Friday 5 August 2016

Generasi AL-Fateh



Sebelum kita menghuraikan siapa dan bagaimana nak mencari Generasi Al- Fateh ini, jom kita kenal dulu siapa tuan badan yang bernama Al - Fateh ini.?

Sumber dari Wikipedia :-

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. 

Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan,sainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.

Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

Mengapa sebaik - baik raja dan sebaik - baik tentera. ? Dikatakan bahawa Sultan Muammad Al - Fatih ini tidak pernah meninggalkan Solat Fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Sunat Tahajjud sejak dari beliau baligh sedangkan tentera - tenteranya pula tidak pernah meninggalkan Solat Sunat Fardhu dan Solat Sunat Rawatib sejak dari baligh. 

Mereka ibarat singa yang lapar berjuang demi Agama dan Negara sedangkan pemuda - pemuda masa kini ibarat kijang yang terhincut - hincut kesakitan lari bertempiaran tatkala diserang musuh. 

Dalam konteks masa kini, bagaimana kita boleh melahirkan generasi yang sehebat generasi pada zaman Muhammad The Conqueror ini.? Saya percaya jawapan sebenar tidak ada pada anak - anak yang dilahirkan tetapi jawapan nya ada pada ibu dan bapa yang melahirkan serta masyarakat sekeliling. Kerana kitalah yang bertanggungjawab untuk membentuk generasi muda yang kuat imannya dan tegap amalnya.