Tuesday 16 December 2008

Holedays Without Internet

Hari ni aku menaip bukan atas keyboard sendiri tapi di komputer di cyber cafe.. dah lagu ntah pape dalam cc ni.. memekak jerk.. naseb baek lah bukan cc bapak aku.. untuk holiday ni, me sentiasa busy.. At first dengan PROKAJ, Kembara anak Johor, Then continue dengan OPKIM di Endau, Mersing.. Balik dari segala program malas nak bukak internet.. Kalau x kerana nak update blog PERMAJ, malas nk check blog nih... Prob Actually (Baru pas tgk Love Actually) internet dial up kart umah terlalu slow sampai blog takley bukak.. Geram nya pasal pecut ker cc yang sebenarnya jauh wooo...

Tenkiu atas segala komen dalam post aku sebelum ni, Tenkiu Jugak kart Juju from ur opinion as law students.. haha.. Nway aku sentiasa pesan kart diri, apa yang berlaku sekarang adalah rezeki.. Sebenarmya kalau kita belajar apa sekali pun tapi xder daya usah, kita tak kemana pon.. Dan dan kerja pon cashier kart pasaraya.. Cashier berijazah lagi.. Haha.. Takpe yang penting rezeki halal..

sekarang ni kart umah, aku berusaha nak menghabiskan Harry Potter: The Half Blood Prince.. dah tinggal 2 chapter lagi kot.. Haha.. tapi deathly holloow dah menunggu dah, siap berbalut plastik lagi HP:7 tue.. Haha.. k2 bertemu lagi di post yang akan datang.. Maybe review pasal HP.. K, Have a nice Hoooolideyyyysss...

Tuesday 18 November 2008

Me As A Lawyer?

Akhirnya exam abes gak.. Tapi Ho-Ley-day Lambat lagi or maybe tak balek rumah langsung.. Owhh my Home Sweet Home.. Dan Tenkiu kawan2 for ur support.. InsyaAllah dengan kekuatan, i try my best.. Mungkin ada yang tertanya-tanya if i change my course, why law? and why political science? Haha.. Maybe this entry ada jawapannya..

My ambiton masa sekolah rendah, dah semestinya macam bebudak yang lain.. Doctor, Arkitek, Lawyer, Engineer dll. Tapi itu masa sekolah rendah sehinggalah aku terdetik untuk meminati bidang sastera.. Sejak bila.. Aku sendiri tiada jawapan.. Aku minat pada sastera, minat menulis puisi, minat untuk mengarang.. Minat menulis novel.. Ada juga aku menulis novel-novel yang mana akhirnya tersangkut di tengah jalan.. I have a bad habits, really-really bad.. Pernah dengar "Hangat-hangat tahi ayam"? Itulah gambaran aku sebenarnya.. Idea ada, alatan ada, sometimes masa je yang tak ada.. Tapi still x siap.. dan x berani nak tunjuk pada sesiapa.. Just minat, maybe bakat tak pernah pun ada.. Pernah juga aku terfikir maybe one day aku akan jadi penulis sambilan.. Hidup goyang kaki bersama royalti (itupun kalau hasil penulisan aku laku).. Haha so maybe aku patut jadikan sastera ni cuma hobi sampingan.. Ada masa boleh buat.. InsyaAllah..

Sastera dan Law ada kaitan?.. Aku tak sure sebab aku tak pernah belajar law.. Cuma apa yang aku tau i want to be a lawyer.. Berpakaian Smart di dalam court.. Petah berbicara.. Dan Lawyer merupakan pilihan pertama aku.. Why? Im not sure.. Tapi ada satu or dua perkara yang buat aku jatuh hati pada law.. Yang pertama aku suka berdebat, aku suka nak menang.. Sesiapa yang pernah kenal aku dengan sedalam-dalamnya tau yang aku tak akan pernah mengalah walaupun apa yang aku cakap tu salah.. Opsss.. Kantoi.. Haha.. Recall balek masa sekolah di MRSM, time sejarah, Cikgu Alishah ni pernah buat satu perdebatan lah kononnya, dan aku di awardkan pendebat terbaik oleh cikgu tersebut.. Banggalah jugak walaupun dalam kelas jerk.. Haha.. Tapi i make a mistake.. Aku tak pernah pon menonjolkan diri aku sebagai pendebat.. Aku tak pernah pun nak mencuba memasuki mana-mana pertandingan debat.. Entah sebab apa.. Mungkin aku jenis yang tiada keyakinan dalam mana-mana pertandingan.. Thats my mistake.. 2nd mistake pun terjadi bila aku ditawarkan MAKUM untuk pemantun UKM.. Tapi aku tolak.. Semua disekeliling aku kecewa ngan keputusan aku.. Benda dah lepas usah dikenang.. Teori kedua aku suka law atau pun berdebat ni berkait rapat dengan zodiak.. Bulan Mei dikatakan suka berdebat.. Maybe yes or maybe not.. Dan another teory is, Nizam.. Mohd Saiful Nizam yang ertinya Yang Terpuji Pedang Kebenaran.. Pedang boleh juga membawa erti kepada ketajaman berkata-kata dan Nizam membawa maksud kebenaran.. Ketajaman berkata-kata dalam kebenaran.. Haha just a theory..
Mungkin sebab itu aku suka law, dan aku sentiasa nak menang.. Dan aku pandai memutar kata-kata (dulu sahaja sekarang dah kurang expert)..

Ok, stop bout sastera and law.. 2nd ambition aku berkait dalam bidang architecture.. aku minat melukis walaupun aku sendiri tak nampak bakat melukis tuh, apatah lagi orang lain.. aku minat architecture, landscape design ni disebabkan kreativiti melukis sesuatu design/structure.. Imaginas yang melampau misalnya membayangkan sesuatu bangunan itu design nya modern plus tradisional.. Dan membuat rekaan menggunakan kadboard, gam tampal sehingga akhirnya membentuk satu hasil seni yang memuaskan hati sang penciptanya.. Tapi semua orang pun tahu, designer ni memerlukan kesabaran tahap maksima.. MInat tetap minat tetapi aku tidak ada kesabaran tahap tu.. Ditambahkan lagi dengan perangai aku membuat awal musim jerk..

Architect or Law.. Haha bila dikenangkan kembali.. Jauh Panggang dari Api.. Beza langit dari Bumi.. Bidang yang aku amek sekarang biologi.. Tak pernah terfikir pun aku akan amek kursus yang memrlukan aku duduk 24 hours menggunakan 6 mata.. Mata aku 2, ditambah spec mata 2, dan kanta mikroskop lagi 2.. Biologi.. HuuHuu.. Subjek yang aku fail sejak sek menengah lagi.. Haha kena banyak menghafal.. Dan skema jawapan yang teramat ketat.. .Walaupun aku berkata itu dan ini.. Realiti masa kini bukan lagi kehidupan zaman silam.. Realiti kehidupan kini perlu diharungi bukan lagi silam yang sentiasa dikenangi.. Sejauh mana pun kita memandang ke belakang, kita akan terus meredah waktu jauh didepan sehingga ke titik penamat kehidupan kita.. Salam..

Saturday 15 November 2008

Microbiology to another courses?

Dalam mempersiapkan diri menghadapi exam-exam terakhir ni, desas desus dan khabar angin di sekeliling aku ni bertiup kencang. Turut mempengaruhi psikologi aku.. Ada yang bukan shj khabar angin tetapi telah menjadi angin.. (maksudnya?) Ada khabar itu telah pon mejadi benar.. Tukar kursus @ tukar fakulti... Memember aku sama ada rapat or tak asyik mengtakan ingin tukar kursus dan ada yang dah apply untuk tukar.. Alasannya x dapat catch up, x mampu nak meneruskan saki baki pelajaran walaupun dah masuk 6 sem.. Wow.. Bukan Jumlah yang sedikit.. 6 Sem, masa, wang dan sebagainya terbuang begitu sahaja.. Tapi setiap orang ada hak masing-masing.. Bagaimana percaturan hidup mereka ?, mereka yang berhak tentukannya.. Bagaimana percaturan hidup aku?

Seperti mana rakan-rakan satu batch aku, aku dah masuk 6 sem.. Bakal meneruskan pengajian InsyaAllah lagi 2 sem.. Tapi mampu ke aku bawa saki baki pelajaran.. Sedangkan yang lain berputus asa.. huhu.. Kalo aku tukar kursus, apa yang aku nak amek.. Bussiness Management @ Law @ Political Science.. Kalo tak tukar kursus, mampu ke aku bawa (atau kena buang dari Universiti).. Satu pilihan yang susah .. Psikologi yang memeningkan aku.. Atau aku patut amek Psikology Course.. Hahaha... Tapi aku pon ada matlamat aku sendiri.. Aku harap keyakinan aku untuk teruskan kursus Mikrobiologi ni berjaya sehingga aku menggenggam segulung ijazah.. Walaupon aku x graduate dengan rakan-rakan seangkatan aku tapi aku akan make sure aku akan grade..

Lepas grade ? Aku akan bekerja (hope tak memilih) for 2 or 3 years before aku akan berusaha untuk sambung pengajian.. Master or another degree ? Depends.. Kalo aku grade ngan succesnya aku akan amek master.. after master of course pHD.. InsyaAllah.. Kalo aku sederhana jerk, maybe work for 2 or 3 years and the tgk yang mana seswai.. Kalo rasa nak amek Bussiness Management means aku amek double degree and sambong master dalam BM.. Kalo nak amek Political Science Better aku teros amek master..

Itu percaturan hidup aku, x perlu tukar kursus (disebabkan terpengaruh ngn member sekeliling) dan teroskan saki baki hingga akhirnya berjaya dalam hidup.. Tetapi aku perlu berhati-hati agar tak tergelincir dalam percaturan yang risiko ini.. Silap Langkah patah kaki..

So ? Apa yang korang rasa ? Any Comments ?

Wednesday 12 November 2008

Please Make Me Smile.

tgh study.. gene ekspression esok.. 13hb Nov 2008 (Khamis)... sambil study sambil lyn sms.. walaupon kurang kosentrasi tapi still layan... memuaskan hati semua pihak.. sometimes sms yang diterima agak menggeruhkan keadaan dan menghilangkan daya usaha nk study.. mood nk study ilang suddenly.. kekuatan diteruskan.. aku ni ibarat telur di hujung tanduk.. tergelincir landasan maut digilis... pape pon hidup mesti diteruskan walau apa yang terjadi.. terjatuh perlu bangun.. dalam keadaan minda yang x menentu aku teringat pada sheila.... sheila yang pernah aku minat satu ketika dulu... lagunya memutar2 dalam kepala.. hanya itu yang aku mahukan.. suasana dalam lirik dan lagu.. hanya itu yang mampu ceriakan aku...

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggupkatakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

sometimes aku ingin nanges, tp ego seseorang lelaki mengatakan tidak.. sometimes aku ingin ketawa tapi keadaan hati mengtakan tidak... bila aku marah, biarkan aku bersandar, jangan kau menghindar.. dapat kah engkau selalu menjaga aku, dalam susah atau senang.. aku lelaki.. aku ingin seseorang yang menjaga aku.. bukan shj skang tetapi sehingga ke akhir nafas... bila ku lelah tetaplah di sampingku jangan kau pergi tinggalkan ku sendiri.. aku hanya mau tersenyum.. atau aku akan hidup selalu dalam kegusaran.. hidup dalam dunia yang tiada ketenangan..

Tuesday 4 November 2008

exam!! exam!!


(click tis pic to view large version)

wish me luck!! Go!! Go!! Chayokkkk!!

Sunday 2 November 2008

im crying



bila usia janin 40 hari atau 40 malam adalah hadith Nabi Saw bermaksud, “Jika nutfah (gumpalan darah) telah sampai 42 malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudian memberi keputusan…” (HR. Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.)..

ketika ruh ditiup ke dalam janin yang bakal menjadi manusia, makan ditetapkan rezekinya, ditetapkan jodohnya, ditetapkan perjalanan takdirnya dan ditetapkan ajal mautnya.. kita hidup di dunia Allah harus bersedia dengan iman, ibadat dan amal seolah2 esok kita akan menghadapi maut... kita bekerja dibumi harus tekun dan yakin seolah-olah kita hidup seribu tahun lagi.. tapi perlu ingat kematian pasti menjemput kita..

tepat 12 am 27hb pagi Isnin, aku menerima satu berita. berita kehilangan seorang lagi insan yang ku sayangi.. Mok Teh aku.. berita sedih ni aku terima tepat Jam 2. pagi.. dalam keadaan penat dan letih sbb baru jer pas men futsal.. My Dad tulis anta mseg "Mok Teh Mersing meninggal".. terkedu dan terkejut.. meseg kart Hp aku tengok berulang-ulang kali tak percaya.. dapat je berita aku terus contact cousin aku di serdang dan berpakat sama2 konvoi ke melaka jam 3 pagi.. dari melaka aku berkonvoi plak dengan Paklong dan Makngah aku. konvoi sebanyak 5 kereta menuju ke rumah arwah di mersing.. sampai di Mersing dalam Jam 8 pagi.. hujan lebat mengiringi pengkebumian dan suasana sedih. Alhamdulillah dalam jam 2 petang semuanya siap dan hujan berhenti sebaik saja talkin habis dibacakan..

kehilangan Mok Teh amat dirasakan.. apatah lagi baru seminggu aku jumpa beliau pada jumaat 17hb yang lepas.. beliau dalam keadaan sihat walafiat.. sempat lagi menghidangkan aku air dan kuih raya.. dapat singgah sekejap jerk.. tapi takdir dah pun ditentukan oleh yang Maha kuasa.. Punca kematiannya mengejut; semput.. .. sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui apa yang berlaku di langit dan dibumi..

Al Fatihah.. Semoga Ruhnya Dicucuri rahmat.


gambar adik beradik arwah Mok Teh aku
dari kiri: arwah Mok Teh, Makngah, Mok Da ( My Mom), Mak Ah @ MakLong, dan Busu

Sunday 26 October 2008

"Abah.. bagi balik tangan Ita"

sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk

bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya

.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

- hai... manusia-manusia.. buat anak tau tapi xnk jaga, kan bagus jaga anak sendiri.. nnti xdelah anak mati jatuh bangunan, mati kena dera ngn bibik.. walaupon takdir tapi cuai.. mak bapak yg cuai.. haha my future wife kena jaga anak sendiri, kalau ader bibik pon, kemas umah jerk.. masak pon wife yang masak..

-dah jadi mcm ni baru nk menyesal, jadikanlah cter ni satu pengajaran dan teladan yerk..

-haha knapa ntah, semenjak dua menjak ni aku suker benor nak mencari cerita-cerita sedih mcm ni.. baru sket nih, byk lagi yang sedih2 dan memberi pengajran..

-nway pon, belajar lah dari kesilapan.. kalo bukan silap kita, belajar dari kesilapan orang..

-hidup peace selalu.. :)

Friday 24 October 2008

Antara Maruah Dan Duit..


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,g
eli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh m
enggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!


Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"


Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"



"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.
Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.


Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sedih, kadang-kadang kita berbelanja mewah tetapi lupa pada yang susah.. senangnya kita sampai lupa kan mereka... kadang-kadang kita hina, kita pandang pon jijik... hidup ni putar bagaikan roda.. ntah esok ntah lusa, kita pulak yang susah.. hidup jangan menyombong.. hidup di jalan Allah hidup besederhana.. ingat-ingat pada yang susah.. jangan kedekut untuk bersedekah.. PEACE...

Monday 20 October 2008

Sony Ericssons w960i



disebabkan se w850i aku msok air, maka fungsi hp tu kini diragui..
masalah btol.. bluetooth pon xley on..
jadi tanpa membuang masa, dermalah kepada aku... wahahaha
sorang sering seringgit pon xpe..
seribu org seribu ringgit..
wahaha...
sebabnya aku skang mengintai se w960i plak...
siap touch screen lgi..
walkman, dan screen yg besar
bley gak edit Microsoft word dan xcel
cuma design sedikit kureng dan x slide..
tp harganya jauh mencecah RM 1600..
huhu....
InsyaAllah one day..
derma -derma!!!!

Sunday 19 October 2008

Frustrated, Headache, and Disappointed


huh... hujan2 begini, kepala makin sakit-sakit... sakitnya mencucuk2...
hari ni je aku bengang dalam banyak perkara..
tenet yang slow dan bodo (bak kata Amier, bersyukur lah gak)
dan someone yang cuba mencabar aku, mencabar keegoan aku
ok fine.. xda hal lah... nk sgt tgk ego, dan kemarahan aku...
and then jgn menyesal...
aku betol-betol bengang

Monday 13 October 2008

eid holidays

Cuti 2 minggu ni, 3 perkara telah aku abeskan..

Novel Ayat-ayat cinta


Imposibble lelaki sebaik fahri (watak utama dalam a2c) wujud dalam dunia ini.kalau ada pon satu dalam sejuta.. bukan kisah cintanya tapi kekuatan imannya dan pemikirannya yang standing ulama-ulama zaman kegemilangan ketamadunan islam. Kalau wujud seribu muslimin seperti fahri, menjentik pon musuh islam x berani nak lakukan terhadap kaum muslimin.. bayangkan tidak pernah bercinta sehingga cinta pertama ketika sudah bergelar suami, sentiasa menjaga pandangan, setia menjaga batas2 pergaulan dan sebagainya.. the first malay novel i read.. I think 4.5 star over 5 for ayat-ayat cinta..


Game Starwars: the force unleashed (ps2)


Jalan cerita game ini mengisi ruang antara jalan cerita starwars III: revenge of the sith dan starwars IV: a new hope… bermain sebagai watak Jacob nion, adalah anak kepada jedi knight yang dibunuh oleh darth vader disebabka penghapusan jedi counsil oleh order 66.. vader kemudiannya mengambil jacon untuk dijadikan apprentice sebagai sith untuk meneruskan kesinambungan pengahapusan jedi.. konflik yang muncul di pertengahan jalan cerita bermula bila vader sebenarnya mempergunakan Jacob nion untuk membantu mengesan individu-individu yang memberontak kepada empire yang dikuasai emperor palpatine/darth sidious dan darth vader.. Jacob ditugaskan untuk membantu vader dengan alasan untuk mengulingkan pemerintahan darth sidious/ emperor palpatine dengan menyatukan pemberontak-pemberontak.. tugas itu disempurnakan sebaik mungkin oleh Jacob nion, dan tertubuhlah rebellion di bawah senator organa dan princess leia.. matlamat sebenar vader adalah mempergunakan Jacob dan membunuh pemberontak-pemberontak sekaligus diketahui oleh Jacob dan jacob berpaling menentang vader.. dalam penentangan itu, Jacob terbunuh dan pemberontak-pemberontak melarikan diri.. jalan cerita game ini sebenarnya menceritakan bagaimana rebellion itu tertubuh untuk menentang pemerintahan kejam empire..


Starwars saga


Setelah abes men game starwars, aku pon membeli starwars dari episode 1 sampai episode 6… lengkap jalan ceritanya.. wawawa obsess sungguh aku terhadap something yang berunsurkan science fiction + fantsy nih…. Dengan kecanggihan industry perfileman Hollywood, filem yang dihasilkan seakan-akan reality….wahaha.. next time, aku akan abeskan harry potter plaks… hehe…

Friday 5 September 2008

4.34 am at 5th ramadhan.

sahur..
walawaeiii... sahur aku only maggi and cappucino 5-1.. haha.. ingat nk g cafe dalam jam 3.40 semua sudah tadak.. ayooo... so mencari dan mencari sumber makanan.. tiba2 i hv somethng in my mind.. MAGGI.. hot Cup.. Xtra Delixious.. Thai Tom Yam.. hehe.. dan indocafe cappucino...


auku-akta universiti dan kolej universiti
baru sebentar td, ntah mengapa jari jemari ini nakal mengusik ke laman2 blog, terjumpa satu blog yang membuat undian haruskah university students involve in politics... aku agak terkejut bila mana ramai yang mengundi ya dari tidak.. huhu.. minat sangat agaknya students ni ngan politic. yang memperkenalkan auku ni adalah bekas PM kita, Tun Dr Mahathir semasa beliau berjawatan Menteri Pelajaran satu ketika dulu. dan harap pembaca dapat klik ke link beliau mengenai auku dan luahan hati beliau sendiri.. well Tun, students kita ni anggap mereka lah yang terpelajar berbanding yang lain.. saya sendiri sedih bila membaca posting tun Mahathir mengenai auku yang mana beliau melakukannya demi Malaysia.. so renung2kan dan selamat beramal.. link ke che det=http://test.chedet.com/che_det/2008/08/auku-akta-universiti-dan-kolej.html

PERMAJku..
huhu.. one thing yang aku sayang adalah Persatuan Mahsiswa Anak Johor (PERMAJ).. bila kita dah sayang something kita akan pk yang terbaik untuknnya.. memang adat orang bercinta lah kan.. so nak dijadikan isu peribadi aku, bermulalah cter nya begini.. PERMAJ every year akan anta pencalonan bagi Anugerah Khas Kualiti UKM.. tahun ni aku menghantar 2 projek sesi sebelum ni, dan satu pencalonan untuk kategori Persatuan Cemerlang.. aku terdengar desas desus yang menyatakan pencalonan PERMAJ direject.. so aku pon endah tak endah.. tapi pagi semalam, aku jumpa kak ayu PPP atas urusan yang lain.. dan beliau memaklumkan kepada aku dukacitanya yang pencalonan PERMAJ ditolak.. means after saringan telah dibuat.. apa aku boleh buat.. terima coz kami memang takder rezeki.. bohonglah kalo kata aku x sedih dan aku juga berharap akan menang.. even kalah, im proud with what im doing and my exco.. all of us dah usaha sama2, tak tidor malam semata2 membuat fail dengan perfect.. walaupon projek dan pencalonan tu bukan dari sesi aku.. i repeat, bukan sesi aku tetapi sesi sebelumnya.. tetapi aku yang baik hati ni pon still berusaha atas nama PERMAJ.. bukan individu.. tapi bila aku dipulangkan balik fail2 tu, ader jer yang xpuas ati.. what the @#$%... (huhu kurang dah pahala aku).. jari jemari tu baik baik digunakan untuk ditadah memohon keampunan Allah, bukan nya menuduh aku dan exco2 aku x wat kerja.. maklumlah pencalonan direject.. haha cuba kalo menang.. lebih sudu dari kuah.. btol pe.. haha.. well if someone, somebody, busybody or whatever yang tak puas ati dengan posting ni, just leave any comment.. this issue just leave in my blog.. x usah diseret atas nama Persatuan yang aku banggakan..

leadership
well susah sebenarnya berada diatas.. mungkin sesetengah mata just memandang yang berada diatas hebat, mudah mengarah, dan goyang kaki.. huhu.. nampak easy.. kepala yang memikirkan nih, sebenarnya tak cukup kepala (walaupon lelaki hehehe).. my principe bout leadership " nak orang hormat kita, kita hormat org".... "everything yang kita buat tak mampu nk puaskan hati semua orang".. so try do ur best.. tanamkan sifat intergriti dan ikhlas.. bukannya nek menaikkan nama sendiri.. manusia.. memang pandai mengkritik.. tetapi tgk diri kita dulu.. kalo perangai kita orang suka, orang senang hidup kita pon happy.. tapi kalo orang kritik, orang umpat, orang ngutuk.. there must be something wrong wth u.. sebesar mana pon kita, besar lagi kekuasaanNya.. mybe kita diatas saat ini, esok lusa sapa tau.. hal Pencalonan tu, aku anggap sesi aku xader rezeki untuk mengangkat martabat sesi sebelum ni, harpan yang berputik sekarang, sesi akan datang mencalonkan pulak program sesi aku.. wel aku pun sedar kelemahan aku tapi aku harap juga aku x mudah nk menuding jari kepada orang lain.. wasalam..

Wednesday 3 September 2008

2.05 am at 2nd Ramadhan

2nd Ramadhan
Hari ini tanggal 2 september dah 2 hari berpuasa.. Terasa sedikit kelainan puasa di bulan ramadhan tahun ni :).. well... haha... so far ok tapi baru dua hari puasa.. mana tau esok lusa datang bulan.. opsss!!! wait and see.. chayok!!

2.05 am
ketika jari2 ini menulis, jam tepat 2.05 am.. cadangan dan rancangan nk wat assigment.. tapi once dah ada internet kart bilek ni, mulalah.. sekejap bukak frendster, then bukak blog, lepas blog, TERklik lak kart pautan2 blog, laman politik.. bila dah klik kart laman politik TERbaca komen2 kart blog makanya sampai subuh pon xabes2.. ehemmm X 3 tak bukak ehh... sorry cket.. budak baik.. huhu..

Sejenak Politik
pada ketika dan waktu ini, selepas membuka wadah2 ilmu dan arena politik Malaysia, dan selepas terbuka satu blog yang mungkin milik seorang hamba Allah yang aktif dalam tabligh, aku ingin mempersoalkan kembali , betulkah orang politik ni tak kira dari parti apa pon terutama yang mewakili kaum melayu dan islam, mereka berada di kancah politik semata-mata untuk berjuang demi kepentingan bangsa, agama dan negara..? Pada pandangan peribadi aku, TIDAK... mereka berjuang semata-mata kerana kepentingan parti, nama dan kepentingan diri.. huhu bila lah dunia ni nk aman..
ketika masing-masing memperjuangkan ideologi dan hak, yang menjadi mangsa dan tersepit, siapa? kita jugak..

Muslimin United (MU)
tertarik dengan satu kenyataan "jika ingin melihat sama ada bangsa islam itu bersatu padu atau tidak, lihat pada subuhnya.. jika ramai/semua keluar berjemaah di waktu subuh maka berpadu dan kuatlah islam di negeri itu, jika jemaah subuhnya, hidup segan mati x mahu, maka goyahlah perpaduan islam di negeri itu"(minta maaf, saya lupa akan sumber kenyataan ini).. maka hati ini tertanya2 bilakah Umat Islam di Malaysia akan bersatu, kuat dan teguh..? :)..

One Ambition
ambillah peluang di bulan Ramadhan ini untuk mengumpulkan kekuatan setaraf pejuang2 di zaman Nabi SAW untuk menegakkan kebenaran dan menentang kejahilan.. satu bangsa, satu agama mengapa mencakar sesama sendiri..? :) huh banyaknya persoalan, bilakah akan terungkai?

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan.. Perbanyakkan amal kebajikan..



Jangan kita pulak yang menjadi setan kerana kita bebas dari hasutan syaitan di bulan ramadhan ni.. world peace :)



Friday 29 August 2008

My Sony Ericsson W850i swimming in water


huhu tepat jam 2am.. my hand phone masuk longkang ketika bermain futsal di court.. huhu.. blur cket... hurmm blur banyak cket.. wawawa mahu tidor.. hope besok bangun ok dh hp.. kalau tak, RM aku terbang mencari bintang-bintang... bintang ketika peniing kepala.. berputar-putar..

esok mahu balek jb, kena tido cepat.. nnt ngntok ketika drive.. k papai for this tonite.. enjoy ur day.. eh wait, pray 4 my hp.. :)

Sunday 24 August 2008

TIME MANAGEMENT


Menyentuh mengenai hadis daripada Daripada Abdulallah ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah S.A.W memegang bahuku seria bersabda : jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebahagian seorang perantau atau pengembara . Ibnu Umar berkata : apabila kamu berada pada waktu petang , jangan tunggu menjelangnya waktu pagi . Apabila kamu berada pada waktu pagi , janganlah tunggu menjelangnya waktu petang , gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan mati .

Ini jelas menunjukkan masa juga dititikberatkan dari sudut dan perspektif agama islam itu sendiri. Daripada hadis itu tadi sebenarnya terdapat pelbagai pengertian dan maksud tersirat yang wajar didalami bukan sahaj umat islam di seluruh dunia bahkan wajar dipelajari oleh seluruh keturunan manusia di muka buki ini. Antara isi kandungan yang tersirat yang boleh diambil dari petikan hadis tersebut ialah kita seharusnya menginsafi masa sihat ita dengan aktiviti-ativiti yang berfaedah. Kita juga perlu menghargai masa dan tidak melengahkan masa untuk urusan yang baik. Ini kerana Rasulullah S.A.W memberi pendidikan dan pengajaran supaya kita menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk menuju kealam akhirat. Dari gambaran, kita seumpama perantau yang mencari bekalan untuk perjalanan yang masih jauh. Maka dengan itu jelas sekali isinya mehukan kita menggunakan masa dengan efisyen dan bukan berlengah-lengah.

Kehidupan di dunia hanyalah sementara kerana yang kekal hanyalah akhirat semata-mata. Maka tempoh kehidupan di dunia ini terlalu singkat dan dunia merupakan satu tempat untuk kita mencari bekalan hari akhirat seperti ilmu , ibadat sedekah jariah dan seumpamanya . Kita sebagai khalifah sepatutnya bijak menguruskan masa kita untuk hal duniawi dan akhirat. Untuk itu manusia tidak seharusnya leka sehingga lupa pada matlamat hidup kerana kita ibarat perantau di tempat persinggahan sebelum ke destinasi yang terakhir .

Dari hadis di atas, dapat disimpulkan juga masa yang berlalu tidak akan kembali. Ia akan terbuang jika tidak diuruskan secara efektif. Pengurusan masa secara efektif boleh dilakukan sebagaimana berikut:-

Merancang penggunaan masa

Penyediaan jadual waktu adalah cara terbaik untuk menjadikan penggunaan masa lebih efektif dan sistematik . Seterusnya , memperuntukkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menjauhi aktiviti yang tidak berfaedah .

Pengurusan masa dengan bijak

Waktu lapang di gunakan untuk tujuan tujuan berfaedah . Contohnya : Semasa berada di dalam kenderaan atau perhentian bas kita boleh membaca buku , nota surat khabar atau bacaan yang berfaedah .

Menentukan urusan hidup

Dengan adanya pengurusan kehidupan baik kita dapat mendisiplinkan diri dan mengkaji semula kualiti penggunaan masa yang telah kita lalui . Penggunaan jadual atau diari adalah cara yang efektif untuk mengukur pencapaian wawasan yang kita gariskan . Penggunaan masa adalah faktor kejayaan tokoh-tokoh dunia sepanjang zaman . Napoleon pernah berkata :
“Rahsia kemenanganku di medan perang tersembunyi di sebalik kelemahan musuh yang tidak tahu nilai masa 5 minit .

Insan yang menyegerakan segala urusan kehidupan mempunyai beberapa kelebihan berbanding mereka yang melengah-lengahkan masa. Yang pertamanya mereka akan dimuliakan oleh Allah dan rasulNya. Umum juga mengetahui orang yang menyegerakan urusan kehidupan akan dapat menyempurnakan urusan dengan berkualiti mengikut jadual dan tanpa ada perasaan tergesa-gesa pada saat akhir. Selain itu, jika semua rakyat dan umat bijak menguruskan masa, secara langsung prokduktiviti Negara akan turut meningkat. Keaadan ini sedikit sebanyak akan menyumbang kea rah kemajuan Negara.

Daripada hadis, terselit beberapa pengajaran yang perlu diambil sebagai iktibar kepada manusia sejagat. Tempoh kehidupan manusia di akhirat adalah terlalu singkat berbanding kehidupan di akhiratyang kekal abadi. Maka untuk itu, manusia seharusnya dan hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin . Dari sudut dan pandangan Islam, kita dilarang menangguh-nangguhkan urusan kehidupan dan serang muslim itu hendaklah menguruskan masanya dengan baik sesuai dengan apa yang dipelajari melalui hadis di atas.

Saturday 23 August 2008

Students Movement

Salam perpaduan, salam kemerdekaan... salam serumpun.. Dalam mengisi ruang dan peluang.. ingin saya berkongsi pengalaman berada di bumi Indonesia selama seminggu.. Titik waktu berada disana digunakan sepenuhnya untuk bertukar2 pandangan dan pengetahuan tentang aktiviti kemahasiswaan disana terutama pergerakan mahasiswa.. hehe tak lupa juga digunakan semaksimum yang mungkin untuk bershopping.. biasalah.. rugi kalo x bershopping..


Program ini yang dianjurkan oleh Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti
Malaysia (MAKLUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertujuan membentuk barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai Universiti-Universiti di Malaysia mengasah minda, bakat, dan kebolehan2 yang ada sebagai bakal pelapis pemimpin di masa-masa hadapan..

Apa yang saya ingin kongsi di sini, pengalaman dan pendapat peribadi saya mengenai pergerakan2 mahasiswa di sana.. Umum mengetahui

mahasiswa di Indonesia dikatakan lantang, berani, dan mempu menjatuhkan kerajaan mereka.. umum juga ramai antara kita lantang bersuara mengatakan mahasiswa di Malaysia lembik, lemah tidak mampu bersuara.. ada juga yang berani menyatakan suara kita tersekat oleh akta-akta tertentu.. Di Indonesia, mahasiswa mereka sememangnya terkenal dengan demonstrasi jalanan.. sejarah juga membuktikan, mereka mampu menumbangkan sebuah kerajaan berganti dengan yang lain.. Tapi mereka bukan sekadar berdemonstrasi semata-mata.. Dari apa yang dinamakan pertukaran pendapat, kami diberitahu mereka sebenarnya mengunakan pendekatan diplomasi terlebih dahulu.. setelah pendekatan-pendekatan yang diambil tidak memuaskan, jalan terakhir mereka berdemonstrasi jalan untuk menyuarakan kemahuan seluruh rakyat Indonesia.. suara-suara mengentarkan jiwa pemimpin2.. tetapi rakan Mahasiswa di Universitas Padjadjaran memberitahu, jalan itu bukan jalan terbaik.. banyak kesan hasil dari pergerakan2 di jalanan.. kesan2 tersebut dimarakkan lagi dengan tindakan media2... bagi media2, Bad News is Good News...

Selaku peribadi, saya tertarik dengan mahasiswa Indonesia di Padjadjaran.. walaupun mereka bangga tetapi mereka kesal dengan perbuatan yang berlaku.. mereka bersetuju dengan pendekatan Mahasiswa Malaysia yang banyak menggunakan diplomasi dengan kerajaan.. Sapa kata suara kita tersekat.. kita ada majlis2 tertentu untuk menyuarakan hak kita.. kita ada saluran2 tertentu untuk ketidak puasan hati kita... dan yang patut kita bersyukur, kita mahasiswa yang MANJA.. semua dibantu.. semua di support.. tidak di Indonesia, mereka berdikari..

tertarik dengan kenyataan seorang mahasiswa di Indonesia, kita perlu tahu tujuan kita bergelar mahasiswa.. kita bukan pegawai, kita bukan ahli politik.. kepentigan kita sebagai wakil mahasiswa pada rakyat kita yang juga bergelar mahasiswa.. bukan masanya untuk kita mengerakkan badan2 politik.. ibarat gear satu yang kecil, mana bisa mengerakkan gear 4 yang lebih besar.. kepimpinan mahasiswa untuk mahasiswa dan masyarakat..

tertarik juga dengan kata rakan delegasi saya dari Malaysia.. "mahasiswa Indonesia sebagai penggerak perubahan.. mereka memulakan demonstrasi, dan masyarakat mengikut mereka, mahasiswa Malaysia, mereka berdemonstrasi tetapi mereka mengikut kepentingan org2 tertentu" so fikir2kanlah... adakah kita berdemonstrasi semata2 hak kita atau sebenarnya kita memperjuangkan kepentingan org lain..

saya agak berminat dengan cogankata Indonesia yang terdapat di logo Garuda Indonesia yang berbunyi "Bhinneka tunggal ika-walaupon berbeda tetapi kita tetap satu".. walaupun kita mempunyai pelbagai agenda dan latarbelakang tetapi kita sebenarnya tetap satu..

Saturday 12 July 2008

practical trainee


Salam, salam sejahtera.... lama nya x update blog.. Ruang masa yang semakin hari semakin suntuk dan peluang untuk jari-jari ini menari menaip semakin malas. Kepenatan barangkali. Abes tempoh training practical, sudah tiba masanya untuk aku kembali ke bumi UKM seminggu lebih awal dari students yang lain atas dasar amanah dang tanggungjawab yang telah diberi. Tapi malang jugak bila kembali ke UKM ni still x dapat online atas sebab-sebab yang tertentu.

Mari kita menyentuh judul post kali ni, practical trainee. aku diberi masa untuk melakukan practical/latihan industri dalam jangka masa 7 minggu. Johor Specialist Hospital, JSH di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru. Haaaa jangan ingat praktikal ni kerja yang senang, mula-mula agak kepenatan tapi makin lama bekerja mula rasa seronok, sehinggakan aku merasakan aku staff JSH yang diberhentikan kerja. Agak sedih la..

Bekerja di JSH hospital ni bukan sebagai nurse, hehe jauh sekali sebagai doktor. Mengambil kira course aku kart UKM, Mikrobiologi, aku work as lab department staff. Jauh di sudut hati aku bila bekerja di jabatan makmal ni, baru aku tau, semulia-mulia kerja doktor, tanpa kakitangan makmal, doktor tu sama macam perkerja biasa. berkerja di makmal adalah semulia-mulia pekerjaan. kita bermain dengan bermacam-macam benda yang di luar imiginasi manusia. Urine/air kencing, stool/tahi, nanah, kahak (hijau, kuning, merah, dll), luka-luka, HVS (High Vaginal Swab) dan sperm.. ada jugak CSF dan pelbagai lagi bendalir dalam badan.

Bayangkan bekerja dengan benda-benda yang melekit-lekit. kadangkala hamir termuntah. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. semakin lama aku anggap itu specimen. Nak tak nak kena wat gak. Ada dua fungsi barang-barang itu dihantar ke makmal terutama makmal mikrobiologi. Pertama untuk diagnostic penyakit atau mengetahui Bakteria yang terdapat dalam pesakit. Bila bakteria itu dikenal pasti baru lah doktor dapat mengesan penyakit sebenar yang dihidapi oleh pesakit. Peranan kedua untuk mengenal pasti bakteria yang telah dikesan itu rintan terhadap antibiotk apa. makdsud disini, setiap bakteria akan mempunyai ketahanan terhadap sesetengah antibiotik. Tidak semua jenis antibiotik mampu membunuh bakteria. Jadi peranan kitalah sebagai pekerja makmal mengesan antibiotik yang boleh diberi pada pesakit dengan harapan pesakit akan sembuh. Jadi dari situ kita membantu peranan doktor.


Untuk mendapatkan bakteria tertentu, specimen seperti urine, kahak dan sebagainya di culture di atas agar. Agar pulak ada pelbagai agar yang hanya diculture oleh specimen tertentu. Antara jenis-jenis agar, MSA, Blood Agar, Chocolate Agar, MH Agar, dll. Agar tersebut akan dimasukkan ke dalam incubator dalam jangka masa satu hari. Pada keesokannya, bakteria itu akan tumbuh dan membentuk corak tertentu.. Atau istilah biologinya koloni. Bakteria yang tumbuh ini masih belum dikenal pasti spesisnya. Jadi koloni yang terdapat pada agar itu akan dilakukan pelbagai ujian kimia untuk mengetahui kenis-jenis bakteria tersebut. Antara jenis bakteria itu, S.Aureus, Staphylococcus, E.Coli dan lain-lain lagi. Setiap spesis bakteria akan menghasilkan keputusan yang berbeza dengan ujian kimia. Koloni yang tumbuh di agar itu juga akan disubculture dalam MH Agar untuk mengetahui antibiotik yang boleh diguna pakai. MH Agar memang khas untuk mengetahui kerintangan bakteria terhadap antibiotik.

hurmm setakat itu je pengenalan ringkas tentang praktikal aku di JSH yang sebenarnya 20% jerk dari aper yang aku belajar. Byk lagi yang tak mampu aku perjelaskan. Tapi sepanjang aku berkerja di situ, aku rasa sangat terharu dengan kerjasama staff-staff kat situ.. Dan yang paling penting member praktikal aku kart situ, Amirul UIA dan Daphne UM. Kita sama-sama makan tengahhari dan tak pernah miss... gurau senda dan pelbagai lagi yang kita berbual sama. Rindu betul aku pada saat itu. Semoga kita berjumpa lagi. Thanks to all of you.