Buah Kena Samak

Ini bukan kisahku.. Ini kisah seorang sahabat.. Sahabat ni graduan jurusan Syariah..


Alkisahnya kami on the way nak keluar.. Aku drive sementara dia di seat sebelah.. Tidak semena-mena Hp dia berbunyi ada meseg dari seorang kawan lama yang kedengaran begini;


" salam.. nak tanya sikit.. Apa hukumnya kalau kita makan buah hasil dari tanaman yang dibaja dengan sumber/baja yang haram?"


Dia memandang aku sambil baca balik isi kandungan meseg tu.. Aku tak reti bab hukum-hakam ni apatah lagi soalan yang pelik sebegitu rupa..


Dia berseloroh sambil menjawab meseg tersebut.. Jawapannya;


"Kena samak dulu buah tu sebelum makan"


Aku masih terdiam.. Antara percaya atau tidak jawapan yang diberi tu tepat..


Kemudian ada satu lagi meseg masuk sebagai balasan kepada jawapannya tadi..


" serius..? Kalau macam tu terima kasih!.."


Dia pandang aku kemudian tergelak.. Aku pun turut tergelak..  hahaha.. nampak sangat jawapan dia temberang dan budak yang menanyakan soalan tu mesti percaya bulat-bulat jawapan dari dia.. Jenuh agaknya nak samak buah satu persatu before nak makan.. Kurang asam! hahahaha 

2 comments:

  1. klu die wat muke serius mesti ko pcaye kan pong? haha..

    anyway baje yg haram tu cane wei? baje bangkai babi ke ape? x pna dgr plak org pakai bnde2 'haram' ni wat baje.. hurmm..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. siyes.. aku hampir tertipu!

    ntah ek.. maybe baja tu diperbuat dari taik khinzir yang belum baligh kot.. hahaha...

    ReplyDelete