Wednesday 29 September 2010

Aqua - Rium

new hobby.. ye? tak jugak kot.. dulu ada jugak bela ikan puyu.. masa kecik3... bela sgt lama... then bila dia mati sekor-sekor memang lah menangis... sayang sgt... ahahaha...tapi tu dulu...


masa kat kampus.. xboleh bela.. rumate aku marah.. hahaha... aku pon tak tau.. dia tak syg binatang kot... hahahaha... so lately ada jugak lah beli satu akuarium kecik je.. letak kat side table sebelah katil... best.. ahahaha...



ikan-ikan yang ada dalam akuarium ni...

2 ekor silver shark
5 ekor neon tetra sederhana
5 ekor neon tetra kecik
6 ekor black tetra
6 ekor zebra danio
2 ekor swordtail
dan sekor leopard catfish

yang putih besar tu silver shark, yang biru neon tetra, yang kat daun bawah black tetra

yang main kat atas kecik warna merah tu zebra danio

yang kat ats tu zebra danio, tepi yang itam melekat tu leopard catfish, yang oren tepi tu sword tail

nak tau rupanya yang lebih jelas dan ensem.. google lah ye.. ahahaha


kebaikan ada akuarium sebelah katil ni.. tenang je bila dgr bunyi air yang turun mencurah melalui pam machines tu.. sambil tgk ikan tu berenang, boleh berangan.. tenang, aman je... trylah.. ahahaha


p/s: bila dah kaya nanti, dah ada rumah sendiri.. aku nak buat build in akuarium.. salt water punya... siap ada coral hidup lagi.. huhuhuu.... bermodal sket lah.. kan.. aha!

Wednesday 22 September 2010

Bad Habit: Air Kosong

Air kosong adalah air yang kosong.. ahaha.. Atau ada yang lebih mesra dengan air masak, air jarang, air biasa, air sejuk (walaupun tak sejuk) dan untuk lebih komersial, boleh lah dinamakan sky-juice...


Umum tahu yang kita ni sebagai manusia kalau hendak sihat kenalah minum air yang kosong ini sebanyak 8 gelas sehari.. Ada yang lebih atau ada yang kurang pengambilannya. Ikot selera masing-masing lah kan...


gambar adobe yang dibuat semasa proses membuang masa


Tapi aku, sebulan pun belum tentu segelas!.. betul-betul bad habit kan.. Siyes! memang kadang-kadang aku xambil langsung air kosong ni lebih dari sebulan.. Then baru teringat, Eh! aku tak pernah minum air kosong pon.. Jangan tanya kenapa aku tak minum.. ahaha.. lupa kot..


Untuk menambahkan lagi bad habit ini.. Aku sama sekali tidak boleh minum air kosong ni di kedai mamak, atau di warung-warung, air reverse osmosis dan water cooler.. Tekak ni hanya dapat menerima air mineral dan air kosong kat umah aku je.. demand kan! Lagi satu air sungai gunung jugak dapat memenuhi selera ni.. Yang ni lagi best.. aman, sejuk dan manis je rasanya.. memang fresh..


Aku takut jugak nanti satu hari nanti sakit buah pinggang atau ape-ape kesakitan, and then kena cucuk masuk air nak bersihkan apa yang tak bersih.. takut! masa doc nak amek darah untuk test demam denggi pon aku cabut apatah lagi nak kena cucuk masuk air.. dem! 


dah tulis entry ni baru terpikir belom minum air kosong ni dah berapa lama dah untuk bulan ni? lagi-lagi bulan puasa ngn raya.. air manis jew yang ada..


p/s: nak minum ke x ek?

Monday 20 September 2010

Takda Kerja



Duduk umah takda kerja.. Tapi malas nak cari kerja.. Boleh tak duduk je rumah sementara tunggu orang datang meminang.. Adalah.. Adalah..


Duduk umah pown asik jiwa kacau jek.. merendam jiwa dalam lautan kasih.. ahaks!..


Sekarang nih dah x boleh nak update facebook or blog dengan nada-nada yang sedih-sedih.. senang kata tak boleh dah nak mengadu naseb kat alam maya... nanti banyak pihak yang terasa... aha.! kontroversi!... so duduk je lah diam-diam cakap ngn cermin sorang2..


im trying to be silent... no updating status or no comment... im trying!... tapi alah bisa tegal biasa... kalau xda orang pon pasti akan reloading reloading dan reloading fb mencari status yang boleh dikomen... hahaha..


ok.. kesimpulannya malas nak cari kerja... jiwa kachau!!

Thursday 16 September 2010

Tuesday 14 September 2010

Raya yang Istimewa

Raya tahun ni sungguh istimewa.. Disebabkan beberapa masalah kecil (rujuk entry ini dan ini) maka raya tahun ni boleh dianggap sekadar raya yang sangat berbeza dgn raya-raya sebelum ni..


Kami sekeluarga kalau setiap tahun raya akan bergilir-gilir ke rumah sedara. Kalau 3 tahun lepas umah paklong melaka, 2 tahun lepas umah pakcik kat penang, dan tahun lepas umah busu kat muar.. Dan kebetulan sepatutnya our turn raya di JB ramai2.. Tapi apakan daya.. Kita merancang Tuhan menentukan.. Round raya this year batal dan kami terpaksa beraya dalam tak raya..


Raya pertama tahun ni after semayang raya, terus kemas rumah, angkat barang dan basuh lantai.. Theres no ketupat, lemang or rendang.. Even kuih raya.. Tak ada tradisi salam bersalaman seperti mana kebiasaan di pagi raya afta semayang.. sadis..! 


Right now masih tak dapat berjalan-jalan kemana-mana.. Tetamu adalah datang.. Hidang kuih yang sedara-mara anta sikit cukup. Harap dorang paham situasi..


Semua orang dok tayang baju raya.. Aku tayang gak baju raya yang dua tahun lepas punya.. Hahaha.. nway.. dis pic kat atas ni pon ambil masa Majlis Berbuka Puasa PERMAJ dan di snap masa main bowling.. Muka sedey je kan.. hahaha..


Duk umah selain membuat kerja-kerja rumah, almost every 5 minutes aku akan reloading FB, Utusan Online, Blogspot.. Walaupun aku tau korang memang xda update-update.. Korang memang sibok beraya sakan kan? ahahaha..


xpe.. Dis year memang xda rezeki.. Hope next year kami sekeluarga akan sambut dan bertemu dengan bulan Syawal tahun depan dan disinari dengan cahaya kegembiraan.. InsyaAllah..


p/s: owh kenapa otak aku asyik pikir "boleh ke aku bertemu Ramadhan dan Syawal Tahun depan" : 


-Ajal Maut di tangan Tuhan-




















Wednesday 8 September 2010

Masih Seperti Begini (T_T)


Lagi 2 hari lagi kot nak raya. Rasanya semuaaaa dah sebok nak masang langsir baru, kerusi baru, tv baru, bini baru dan anak baru.. Tak terkecuali awek baru@awek raya.. (ermm nak jugak!)


Tapi u all (auww) semua dah tau kan kondisi rumah i.. So here the pics..  sob sob.. pic ni bhg bawah rumah jew kerana atas walaupun hampir siap (mungkin 5 tahun lagi) still xdapat nak angkut brg3..



kabinet dapur siap dgn periuk nasi bagai. blender pon ada.
 tgk! ada kaya, marjerin dan biskot bodo tanda kami kelaparan
belakang ada peti ais, dgn cerek dan iron.. gosok baju pon kat sini. ada rak bawang, telor dan pape ntah
meja makan pon kat bawah.. penuh ngn barang2 jahit
bawah meja tuh ada pinggan mangkuk
ada kain langir lagi atas kerusi
meja makan ni letak depan tv. so nak tgk tv kena tgk meja yang berselerak tu jugak
ni sebelah tv. stor. lengkap dgn meja laptop untuk aku berfoya-foya
ni lah tempat tido kami.. hahaha.. siap ada jembalang tanah lagi tuh!




p/s: ya walaupun macamni, still bersyukur sebab kat luar sana masih ramai lagi yang menyambut hari raya dalam serba kekurangan.. malah masih tiada tempat tinggal yang sempurna beratapkan langit berlantaikan bumi.


Ini entry ke 250 (oyeah oyeah)!!

Tuesday 7 September 2010

Terkesan

Hari  ni sedikit terkesan dengan kata-kata seorang kawan lama.. Atau lebih tepat scandal lama.. ^_^ ( i hope she wouldn't read this)


Just an old scandal. nothing more. o_0

tak adalah terkesan mana sangat pon.. she said :

the old of me was so sweet and i can make people around me feel very special.. right now i was so annoying.. (really?)

it is true? i mean betol ke aku yang dulu more sweet than now.. dan aku boleh buat orang sekeiling merasa lebih istimewa. Atau itu cuma kata dia saja, bukan pendapat orang lain..


oh ya.. orang ramai lebih cenderung mengatakan aku sombong, skema dan kekanak-kanakan.. Cet! 


Sekarang ni pun walaupun aku bukan yang dulu more sweet or whatever, aku akan senantiasa membuatkan orang lain selesa ngn aku.. Aku akan sentiasa buat orang gembira.. Aku akan sentiasa buat kamu, kamu dan kamu lebih istimewa.. ( huih, siapa aku nak cakap mcmtuh)


At least i try.. Kerana semua orang kawan aku dan tak kan pernah membeza-bezakannya.. (tipu!)


yah. cuma ada yang lebih sedikit spesial berbanding yang lain-lain kerana istilah kawan, sahabat, rakan tu  berlainan maksudnya.. tapi layanan terhadap kamu-kamu i will try to be the best friends of yours... try me..!


p/s 1: nak juga tahu, betol ke aku boleh membuatkan orang rasa spesial walaupun dalam zaman skang?


p/s 2: first time i try my 3 years old scanner and its work!



Monday 6 September 2010

Nak Panggil Apa ek?



Aku punya habit berangan semasa makan. Aku memang kuat berangan. Selain waktu makan, time2 yang seswai nak berangan duduk tepi tingkap dalam bas, atau duduk tepi tingkap masa hujan. Pergh! macam - macam boleh terbayang. 


eh! tertinggal.. satu port / keadaan yang seswai dan asyik untuk berangan


ketika beyak..


hahaha.. nice!


owh untuk angan edisi kali ni tertiba terpikir, panggilan apa yang seswai ek untuk anak-anak panggil kami.. hahaha.. mungkin papa mama, ayah ibu, abah mak atau abuya umi..? ermm aku lebih suka kalau panggil papa ngn mama.. nampak ader class gitu!.. nampak lah mcm branded dan materialistik sket kan..


tapi td terpikir.. bagus jugak kalau panggil dalam nama western east sikit, macam abuya ngn ummi.. eh! betul ke ayah ditranslatekan jadi abuya.. betol lah kot.. so ada 2 option, abuya-ummi atau mama-papa..


nnt kita decide ye.. ini angan saja


p/s: demm ko dah kenapa epong?

Sunday 5 September 2010

Apa Kes?



Iklan raya tv3 yang terbaru.. Besh Giler! Chantek! Unik! Terbaek!

Pejadah Haram!

Kalau ye pon nak bodek kerajaan dgn tema 1 Malaysia janganlah iklan Aidilfitri dicampur aduk kan dengan agama lain.. Ini bab agama bukan bangsa..



p/s: jom kita main teka-teki.. unsur apa yang ada lagi dalam iklan ini selain Hari Raya?

Tu Dia

Malam semalam aku kacau memember aku Lan dan Ali lepas sahur dengan puisi-puisi yang terbit dari otak.. Sambil menjerit.. hahaha.. Dan aku terperasan aku rindu nak berpuitis-puitis ni.. Walaupun tak sedap mana tapi aku punya suka lah kan.. hahaha.. Jadi ini yang terbaru.. hahaha.. Konon-kononya macam terbitan Usman Awang lak..




kalau burung terbang tinggi
siapa sangka jatuh kebawah
kalau ikan menari di air
siapa sangka terdampar di darat


kalau kita punya hasrat
jgn simpan dalam dada
kelak derita akan berganda
memenuhi setiap ruang dan rongga


dunia ini sentiasa berputar
pada arah yang sama
cuma kita manusia
punya hidup yang berbeza


kau punya hati yang merah
aku punya cinta membara
kau punya cita padanya
aku punya derita sengsara


kalau alam boleh berkata
sampaikan kasihku padanya
kalau hidup akan berakhir
biar dia tahu besarnya kasih
aku padanya


p/s: tajuk? koranglah pk sendiri!

Friday 3 September 2010

Cili Kering



Wah almaklumlah bulan pose kalau sebut cili mesti teringat masakan yang pedas-pedas kan.. Kalau belah johor dan melaka mesti ada satu hidangan yang tersesat dalam minda.. Asam Pedas... hurmmm.. Meleles plak air liur. Baru je azan subuh.. Naseb baek!..


Tapi ni bukan tujuan post kali ni. Cili tu perumpamaan jew. Kenapa kering? 


ntah. no idea!. 


Saje tetiba teringat awal-awal aku berbelog dulu. 


Kenapa? 


pon no idea! 


Habitat suka menulis barangkali. Ok, first belog just menggunakan frenster blog yg fofular pada kurun-kurun yang dulu. Tapi belog tu dah dicensored dah. Sebab terdapat unsur surih. Eh! Unsur jiwang yang melampau! ok. Abaikan! So kesahnya kat sini pada awal-awal aku terbitkan belog kat blogspot ni, terdapatlah suara-suara hijau daun yang mengasyikan kat telinga ni. Kata aku ni taik taik ayam lah, xkekal lama lah, perpoyo nak berbeloglah.. dan etc etc.. So aku pon howt lah.. Ye aku tau, aku hot! Tapi buat dek je.. Buat tak tau sudah!.


Tapi lama lah jugak aku nak maintain berbelog ni. Adalah sikit sesawang masa baru - baru nak belajar. Tapi ada mentor time tuh, sikit-sikitlah boleh maintain. At least sebulan satu entry/post. Korang boleh lah jenguk-jenguk 1st entry.. kelakor pon ada gak. 


Cuma yang nak ditekankan kat sini, suara-suara hijau daun tu lama-kelamaan mereka pon ada belog sendiri. cet! mengata dulang paku serpih! Mereka-mereka inilah cili kering.. hahahaha.. Tapi belog diorang tak satu pon yang tahan :P.. Yelah mungkin dorang saje bergurau kowt. Tapi mybe time tu hati kanak-kanak lagi. Sedikit sebanyak adalah robek terkesan kat hati.


Just teringat. Yang aku boleh maintain berbelog walaupun kadang-kadang xda benda dah nak ditulis.. Cuma tertanya-tanya.. Ada orang baca ke?


Kalau xda pon syok sendiri pon apa salahnya.. Janji tak

hangat-hangat taik ayam

p/s: sebab tau xda org baca lah aku boleh buat entry cili ni :)

Wednesday 1 September 2010

Erti Kemerdekaan

Hari ni 1hb sept 2010. Tak terlambat sangat rasanya nak mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53 buat semua warga Malaysia.




Apa yang korang tau makna merdeka? Soalan klise kan yang biasa ditanya dalam temu ramah bila ada wartawan datang nak buat liputan kemerdekaan. Maka banyaklah jawapan yang timbul. Merdeka adalah kebebasan. Merdeka adalah jasa pejuang-pejuang terdahulu. Merdeka adalah bermakna tidak dijajah dan pelbagai 1001 jawapan pasti ada tentang merdeka. Bila dirujuk pada kamus dewan. Ini maknanya;


/merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri:


Pada pandangan peribadi Merdeka bukanlah sesuatu yang boleh ditakrif hanya bersandarkan kata-kata. Merdeka dapat ditafsirkan dengan jati diri, kelakuan, sifat, pemikiran, semangat rakyat dan bangsanya. Kalau setakat kata dan laungan Merdeka! tidak dapat membuktikan anda mempunyai semangat patriotik yang tegar. Tidak bermakna kalau sekadar bangga memegang panji jalur gemilang tetapi gentar berhadapan dengan musuh tatkala seruan mempertahankan negara berkumandang. Jikalau apa pun tanggapan anda tentang merdeka, tindakan mesti mengatasi bicara dan kata. Bukan setakat pandai cakap atau menjual maruah bangsa dan negara pada negara luar!..


Panas juga hati bila ada facebook rakyat Malaysia menunjukkan hilangnya semangat kemerdekaan dengan mengeluarkan status lebih kurang begini;


wtf merdeka, selagi ada kronisme dan korupsi, kita masih lagi dijajah


Mungkin ada yang setuju dengan dia, mungkin ada yang tidak. Tapi kasihan, mungkin dia bijak dalam sejarah Malaysia, tapi kurang cerdik dalam sejarah bangsa lain terutama sejarah tamadun Islam. Sebab apa aku kata begitu, mungkin Tuhan telah merencanakan sebegitu rupa kerana tidak ada yang sempurna. Korupsi akan terus berlaku begitu juga dengan kronisme cuma yang berbeza tahap pengawalan dan kadar kekurangan amalan itu berlaku.



Secara kasar kalau bapak dia menjadi pemerintah tertinggi pun sedikit sebanyak akan wujud jugak kronisme dan juga korupsi cuma sedar tak sedar je!. Parti memerintah atau parti pembangkang kalau dapat memerintah pon akan ada juga penyelewangan, korupsi dan berbagai salah laku. Atau korang obses dan taksub sangat dengan parti masing-masing sehingga menidakkan kenyataan ini?



Dan kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang kita kecapi. Dan tolong jangan rosakkan negara kita dengan meniupkan sentimen perkauman. Dan tolong jangan nak menjadi hero bangsa dengan menolak satu persatu hak keistimewaan orang melayu. Dan tolong juga jangan nak menjadi wira bangsa dengan menidakkan hak bangsa lain di Malaysia ini.  Kita dah lama hidup dalam keadaan serba damai ini kenapa baru sekarang hendak merosakkannya!


p/s: Teringin sangat nak tengok Malaysia ini menjadi satu negara yang wujud dengan sistem khilafah lengkap dengan sistem matawang islam, undang-undang islam dan pentadbiran islam. Boleh ke?