkin aku kat hospital atau pusara... Syukur aku tak perasan dan langgar.. Daripada aku perasan dan elak.. 


Bahaya wei dengan laju macamtu, with power stereng.. ko boleh terhumban dalam gaung.. Ataupun kereta automatik terbalik..  Kerana nak mengelakkan benda yang melintas.. Banyak dah terjadi.. Lagi2 kita dengar cerita seakan-akan mistik.. Fuhh Seram.. 


Tido dulu.. Takut....









Tuesday, 4 August 2009

JLM 5845


JLM 5845.. tu nombor plate keter aku.. yang belah depan dah cantek aku ganti dari bentuk panjang ke bentuk yg pendek.. mahal lah gak aku tabur duit atas benda alah tuh...

tapi yang menyakitkan hati... baru jap tadi aku perasan benda alah tuh sudah pun mengalami kecacatan kekal.. siot betol lah.. sapa lah langgar aku nyer nombor plate nih.. buta ker.. atau ada orang yang dengki ngn aku.. cet... bayar lah balik kalo langgar pon.. dah senget sangat.. kalo sket2 tkpe lagi.. ni kuat nyer langgar... sah2 buta... naseb keter aku xcalar pape..

aduhhhhh... nk betulkan sendiri takut susah plak.. ermm pening2...


Thursday, 16 April 2009

Aku Pemberi Rasuah!!


kali ini title dalam bahasa melayu.. sebabnya aku tak tau nak translate..

ya, hari semalam aku dah memberi rasuah kepada seseorang.. aduhh jatuhlah kredibiliti aku sebagai seorang mahasiswa intelektual yang tinggi.. haha.. poyos..

Semalam aku baru balek dari JB menuju ke UKM.. al maklumalah, darah jiwa muda remaja... Speedometer kerap kali menujukkan angka 160/170 kmh.. jalan highway lak tuh kan.. lagi lah berlagak macam pemandu speed racer... tapi betol, aku xsedar speed sampai 170 kmh..

Maka dalam perjalanan selepas sempadan Melaka-N.Sembilan, aku ditahan polis trafik.. shit.. aduh.. First time kena tahan.. agak mengelabah gak.. hahaha.. Than ikuti perbualan aku.. :

Pak Polis: Encik tau apa kesalahan, memandu laju melebihi had, 146 kmh..

Aku: Mintak maap bang, kereta ni sedap di bawak, tak tau tertekan minyak kuat sangat, lagipun saya kejar masa ni, nak antar asigment jam 4.. saya student UKM..

Pak Polis: Sebelum saya saman awak, saya nak tanya, awak mampu x bayar saman ni.. Rm 300..

Aku: Saya ni student bang, mana ada duit.. RM 300 lak tuh.. Yuran UKM saya RM1000 tak bayar lagi..

Pak Polis: Kalau macam tuh, awak x ada cara lain..?

Aku: Cara lain? (blurr) owhh amaran.. bley kan amaran bang...

Pak Polis: Xda amaran2.. Bos saya ada kart depan tuh.. saman tetap saman.. nak saman atau cara lain?

Aku: ada cara lain ker selain saman? (bogel??, kena tangkap??, kete kena tarik?? )

Pak Polis: Awak nak saman ke cara lain? jangan buang masa saya.. banyak keter lain, saya ni tak mintak.. Jangan cakap saya mintak..

Aku: owhh (b_bi polis ni mintak duit aku)

Aku terharu bila bukak dompet, dalamnya sekeping not RM 50... siyallllllll.... Nak x nak, aku terpaksa bagi duit itu... Maka dengan sah, aku tergolong dalam golongan pemberi rasuah!!!! shilanat nya polis... mentang-mentang aku student, kau pau aku..

Perut dah buncit.. aku ni pon ngok gak, tak tgk no polis itu.. ceh.. kalau aku kaya, aku bayar saman... polis ni pon bongok gak kot.. dia tak tau ker skang zman siber.. mesti ader ramai blogger.. haha.. mana tau ader blogger sgapore kena tahan ker, abesla..

teruk betol polis zman skang..baru seorang.. yang lain?

Moralnya jgnlah bawak laju.. ingat orang tersayang..




Wednesday, 8 April 2009

Fast and Furious 4

semalam aku tgk movie yang bertitlekan fast & furious.. ok.. not bad.. jalan cter seperti biasa, bad guy vs nice guy, cops etc.. cuma yang menerujakan kami adalah kereta-kereta yang cambesh dan aksi lumba yang penuh mendebarkan.. Lebih aksi dari hujan yang mewarnai litar F! sepang tempoh hari.. Waaaahhhh.. sebagai seorang lelaki yang betul2 tulen dan maskulin.. kereta merupakan teman peribadi yang amat penting.. dan perlumbaan atau kelajuan membawa maksud yang sangat subjektif dan mampu membawa keghairahan seperti juga malam pertama.. opsss!! Kalaulah aku diberi pilihan untuk memilih kereta apa sahaja yang dikehendaki.. haha.. just like the movie..

huh.. wayang ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda aku untuk terus berjuang demi mencantekkan kereta.. Tunggu 3 tahun lagi warranty, dan aku akan design my new car mengikut citarasa aku.. hehe.. Tambah front grill yang cambesh. sport rims 16 inch.. Lowered kan sket depan.. Angel eye LED, dan neon di bawah keter.. Owhh Sport TRD (Toyota research development) muffler di belakang.. Carbon Hood, dan lain-lain lagi.. Tak sabar rasanya untuk melihat kereta Vios ini bertukar wajah!!

Owhh adakah saya mengagumi kereta lebih dari seorang perempuan cantek??
Saya mengagumi apa sahaja yang mempunyai bentuk badan yang menggairahkan dan cantek :)
haha.. memandai jerkk..

Monday, 6 April 2009

JJU 7583, a precious moment







Akhirya.. Kehilangan dirasai.. walaupun patah tumbuh hilang berganti.. yang pergi akan tetap diingati..
kenangan akan kekal sebagai satu memori yang pastinya tidak akan terpadam.
JJU 7583




Thursday, 2 April 2009

Farewell Party!!


Hari ini aku meraikan majlis perpisahan dengan Teman Setia aku..
Teman aku sebagai pendengar di kala aku sedang marah!
Teman aku yang setia ketika aku dalam pelbagai situasi..
Dia segala-galanya
Membantu aku di kala aku kesusahan..
Teman yang akan diam, walaupun aku marah dia.
Teman yang akan mendengar segala luahan isi hati aku pada dia..

Teman aku ketika aku bersedih
Teman aku ketika aku gembira
Segalanya dia sentiasa disisi

Hari ini aku mula merasai kehilangan..

Aku ingin nangis..
Aku sangat ingin menangis..

Aku seorang yang takut pada kehilangan..
Aku bakal kehilangan kau, teman.
Surely, aku akan rindu kau sesangat..

AKU SAYANG KAN KAU
AKU SANGAT SAYANG PADA KAU

sampai akhir hayat aku, aku tidak akan lupakan kau.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku!!






Thursday, 19 March 2009

Miserable

ohh sakit hati sialll
Proton Savvy aku buat lagi..
Kali yang ntah ke berapa..
Kena tarik bawak ke bengkel
macam x bayar hutang jadinya
menyusahkan. Pening sakit kepala
Fcuk Fcuk Kereta ini..
Aku dah x menyayanginya lagi..
Selamat Tinggal..

Ayah kata, dia dah deal ngn Toyota
Trade In..
Huh Aku Menanti x Sabar..
Coza aku dah lama tahan sabar ngn keter cinonet nih.

Thanks
Ayah
ibu



Friday, 27 February 2009

Kewl And Hot Stuff

owhh
today i went2 to the Brothers Car Shop, bangi, Section 8..
Looking for car accessories especialy for my savvy..
And i found it...
found it..
Front Air Grill - RM85
Air Scoop - RM28
its so kewl and hot for savvy..
damned... that things plus2 overall with paint (passion blue) will cos it to RM3++.00
owhhh....

Aku nak gakkk.
satu hari, aku akan beli dan pasang!!!

Hari ni sehingga Ahad, aku akan ke Kursus Induksi Exco PERMAJ..
(walaupun doktor x bagi)
haha, k semoga berjumpa lagi..
bye..



Tuesday, 24 February 2009

Auto Show KAPREZA

First, Happy Burfday to My Mom on 22 February 09... Happy Yippie Burfday Mummy.. haha..

Futsal Xtreme C
Pagi ahad jam 1.am, aku sebagai ahli angkat Xtreme C, mengikuti rombongan untuk bermain futsal.. Men agak hampeh la arituh.. Huhu... cmna nih.. Malu aku selaku bekas wakil Malaysia.. haha.. Tgh men dah terasa kepala berdenyut2.. Tapi takpe.. aku gagahkan diri, men gak.. Balek dari futsal jam 3.am singgah gi mapley sekejap bersama rakan2.. minum2 dan sampai di bilik dalam jam 5.am lebih kurang..

Black Out
Lepas balek men futsal kart Sports Planet, Tak terasa pun nak terus tidor, so baring2 baca komik dan menatap blog2.. dengan secara mengejut, lampu semua terpadam, kipas pun.. owhh kepanasan yang amat2 sangat.. dalam keadaan kepanasan dan kegelapan, aku dan rumate diganggu lagi.. owhh.. keseraman.. rumate aku terus terbangun dan melihat kami sesama sendiri.. Dalam kul 6.30 lebih kurang, Amier datang.. Dalam hati ragu2 jugak nak bukak pintu ke tak.. takut2 yang datang bukan amier.. tapi..... haha.. dengan beraninya bukak juga pintu.. dan kami berborak dengan amier sehingga jam 8 pagi.. owhh.. dengan keadaan masih lagi dalam kepanasan..


powered by SweetIM

Autoshow
kebetulan hari ini ada autoshow.. aku teringin sangat nak pergi.. masih lagi x tido, berborak dengan rumate dan sempatlah gak tido dalam 1 jam.. kul 12 aku, topek, amier dan din terus bergerak ke autoshow Kapreza.. Keter masih tak banyak lagi.. dan peserta2 autoshow pon masih lagi memperkemaskan persembahan mereka.. Cuaca sangat2 lah terik.. singgah kejap minum2 kart pesta KAPREZA sebelum balek ke bilik.. Jam 1.30 sampai bilik, terus terbaring atas katil.. Kul 3 ptg lak bangun dalam keadaan berpeluh2 terus antar My Honey gie Exam kart DECTAR.. alang2 dah terbangun, aku ajaklah si luman Din bersama-sama menggegarkan Autoshow di Panggung Seni sekali lagi.. Cuaca masih lagi terik.. tersangat2.. tapi puas.. bnyak gak kereta yg dipamerkan..


The Winner!!


keter aku gak juara Autoshow KAPREZA

lepas melihat kereta-kereta yang dipertandingkan, aku kembali bersama Din ke pesta KAPREZA.. minum2 sambil melihat tarian Shuffle yang rata-rata penarinya Budak Kecik Setahun Jagung.. Pe la nak jadi.. ish3.. Din sempat lagi beli T-Shirt GempakStarz.. Setelah kehabisan idea untuk meronda2, kami singgah makan di gerai mee rebus stulang.. Makan2 lepak2 sebentar kart situ.. Dari cuaca panas, bertukar plak cuaca ke arah Hujan yang disertakan petir dan guruh.. tersangat lebat dan tersangat sejuk.. Pukul 5 kena jemput my honey dari abes exam.. skang dah menghampiri jam 4 ptg.. maka apa lagi, aku dan Din redah hujan menuju ke kereta.. sebab aku pikir, tunggu dalam kereta lagi besh sambil berborak2 dgn Din.. 1 jam menunggu My Honey dalam kereta, dan tepat jam 5 ptg kami kembali ke UO.. balek tito..

Fever
terjaga dari tido semasa maghrib.. Aku dah terasa semacam.. owhh aku ke-demam-an.. Sakit kepala.. lenguh2 badan.. kepanasan melampau.. sesekali kesemputan.. dan aku terpikir, mengimbas kembali.. dalam cuaca panas yang tersangat terik, aku berjemur dan menghabiskan 3 cawan air yang berais.. dan peralihan cuaca dari panas ke hujan yang sejuk.. ditambah lagi dengan keberanian aku meredah hujan... Dan aku terus ke-demam-an ... sehingga blog ini ditulis..


powered by SweetIM

Mid Sem exam..
Esok malam selasa ader exammm.. Mid Sem Biochemical.. Wishh me Luck Ya!!