Monday 18 April 2011

Happy Ending

Seminggu ni ada lah dalam 3 movies Korean/Japan yang aku dah tengok. Dan macam biasalah kalau kata Korean or Japan movies ni mesti ada adegan sedih-sedih punya. Dan setiap kali adegan sedih tu, mesti aku rasa macam nak nangis. Lepas tu mesti aku takut. Aku takut hormon testosterone aku dah berganti dengan estrogen yang berlebih-lebihan. Ah! Sudah! Tapi memang feeling lah, housemate aku dekat sebelah pun boleh rasa macam nak nangis. Haha. Serius gampang!.


Aku tak suka ending cerita Korean/Japan ni. Semuanya mesti nak happy ending. Pun macam gampang. Orang-orang mereka ni memang hidup sentiasa happy ending ke. Dia tak tahu ke realitinya macam #shit dan tak akan ada pun kebahagiaan selepas penderitaan. Buat movie ikut lah realiti. Haha. 


Walaupun aku benci happy ending cerita tu, tapi sebenar nya dia memberi kebahagiaan yang sementara buat penonton macam aku yang totally dahagakan happy ending macam tu. Haha. Desperate!. Serius!. Fantasi sementara yang membawa kita ke dalam khayalan movie tu buat kita benar-benar berada di dalam dunia yang diciptakan mereka sehinggalah setengah jam kemudian baru kita tersedar yang kita sebenarnya adalah di luar kawasan lingkungan fantasi movie tersebut. Betapa #damn rasanya kan.


Okay, aku ada banyak lagi movies nak dihabiskan. Nak movie review satu-satu pergi tengok sendiri. Haha. 



No comments:

Post a Comment