Saturday 31 July 2010

permainan masa lalu




betul lah kata orang, zaman dah berubah.. zaman sekarang semuanya dah digital.. budak-budak skang lebih gemar main dalam rumah instead main lumpur, berpeluh di luar rumah... kalau dulu punyalah suka nak main bola kat padang sampai kena berebut ngn  orang dewasa.. tetapi skang mudah.. amek joystick then ajak 2-3 orang member, duduk depan tv dah boleh wakil untuk 12 orang.. hanya melalui permainan video..


melihat ragam budak2 skang yang gemar duduk depan tv maka teringatlah a few game yang ikot season masa kita kecik2 dulu.. satu persatu.. 


ceper

ceper ni adalah penutup botol dalam bahasa yang mudah.. just use 5 of it dan mulalah bermiain timbang dan kemudian selerakkan di atas tanah.. aim dan jentik.. hahaha.. nak terang susah.. dah main taulah kot.. tengahari yang panas adalah aktiviti biasa ke gerai2 belakang taman.. cari penutup botol yang tak pakai then bawak balik rumah.. esok bawak pg sekolah boleh jual.. hahaha....



yoyo

yoyo ni bukan murah regernya.. ada sampai mencecah ratusan ringgit.. maka bermulah episod x mkn kat kantin semata-mata nak bertanding membeli yoyo yang paling canggih time tu.. jenama yang pemes adalah bumblebee.. duduk di johor bahru, ayat yang paling tak boleh blah "aku beli yoyo ni kat singapore".. cet.. macamlah Malaysia xda jual yoyo kan.. memang ada tapi kurang pilihannya.. sebut skill mcm2 boleh buat.. walk the dog, to the moon dan ntah pape2 lagi..


digimon

yang ni plak pemes after yoyo td.. dalam darjah 6 tak silap.. sebok masa tu nak upsr maka sebok lah nak main digimon ni.. yang lawaknya bila gap antara kelas maka bercantumlah digimon-digimon tu untuk dilawankannya.. hahaha.. tercertuslah jugak skill ntah pape.. poison lah.. kod mati lah.. yang canggih sekali lah.. hahaha.. naseb bukan digimon betul2 muncul mcm dalam kartun tuh..



tamiya

yang ni paling lama season dia kalau tak silap.. dan paling banyak duit raya aku abes.. bayangkan untuk enjin je dah makan beratus ringgit.. keter adalah dalam rm50 tapi accesories tu mencecah ke rm500.. siyes!!.. belum campur track kereta. time tu sanggup beli track kereta yang harganya rm400.. ada lagi sekarang.. simpan je dalam stor.. game ni paling best.. sampai melambung-lambung kereta tu gerak dengan laju.. hahaha.. seornok3...



gasing - guli

yang ni pun main ikot musim.. well semua orang tau kan permainan ni.. next entry insyaAllah akan ada post about gasing yang sampai tak boleh nak dilupakan..

ermm banyak lagi kot.. tapi dah tgh malam ni xdapat nak ingat lah pulak.. hahaha.. saje terkenang kan zaman dulu.. 

Thursday 29 July 2010

bila tiba masanya

ihsan dari google



Lately aku gemar menjadi silent reader kat forum cari.com.. then terbukak satu thread berkenaan exprience kenalan atau sedara yang mengalami peristiwa pelik ketika bersama dengan arwah-arwah satu ketika dulu.. atau senang difahami dengan bahasa kasarnya adalah term buang tebiat...


Takut jugak bila baca terutama melibatkan orang yang rapat seperti ibu, ayah dan adik beradik sendiri.. takut sebab kita tidak pernah bersedia dan tidak setabah mereka untuk mengharungi peristiwa yang pahit itu..


Orang yang nak meninggalkan kita ni biasanya akan meninggalkan perkara-perkara pelik, seolah-olah dia dah tahu bila tiba masanya.. kadang-kadang kita yang berada berhampiran pun tak tau itu adalah petunjuk atau petanda untuk kita.. bila dia dah tiada, baru kita sedar satu persatu kelakuan pelik itu sebenarnya bersebab..


Lately teman sekerja kat KAMDAR baru je meninggal dunia, umur 22 tahun akibat eksiden motor dengan lori.. dalam 2 jumaat sebelum ini.. aku last day kat KAMDAR hari rabu, dan dia pergi meniggalkan KAMDAR pada jumaat minggu yang sama... waktu kerja ketika menggulung kain atau susun kain dia akan selalu termenung dan senyum sensorang.. kalau ada staf yang tegur, dia senyum saja.. sampai akak supervisor tu kata inilah akibat belajar tinggi-tinggi.. ishh tak patot betul akak tu, yelah time tu semua orang tak perasan lagi.. aku pon ada dosa jugak sebab aku pun ada mengata dia, yelah kadang-kadang dia tgk cermin then senyum sorang-sorang..sesiapa pon yang tgk mesti pikir something wrong somewhere.. malam last kat KAMDAR , ada staf bagitau dia cakap sendiri di depan cermin..


Dia ni diploma dalam bidang rekaan fesyen, so kebanyakkan patung kat KAMDAR tu, dia lah yang design.. tapi nak dijadikan citer, malam last tu, dia balut mostly patung dengan kain putih.. aku sendiri tgk bila melawat next 3 days.. sampai ada staf tegur “ ko ingat patung tu mayat ke balut macam kain kapan” (lebih kurang lah).. dia as usual just senyum je..


malam tu jugak sementara tunggu nak punch card jam 10 malam, dia duduk kat satu sudut dan nangis sorang.. yang pelik semua staf perasan tapi takda sorang pon yang tegur.. then after tu dia cakap untung semua ada orang nak dirindu dan ada orang untuk dirindu.. dia mengadu dia takda sesiapa pun nak rindu.. lepas dia pergi baru orang perasan kenapa dia ckp macamtuh dan bertindak sebegitu.


Sesungguhnya ajal dan maut ditangan tuhan.. maut tidak dilambatkan sesat dan tidak dicepatkan sesaat.. bila tiba waktunya maka itulah penghabisan kita.. so sayangilah orang yang patut kita sayang, hargailah orang yang patut kita hargai.. bukan kita dah kehilangan baru nak meratapi pemergiannya..


Untuk aku, aku belum bersedia untuk semua itu.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan memberikan umur yang panjang untuk ayah, ibu, dan adik2 aku..


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ashura dan sekalian umat muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.. semoga Allah menempatkan mereka semua di kalangan orang-orang yang beriman.. Aminn 


Tuesday 27 July 2010

oyeah oyeah



semua orang ada impian kan.. same like me.. dan impian itu insyaAllah tak akan pernah padam..


dari kecik lagi after PMR, dah target.. after SPM terdengarlah cerita dari cikgu-cikgu MRSM waktu dulu.. ermm nama cikgu tu tak ingat.. Owh memang seorang pelajar yang tak sedar diri.. then cikgu tu ckp after SPM kalau xda rezeki nak ke oversea, InsyaAllah akan ada peluang lain.. yang penting kita kena pandai grab peluang dan tau bila nak rebut peluang tu.. nway cikgu tu lepasan Unversiti kat USA sana dalam bidang TESL.. Dia ceritalah experience dia sewaktu di sana.. yang selalu jadi teman setia dia mendengar ceria hanya aku dan kawan baik aku time tu.. hanya berdua.. dan seronok.. memang seronokk dengar pengalaman orang membuatkan kita masa tu berdebar-debar dan sangat bersemangat nak melanjutkan pelajaran.. sejak tu dah ada azam dan impian untuk melanjutkan pelajaran whatever happens..


tersebut kisah, member yang sama-sama mendengar story ni pandai mengambil peluang.. dia memang mengidamkan bussness course.. walaupun tak ada rezeki nak ke sana after SPM tapi dia bijak.. dia tinggalkan matrikulas dan amek bidang diploma.. After diploma dia terus sambung ke sana.. aku? masih lagi ikot cara konvesional.. matriks then terus ke UKM.. tapi tetap tak ada hasil.. walaupun tak dapat ke oversea, azam nak melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi masih ada..


yup.. akibat malas belajar, akhirnya berjaya jugak lepas degree walaupun sangkut-sangkut.. hell.. memang sangat bersusah payah nak menghabiskan degree yang satu ini... then dengar citer sana, dengar cter sini.. semuanya sambung.. agaknya memang fesyen orang zaman sekarang kot.. semua nak sambung pelajaran.. kalau dulu jarang nak dengar.. setakat abes degree terus cari kerja. pastu terus melambak graduan yang tidak berkerjaya.. yelah sementara kudrat masih kuat, akal masih lagi berbisa.. ada elok kita teruskan tuntut ilmu..


jeles? memanglah jeles.. tapi terpksa.. dengan result yang tak seberapa.. insyaAllah cari kerja dulu then akan sambung pelajaran kemudian.. mana tau kan hikmah tuhan nak bagi.. tak ada siapa yang tahu.. just hope afta this semuanya berjalan dengan lancar.. sebagai lelaki kenalah well prepared kan.. haha. so kepada calons - calons tu, salah satu syarat kenalah sanggup tunggu sehingga masa dan keadaan mengizinkan.. hope everything goes welll..


nway.. datang ye konvo.. 10 ogos 2010.. sidang pagi.. : )

semoga Tuhan melancarkan segala urusan hambanya.. Aminn..

Wednesday 21 July 2010

Misteri Sejarah Yang Hilang..



Sejarah penuh dengan misteri yang kadang - kadang kita tak pernah terpikir pon dek akal..  Baik dari segi sejarah Melayu, sejarah Islam dan juga Sejarah kewujudan Manusia itu sendiri..


Jadi aku akan listkan beberapa kehilangan rekod dalam sejarah ataupun misteri yang sekarang hangat diperkatakan dalam bentuk quote satu persatu.. sebelum itu, ini semua adalah hasil pembacaan aku yang memang minat sangat dengan sejarah... nak details, korang cari lah atau pun google...


misteri kewujudan freemason atau illuminati yang sangat berkait rapat dengan kedatangan false messiah - dajjal.. yang ni for sure ramai yang tau.. dikatakan beberapa artis barat terkenal malah ada jugak pemimpin kita ni berkaitan dengan gerakan bawah tanah ni.. 

susur galur asal usul melayu.. ramai berpendapat keturunan melayu ni asalnya dari Indonesia.. Maybe that right tapi before Indonesia, mana lak asalnya..Justeru itu ada yang mengatakan asal usul melayu ini datangnya dari Keturunan Nabi Ibrahim a.s melalui isteri ketiga baginda bernama Keturah.. Dan tanah melayu sendiri adalah tanah yang dijanjikan untuk keturunan Nabi Ibrahim. Tanah Melayu ini bukan setakat Malaysia tapi adalah satu rantau nusantara ini.. Di sini dapat dilihat tentang kedatang panji-panji hitam dari Timur.. Ada juga yang mengatakan Melayu ini adalah dari Bani jawi ataupun adalah dari kalangan Bani Israel yang hilang.. keliru? Banyakkan pembacaan...


Ada juga yang mengatakan sebelum Bumi ini didiami oleh bangsa Manusia, terdapat kewujudan kaum lain yang mana Allah telah menghapuskan mereka dari muka bumi ini.. Jadi terdapat beberapa tinggalan mereka yang membingungkan manusia zaman sekarang.. Ada yang mengatakan teknologi mereka terlalu canggih jika hendak dibayangkan oleh zaman sekarang.. Maka terdapat sisa kecanggihan teknologi mereka..


okeh, katakan memang Adam a.s yang pertama menduduki bumi, jadi teori makhluk sebelum manusia wujud itu tidak ada.. terdapat juga misteri yang membingungkan.. bagaimana pyramid, taman tergantung babylon, stonehedge, pyramid mexico, kota atlantis dan sebagainya boleh dihasilkan.. begitu juga dengan bahtera nabi Nuh yang boleh dibina dengan begitu besar.. maka wujud pelbagai teori teknologi dulu sememangnya canggih dari sekarang.. tapi telah terhapus oleh kerana kezaliman mereka sendiri dan kemungkaran yang telah mereka lakukan..


Dalam buku-buku sejarah, kita belajar ketika pahlawan melaka menentang portugis, mereka semua menentang dengan sejumlah tentera yang besar, pasukan bergajah, keris dan lembing.. tapi itu catatan sejarawan melayu.. terdapat beberapa catatan dari arkib portugis sendiri ada mengatakan sebenarnya pahlawan melaka itu bertahan menggunakan senapang dan meriam-meriam yang canggih.. boleh lihat bagaimana sejarah kita telah digelapkan.. untuk pemahaman visual, boleh lihat filem Queen of langkasuka dari Thailand mengambarkan kehebatan pahlawan siam dan melayu dengan teknologi yang canggih pada ketika itu..

 ada juga yang mengatakan pihak Malaysia telah lama menyimpan senjata teknologi yang canggih warisan nabi Allah Sulaiman untuk peperangan akhir zaman nanti..


zaman teknologi maklumat membuatkan kita senang sangat bertukar-tukar informasi.. kadang-kadang aku sendiri pon tidak tahu konspirasi ini benar atau pun tidak.. Maybe ada yang benar, maybe juga ada yang telah ditokok tambah.. atau lebih menakutkan  ianya adalah propaganda dari pihak yang menentang Islam itu sendiri.. Kesemua teori ini sebenarnya disokong oleh fakta dan hujah-hujah yang bernas.. adakalanya hujah itu dikuatkan dengan Al-Quran dan hadis-hadis.. jadi sukar akal kita untuk menentukan yang mana benar yang mana salah.. 


Mungkin ini yang dikatakan zaman yang mana fitnahnya begitu besar.. Mungkin boleh untuk kita percaya tapi bukan taksub.. Hanya Allah yang maha mengetahui atas apa yang berlaku di langit dan di bumi.. Semoga Allah jua yang membuka pintu hati kita untuk melihat kebenaran.. dan semoga Allah juga akan memberi kita sedikit kelebihan ilmu untuk berjuang di jalan Allah di peperangan akhir kelak..

Tuesday 20 July 2010

the idea of inception



seperti biasa, tulisan kali ini bukan nak membincangkan tentang best or tak best filem inception lakonan leonardo di caprio.. tetapi more on idea yang diterapkan dalam filem tu.. secara peribadi u guys must watch that movie. its really really great..


idea filem sains fiksyen ni berkisarkan tentang mimpi, dan bagaimana mimpi tu mampi mempengaruhi kehidupan di alam realiti.. sepanjang berada di dalam wayang selama 2 jam lebih tu, aku pon turut bermimpi alangkah bagusnya kalau kita sendiri ada kelebihan memasuki mimpi orang lain. Dan lagi indah kalau kita mampu mencipta mimpi sendiri, latar belakang yang kita mahukan, hidup dengan siapa yang kita mahukan dan kehidupan yang kita impikan semuanya kelihatan sempurna di dalam mimpi..


akupun akan mengatakan yang kehidupan di dalam mimpi lebih indah dan sempurna daripada kehidupan di alam realiti.. kalau diberi peluang, xnk aku bangun dari tido, semata-mata tak nak terjaga dari mimpi yang indah itu.. :p


tapi kalau kita salah gunakan kelebihan ni pun susah jugak.. dalam filem, Mal (isteri si Hero) merasakan yang mimpi adalah realiti yang sebenar-benarnya.. So  kadang-kadang kalau kita asyik dengan mimpi pun susah jugak.. Susah mana pun kehidupan, kita tak boleh lari dari realiti.. macamana sekalipun kita mengelak, kita kena jugak menghadapinya..


mimpi.. mimpi.. mimpi.. bla.. bla.. bla.. apaepun kesimpulan nya.. mimpi itu indah dan mimpi dapat melarikan kita dari masalah di alam realiti..


so i wanna sleep, wanna dream about you :))


Sunday 11 July 2010

perasaan ini

baru je dapat menghela nafas lega, duduk rumah, lepak tgk syiling, bangun lambat then tido balik, bangun just untuk makan dan minum je.. Actually baru je resign dari kerja Kamdar.. At first terasa sayang jugak nak tinggalkan.. Selepas penat pikir yang mana baik, yang mana buruk akhirnya nekad jugak buat keputusan. RESIGN..


Banyak jugak pengalaman kerja sana, yang paling best bau duit.. pergh.. masyuk.. lagi-lagi baru dapat duit baru dari bank.. Kira duit dengan laju dan susun duit dengan kemas.. Hahaha semuanya duit sebab aku cashier kat sana. paling banyak short RM50.. ntah apa malang hari tu.. paling kurang seposen, dua posen..
More pon ada, lagi byk kot.. paling banyak more RM25.. mak aih...

Kalaulah duit tu semua aku punya.. aduh... bestnya.. benar orang kata, duit bukan segala-galanya.. Tapi zaman sekarang " segala-galanya memerlukan duit "..

Sayang sangat nak tinggalkan kerja situ.. Tapi sangat penat.. Sabtu Ahad tak ada masa nak bersosial. Balik kerja, tido.. bangun tido, kerja.. berputar-putar 12jam sehari, seminggu.. nekad, dan tekad.. keputusan telah pun dibuat.. kita kena berani buat keputusan untuk berubah.. kita kena berani untuk berhijrah...

dan melalui ini aku belajar sesuatu

walaupun kita sayang sesuatu benda, perpisahan itu perlu untuk kebaikan kita bersama. dan kita kena berani untuk menghadapinya walaupun hakikat itu pahit untuk ditelan..

falsafah.. falsafah..

so what'd u guys think?

Friday 2 July 2010

hanya berharap



orang lain dah bayar yuran konvo.. aku tak lagi..

orang lain dah settle kan konvo... aku tak lagi..

orang lain dah mula bekerja yang bagus3..  aku tak lagi..

orang lain dah mula sambung belajar master.. aku masih menunggu...

orang lain dah tau sidang konvo.. aku masih menanti exam yang satu lagi...

aku hanya mampu berharap

agar semuanya berakhir..

tolonglah!!!......

Thursday 1 July 2010

dugaan tuhan



kita merancang tetapi yang menentukan adalah tuhan di atas yang maha Esa... aite? semua orang pon tahu... dan kita masih lagi mendengar pelbagai madah dan kata yang memujuk diri sendiri.. barangkali pon boleh dipujuk hati orang lain...

contoh

Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita boleh belajar tentang cinta dan erti kehidupan
atau

Tuhan mendatangkan hujan dan ribut kepada kita.. Tetapi kita tidak menyangkakan yang dibalik hujan dan ribut itu akan terbit pelangi yang cantik dan indah
ataupun

Tuhan tidak akan mendatangkan sesuatu kesusahan dan dugaan kepada kita melainkan Dia tahu kesanggupan hambanya untu menanggungnya..

 Tetapi berapa ramai yang makan dengan kata-kata motivasi ini... Bak kata pepatah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Kepada sesiapa yang dtimpa masalah tu.. its ok, its orite.. this problems is just one step utk menjadikan kita lebih berhati-hati, lebih berdikari, lebih matang dalam menilai sesuatu keputusan, menjadikan kita cekap, tepat dalam menilik hati seseorang...

Dan aku?

Masih mengharap agar semuanya berlaku dengan sempurna.. Kerana aku juga tidak makan dengan kata-kata ini kerana susah nak pujuk hati yang sedang kalah dengan dugaan yang datang satu demi satu...

Masih berharap......