Thursday 29 April 2010

Hujan



Bila hujan turun dengan kedamaian hati
Aku duduk di jendela memandang sepi
Termenung aku dengan ketenangan
Meratap duka di atas kepincangan 
Hari-hari yang ku lalui bagaikan 
Ibarat jalan yang berbara dan berduri


Hujan itu satu kenikmatan
Satu anugerah kurniaan tuhan
Mengenang masa silam yang telah berlalu
Merenung masa depan yang tidak pasti akan berlaku


Apakah nasib diri ini bagaikan titisan hujan
Turun mencurah dari langit
Memberi keindahan pada warga alam
Turun ke dasar menjejak tanah
Dipijak dipercik berbalas senyuman




Hidup ini tidak seperti dongengan
Puteri dan putera menari atas keramaian
Di tengah-tengah hujan mencari romantis
Bercumbu begitu mengasyikkan
Ini adalah realiti
Pahit hakikat hidup
Terpaksa ditelan menahan keseduan



Hujan yang memberi kenikmatan itu
Tidak akan selalu mnecurah ketenangan
Tiba masanya mengundur diri
Dan aku terus terpaku terus menanti
Bila lagi hujan itu menemani aku di sisi.


~AkU SuKa MeReNuNg HuJaN~

Hidup-Ini-Indah



Semalam tepat jam 2.30 petang adalah last paper setelah penat menjadi penghuni UKM ni. Hope so ini adalah yang terakhir. Jeles jugak tengok rakan-rakan seangkatan masuk UKM ni dah ada kerja tetap, dah planning nak kawen, malah sudah ada yang membeli kereta Honda dengan duit sendiri. Dah tu nak buat macamana, rezeki untuk berada di sini selama 4 tahun. Jatuh bangun, give up semangat, duka ceria, semuanya telah menjadi asam garam sebagai seorang student. Apatah lagi untuk student yang bermasalah macam ni. 


Bila tengok status masing-masing di Facebook, alahai semuanya touching-touching. Siapalah yang tak sedih kan. Bila dikenang kembali banyak betul pengalaman di sini. Permaj, MMP, KUO dan pelbagai lagi. Tunggulah bila dah betul sah dapat grade baru boleh cerita yang feeling-feeling. Nak lepaskan viva dulu dan Theses.


Nothing left to say. Cuma perasaan ada sedikit bercampur baur. Dalam gula ada cuka. Dalam pedas ada manisnya. Hidup ini indah. Peraturan hidup yang Tuhan ciptakan begitu sempurna. Cuma kita ini insan, fitrah manusia. Benda yang kita ada, kita tak mensyukuri. Benda yang orang lain ada, itu yang kita inginkan. Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa. Sejarah mengajar kita tentang tauladan. Hidup ini tidak sempurna. Kesempurnaan itu datang dari persekitaran dan orang-orang sekeliling.


Bila mentari itu menyinar terik, kita kata sungguh panas. Bila hujan turun mencurah, kita kata sejuk dalam kebasahan. Bila mendung, kita tertanya dimana hujan, dimana mentari. Semua keadaan tidak pernah memuaskan hati kita. Kita terlalu ingin mengejar sesuatu dan tanpa disedari kita lupa untuk menghargai sesuatu yang kita ada. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong akan berciciran. Hidup-Ini-Indah. 


Cukup sudah berfalsafah. Engkorang paham ke? Tak padan langsung dengan Science student yang hidupnya adalah berdasarkan fakta dan eksperimen semata-mata. 

Saturday 17 April 2010

5-Five-Khamsah



Ok. ok. Once more, saya tak ada idea nak tulis apa dalam blog. Mybe bcoz im really depress with exam, tesis, bla bla bla and bla. So sebagai pengganti atau exercise kepada jari jemari, saya jawab jugak tag dari Miss Atin. Actually ini adalah award sebenarnya. Award berantai. So kalau kamu tidak jawab tag ini dalam masa seminggu, kamu tak boleh jawab exam. Boleh ke macam tu?


Ada syarat untuk dapat award ni. Ok, we go one bye one. 


Syarat pertama, Copy award ini macam dapat grammy award. Oh. Terima kasihlah atas award yang diberi oleh Miss Atin. Eh, memang saja dia bagi lama ke? hahaha. Siti Nurhaliza gitu. 


Ok, proceed to syarat kedua. Bagitahu siapa pemberi award ini dan link dia. Ok ini adalah award dari Miss Atin, my ex-classmate. Microbiologi, owner Red Myvi and Girlfriend Mr-Apip. Orang tau bukan kueh. hahaha. (jangan marah). 


Syarat ke tiga, mesti menggunakan tajuk 5-Five-Kamsah. Khamsah? tak salah aku ini lima untuk bahasa arab kan.? Correct me if im wrong.




Lastly kena jawab soalan-soalannya..


5 nama samaran kamu
~ epong
~ saiful
~ nizam
~ bepong
~ epom


5 tarikh penting dalam hidup kamu
~ 27 May 1987
~ 14 May 1987
~ 8 Jan 2008
( sebab apa, cari sendiri ya)


5 perkara kamu buat semalam
~ menonton A Walk to Remember
~ Kuar minum jam 2 pagi
~ Sembahyang Jumaat
~ Ke Warta semata-mata mengidam KFC
~ Facebooking


5 perkara yang buat kamu gembira
~ Kawan-kawan
~ Special friends, blink blink
~ Tido, peluk dan raba-raba my lil bro. (gay shial)
~ added accesories on to my car
~ love you


5 drama/filem kegemaran kamu
~ Boys over flower
~ p/s I love you
~ Smallville
~ Full House
~ Charmed


5 hobi kamu
~ memerhatikan gadis-gadis
~ gigit kuku
~ membaca komik
~ futsal/badminton
~ video gaming


5 orang yang kamu suka/sayang
~ my parents
~ my siblings
~ my cousins
~ my friends
~ and someone


5 tempat percutian idaman kamu
~ Europe (Italy, Paris, England, Scotland)
~ New York
~ Hawaii
~ Japan
~ Korea


5 sebab kamu jawab soalan ini
~ saja buang masa
~ sebab dah di tag
~ just nk bgtau orang
~ dah kata sayarat
~ jiwa kacau


5 orang yang kamu nak tag
~ faizal rejab
~ Amir Nuke
~ asmalina
~ syameen messi
~ anyone?








Tuesday 13 April 2010

Love is messy



Waktu petang, penat, jemu dan bosan. Jadi waktu ni, kalaupun malas bersenam, seeloknya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menonton muvie. Jadi, pernah tonton Dan in Real Life? Cerita yang mungkin boleh dikategorikan sebagai komedi romantik. Tapi dalam komentik tu (uit istilah baru) ada jugak terselit sesuatu yang ingin aku nyatakan dan ulas. Love is Messy. Cinta itu serabut, cinta itu menyusahkan. Is it right?


Dan in Real Life cerita tentang Dan Burns, seorang bapa tunggal yang hidupnya hanyalah untuk anak-anaknya. Tetapi pada suatu hari, dia berjumpa dengan Marie di sebuah kedai buku. Mereka mula kenal-mengenali tetapi mendapat tahu yang Marie merupakan gf kepada adik Dan, Mitch Burns. Keluarga Burns mengadakan percutian di satu kepulauan.  Jadi disitulah kehidupan Dan bermula dengan serabut bila Marie turut sama diundang sebagai kekasih kepada adik Dan di dalam percutian keluarga itu. Dan terpaksa menyukai dalam diam dan membiarkan saja aksi cumbu-cumbuan Marie dan Mitch. Nak tau lagi? Pi download cepat.


Apa yang menarik untuk aku ulas isi kandungan dalam cerita ini bila kita menyukai seseorang dalam diam. Agak pahit terutama bila kita terpaksa berhadapan dengan nya setiap hari. Love is Messy aite? Bila kita dah menyukai seseorang, bukan senang kita nak tarik balik. Bila kita sudah mula merindukan seseorang, bukan mudah untuk kita melupakannya. Kata orang, bertepuk sebelah tangan menyakitkan, tetapi lebih menyakitkan bila kita tidak ada keberanian untuk menyatakan sayang kepadanya. 




Dari sudut Marie pulak, cinta itu seakan mengelirukan bila tanpa disedari, dalam diam dia menyukai Dan walaupun dia tahu yang dia adalah gf Mitch. Seluruh keluarga Burns tahu yang dia adalah gf Mitch Burns dan bukan Dan Burns. Jadi disini dapat dilihat cinta itu mengelirukan. Apakah someone di depan mata kita ini adalah orang yang benar-benar kita sayang, atau sebenarnya ada yang masih menunggu kita di luar sana. Jadi bagaimana kita hendak tahu, yang dia itu memang ditakdirkan untuk kita? Yang paling penting, bagaimana untuk kita sendiri tahu yang kita benar-benar sayangkan dia, bukan orang lain?


Cinta itu kalau tak terkawal memang menyakitkan, mengelirukan dan menyusahkan. Ada bahagia dalam bercinta? Bukan semua orang dapat merasa. Apatah lagi bila kita cuba mengasingkan dan meneliti satu per satu maksud apa dia rindu, sayang, kasih dan cinta. My life now so much miserable. Because of love. Love for my graduate.


Bila lah aku nak graduate ni!!!

Friday 9 April 2010

Asrama - Buli




Asrama dan buli ni semacam dah sinonim je sebenarnya. Sebut jer asrama, confirm dalam kepala mesti takut kena buli ngan abang-abang senior. Tapi depends jugak, ikut jugak kebrutalan asrama tersebut. Macam ada yang aku dengar, sesetengah asrama tu mengenakan tradisi yang pelik-pelik kepada junior-junior. Contohnya, menolak dinding bilik sampai bergerak. Seinci pon tak kisah janji bergerak. Sebahagian yang lainnya, meniup kipas sampai berpusing ataupun meniup lampu sehingga padam. Hahaha. Itu kes tradisi yang biasa dengar lah.


Yang sederhana sikit, just sekadar suruh ironkan baju, basuhkan baju, basuhkan kasut dan ambilkan air panas di bawah blok. Yang ni kadang-kadang je lah aku terbuat. ahahaha. Dan Alhamdulillah aku tak pernah pon kena buli dengan senior. Sebab apa? Sebab aku hensem kot. Ahaks.!


Dalam MRSM, setiap kesalahan disiplin akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM). Masuk ke JDM ni merupakan mimpi ngeri bagi pelajar disana. Yang sah, surat kesalahan disiplin tu akan sampai ke rumah dalam tempoh tak sampai sepurnama. Dem. Mak Bapak aku jugak tak terkecuali dari menerima surat yang sama. Dalam surat tak silapnya akan ada tulis, anak bawah jagaan Tuan didapati telah melakukan kesalahan disiplin. Tak lebih, tak kurang. Mana aku ingat, cerita lama beb.


Aku ni Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ala-ala gay dan skema gitu. Tak kan lah aku terlibat dalam kejadian jenayah di sekolah kan. Mamat gay ni lah juga yang kena hadirkan diri di JDM bersama 12 orang lagi rakan-rakan sekepala, atas kesalahan BULI.!!



Al-Kisahnya, bila terdapat junior form 3 ni dia menipu member aku, skip ke surau waktu maghrib dengan alasan nak ambil buku di kelas. Nak menipu lak gunakan lutut, kantoi bila dia tak ada pun di surau, dan berada di kelas sehingga abes prep malam. Kesalahannya menipu saja, tapi dendam kesumatnya membara macam budak tu bunuh lipas peliharaannya pulak kan.


Malam nya, budak tu dihadapkan ke mahkamah kami di bilik aras atas dengan 12 orang hakim. Dengan 12 hakim ni, maka terdapat pelbagai jenis hukuman. Antaranya, lempang, ketuk ketampi sambil bakul di atas kepala, tonyeh-tonyeh kepala dan sebagainya (serius aku tak ingat). Yang aku ingat, lempang yang kuat.


Budak ni rupanya ada spy, spider yang mulutnya memang suka report. Then kantoilah kitaorang malam tu jugak. Muka semuanya memang dah macam kapur dah. Setelah kami-kami dihadapkan di mahkamah, semuanya dikenakan hukuman 2 kali sebatan oleh tukang sebat terhebat di maktab itu. Then pelbagai idea keluar, letak buku belakang bontot, letak kadboard belakang bontot, dan yang paling tak boleh blah, disuruh pakai spender beberapa lapis bagi mengelakkan bontot anda membengkak kembang semangkuk.


Aku? Hanya kena sekali sebatan je, atas alasan banyak berjasa pada maktab. hehehe. PRS gay dan skema lah katakan. Dem.!!


p/s: abaikan gambar aku yang skema dan skema dan skema
p/s 2: nantikan episode bila aku ni terlebih ajar pada waktu sekolah dulu.
















Thursday 8 April 2010

Goodbye UCL





Dalam keadaan tesis yang tidak mengizinkan aku keluar, aku break the rules semata-mata penuh pengharapan melihat United menang. Pada awalnya bunga morning glory yang kembang mekar pada jam 3.00 pagi diserikan dengan gol awal oleh Manchester United mendahului 3-0, dengan agregat 4 berbalas 2 oleh Bayern Munchen.


Taruhan Atok Ferguson meletakkan Abg Rooney sebagai kesebelasan utama membuahkan hasil apabila ia dilihat menjadi aspek utama taktikal. Abg Rooney takda function pon sekadar wallpaper saja di atas padang. Tapi sekadar attraction untuk memberi peluang kepada players lain seperti Mutiara hitam Nani dan Bro Gibson melakukan gerakan berbahaya. Abg Rooney juga dilihat sebagai morale booster kepada pasukan Red Devils.


Oleh kerana bola itu bulat, bukan empat segi mahupun tiga segi, Red Devils terpaksa akur atas kelebihan gol di tempat lawan. Serangan Bayern munchen dilihat tidak mampu ditampung lagi oleh pasukan MU di atas kehilangan seorang player kerana sakit perut. Tak tahulah. Macam referee suh keluar, suh pergi tandas dulu. Yang aku nampak lah. Kot ye pon nak berak, tahan lah jap. Bengang lak aku.


Kesimpulannya, selamat tinggal UEFA Champions League. Sob sob sob. Man U menang 3-2, Agregat 4-4. Tetapi kecundang disebabkan faktor gol di tempat lawan.


p/s: Aku jadi presiden FIFA nanti, aku haramkan gol kemenangan di tempat lawan.

Wednesday 7 April 2010

Cyclone Car Wash - Memang macam torpedo



Pernah dengar cyclone car wash? Tempat spa kereta ni tersangat lah menjimatkan masa bagi sesiapa yang nak membasuh kereta tetapi tidak mempunyai masa yang cukup. Harga pun sangat berpatutan, hanya RM3-RM4 sekali cuci. Cuci luar saja. Sebenarnya Cyclone Car wash ni hanyalah terdapat pada sebahagian kecil di BHP Petrol. Tak semua tempat ada.




Yang aku jakun bila first time pergi ni di Temerloh pada ahad lepas. Jakun beb. Kat bangi dan JB pon tkde, dekat bandar ikan patin lak ada.  Sudahlah first time makan ikan patin gulai tempoyak. Memang masyuk. Then terjumpa lak machine cylone ni. Tertambah teruja dengan bandar Temerloh ni.




Di area lembah klang, cyclone car wash ni terdapat di Taman Midah dan Taman Connaught, Cheras. So sesiapa yang tak pernah try tu, pi lah try. Rasakan pengalaman baru dalam membasuh kereta (baca: dengan nada jakun)




p/s: please hiraukan komentator kanak-kanak jakun dalam kereta tu. hahahaha

Thursday 1 April 2010

Memancing



Sekarang ni sudah ada hobi terbaru. Memancing. Nah. Gila. Dah dekat nak exam, time tu lah ada je benda-benda pelik yang muncul. Salah satunya memancing.


Ada orang kata memancing ni hobi buang masa. Betul ke? Depends lah kan. Tengok bagaimana masa digunakan semasa menunggu ikan menyambar umpan kita. Bersembang-sembang dengan kawan lama, atau menenangkan fikiran dengan melihat keindahan alam. Kalau yang students tu, cuba bawak note kuliah semasa menunggu sambaran ikan tuh. Tak gitu? Ceh sebenarnya nak memujuk hati sendiri, yang sambil memancing boleh jugak study. Hehehe.


Memancing juga memerlukan modal. Yelah, katakan machine dah Rm40, batang joran dah cecah Rm30 total semua sekali dah Rm70. Tak termasuk kekili, batu ladung, tali tangsi, umpan dan sebagainya. Umpan lak memacam, dari cacing sebagai makanan asas ikan (waktu sekolah dulu) sehinggalah kepada katak, anak ikan dan sebagainya. Modal jugak tu nak membeli umpan.

Sekarang ni dah gian memancing di sungai buah, dengkil. Mengarah ke area sepang. Hampir dengan MINT. Kolam Anglers Lounge, Sg Buah. Di situ menarik bila mata kail disentap patin. Itu belum lagi dengan pacunya yang mendesu laju bila kena mata kail. Umpan pulak hanyalah roti Gardenia. hehehe. Tapi itu kolam berbayor lah. 


Patutlah aktiviti mengorat anak dara orang zaman sekarang ni dipanggil memancing. Kena denga umpannya, melekatlah anak dara pada mata kail tu. hehehe. Tak baiklah lah plak nak disamakan ikan dengan anak dara yang comel molek. kan kan kan.


Aku jadikan memancing ni hobi sampingan jelah. Bila banyak sangat masa terluang. Eh, lupa tesis nak submit minggu depan. Dem...