Friday 31 December 2010

Thursday 30 December 2010

Motivasi Sekitar 10 minit

kadang - kadang kita terasa yang hidup ini tak semuanya indah... Maka kita banyak membuang masa dengan merungut dan merenung masa depan yang tak pasti kita nampak.. Pengalaman bekerja dalam sektor perindustrian atau bahasa pasarnya keje kilang ni sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda tentang erti nikmat dan bersyukur..


bayangkan operator kilang bekerja selama 12 jam dan hanya rehat selama 40 minit. Waktu rehat kebiasaannya mereka ni akan makan makanan yang dibekal dari rumah.. Tapi apa yang mengusik hati ini, bila ada sesetengah makcik-makcik operator yang rehatnya hanya beralaskan perut dengan bekal kacang tanah yang digoreng.. Air minuman pula hanya didapati dari water cooler yang memang disediakan di kantin kilang..




kita pula bila time lunch sibuk nak mencari McD, KFC, Pizza, atau nasi campur yang berkuahkan lauk-lauk yang sedap.. Bila kenyang, mata akan jadi mengantuk, kerja pon jadi malas..


Bila difikirkan balik, ada sebab mengapa kita berbeza dari cara hidup.. semuanya kerana impian dan harapan kita berbeza.. Dia mungkin berjimat.. wang perlu dihantar pada keluarga demi sesuap nasi.. wang dan pekerjaan baginya adalah satu keperluan untuk survival hidup..


Bagi impian dan harapan kita sama sekali sangat berbeza.. kita juga perlu berjimat.. tapi impian dan harapan kita sangat tinggi.. wang bagi kita lebih dari sekadar keperluan hidup.. kita perlukan pendapatan yang tinggi untuk bagi pendidikan yang sempurna pada anak-anak, kehidupan yang sempurna pada keluarga... dan kehidupan yang serba lengkap untuk kita mencelah arus pemodenan masa kini..


*kesimpulannya aku hanya bermotivasi sekitar 10 minit saja ketika tengok makcik tu makan kacang tanah goreng.. then bila aku mulai berfikir-berfikir-dan terus berfikir, aku jadi 'down' balik sebab harapan dan impian aku tersangat tinggi..


duh!

Sunday 26 December 2010

Malaya Tiger! *update



Umum tau kita dah menang pusingan pertama final Piala AFF Suzuki.. Harimau Malaya dah koyakkan sebelah sayap sang garuda... Dengan 3 koyakkan...


So well done and congrats...


Mesti ramai yang cakap.. "Alah kalau Malaysia menang, semua nak bangga.. Kalau Malaysia Kalah semua nak caci maki"... 


Aku plak nk cakap... Kalau kalah tapi team Malaysia main dengan baik, tak da sapa yang nak caci maki.. Tapi kalau kalah dan main macam mintak kalah.. Sapa yang tak hot..?


Sekarang pembangkang selalu cakap.. rakyat dah pandai memilih, dah pandai mengundi... Jadi rakyat sekarang pon tau jugak team mana yang pandai main, team mana yang memang macam ayam...


Jadi so far, Malaysian team main memang the best.. keep up the good work.. and good luck at Jakarta nanti... 


bawak balik Piala Suzuki tu ke Malaysia...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

*update - 20 Dec 2010


Malaysia win the AFF Suzuki Cup


Congrats to Malaysian Team..


And now all you need is consistency

maybe Malaysia will get thro to Final Wold Cup


who knows..!


Congrats Again!

Sukar untuk Diramal!

minggu ni dan minggu-minggu depan pastinya akan berubah... 


setiap hari lepas tersedar dari lena, mesti berharap setiap keputusan akan berubah... tapi realiti tetap macam tuh... sejengkal pon tidak terusik dan berubah... jadi kita lalui saja hari-hari dengan perasaan yang seribu satu macam rasa...


semakin dewasa ini, aku tidak pernah dapat apa yang aku nak.. itu realitinya...


masa depan sudah makin sukar untuk diramal!

Friday 24 December 2010

At This Time

At this time 


once again


i just wanna say


im totally 


give it up


and there's no point to still


work hard


coz the result would be the 


same

Wednesday 22 December 2010

Pompuan memang emo kan..?

Agree tak kalau aku cakap pompuan senang emo..?


well aku percaya lelaki juga senang emo.. but tak semua lelaki macam tuh.. kalau ada 10 orang sekor je yang suka emo tak tentu pasal... macam shiall....


kalau pompuan dari 10 tu.. aku bagi 9-orang-emo... seorang je yang pandai rileks, dan bertenang dan tak marah-marah macam kau yang tahu semua kan!...


apesal pompuan senang sangat nak emo!... aku geram tol... kalau kau penat sekali pun tak payahlah nak marah-marah... cakaplah ko penat and then orang akan paham lah.. tak payah nak kaunseling aku sebab belum sampai masanya aku nak kaunseling ko balek....


kalau cerita pasal survived... kau campak aku kat mana pun, aku boleh hidup je... Nway kalau dah ada jawatan ko, buat apa wujud jawatan aku kalau aku yang kena buat kerja..? dahlah jawatan aku atas dari ko, tapi gaji sama.. so takkan aku nak buat kerja ko pulak...


most important thing to remember... kalau bekerja.. tak ada sesiapa yang boleh ko percaya even dia kelihatan baik dan nice... sebab kalau dia dah emo, babi kat hutan pon dia boleh nak marah sesuka hati...


aku emo dalam blog je.. aku x emo depan orang.!

interview... phew!

ada org cakap aku orang nya kelam kabut.. aku x percaya.. rite now aku mulai percaya.. yes.. aku memang kelam kabut..


masa on the way ke Bangi... everything ok.. well prepared.. lengkap sijil hape semua...


but masa pagi tu.. something happened.. aku masuk tunggu giliran sepertimana yang dijanjikan pukul 9am interbiu tu... Dalam list i'll be a second.. tapi sorang pon tak dipanggil lagi.. so i keep waiting untill kul 10.30 kot rasanya....


then masuk seorang pegawai yang i guess seorang penemuduga... tetiba terdetik hati nak check fail sijil yang dibawa.. rupaya-rupanya fail sijil tu berisi dengan keratan akhbar.. kartun-kartun yang aku lukis.. kartun-kartun yang orang hadiahkan kat aku... Sijij-sijil yang buruk coz tertumpahkan air kat situ.. Senang kata thats not the file that i want to show kat penemuduga..


aku dah start berderau darah.. tapi kelebihan aku boleh bertindak dan berfikir dengan cepat... so aku terus bangun dan mintak tundakan my turn.. aku saja bagi alasan aku sakit perut..


aku terus berjalan secara laju ke kereta untuk ambil file yang satu lagi..... untuk pengetahuan, Putrajaya time pagi memang sangat sesak, penuh dengan kereta dan parking yang super duper padat... so kereta aku memang tersangat-sangat jauh dari tempat temuduga tuh.. 


Sigh...


bila masuk berpeluh-peluh... mencair di semua part macam cairnya ais di kutub-kutub utara dan selatan...


then aku anggap itu mesti kelam kabut sebab pagi tu aku sampai lambat... 5 minute to 9am baru sampai... sebab aku x expect putrajaya jem sangat.. dengan parking yang sangat-sangat takda..


so far aku letak 50-50 untuk peluang kerja tu.. (-_- !)

Sunday 19 December 2010

wish me.....

wish me luck..

i got an interview tomorrow

sangat inginkan kerja itu coz i believe ianya boleh membantu mencapai cita-cita, impian dan harapan yang dipasang selama ini... 

really-really hope...

so guys... pray for me and pray for my luck!

thanks

lots of love

Friday 17 December 2010

Next Year Wishlist..

Dah nak hampir masuk ke tahun 2011.. So nak buat wishlist.. Mudah-mudahan termakbul impian dan hajat ^_^
senarai ni maybe akan update dari masa ke semasa mengikut keperluan nafsu.. ahahaha..

1. Sony Erricsson X10


2. DSLR Camera.. Canon or Sony Maybe..


3. Modified my Vios 

(tinted, brake clipper, spoiler, leather seat)

4. Better Job

5. Jam tangan Fossil


6. Alienware PC for Gaming


7. Sony ps3
(kalau dah dapat Alienware gaming ni.. tolak tepi je PS3.. unless ada orang nak bagi free)

8. Bowling set..


(bagi menggantikan set aku yang ilang dulu)

9. TV Sony Bravia 3D



harganya mencecah Puluh ribu... Something like RM33+++
Duh! ni bukan wishlist next year.. Ni dah termasuk wishlist for life..
.
.
.
.
.
.
.
.
10. Awek Cun..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
10.1. Lisa Surihani....


Thursday 16 December 2010

Buah Kena Samak

Ini bukan kisahku.. Ini kisah seorang sahabat.. Sahabat ni graduan jurusan Syariah..


Alkisahnya kami on the way nak keluar.. Aku drive sementara dia di seat sebelah.. Tidak semena-mena Hp dia berbunyi ada meseg dari seorang kawan lama yang kedengaran begini;


" salam.. nak tanya sikit.. Apa hukumnya kalau kita makan buah hasil dari tanaman yang dibaja dengan sumber/baja yang haram?"


Dia memandang aku sambil baca balik isi kandungan meseg tu.. Aku tak reti bab hukum-hakam ni apatah lagi soalan yang pelik sebegitu rupa..


Dia berseloroh sambil menjawab meseg tersebut.. Jawapannya;


"Kena samak dulu buah tu sebelum makan"


Aku masih terdiam.. Antara percaya atau tidak jawapan yang diberi tu tepat..


Kemudian ada satu lagi meseg masuk sebagai balasan kepada jawapannya tadi..


" serius..? Kalau macam tu terima kasih!.."


Dia pandang aku kemudian tergelak.. Aku pun turut tergelak..  hahaha.. nampak sangat jawapan dia temberang dan budak yang menanyakan soalan tu mesti percaya bulat-bulat jawapan dari dia.. Jenuh agaknya nak samak buah satu persatu before nak makan.. Kurang asam! hahahaha 

Wednesday 15 December 2010

Cabaran Kerja

Mostly semua kerja akan menuntut kita bangun awal kan. Tu kenalah well prepared.. Tak ley dah enjoy lepak tengok movies sampai kul 3-4 pagi.. Kenalah lah jugak tahan bersengkang mata semata-mata nak update blog dengan monitoring facebook. Fakta yang menarik tapi pelik, FB tu tak ada pon yang interesting sangat tetapi ko akan keep reloading selama hampir dua jam tanpa berlaku nya perubahan yang besar dalam fb tu.. weird kan.. or aku sorang je yang rasa.?


Sampai office, perkara pertama mestilah buat-buat ada kerja selama satu jam.. Tak dapat kerja kilang nak macam kerja 'gomen'.. Punch jam 8.00.. Bersembang sampai rehat.. Alasan sebab ko kena buat-buat ada kerja, sebab malas nak turun ke production yang panas dan penuh dengan pencemaran bunyi.. Dalam production tu nanti, kena lah belajar untuk check setiap kualiti, make sure berat badan product tu ikut range, make sure jugak suhu tetap dan panas ikut keperluan sesuatu product.. And kena lah jugak berkawan dengan machines.. Dimana gripper, sealer, product pump, buffer tank, and semualah biology part of machines tuh.. Kalau kena kenal machines baik aku kenal engine part dalam kete aku.. 


Sehari kerja starting kul 8am balik kul 6pm petang. Waktu rehat sejam dari kul 12pm hingga kul 1pm.. Kerja kilang macamni menuntut ko kerja je sepanjang masa.. Nak curi tido, keluar jap... mimpi lah.. geng pon xda.. Semua stock skema, balik x sharp kul 6.. busy agaknya...


Standard ar keje mana yang tak penat kan.. Ni pon sampai terdemam-demam ni ha... Esok dapat mc.. Dan sejak kerja kat sini pelbagai dah rumours tentang kilang ni.. semuanya negatif.. Menambah kan lagi rasa 'nak resign'..  'nak resign'.. Semua bos dan staff QA muka tensen semacam dan nk makan orang.. Dalam opis semuanya pon diam.. Aku nak jugak bergosip pasal faizal tahir ke, or anna raffali.. Dengan HR pon bajet-kerek-nak-mampus..


Terfikir jugak.. Aku je yang rasa macam tu ke, atau kilang ni benar-benar x bagus..


Just three i keep in my mind

1: keep it as challenge
2: Take it as an experience
3: One day, InshaAllah..i'll find another better job offer and suit with me well..


p/s: demam yang sangat teruk! haih...

Tuesday 14 December 2010

New...

Rasanya macam rindu lah plak kat template lama.. becoz this one too simple.. Dengan tak ada masa nak buat header.. Main taruk je header yang asal boleh... Ermm




You guys think..? Any Suggestion..?

Sunday 12 December 2010

Aha!

aha!... hahaha... tergelak jap.. tak tau nak letak tajuk apa dowh.. mcm lama je tak update kan... nak tulis je mata dah berpinar ngntok.. huish... actually aku ada story tak-berapa-nak-best dan kelakar nak post kat sini...


yang tak-berapa-nak-best nya... aku tak suka kerja aku... hahahaha.... yes i know, aku tau... bersyukur dengan apa yang ada... tapi x salah kan kalau aku nak cakap yang i really tak suka... sebab apa..? simple.. tak kena dengan jiwa... mesti ada orang akan cakap... "eleh kerja memilih... kat luar tu ramai lagi yang tak dapat kerja.." so what? simple answer from me... bila kita nak buat sesuatu kenalah buat secara sukarela walaupun atas nama kerja.. kalau kau buat sesuatu kerja tanpa ko sendiri redha dengan kerja yang ko lakukan tu, makanya pada pendapat aku.. better kita cari kerja yang lain.. sebab aku percaya pada rezeki selagi mana kita percaya pada Tuhan yang memberi rezeki dan kebahagiaan...



yang kelakarnya... my boss memilih pekerjanya berdasarkan horoskop... and mostly semuanya berbulan 5... yang bulan 7 dan bulan 9 baru saja berhenti... sebab apa.. aku tak tau.. and mostly jugak, semua QA tarikh lahir bulan 5 akan kekal 4-5 tahun.. DUh! aku nak keluar dari sumpahan itu!... kelakar kan... aku rasa weird dan tak rasa persekitaran kerja akan berkembang dengan baik tanpa ada curahan idea dari pelbagai personaliti.. yep aku admit yang mostly karakteristik seseorang itu akan sama berdasarkan bulan yang sama.. kalau dah sama advantage nya senang bekerjasama.. disadvantage-nya xdalah apa yang dinamakan curahan idea dari pelbagai personaliti itu...




sangat weird!....

Thursday 2 December 2010

the end

passion president director vice director lawyer architecture dreams job sports friends special politician interest brilliant leadership clean good non-smoker happy-go-lucky friendly smile great others







nah! thats not me


coz im crying, and lost


coz im










loser!


Wednesday 1 December 2010

Balek Kerja - InshaAllah

Bila balek kerja je, dengan melalui jalan jem.. Perjalanan 20 minit boleh jadi 1 jam... Then akan tiba satu waktu tepat kul 7 akan ada refleksi dari siaran Hot fm.. Yang menyiarkan lagu-lagu keagamaan.. Dan salah satu lagu tu mengandungi bait - bait yang cukup memukau.. Seolah-olah ianya memahami apa yang difikirkan dan memberi semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan..



InshaAllah - Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on 
You feel so lost 
That your so alone 
All you see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can’t see which way to go 
Don’t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 

Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 

Everytime you commit one more mistake 
You feel you can’t repent 
And that its way too late 
Your’re so confused, wrong decisions you have made 
Haunt your mind and your heart is full of shame 



Don’t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 
Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 
Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 

Turn to Allah 
He’s never far away 
Put your trust in Him 
Raise your hands and pray 
OOO Ya Allah 
Guide my steps don’t let me go astray 
You’re the only one that showed me the way, 
Showed me the way x2 
Insha Allah x3 
Insya Allah we’ll find the way 



p/s: bait - bait nya cukup memukau! inspirasi!