Saturday 31 October 2009

2nd birthday celebration.. weee

weee.. hari ini adalah ulangtahun ke dua laman blog nih.. sebelum ni aku dah menjadi blogger melalui friendster... Alhamdulillah walaupun kurang menarik, dan perlukan banyak improvement, dapat jugak bertahan 2 tahun... Kalau nak tgk post yang pertama, click sini...



terima kasih ye pada yang sudi support, follow dan yang terus memberi komen... xlupa juga En Azmie yang byk mengajar pembikinan blog seawal usia blog ini cuba dibangunkan.. heeee... 2 tahun dah boleh berjalan.. dah pandai nak bercakap... hehehe... semoga blog ini terus berjaya dan berjaya...



Wednesday 28 October 2009

exam!!

Semester extend pertama aku.. hehe.. bior lantak apa org nak kata... biarlah aku extend ke or what? hahaha... sajer je.. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada rakan-rakan dan taulan...
Good Luck And All The Best...





And Dunt forget, Wish Me Luck Too.. :P

Saturday 24 October 2009

Multiple Story





Lama sudah tak hupdate... Banyak kot yang nak diceritakan..




Exam


Bahang exam dah terasa... Tapi badan aku ni dah diselimuti oleh bulu - bulu kemalasan... More to playing,  and playing and surfing... Nak men gitar and Ragnarok Online (thanks to someone, my lil bro, yang mencetuskan semula ketagihan bermain RO).. Damn... Nak tgk jadual exam.? Ermm nanti - nantilah aku post...




Nude is Art..


Bogel itu seni..? Aku ni xdalah alim sangat... Make mistakes everyday and not so perfect.. Men bola pun pakai seluar pendek juga... Tapi aku tau juga norma - norma batasan kesenian... Aku ada terbaca dalam paper, seorang komen dari seseorang yang digelar manusia... Komennya menyokong lakonan artis supaya banyak mendedahkan part - part yang seksi, menggiurkan atau bogel teruslah, senang cerita... Atas nama seni.. Dan memperbodohkan orang yang x menyokong artis itu sebagai buta seni dan tiada komedenan.. Adakah bogel itu seni? Aku x sokong!! Korang dah besar panjang... Dah berakar sana sini.. Pikirlah sendiri..




Fog Lamp


Fog lamp dah dibetulkan... Taapi kesian kt JLM aku.. dah cacat sana sini.. Calar sana sini.. Kemek sana sini... Hurmmm lasak ke atau tak reti jaga kereta?


Lain - lain cerita.. Tunggulah next entry ya.. Oh!! Between... 31 october 2009 adalah... 

ULANG TAHUN KE_TIGA BLOG INI....

Saturday 17 October 2009

Misteri di Highway




Aku baru balik.. Dari UKM ke JB.. Penat dan mengantuk pada tahap yang kronik.. Tapi sebelum aku tido.. Aku nak beritahu satu perkara misteri yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan semasa perjalanan balik aku tadi..


As usual, seperti biasa perjalanan aku ke JB.. Aku tak ikut jalan lama.. Aku lebih suka ikut highway.. Lancar dan Jimat.. Tadi kurang bebanan disebabkan aku seorang dan tak banyak barang yang aku bawak.. Aku pecut 160KMJ di sesetengah tempat.. Nak dijadikan cerita misteri ni.. Selepas aku keluar R&R Machap (kira-kira 45 minit dari JB) dalam jam 8.30 malam.. Aku ingat lagi dalam kewarasan otak aku, speedometer menunjukkan angka lebih kurang 140KMJ.. Sunyi.. Sepi.. Hanya bunyi angin..... Radio tak berbunyi.. Aku tunduk sikit.. Cari button power radio.. Dan tekan..






"Dummmmmm Dummmmm"












Sekilas selepas aku menoleh ke hadapan... kelibat sesuatu berdentum di depan kereta aku.. Aku tak pasti.. Selepas berdentum dengan kereta aku.. Melambung ke kereta sebelah.. Walaupun aku nampak dalam sekilas bayangan... Aku pasti aku terlanggar sesuatu.. Berderau darah aku.. Dah lah laju.. Maybe kucing or maybe anjing... Melintas di highway, dan aku langgar.. Terus melambung ke kereta sebelah... Jelas sekilas pelanggaran itu depan mata.. Aku tergamam sekejap.. Cuba menenangkan hati.. Tak kan nak stop kereta tengah highway.. Aku pon teruskan memandu sampai rumah...





Sampai rumah.. Aku tak berani nak tengok.. Takut ada cebisan terselit depan kereta aku, or darah.. Tapi aku lagi takut, kalau kereta aku kemek.. Aku ajak adik aku.. Berani kan diri check di tempat dentuman tu.. Dan hasilnya.. DUh!!!!! Sebelah lampu fog kereta aku dah hilang... Kosong... Agaknya pecah dan terus barai tengah jalan.. Aku dah tak fikir takut.. Aku fikir kereta aku dah cacat... Duh!!!





Aku tenangkan hati.. Baru lampu fog hilang.. Disebabkan aku terlanggar kerana aku tengah pasang radio, aku tak nampak 'sesuatu' itu melintas.. Cuba bayangkan dengan kelajuan 140KMJ, aku 'ternampak' kelibat tu, dan dengan reaksi spontan seseorang pemandu yang cuba nak mengelakkan terlanggar 'sesuatu' itu... Lalu dipusingkan stereng dengan serta merta... Bang!!!!.. Mungkin aku kat hospital atau pusara... Syukur aku tak perasan dan langgar.. Daripada aku perasan dan elak.. 


Bahaya wei dengan laju macamtu, with power stereng.. ko boleh terhumban dalam gaung.. Ataupun kereta automatik terbalik..  Kerana nak mengelakkan benda yang melintas.. Banyak dah terjadi.. Lagi2 kita dengar cerita seakan-akan mistik.. Fuhh Seram.. 


Tido dulu.. Takut....









Thursday 15 October 2009

Teruja Membeli Belah



Hari ni pergi ke Jusco Cheras Selatan, cadangnya nak marathon 3 wayang sekaligus.. Tapi macam penatlah nak menghabiskannya.. So then decide just watch only 2 movies.. Pergi ke sana dengan cik yasmin... Maaflah, saya ni sukar bercamwhoring seperti mana rakan-rakan yang lain.. So xda lah gambar nak dipublishkan ye.. 





Movies yang ditonton firstly adalah Papadom, second The Ugly Truth.. Papadom oklah, berbaloilah dapat bermacam anugerah.. Bukan senang filem melayu nak dapat pujian aku nih, maklumlah bukan sombong, bukan mendewaka-dewakan filem barat, dan bukannya tak nak bagi sokongan kepada filem tempatan.. Tapi rata-rata filem melayu ni memperbodohkan penonton... Kadang-kadang lawak yang xberapa lawak pon diulang-ulang dekat 100 kali.. Tapi Papadom memang lain dari segi lawaknya, dan dari segi penceritaan kekeluargaan.. Tapi adalah sikit-sikit unsur tak logik dekat situ.. Tapi oklah Papadom.. Berbaloi lah RM10 korang tuh..







Second movie, The Ugly Truth pula cerita biasa genre Komedi Romantik Hollywood.. Yang diselit lawak-lawak lucah, dan berakhir dengan Happy Ending... Biasa jugak bila someone jadi orang tengah dalam percintaan akhirnya jatuh cinta pada rakan sendiri.. Banyak dah kot movie yang penceritaannya sebegini..





Ok, back to topic, teruja membeli belah kat Jusco ni.. Ada sale 50%, 70%... Dan akhirnya aku yang tengah kering nih terbeli 2 barang hampir mencecah dalam RM100 kot.. Barang pertama sunglass.. Memang nak beli, just RM15 je.. Aku nak beli then buat cermin rabun jauh.. Hehehe.. Just nak guna time drive.. Silau kalau xda sunglass..


Second barang aku terbeli adalah Discovery 4wd short.. Alahhh.. Discovery 4wd ni jenama untuk orang yang selalu travel dalam hutan-hutan naik jeep 4wd tuh.. Short yang banyak kocek sana sini... Harga asal RM 129.00.. Less dalam 70% so harga dia dalam RM39.00... Teruja lak tengok harga jadi begitu murah.. Short ni senang kalau nak buat masuk hutan, coz kocek dia banyak, dan pinggang boleh sangkut something macam botol air atau apa-apa kegunaan untuk travel ke hutan dsb.. Dan juga bolehlah kalau nak dibawak jalan ke mana-mana.. Santai..


Third barang yang terbeli adalah Beg sangkut tepi jenama Lumberjack.. Harga asal RM99.00.. Less 50% si tinggal lah harga dia RM49.00.. Aku beli beg ni sebab sesuai untuk dipakai pada seluar tersebut.. Kalau tak dipakai pada seluar pun, dia ada tali panjang untuk buat beg sangkut macamtu.. Senang, sebab masa masuk Hutan Merapoh haritu, aku letak kamera dalam backpack.. So susah nak keluarkan kamera, kalau letak kt tepi senanglah sikit nak keluarkan kamera bila perlu..


Jadi dalam sehari abes RM100 aku.. ish2... Rosak program J.I.M.A.T aku.. hahaha...

Tuesday 13 October 2009

Trip ke Merapoh







Kali ni entry pasal trip ke Hutan Merapoh pada 9-12 Oktober di Sungai Relau, Hutan Merapoh, Pahang.. Trip ni bertujuan nak mengambil sampel tanah di 3 rentis berbeza iaitu rentis intepretatif, rentis palas dan rentis negeram... 











Pada hari jumaat bertolak dari FST jam 4.30 petang disebabkan masalah teknikal.. Kalau diikutkan jadual, bertolak dalam jam 2.30 petang dari FST.. Semua alatan-alatan dah dibawa termasuk boxes untuk penggambilan sampel dan barang-barang yang diperlukan... Epul sebagai lab assistang bertindak sebagai pengiring kepada rombongan ke Merapoh ini.. hehe.. Walaupun banyak masalah berlaku sebelum pergi.. 





Nasib baik kitaorang dapat Driver yang macam 1Malaysia.. Kira Sporting lah gak.. Tapi banyak membebel.. Dan kurang sabar.. Perkenalkan Bob The Driver.. Boley buat citer kartun animasi menggantikan Bob The Builder..


Sampai di sana jam 11.00 malam.. Terus diberi bilik yang mempunyai 3 katil.. Pemandangan malam disini sedikit gelap.. Maklumlah kawasan Hutan SImpan Negara.. Setelah diberi penerangan serba sedikit mengenai aktiviti esok pagi.. Kami pun bersambung hajat tido dibilik yang disediakan..








Esok pagi selepas sarapan, sempat sedikit nak snap gambar-gambar di kawasan sekitar.. Suhu pun sejuk dan lembap.. Tenang dengan kicauan burung.. Di kawasan sekitar juga terdapat kawasan pembiakan ikan kelah.. Ikan ini dibiakkan dan akan dilepas kembali ke dalam sungai bila tiba waktunya.. Tapi gambar kawasan pembiakkan ikan kelah ini tak sempat di'snap'..





Selepas sarapan dan meng'snap' gambar.. Dalam jam 10.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan pengambilan sampel di rentis interpretatif... Habis meredah rentis tersebut dalam jam 11.30 pagi.. Disambung aktiviti meredah rentis palas pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.. 





Aktiviti meredah rentis-rentis ini diketuai oleh renjer Taman Negara yang baik hati dan juga sporting.. En Hadi..


Taman Negara Merapoh ini terletak bersempadan Pahang dan juga Kelantan.. Sempadan Merapoh dan Gua Musang.. Bandar yang terdekat dari Taman Negara ini ialah Gua Musang, Kelantan kira-kira 30 minit perjalanan berbanding Kuala Lipis, Pahang mengambil masa hampir satu jam perjalanan...





Selepas meredah 2 rentis yang pertama, dalam jam 6.30 petang, Bob the Driver sudi membawa kami ke bandar Gua Musang... Untuk mencuci mata dan bershopping... Destinasi pertama adalah GM Kopitiam.. GM barangkali membawa maksud Gua Musang.. Selepas GM Kopitiam, kami dibawa ke EconJaya... Shopping Centre yang terkenal di bandar Gua Musang ini.. Tidak beli apa-apa.. Hanya sekadar mencuci mata.. 








Setelah penat mencuci mata, kami dibawa ke Kedai Makan Seafood.. Harga yang ditawarkan berpatutan.. Harga bagi Ikan Talapia Claypot hanya RM19.00...



Keesokkan paginya setelah sarapan.. Dalam jam 10.00 pagi.. Kami dibawa En Hadi merentas rentis Negeram.. Rentis terpanjang sekali diantara ketiga-tiga rentis.. Untuk makluman, rentis ini adalah rentis dimana aku perlu mengambil sampel di sepanjang rentis.. Hasilnya terdapat 4 sampel tanah diambil dari rentis ini..





150 m - Dibawah pokok
400 m - Di lopak air
850 m - Tanah yang menerima pendedahan cahaya matahari
1200 m - Tanah di bawah kayu-kayu reput





Kesemua ketiga-tiga rentis ini, kami bukan saja membawa pulang sampel tanah.. Tetapi membawa juga pacat yang berkeliaran di dalam Hutan.. Ketika di rentis palas sebelum ini, hujan mulai turun menyebabkan pacat-pacat naik ke tanah dengan banyaknya... Sebaik saja keluar dari rentis, dan membuka stokin, 3-4 ekor pacat sudahpun berada di kaki masing2.. Menunggu kenyang dan jatuh ke tanah semula.. Epul, lab assist yang mengikuti perjalanan ini, paling banyak sekali menerima gigitan pacat..


Petangnya selepas pengambilan sampel di rentis Negeram.. Selepas meggi untuk santapan tengahari.. Kami dibawa En Hadi ke Santuari Ikan Kelah.. Kata beliau disitu kita boleh memberi makan ikan kelah yang jinak dan bermain-main dengannya..




Perjalanan bermula jam 2.30 ptg dengan menaiki kenderaan 4wd.. Untuk menuju ke santuari ikan kelah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan jarak 14 km.. Dalam perjalanan, dapat melihat alam semula jadi disekitar jalan sepanjang perjalanan.. 





Setibanya di santuari ikan kelah, kami mengambil gambar di Rentis Gunung tahan.. Laluan untuk para pendaki ke Gunung Tahan melalui merapoh.. Permulaan rentis ini dimulakan dengan jambatan gantung.. Di beritahu, dari Merapoh ke Puncak Gunung Tahan mengambil masa 2 hari naik dan 2 hari turun... Berbanding dari Kuala Tahan ke Puncak mengambil masa 7 hari naik dan turun.. 









Di santuari ikan kelah, kami memberi makan kepada ikan-ikan melalui botol kecil.. Ikan-ikan ini dengan sendirinya akan ke botol itu seolah-olah menyusu dari botol tersebut.. Ikan Kelah bewarna kemerah-merahan.. Diberitahu juga oleh En Hadi, Ikan kelah ini boleh dilambung-lambung.. Kami tidak begitu berani, hanya menyentuh.. Segala peralatan seperti google dan snorkelling diberi untuk melihat ikan dengan lebih jelas dalam air..











Dalam perjalanan pulang dari santuari ikan kelah, kami dibawa ke Menara Seraya.. Menara yang dibina bertujuan untuk melihat kehidupan flora dan fauna.. Sesuai untuk mereka yang mencintai alam semula jadi dan gemar memerhatikan habitat semulajadi.. Jadinya untuk sesiapa yang berminat, wajib membawa binokular dan kamera yang mahal-mahal.. Baru puas hati.. 





Dari menara ini juga kita boleh melihat Puncak Gunung Tahan.. Mengikut gambar yang diberi, puncak Gunung Tahan berada di sebelah kanan sekali.. Mungkin kerana nasib baik, waktu gambar ini diambil, cuaca yang tidak berkabus menyenangkan pemandangan puncak Gunung Tahan. 


Perjalanan pulang ke bilik dinikmati dengan sepuasnya.. Setelah kesejukkan meredah sungai, kini dihidangkan pula angin dari deruan 4wd merentas perjalanan pulang..











Keesokkannya, sebelum pulang ke UKM.. Kami dibawa ke bilik pameran yang disediakan di Taman Negara ini.. Pameran ini sedikit sebanyak menggambarkan habitat semula jadi haiwan-haiwan yang ada disini.. Dan menggambarkan kepelbagaian flora dan fauna yang ada di salam Taman Negara ini..








Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama En Hadi.. Perjalanan pulang bermula dari jam 10 pagi dan sampai ke UKM pada jam 4 ptg..


Special Thanks pada Dr Kalaivani, My Thesismate, Epul as Lab Assist, Bob The Driver, En Hadi as our Guide... And alls yang memberi kerjasama sepanjang trip ini.. Thanks Again..

Friday 9 October 2009

Last minute sebelum bertolak




Dapat call last minute.. Dr penyelia kata hanya 4 orang dibenarkan ke sana.. Which means, pembantu makmal tak ikut.. Dan tak dapat ikut... Dan aku seorang untuk tido malam tuh.. Tengah Hutan... What The Hell... Kadang-kadang manusia ni ego semacam melampau.. Melampau.. Sorry kalau aku katakan yang melampau ni datangnya dari wanita yang bekerjaya. Macam lecture wanita.. Bongkak dan Ego.. Tak semua.. Ya.. itu aku tahu..


Sebaik tamat orientasi pelajar tahun pertama.. Aku dah kena marah dengan lecturer atas sebab aku tanyakan sesuatu.. Makmal pertama aku dah dipenuhi dengan ragam aku menggigil setiap kali aku masuk kelas makmal tersebut.. Salah pegang tiub uji dah kena marah... Maklumlah tahun pertama.. Pegang pen dalam makmal pon belum tentu mahir lagi..


Aku fobia nak jumpa lecturer semenjak dari itu.. Masalahnya.. Students perlu jumpa lecturer atau lecturer yang perlu cari students.. Kalau lecturer perempuan ego dah macam singa betina? Siapa yang nak jumpa.. Skang ni ada lak nk jumpa aku untuk selesaikan masalah MOSTI.. Boleh.. Tak da masalah.. Kalau jumpa boleh selesaikan masalah.. No problem.. Kalau makin cari masalah, itu yang tambah problem..


Setahun lagi.. Aku rasa lecturer aku kebanyakkan macamni.. Lecturer lain ada garang macam ni?

Layout baru dan hutan merapoh




Aku tukar layout blog baru... abes sampai sepuluh kali percubaan.. Last-last aku tukar balik layout  aku kepada layout lama.. Dan semua widget aku abes berterabur.. Menjadikannya blog yang caca marba dan buruk.. sangat buruk..


Aku tak tau nak betulkan macammana lagi.. Petang jumaat atau petang hari ini jam 2.30 aku akan berangkat ke hutan merapoh, Pahang.. Aku kesana sehinggan hari isnin (12hb). Mencari sampel untuk kajian thesis aku.. So kamu semua doakan aku selamat pergi dan selamat pulang... Lepas ni akan menjadi hari-hari yang sibuk buat aku.. Tesis, then masuk lab, penulisan tesis then report, serta final exam.. Wish aku dapat buat yang terbaik..


Kalau ada yang baca blog ni, dan rasa malas nak baca sebab layout aku ntah pape, nantilah aku tuka layout baru.. Lepas aku balik dari hutan merapoh...


update ::: ini layout yang terbaru.. so xderlah widget yang canggih manggih.. still dalam pembinaan.. tak sabarnya nak tgk layout nih complete


Wednesday 7 October 2009

Kehilangan

Am I missing something

Pernah x hati korang tetiba rasa semacam kehilangan sesuatu dan mood korang tetiba berubah.. Aku terasa kehilangan itu hari ini.. Maybe perkataan yang tepat mengambarkan situasi ini adalah 'rindu'...

Aku rindu pada zaman muda mudi dulu... zaman fisrt year, second year dan third year.. zaman PERMAJ batch dulu.. Time tu ramai rakan-rakan untuk bergelak ketawa.. Atau keluar jalan bersama.. Dan yang paling best, gossiping.. hehe.. Acara ngumpat mengumpat..

Kini masing-masing dah bawak diri.. Ada yang kerja, ada yang amik Master dalam bidang masing-masing... Dan aku? Masih lagi bergelut untuk menghabiskan prasiswazah... Kalau masa dulu-dulu itu boleh ditarik kembali, di adun sekata agar ianya takkan lari dan tetap berada pada kedudukan yang statik.. Maksudnya? Maksudnya adalah masa itu takkan bergerak seminit ke hadapan.. statik dan terus statik..

Begitu juga dengan zaman sekolah aku... Terutama rakan-rakan MRSMBPJ.. Cemburu pun ada bila lihat kawan-kawan yang sama-sama gembira dulu ada yang dah ke England, Eropah dan berbagai tempat untuk melanjutkan pelajarannya.. Kehidupan sosial pun dah jauh berbeza.. Sehinggakan ada kawan perempuan aku pun dah ada yang isap rokok.. Dressing pun dan canggih manggih... Aku je yang masih begitu dan begitu.. Ohh ya... Nanti aku tunjukkan muka skema aku di entry yang akan datang...

Yang pasti aku seakan-akan tertanya-tanya.. Siapakah aku untuk 10 tahun akan datang? Mungkin di negara orang, atau hanya di Malaysia... Mungkin menjadi orang yang berjaya atau hanya orang biasa, kereta yang biasa dan rumah yang biasa... Orang cakap duit bukan segala-galanya... Tapi segala-galanya memerlukan duit..

Aku ada visi dan misi sendiri... Target untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun dan 30 tahun akan datang.. Aku tak mahu menjadi seorang yang biasa-biasa.. Cukuplah 20 Tahun aku menjadi orang yang sebegitu rupa...

Hidup ini biarlah orang mengenali kita, kerana sumbangan kita, kerana idea kita, dan kerana kepimpinan kita....

Tuesday 6 October 2009

Nikmat Tido


Aku suka tido.. Sedapnya tido nih sehinggakan aku sanggup utamakan tido aku dari assigment, dan dari exam... Nikmatnya tido aku nih sehinggakan aku sanggup tido 23 hours sekalipun... Akhirnya aku adict ngn tido sebab penat kerana tido, letih, x bermaya dan lesu... Aku boleh tido sehinggakan 12 hours sehari.. Lebih lagi pon boleh..

Ada suatu masa, Aku tido dari jam 2 pagi sehingga jam 1 petang.. Bangun untuk solat jap, makan yang mana patut, sambung balik tido jam 5 ptg hingga 8 malam... Total 11 jam + 3 jam = 14 jam..
Macam budak kecik lak...

Kalau ada waktu lapang pun aku akan cari waktu tido.. 2 jam pun jadilah.. Akhirnya aku penat sebab banyak tido.. Ngantok sebab banyak tido.. Nak wat something pon rasa xbermaya, dan rasa malas yang amat sangat..

Jadi aku berusaha mencari solusi untuk penyait ini.. Mungkin dengan disiplin dan jadual yang ketat berupaya mengekang jadual tido aku tetapi aku x mampu nak berdisipilin dengan mengikut jadual secara tegas...

Ada cara tak nak menghentikan habit buruk aku ni?