Wednesday 30 June 2010

World Cup: Italy





Berita yang dah sejuk, semua pun sudah maklum, Italy terkeluar dari saingan piala dunia pada peringkat kumpulan lagi. Madah betul.. ermm sebagai penyokong tegar skuad Italy sejad berabad lamannya, its ok, its orite... Next Cup, try it again..


Well banyak kenangan semasa menyokong pasukan italy ni... masa sekolah menengan dulu siap bertaruh lagi tapi tak banyak lah.. Dalam singgit dua... Naseb lesen judi dibatalkan.. kalau tak abes duit gaji aku bertaruh...


Apa yang tak kena dgn Piala dunia edisi ini ek untuk pasukan Italy.. Bagi aku leka dengan title Champion kot.. Tgklah masa last game against Slovakia... Last minute baru nak main betol.. Baru dapat score 2 biji... Awal permainan main macam match friendly lak kan..


nway, kalau Italy xdapat menang, semua team xdapat menang.. so bagilah kat Brazil sebab dia memang dah well known asyik menang world cup je... 


Eh.. Jerman mcm best lah plak kan.. Mesut Ozil....

Thursday 24 June 2010

kehidupan selepas belajar


tak ramai yang tau aku sekarang kejer kamdar utk cari sedikit pendapatan untuk bayar yuran ukm... tapi kejer sehari 12 jam, seminggu 6 kali kerja sangat memenatkan.. sangat sangat... nak update fb pon sampai tak tau dah nk update apa.. blog apa lagi..

kalau boleh bawak laptop ke kamdar ok jugak.. bosan2 xda customer boleh update blog kan..

hahaha.. nway just hope i will get my better life and better carieer.. hope so.. thanks..

Tuesday 8 June 2010

kau tahu apa yang aku rasa?


kau pernah tahu apa yang aku rasa?

aku nak grade.. aku nak grade tahun ni

tapi aku fail satu subjek..

jadi kau tahu apa yang aku rasa?

aku try motivate myself

tapi aku juga rasa give up

jadi kau pernah rasa apa yang aku rasa?

aku hutang yuran Rm2 ribu

dan aku tgh kerja sebab nak kumpul duit

sebelum bulan 7, unless memang aku x mau grade

jadi kau pernah rasa apa yang aku rasa?

kau ingat aku berfikiran negatif sangat ke?

ko ingat aku ni tak matang ke?

kau ingat aku ni xda motivasi ke?

SEBAB KAU TAK RASA APA YANG AKU RASA

dalam diri kau takda 

apa yang dinamakan empathy






Wednesday 2 June 2010

We are Muslims





Siapa kamu..? Syiah, Wahabi, Pengikut Syafie, atau Imam Hambali, atau Imam Malik atau pahaman mana pun kamu ikuti, kamu adalah muslim. Kamu anuti agama Allah, kamu ikuti sunnah Nabi Allah, Nabi Muhamad S.A.W.. Jadi mengapa harus membiarkan darah kita sesama muslim mengalir di tangan-tangan Musuh agama..


Sekarang kecoh isu hangat Israel menyerang Bantuan untuk Gaza.. Ikut akal, ikut hati bahkan ikut nafsu sekalipun kita sedar yang ia memang salah dan melanggari hak-hak kemanusiaan. Tapi itu Israel. Kejam adalah norma kehidupan mereka. Biadap. Tapi kita sekarang lemah, tidak berdaya.. Semua muslim di dunia hanya terus berdoa dan menunjukkan protes di hadapan kedutaan Amerika dan Israel.. Adakah dengan tunjuk perasaan dan perhimpunan itu mampu menghentikan kekejaman Israel. Tentu tidak sama sekali. Tapi sekurang-kurang nya itu adalah usaha kita untuk menunjukkan kepada dunia siapa itu Israel..






Lihat pada saf di atas. Paling senang lihat pada Solat Jumaat atau Hari Raya (sebab ramai jemaahnya).. Melalui situ kita boleh tahu tentang betapa kuatnya ummah umat Islam pada zaman ini. Jadi anda boleh taksirkan sendiri apa yang dimaksudkan sendiri..

Sabda Nabi SAW Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Lihat pada hadis di atas, ditekankan WALAUPUN KAMU TERPAKSA MERANGKAK DI ATAS SALJI. Ditekan kan di situ.. Andai kata takdir Allah, kamu melihat Panji-panji Hitam melintasi kawasan kediaman kamu keesokan harinya, dan kamu yakin ianya adalah tentera Agama Allah, adakah kamu sanggup meninggalkan ibu bapa kamu, anak isteri/suami kamu, awek, pakwe, saudara mara, dan rakan-rakan.. Saya sendiri tidak pasti jawapan yang akan saya keluarkan jika ditanya soalan begitu. Anda? Tepuk dada tanya iman anda..


Apa yang dapat disimpulkan disini, ayuhlah wahai Saudaraku, aku berpesan pada diri sendiri dan kalian saudara seislam, mari kita kuatkan ummah, kita kuatkan doa, kita kuatkan iman, kita kuatkan akal, kita satukan saudara-saudara kita yang berpecah, kita yakinkan kemenangan kita, kita bela agama kita, kita pertahankan darah suci mujahid yang gugur ke bumi dan kita kembali tegakkan bumi ini dengan Agama Allah.


Kita perlu bersatu sebelum menggempur tentera musuh.. Darah yang mengalir ini tidak akan damai selagi Agama kita dipijak-pijak, diherdik dan dihina. Rasul kita di herdik dengan biadap. Apakah kita perlu berdiam diri. Dengan diri kita yang tidak berdaya.. Panjatkan doa kepada Allah, semoga suatu hari nanti, keimanan akan tebal dalam hati kita, mengikuti perjuangan tentera Allah.. Dan Israel serta Dajjal laknat itu akan hapus dari muka bumi ini..


Aku bukanlah seorang insan yang kuat imannya.. Aku juga banyak dosa, tapi marilah kita berpesan-pesan kepada kebaikan. Semoga Allah akan menunjukkan jalan kebenaran kepada kita dan membenarkan kita mengikuti perjalanan tentera-tentera Islam. Allahuakbar!!