Friday 29 April 2011

Skandal suami isteri

Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni dah macam jadi satu trend laki orang ada skandal ngn isteri orang. Semenjak abes belajar ni dah dah mula start keje, bayangan menakutkan tu semakin jelas. A few member yang berlatarkan pekerjaan yang berlainan mula bukak cerita opismate ada skandal. Laki dan bini orang. Mungkin perkara ni menakutkan bagi si isteri-isteri di luar sana. Tapi lagi menakutkan lagi bagi si suami2 yang yang setia tu. Aha.


Yup ramai yg berpendapat kesalahan tu terletak pada bahu kedua2 pembuat skandal tu. aku pon bersetuju, takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan. Tapi aku rasa kesalahan si isteri lagi besar dari pasangan lelaki. Kerana isteri tu membawa maruah suami, dan suami tak bawa maruah isteri.


Then kalau rasa tak sesuai dengan kekasih yang dinikahi kenapa jatuh cinta kat orang lain? Ada satu quote, "when u love 2 person at the same time, choose the second one, because if u really love the 1st one, u will never fall in love with the 2nd one"


Thats why aku nk kahwin lambat sampai aku percaya yang she is the only one for me. Tak nk nnt aku menyesal kahwin awal dan jatuh cinta pada orang lain. Apatah lagi kalau2 tengah berskandal tu bini tengah mengandung.


Dan aku juga berharap yang isteri aku tidak terjebak dalam kes kes macam ni. Sesak beb kalau pk yang isteri kau bukan setakat skandal, takut dah cek in hotel keluar masuk dsb. Kau lihat saja dalam berita laki tangkap isteri tengah berkhalwat. Tu belum dengar dari mulut orang, si polan polan buat projek kat pejabat, kat pantry dan macam2 tempat lagi asal nafsu dapat lepas..


Zaman sekarang mmg dah zaman akhir zaman. Sikit sikit Tuhan dah tunjukkan. Tp itu bukan alasan untuk aku rela bakal isteri aku buat macam tu.



Testing

Saja nak testing nak berblog via android. Haha.


Htc desire kini dah tercapai dalam misi wishlist. Bagi menggantikan hajat nak memiliki xperia10. Entry sebelum ni ada bagitau ttg dilema nak beli atau tak. So ada satu hari tu balik dari mengusha hp ni. Tengok laptop aku dah tak boleh pakai langsung disebabkan kecacatan hard disk. So aku amek keputusan nak nekad beli je hp baru bagi mengubati kekecewaan yg ada dalam hati ini


So selamat datang ke dunia sosial tanpa sempadan.



Tuesday 26 April 2011

Tanpa Mu

Even aku private kan blog ni, still aku akan writing and hope one day aku akan buka balik dan tengok apa yang boleh dijadikan kenangan. Blog boleh dikatakan secara private diary yang boleh dibaca secara public so that means dah tak jadi private diary lah. Dah jadi more to public diary. So for me buat sementara waktu ni ia akan bergelar status private diary sehinggalah aku terbuka balik hati aku nak open semula blog ni.


Almost one week aku private blog ni, deactivate facebook acc dan hilang kan diri dari timeline twitter. For sure lah duduk rasa tak tenang. Memang macam dadah betul laman sosial ni. Tapi that’s a fact untuk kategori zaman terlebih millennium. 


Sedang aku berkira-kira nak beli htc desire bagi menggantikan niat nak beli xperia10, ada satu lagi benda sibuk nak merajuk dengan aku. Kali ni dia bukan merajuk sekejap tapi untuk selama-lamanya. Laptop acer yang hayatnya boleh mencecah hampir 5 tahun dah rosak hard disk nya sec ara fizikal. Ya!. Aku rasa secara fizikal. So that means segala gambar, file dan segala mak bapak atuk nenek memang dah tak boleh nak recovery balik. Ke ada cara? No aku tak tau sebab aku bukan expert sangat bab komputer apatah lagi laptop.


Berapa bulan aku boleh hidup tanpa laptop sedangkan p1-wimax aku bayar tiap2 bulan. Sedihnya! Serius sedih giler!



Monday 18 April 2011

Happy Ending

Seminggu ni ada lah dalam 3 movies Korean/Japan yang aku dah tengok. Dan macam biasalah kalau kata Korean or Japan movies ni mesti ada adegan sedih-sedih punya. Dan setiap kali adegan sedih tu, mesti aku rasa macam nak nangis. Lepas tu mesti aku takut. Aku takut hormon testosterone aku dah berganti dengan estrogen yang berlebih-lebihan. Ah! Sudah! Tapi memang feeling lah, housemate aku dekat sebelah pun boleh rasa macam nak nangis. Haha. Serius gampang!.


Aku tak suka ending cerita Korean/Japan ni. Semuanya mesti nak happy ending. Pun macam gampang. Orang-orang mereka ni memang hidup sentiasa happy ending ke. Dia tak tahu ke realitinya macam #shit dan tak akan ada pun kebahagiaan selepas penderitaan. Buat movie ikut lah realiti. Haha. 


Walaupun aku benci happy ending cerita tu, tapi sebenar nya dia memberi kebahagiaan yang sementara buat penonton macam aku yang totally dahagakan happy ending macam tu. Haha. Desperate!. Serius!. Fantasi sementara yang membawa kita ke dalam khayalan movie tu buat kita benar-benar berada di dalam dunia yang diciptakan mereka sehinggalah setengah jam kemudian baru kita tersedar yang kita sebenarnya adalah di luar kawasan lingkungan fantasi movie tersebut. Betapa #damn rasanya kan.


Okay, aku ada banyak lagi movies nak dihabiskan. Nak movie review satu-satu pergi tengok sendiri. Haha. 



Wednesday 13 April 2011

Gender and Communication

Setuju tak kalau aku katakan its hard for you to find someone u-called-friends yang boleh sharing setiap your problems, yang faham setiap your needs dan segala kemahuan.  Biasanya yang ada kelebihan ini adalah perempuan dan perempuan because it’s their nature. Sharing merupakan satu nature bagi kaum hawa untuk release kan their stress and pressure. Dan kunci utama dalam sharing ini adalah two way communication. It means when u share your problems, the other one must be a good listener. And vice versa.


Untuk lelaki, untuk forget their problems, their tends to be alone. Sembunyi dalam cave, dan dengan cara itu dia dapat fikir one by one problems yang harus diselesaikan. When the time comes, secara automatiknya dia akan keluar dari tempat persembunyian dia dengan beberapa penyelesaian kepada masalah atau forget terus masalah tu.


Communication problems timbul bila women and men have their own problems at the same time. To handle their pressure, women akan sharing their problems with their partner sedangkan their partner perlukan masa untuk bersendirian sementara waktu. Jadinya yang perempuan akan merasakan yang lelaki tu mengelak untuk mendengar her problems manakala lelaki pula akan merasakan yang perempuan itu terlalu mendesak dan push sedangkan dia perlukan masa untuk dia recover dari stress. 


So that’s why women and men perlu understand each other untuk saling lengkap melengkapi. Tetapi, ada juga lelaki yang penat untuk bersendirian dan ada kalanya dia perlu juga meluahkan apa yang dia rasa. Sebab tu lelaki perlu ada seorang kawan perempuan yang baik untuk menjadi their ears. Sebab kawan lelaki yang lain sudah semestinya tidak akan menjadi pendengar yang setia sebab their shares same nature. Tapi jarang aku dengar perempuan yang cope with stress dengan bersendirian. Jarang! Bagi tahu aku kalau ada.


Lelaki dan lelaki ada daya saing yang kuat. Means they all bersaing untuk mendapatkan ego dan kejayaan. Sebab tu aku akan anggap kawan-kawan lelaki aku memang dah dijadikan macam tu, supaya aku tidak kecil hati bila mereka anggap problems aku sebagai masalah remeh untuk aku buka mulut. Tetapi ada juga jauh di sudut hati aku mengatakan mereka amat penting kan diri sendiri bila aku must be a good listener to them sedangkan mereka tidak buat begitu pun pada aku. Weird kan. Jadi sangat besar hati aku ini untuk diperkecil-kecilkan. Bila mereka buka mulut, aku tidak sampai hati nak keluarkan patah perkataan yang mereka selalu cakap pada aku. Dan aku diam mendengar walaupun cerita itu merupakan cerita zaman P. Ramlee yang diulang tayang beberapa kali. Tapi pernah lah juga satu kali dua kali aku dengan nada sinis meremehkan cerita dia.


Communication is important untuk kita cope dengan stress masing-masing either u lelaki or perempuan. Yang penting tolak ansur dan kita faham apa yang hendak disampaikan oleh kawan kita. Bukan kita saja yang harus memonopoli kan satu communication. It must be two ways!.


Kadang-kadang aku marah sekejap saja. Even your friends tak faham apa yang kau nak sampaikan, tapi they all semua ada kelebihan dan kebaikan masing-masing. Cuma aku perlu tahu, it just their nature, their habits and natural attitude. Cukuplah Allah sebagai Maha Pendengar dan aku sendiri perlu berdikari untuk cope with this stress. 



Tuesday 12 April 2011

Needs or Desires?

Tahukah anda yang aku sekarang sedang bercita-cita nak rembat satu smartphone keluaran sony iaitu sony xperia10. Dan tahukah anda lagi yang aku sedang mengalami krisis kewangan yet aku masih mengidam benda yang pelik-pelik. Damn! Ni semua sokernet punya fasal sampai aku dah terikut-ikut cara tahukah tahukah dan tahukah.


Sebab apa aku mengidam sony x10 tu, sebab aku bakal dapat gaji secara 2bulan sekali gus. Ini bermakna aku bakal menjadi orang kaya sementara saja. Ni menyebabkan perasaan aku untuk mendapatkan sesuatu tu secara membuak-buak. Ditambah lagi bila gejala pening kepala, pms, stress yang melanda, aku mesti mendapatkan sesuatu barang yang harganya tak masuk akal untuk kepuasan dan kebahagiaan diri sendiri. Macam jam tangan fossil yang aku beli tahun lepas, harganya RM500 dan aku terus beli tanpa menoleh ke belakang lagi.


Jangan cakap pada aku antara keperluan dan kehendak. Aku tau tu semua. Dan banyak lagi benda yang perlu untuk aku keluarkan duit. Tak termasuk hadiah birthday untuk adik-adik aku, hadiah kecemerlangan SPM untuk adik aku dan juga hadiah untuk someone pada 14hb Mei nanti. Dan juga termasuk kasut kerja aku menggantikan safety shoes aku yang menjadi bahan gelak kawan sepejabat. Damn! Duit sewa rumah, duit p1 wimax, personal loan, open table untuk kawan-kawan. Dah kerja ni rasa duit keluar macam air paip je.


And now aku sekarang belajar kelas untuk jadi financial planner secara part time under insurance company, Prudential. Aku tau, lepas ni mesti ramai yang lari dari aku. Muahaha. Tapi secara sedar, aku rasa part time ni sangat jauh dengan matlamat aku nak sambung study dan melibatkan diri dalam kerja-kerja admin secara serius. When you involve in insurance and financial planner ni, kena ada komitmen 100% terhadap client in case bila insurance tu kena claim. Malang tidak berbau that’s why kita digalakkan ambil life insurance untuk cover life dan penyakit-penyakit kritikal. So bila 24 hours kita kena on-call dan must involve in full time in prudential, bila masa kau nak sambung belajar?. bila sambung belajar, apa akan jadi pada clients kau yang dah trust kau selama 6 tahun mereka ambil polisi ni.


And then once again, aku rasa ragu-ragu tentang masa depan aku apatah lagi sekarang ni musim masalah jiwa. Ditambah lagi bila aku tak ada private consultant yang boleh give advise what to do and what should you do. It seems like aku mula putus harapan tentang apa yang aku buat. Dan boleh tak kalau aku biarkan saja masa berlalu, dan hari ini kita buat apa yang kita nak buat. Macam aku just grab je x10 tu without fikir what happen next month bila duit dah abes sebab melabur dalam phone tu.


And now aku putus harapan dalam apa saja yang aku nak buat. Matlamat dan impian semuanya seakan berkubur. I need someone yang boleh give me advise untuk aku lihat balik matlamat tu. But now, I don’t trust anybody. Its hard to find someone yang faham whats ur need and whats ur problems.


And aku bertekad nak grab je x10 tu! Sebab aku tak nak fikir masa depan. It doesn’t exist!.



Monday 11 April 2011

Final Exam!

Sekarang ni exam week dekat UKM. Dekat universiti lain aku tak pasti. So as usual minggu ni lah ramai students online waktu malam-malam. Konon-konon nak study. Biasalah. Aku pun macam tu. Worst when esok exam, malam ni baru start nak study. So this entry aku nak cerita beberapa pengalaman aku waktu exam week ni yang boleh diambil pengajaran.


Aku ni stock student yang memang study last minute. Ada sesetengah orang kata, tak kisah study last minute, sebab ada yang boleh catch up waktu last. Time tu semua berdesup-desup masuk otak. Tapi aku ni study lambat ke, study awal ke still bangang tak masuk-masuk. Jadinya ada satu exam tu aku study memang last minute. Esok exam, hari ni aku baru start baca semua notes. Akibatnya memang marathon study tak tidur satu hari, prepare stock Nescafe, Alicafe, Cofee, Kapir, tapir dan semuanya. Exam plak waktu pagi pukul 8.30. jadinya adrenalin ni memang mengalir dengan laju ditambah pula dengan caffeine yang mengalir dalam darah ni. Nak dijadikan kisah, tengah study dalam jam 7 tu aku dah rasa macam masuk clubbing. Dinding pun rasa bergoyang. Kepala pening dan khayal. Akibatnya aku masuk tandas muntah-muntah, akibat pening yang terlampau. Kesudahannya #mampus exam aku tak dapat jawab. 5 star for you!. Haha.


Ada cerita yang lain. di waktu exam yang lain. time ni third year seingat aku. Oleh sebab killer paper tu memang susah (bagi aku sebab aku tak study), so aku pun memang tak dapat jawab. Duduk teringat mak ayah, awek tempatan, awek seberang, maria sharapova, pun masih blur dan tak dapat jawab. Aku nak tipu, nak goreng, nak kencing, nak kelentong pun tak ada idea nak buat. Last-last aku tulis dekat kertas jawapan tu lebih kurang cenggini : “Prof, maafkan saya prof sebab tak dapat jawab. Saya harap Prof dapat luluskan saya sebab saya nak grade tahun ni. Saya memang tak dapat jawab sebab saya kurang sihat, sakit kepala sangat-sangat.  Terima kasih atas jasa dan budi baik prof”. ok!. Aku rasa jawapan tu dah cukup bijak!. Aku tak ingat plak paper tu lulus ke tidak. Mesti Prof tu rasa terharu kan jawapan aku di dedikasi kan kepada beliau!.


And another thing yang aku teringat waktu aku final exam dulu, aku telah mengalami peristiwa kemaluan yang sangat besar. Tak lah besar mana, tapi besar juga. UKM ni ada satu dewan besar untuk semua function termasuk exam iaitu DECTAR (Dewan Canselor Tun Abd Razak). DECTAR ni ada 4 bahagian waktu exam iaitu dewan, lobi utama, lobi A dan panggung seni. (sorry kalau salah sebab tak berapa ingat nama bahagian tu). Ada satu exam tu, aku terus je masuk dalam dewan. Bila masuk aku terus duduk ikut no meja yang tertulis pada slip exam. Bila dah duduk aku tengok orang sekeliling mana tau ada yang kenal-kenal. Tapi semua pun aku tak kenal. Tak apa lah, maybe time ni aku extend, tak berapa nak kenal sangat student junior or maybe course ni campur dengan student lain kot. The worst part tu bila ada someone Chinese girl datang dekat aku buat muka nak nangis claim yang aku duduk di tempat dia. Aku pun bengang juga, dah buka Yassin ni nak baca, boleh plak ada orang kacau!. Aku tunjuk lah slip exam aku, exactly sama no meja dengan meja yang aku duduk. Chinese girl tu mengalah dia terus blah. Dalam hati aku kata, dah salah lagi nak marah orang kan. Shelake!. Rupanya jangkaan aku meleset, dia datang lagi, kali ni dengan pengawas exam. Pengawas exam tu mintak slip aku, dan aku pun tunjuk dengan perasaan bangga. At last dia cakap dekat aku, “dik, exam awak dekat lobi utama, bukan dewan dalam ni”. Aku pura-pura kesat mata buat-buat tak percaya. Aku senyum sikit je dan terus blah. Damn. Aku dapat rasakan semua mata menjeling ke arah aku. Terasa macam tak pakai seluar plak pergi exam. Rasa shit dowh!


So kalau nak pergi amek exam tu, better prepare sebelum kemaluan engkau orang membesar sebesar-besarnya. Lucah? Taklah. Ini pengajaran!


So good luck semua yang take exam. All the best and believe you can do it right!. #ganbatte!



Saturday 9 April 2011

Weekend Tak Best

Weekend ni macam tak ada mood. Yang ada nak tidur, tidur dan terus tidur. Sebab mood tak berapa nak elok. Sepatutnya pagi ni ada kelas insurans, tapi tak pergi. Tidur lagi. Nak buat apa pun seems malas sangat. Tahu kah anda benda ni pernah berlaku ada aku dalam 5 tahun lepas masa aku kat matrikulasi. Akibat kekecewaan yang amat sangat, aku mula mengasingkan diri dari kehidupan normal lebih sebulan.


Tidur saja, balik kelas dan prep terus tidur. Malam tidur. Weekend tak jenguk langit langsung. Makan pun biarkan saja. Bangun just nak lepaskan hajat je kat tandas. Time tu sembahyang lagi lah ke laut. Kecewa sangat kan. Akibat iman senipis kulit bawang. Bila kita dah extra over tidur, penat dia melebihi penat pekerja kontrak buat jalan waktu panas. Sgt penat, tak berdaya, dan extra malas. Kepala pun macam khayal je. Tapi that’s a best solution kita nak lari dari masalah. Tapi kat rumah tak boleh buat macam tu. Nanti ada pressure lain yang datang. Pot pet pot pet pula yang datang.


Esok pun ada kelas insurans pagi. Hope boleh lah bangun. Kalau tak bangun lagi sakit kepala. Housemate pun tak ada esok. Bila sorang-sorang dalam bilik, nampak pisau pun nampak macam pisang goreng je. Haha. #kiddin.  Bestnya kalau dah kahwin. Awal-awal kahwin ni mesti sanggup je temankan wife pergi shopping. Jalan-jalan buat mini honeymoon. Haha. Seronoknya.


Ok. Tak ada cerita dah sebenarnya. Mood condition pon tak berapa nak elok. Kalau tak ada plan, weekend ni nak tidur je lah. Nothing to do. Jom tidur!.


Oh jap. Malam tadi aku mimpi best. I hope aku tak bangun coz tak nak mimpi tu akan hilang begitu saja. So ce try tidur mana tau dapat mimpi yang serupa lagi. Yummy!.



Friday 8 April 2011

7 Weeks

Hari ni bangun pagi terasa blur. Satu apa pun tak ingat. Nasib baik nama, no ic, no telefon still ingat lagi. Rasanya tidur cukup semalam. Tapi rasa tak puas. Rasa nak tidur lagi, sambung tidur dan tidur selagi boleh. Tanda-tanda stress dah mula kelihatan. Haha. Sebab aku bila stress, tidur merupakan satu penyelesaian terbaik kerana kita akan mimpi yang indah-indah bila tidur. Problems solved!. Even realitinya kita semacam lari dari masalah.


Secara tak sedar dah 7 weeks berada di perbukitan ilmu ni bukan sambung belajar dalam bidang akademik. Tapi belajar bagaimana nak meneruskan kehidupan dan ilmu survival. So far, kerja ok dan boleh dikategorikan sangat ok, Cuma kesempitan kehidupan sikit. Biasalah anak muda baru nak belajar hidup.


And now seems satu demi satu masalah timbul. Ni semua bukan apa, Cuma masalah perasaan je. Hati dan perasaan kalau tak rasa tenang, akibatnya semua masalah yang kecil dan boleh diselesaikan pun boleh terasa berat dan susah. That’s a fact!. Sebab tu aku dah penat nak bermain dengan perasaan ni. Why not tanpa perasaan pun kita boleh buat kerja dengan sempurna. Jadi just ignore, ignore dan ignore.


Aku rasa nak tengok wayang!. Nak ajak siapa ek!. Serius! Rasa nak enjoy dengan watching movie. Benda lain malas nak buat selain tidur!. Ok aku sangat serius nak tengok wayang.