Showing posts with label Kritikan. Show all posts
Showing posts with label Kritikan. Show all posts

Saturday, 24 October 2009

Multiple Story





Lama sudah tak hupdate... Banyak kot yang nak diceritakan..




Exam


Bahang exam dah terasa... Tapi badan aku ni dah diselimuti oleh bulu - bulu kemalasan... More to playing,  and playing and surfing... Nak men gitar and Ragnarok Online (thanks to someone, my lil bro, yang mencetuskan semula ketagihan bermain RO).. Damn... Nak tgk jadual exam.? Ermm nanti - nantilah aku post...




Nude is Art..


Bogel itu seni..? Aku ni xdalah alim sangat... Make mistakes everyday and not so perfect.. Men bola pun pakai seluar pendek juga... Tapi aku tau juga norma - norma batasan kesenian... Aku ada terbaca dalam paper, seorang komen dari seseorang yang digelar manusia... Komennya menyokong lakonan artis supaya banyak mendedahkan part - part yang seksi, menggiurkan atau bogel teruslah, senang cerita... Atas nama seni.. Dan memperbodohkan orang yang x menyokong artis itu sebagai buta seni dan tiada komedenan.. Adakah bogel itu seni? Aku x sokong!! Korang dah besar panjang... Dah berakar sana sini.. Pikirlah sendiri..




Fog Lamp


Fog lamp dah dibetulkan... Taapi kesian kt JLM aku.. dah cacat sana sini.. Calar sana sini.. Kemek sana sini... Hurmmm lasak ke atau tak reti jaga kereta?


Lain - lain cerita.. Tunggulah next entry ya.. Oh!! Between... 31 october 2009 adalah... 

ULANG TAHUN KE_TIGA BLOG INI....

Saturday, 12 September 2009

The Things I Hate

Semua yang ada dalam dunia ni, akan ada sesuatu yang dia tak suka. Akan ada jugak yang dia suka. Itu memang lumrah manusia. Aku pun begitu. Ada sesetengah sikap manusia yang aku sangat-sangat benci. Dan meluat. Dan tak sabar rasa nak lempang laju-laju. Antaranya:-

Mendesak

Suka sangat mendesak. Mendesak ni berlainan dengan memujuk. Contoh lebih dekat, bila kita pergi ke suatu tempat, mendesak nak balik cepat. Eh! sabarlah. Janganlah mendesak coz semasa pergi ko tak cakap plak nak balik kul berapa. Atau nak pinjam sesuatu, dah aku tak bagi, tak perlu nak mendesak. Kadang-kadang ada orang suka mendesak kita membuat sesuatu yang kita tahu perlu dibuat. Aku ni perikemanusiaan jugak. Kalau ada hal-hal kecemasan, consider lah kalau kau nak mendesak.

Pentingkan Diri

Aku dah biasa jumpa orang macamni. Dah biasa sangat. Antara contoh, ada member perlukan bantuan kecemasan nak pergi ke somewhere. Dan dia dengan selamba, sambil main game, mengatakan dia tak da masa. Wei, ingat kami buta ko tengah main game? Member ada hal kecemasan, apa salahnya kau tolong. Lagi satu ada saja manusia yang menghilangkan diri bila mendapat kesenangan. Pergilah, bukan kau sorang saja yang untung. Dapat duit sorang, sembunyi diri. Aku tak lahap dengan duit kau kalo nak main sorok-sorok pon.

Menuduh

Ada juga orang yang sikapnya nak menuduh tak tentu hala. Tak ada angin tak ada ribut. Menuduh! Aku cukup anti dengan orang macam ni. Kalau aku dah kata sakit kepala, means memang sakit kepala. Tak kan lah nak tipu lak. Tak payahlah kau tuduh nak kata aku sengaja cari alasan.

Itu saja top 3 sikap manusia yang aku tak suka. Banyak lagi sebab manusia ni memang tak pernah nak puas. Macam aku gak, ada saja yang tak kena. Tapi bersabar sebab aku pun bukan sempurna. Aku pon baru umur 22 tahun, banyak lagi yang perlu belajar.

Apa apa pun Sorry For Everything andai aku ada tersalah tersilap.

Wednesday, 5 August 2009

Bloggers Type

Hari ni terpanggil nak beri sedikit ulasan tentang dunia blogging ni.. tp dah semestinya 100% ulasan ni hanyalah pendapat aku semata-mata.. bukan fakta dari ahli akademik ataupun bijak pandai...

setelah lebih setahun aku menceburi bidang penulisan, tahulah aku serba sedikit tentang jenis-jenis blog yang ada dalam pasaran dunia ni terutama Malaysia..

antara blog yang menarik bagi aku blog Bro Mazidul.. segala kupasan benar tentang penyakit isu semasa yang melanda masyarakat kita terutama melayu.. Blog Nasehah Syamin, juga menarik, sebab dalamnya ada rekacipta-rekacipta mungkin bertujuan untuk masa hadapan.. gerek gerek gerek..

Blog Amir Mahmood juga menarik sebab ayat-ayat yang sedap dibaca.. dan juga secara terus terang, emosi yang dinyatakan dalam blog seolah memberi satu gambaran sebenar emosi penulis (no offense Amir, hehe).. Begitu juga Blog AJ, kata-kata yang sedap di baca, dan jujur dalam sesuatu di dalam blognya..

Blog Akmal Best, Azmi dan Fairul mungkin lebih menjurus kepada isu semasa... kupasan tentang politik kampus, atau pun politik luar.. Banyak sebenarnya di alam dewasa ini, kupasan demi kupasan tentang politik lbih banyak dalam laman maya...

Lain-lain blog lebih bersifat peribadi, mungkin tentang catatan kehidupan yang berlaku hari ini, semalam ataupun esok.. termasuk juga blog aku, (sebab apa yang aku rasa aku akan tulis).. mungkin juga, orang lain ada pandangan yang lain tentang blog ini..

Tapi ada juga kewujudan blog yang masuk bakul angkat diri sendiri.. paham maksudnya? maksudnya blog tersebut mengambarkan dirinya seorang yang perfect.. sedangkan jauh panggang dari api.. apa yang dalam blog tu jauh dari sifatnya yang sebenar.. cara cerita, penggayaannya seolah-olah hanya dia di pihak yang benar, pihak lain yang menjadi mangsa.. sedangkan orang lain sebaliknya... hahaha... kami semua taulah, kalo orang lain bolehlah hang tipu, kagum dan percaya tentang kejujuran penceritaan itu... tapi bukan kami untuk hang nak tipu.. yang penting, cek balik diri kita depan cermin.. Jangan Cakap X Serupa Bikin... Jangan Paku Dulang Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih... Jangan Juga bercakap sesuatu Yang Tidak Elok Tapi Hang Juga Lakukakan...


Wednesday, 29 July 2009

Damn That Girl!!

Damn that girl... shit yang melampau... hahah.. aku rasa blog aku ni dah jadi macam blog pembangkang.. ada jerk yg x kena.. tapi dah memang xbetul.. xkan nk biar depan mata...

cter ni baru saja berlaku pada aku tadi.. peristiwa yang sangat geram dan sangat kurang ajar.. dalam kul 9.00 pagi aku ada presentation depan penyelia aku.. then mungkin Dr Kalai garang skit kot menyebabkan ada pelajar yang tumbang rebah.. sebab dia demam + nervous.. jadinya Dr Kalai suh lah aku gie office mintak smelling salt or whatever ubat sapu ker untuk ilangkan pening... dengan langkah yang penuh prihatin aku pun pergilah ke pejabat PBSBT, FST, UKM...

melihat dari kaunter pejabat tuh, ramai orang beratur.. xkan aku nk potong line.. tapi ni kes besar.. orang pengsan.. kalo korang jadi aku.. apa yg patut korang buat..? jadi dengan berfikir secara ringkas, aku masuklah ikut pintu office.. tapi aku ketuk dulu.. sure aku ketuk.. aku ingat.. aku jumpa akak tuh.. muka not bad tapi hati macam syiall... belum apa2 lagi dia dah marah aku.. dia cakap pelajar xdibenarkan masuk ofice... restricted area untuk stdent.. then aku explain yang ini kes kecemasan, ada pelajar pengsan.. Dr nak sumthing yang boleh bantu pelajar tuh..

Pastu dia boleh cakap aku tetap xley masuk.. ada orang pengsan ker, mati ker, apa-apa ker.. xley masuk ofice kena lalu kaunter jugak.. Pu--Mak dia.. aku ckplah balik, xkan ada org mati pun nk lalu kaunter.. terus aku keluar.. ohhh.. ini orang pon ada dalam dunia.. aku x doa, tapi mana tau kalo anak dia mati dalam kuliah akibat kes macam ni.. opss anak dia xsempat masuk U.. mati dalam kelas kat sekolah.. haaa baru ko tau... celaka betol..

pengsan boleh lah cakap.. mati janganlah buat main.. ko ingat aku nk terhegeh2 ke masuk ofice tuh.. hurmmm perkara ni kena buat report.. nntlah aku report.. geram sangat.. sangat kurang ajar...

p/s: aku dah tgk Harry Potter.. not bad tp penceritaan xsehebat novel...



Thursday, 23 July 2009

Park & Ride IS Suck & Fuck!!

Tengahari td ada satu peristiwa yang encem... Dengan Pengalaman aku selama 3 tahun bawak kereta, dengan melalui highway dari JB ke Bangi selama 3 tahun, melalui hiruk pikuk bandar JB, menghantar adek2 aku ke sekolah di tgh2 bandar... Meluncur dengan berhemah di kotaraya Kuala Lumpur... meredah jugak kawasan pinggir bandar Muar, Melaka menyusuri denai dan juga jalan felda nun di Pahang sana... Maka dengan pengalaman aku membawa kereta di bandar dan juga pdalaman selama 3 tahun, aku menggunakan pengalaman tersebut untuk parking di kawsan depan Ungku Omar, UKM.. cantek dan tersusun aku parking.. perfect... xdr senget.. xder terlbih kawasan kuning kotak parking tersebut...

tapi tengahari td.. ader satu kertas nota kecil terselit di wiper aku... surat saman!!! pehal plak... aku dalam keadaan mamai terus menyirap darah aku... xder angin xder ribut kena saman... aku terus meluncur kereta dan ternampak abang wisma aman aka pakguard UKM di depan bus stop Pusanika UKM... aku pun terus berhenti, turun dan tanya abang tersebut...

Abg tersebut explain kart aku saman tersebut disebabkan adanya prasarana atau kemudahan baru di UKM ni, iaitu park and ride... dengan adanya Park & Ride, kereta student TIDAK DIBENARKAN berada di perkarangan sekitar UKM sebelum dari pagi sehingga jam 7pm... kereta student dan pelawat dibenarkan letak di lokasi Park & Ride seperti wisma aman, DECTAR dan panggung seni... Itu apa yang diterangkan dan apa yang aku paham...

Ok... sekarang PakGuard UKM, Tan Sri TNC, dan abg dan kakak PMUKM... Kalau korang baca blog aku, dengar masalah aku!!!... aku kerja Part time di luar UKM, balik kerja jam 3am... atau 3 pagi kalo korang buta waktu!!.. parking kart foyer UO dah penuh.. bukan setakat penuh.. malah dah melintang aral dan berbagai demo ni parking... dah tu nk suh aku parking kart maner? park and ride pepagi buta ni kart DECTAR? WTF!! nak atau tak, aku kena parking lah kart persekitaran UO nih... dan redha jerk terima surat saman keesokan paginya!!

ok good idea Park And Ride... tapi empathy sket.. Jgn kenyang perut sendiri tapi masalah student x jaga... Dah 3 tahun aku bawak kereta kart UKM nih... xkan tahun ni nak sidai keter aku kart DECTAR plak... nih baru keter aku... belum lagi kereta student-student yang lain... mentang-mentanglah student.. hang pi buat dono jerk eh.. cmnilah aku cadangkan... cadangan aku, kereta pegawai Universiti, kereta pensyarah kart fakulti pon hang pi buat park and ride... naik siap kereta api kecik macam kart zoo tuh... seronok sket!! UKM industri pelancongan!!

Dah aku nk tido.. esok kena saman.. naseblah.. AKU XDER TEMPAT NK PARKING... ikhlas aku takut nk parking kart DECTAR, dan tunggu bus Park And Ride pukul 3 pagi ni... GILER...



Wednesday, 3 June 2009

Project N.S


Pernah dengar Project N.S...? Bukan Project Pop tau yang nyanyi lagu ngetop bukan superstar tuh.. Ceritanya alkisah begini, ada one station television ni is trying to promote PLKN menerusi program realiti, Project N.S yang mana ‘pelakon’ utamanya adalah Diana Danielle, Suki dan Aliff.. wahhh.. glamour giler.. Pernah aku mendengar bisik-bisik di telinga ini, yang Pelakon Project N.S ni tidak akan diberi kemudahan yang lebih baik dari peserta-peserta PLKN yang lain.. Tidak ada kemudahan yang special diberi kepada mereka...

Jawapan aku tipoooooo..... setipo-tiponya... helloooo kalau dah ada selebriti kart situ, dan siap masuk Tv, secara logik akal, akan ada peruntukan lebih untuk kem tersebut... akan ada penambahbaikan yang ditumpukan kat kem tersebut dari kem-kem lain.. ini sudah semestinya, sebab takkan nk masuk tv amek gmbar kem2 yang selekeh..

Dengar jugak yang si Diana Danielle telah dinobatkan sebagai Timbalan Penghulawati yang merupakan pangkat kedua tertinggi bagi semua peserta perempuan latihan PLKN ini. Bagus mereka ini bukannya sekadar pandai berlakon tapi juga berkepimpinan.. hahaha.. statement ini agak tepat tapi tak setepat-tepatnya.. of coz dia sebagai selebriti, mestilah org akan pilih dia, bukan kerana daya keimpinan tapi kerana title selebriti yang dipegangnya.. ada setuju?

Program ini dikatakan sebagai satu wadah yang cuba ditunjukkan kepada anak-anak muda bahawa PLKN ini mempunyai matlamat program yang bagus.. dan juga memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa kem-kem ini adalah satu jaminan tempat yang selamat untuk anak-anak mereka.. tapi kenapa selebriti? kan lagi bagus serta menambah keyakinan kalau program realiti ini ditunjukkan kepada peserta-peserta awam yang bukan selebriti.. yang latar belakang mereka dari sudut sosioekonomi, sosial yang terlalu berbeza.. ini yang patut ditonjolkan sebagai satu program yang bermatlamatkan penyatuan warganegara Malaysia dari pelbagai aspek termasuk perpaduan kaum.. setakat tiga selebriti itu semestinya tidak memaparkan apa yang kita hendak lihat sebagai satu program yang begitu banyak matlamatnya..

Kenapa aku begitu membantah rancangan TV ini.. kerana aku pernah manjadi peserta PLKN.. wawawawa... bukanlah jeles sebab aku tak masuk tv.. tapi kebanyakkannya aku takut apa yang dipaparkan jauh sekali dari realiti.. dan ini keistimewaan ini tidak adil kepada peserta-peserta yang lain..

p/s: gambar diatas bukan gambar aku yerk..



Monday, 18 May 2009

BKRS Club, Myself and Unsattisfied

Lama x update.. tapi Alhamdulillah, semenjak kehadiran wireless dalam rumah aku ni, mungkin sehari 2 kali dapat update blog.. tapi memandangkan perjalanan hari-hari ku di JB semakin membosankan, mungkin juga x banyak cerita yang akan diperdengarkan... ingat nak cari kerja untuk menghilangkan kebuhsanan tapi rasa kemalasan pulak yang menjenguk diri ini..

Nway, x samapai seminggu aku di rumah, pelbagai khabar yang tidak enak bermain di telinga.. Baru-baru ini, khabar yang sangat tidak gembira... Kelab-kelab di UO di hadkan programnnya.. sebagai contoh, Xtreme-C hanya boleh menganjurkan xtvt sukan semasa family day dan juga kawalan pilihanraya kampus.. Maknanya dari contoh yang diberi, tidak akan ada lagi panjat gunung, dinner, or aktiviti yang seumpamanya..

Berita yang lagi tidak sedap didengar, Kelab lama aku, BKRS, Iqra' dan satu lagi kelab akan dibubarkan... atas alasan tidak membantu UO.. ini sama sekali aku tidak setuju, dan akan aku tentang... ini sudah lebih wahai barisan pentadbiran UO.. kalau betul berita ini satu kebenaran.. perasaan benci aku kepada barisan felo UO semakin menebal..

BKRS akan dibubarkan.. adakah orang-orang bebal yang setuju membubarkan BKRS tahu sejarah kelab ini.. adakah penampilan masa kini memadamkan kegemilangan kelab itu di masa silam.. pernahkah anda tahu matlamat penubuhannya.. semuanya tidak.. atas alasan kelab itu tidak membantu UO..

sekarang point ini tidak relevan... sekiranya benar BKRS, Xtreme-C dan kelab-kelab lain seperti Samudera dan Nusantara tidak membantu Pentadbiran KUO, sapa yang bantu..? Jaksa yang ketika itu dibarisi barisan felo-felo yang terlalu arrogant? harus ditegaskan.. kelab-kelab ini yang banyak menaikkan nama Kolej Ungku Omar, dan tidak sepatutnya dibubarkan atau dihadkan aktivitinya.. ini mampu memusnahkan atau mematikan kreativiti pelajar untuk berorganisasi.. kesimpulannya, KUO selama-lamanya tidak akan mampu melahirkan seorang pemimpin.. tetapi melahirkan kroni-kroni mereka yang bongkak dan bodoh..

Aku tentang sehabisnya..



Wednesday, 15 April 2009

Politics And Me

Aku anggap apa yang berlaku ini lumrah sebahagian dari politik.. Aku anggap cerita ini luahan hati aku dalam menempuh perjalanan di kampus ini yang sentiasa bergelumang dengan politik.. walaupun post ini panjang, Bacalah sampai ke bawah, supaya anda tahu perjalanan hidup aku sehingga aku dalam dilema.. mungkin kerana hati itu busuk!! Berilah sedikit komen supaya aku tahu jalan yang perlu dipilh..

Aku menjadi Presiden Permaj dengan jalan yang senang… Rakan sekeliling memberi laluan yang mudah.. Aku tau mereka lebih layak dari aku.. Tapi mereka senang dan sudi membantu aku dari bawah.. Terima kasih juga kepada Kepimpinan PERMAJ sebelum ini.. memberi tunjuk ajar dan menerapkan pelbagai kemahiran..

Abg Syahrin, Bekas presiden Permaj 1998, dan kini menang sebagai exco pemuda UMNO Malaysia, pernah berkata.. Dia berada di landasan terbaik pada ketika ini adalah kerana PERMAJ.. dan aku berani berkata.. jika cerah masa depan ku di akan datang semuanya kerana PERMAJ.. PERMAJ adalah tulang belakang kejayaan aku sehingga kini..

Dengan PERMAJ, jalan aku terbentang luas.. hasrat ingin memegang kepimpinan UIPK (Urusetia Integrasi dan Perpaduan Kaum, HEP UKM) dan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UKM sudahpun terhenti di pertengahan jalan.. Namun, Alhamdulillah aku dapat memegang barisan Pemudahcara Bahagian Pusat dengan menjadi ketua sekretariat Pendaftaran, pada Minggu Pengenalan Pelajar 07/08.. Dengan jawatan ini, pengaruh di sekitar UKM mulai merebak.. Aku Berjaya menguatkan hubungan dengan HEP UKM, dan pelbagai lagi organisasi..

Jalan aku bertambah mudah bila aku menjadi Timbalan ketua pemudahcara bahagian pusat, MMP 08/09, jawatan kedua tertinggi di kalangan pelajar-pelajar, semasa minggu pengenalan pelajar diadakan selama seminggu.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berturut-turut memegang jawatan Pemudahcara bahagian pusat, pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat aku perolehi.. dan yang paling penting, kekuatan minda dan mentality.. sebabnya untuk menguruskan 12 kolej yang pelbagai ragam, sudah semestinya emosi must be stabil dan kuat..

Sepanjang di UKM, 2 kali tawaran peluang keemasan berturut-turut datang kepada aku.. Tawaran untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar.. Dan yang menjadi penghormatan, Pegawai HEP sendiri yang datang untuk meminta aku menjadi MPP UKM di samping rakan-rakan.. Teringat En Zameri, Ketua Pendaftar HEP UKM.. pernah berkata satu kerugian bagi aku melepaskan peluang MPP UKM.. Tapi sudah tentu aku ada alasan tertentu.. Aku ketandusan pointer yang melayakkan aku bertanding..

Sekali lagi, bahagian HEP UKM memberi aku penghormatan yang yang agak tinggi.. aku ditawarkan menjadi wakil UKM dalam delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke konvensyen MALINDO Malaysia-Indonesia.. Hanya 3 orang wakil dari setiap Universiti.. Dan aku terpilih walaupun aku bukan MPP UKM.. Terasa sedikit bangga, sebabnya semua universiti yang lain menghantar YDP, NYDP MPP dan sebagainya sebagai wakil university mereka.. Konvensyen yang diadakan selama 10 hari di anjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Pelajar Universiti Malaysia (MAKLUM).

Untuk program Mikrobiologi UKM.. Aku diamanahkan untuk menjadi ketua Pengarah bagi annual dinner untuk kos mikrob.. dan aku memang ingin pegang.. sebabnya.. Aku ingin membuktikan kemampuan aku.. Aku bukan sekadar bercakap kosong.. Jika diimbas kembali tahun sebelumnya, ketika senior2 mikrobiologi memegang organisasi annual dinner.. Segala pandangan, cadangan, dan segala kritikan aku, dibuang mentah-mentah.. malah mereka mempertikaikan pencapaian akademik aku.. adakah pencapaian akademik berkaitan dengan pencapaian organisasi? Mereka juga menuduh aku bercakap kosong.. berlagak bagus dan sebagainya.. Maka dengan itu, aku berjaya buktikan.. dan penganjuran program ini di lihat terlalu berjaya dengan penajaan besar dari MOSTI (Ministry of Science, tenchnology and Inovasi).. Tempat yang special dan berkelas tinggi, makanan yang mewah dan pujian dari pelbagai pihak.. Dekan, Pensyarah dan juga MOSTI sendiri.. Untuk itu, pujian ini sepatutnya disandarkan kepada semua AJK Program ini.. Thanks A Lot.. Aku harap, ini dapat menutup mulut-mulut yang memandang rendah keupayaan akademik aku.. (walaupun xda kena mengena)..

Untuk kolej.. Aku berjinak dengan BKRS.. Sehingga aku di lantik menjadi Exco kepimpinan BKRS.. Di bawah amanah yang dipikul, aku berjaya menjalankan program Interaksi 1st year yang selama ini tertangguh selama 2 kali di bawah kepimpinan orang lain.. Mungkin mereka ada kesulitan yang susah nak dielakkan.. Tapi aku Berjaya menjalankan program itu.. walaupun ketika itu keadaan memaksa supaya program itu ditunda sekali lagi… Masalah Disebabkan kumpulan ajk dan organisasi berpisah jauh dengan kumpulan sasaran pelajar tahun pertama.. Berkat kesungguhan AJK-AJK program, Alhamdulillah aku Berjaya melaksanakannya..

Untuk kelab Xtreme-C.. walaupun aku bukan ahli.. tapi keakrabannya seolah-olah aku sebahagian daripada membership Xtreme-C.. mungkin kerana sebahagian besar organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan rapat aku.. walaupun hanya ahli angkat sahaja, aku diberi penghormatan dari kelab ini, aku dibenarkan join pelbagai aktiviti, menjadi penceramah yang tak bertauliah, dan sebagainya termasuk menjadi Timbalan Jentera Aspirasi untuk KUO.. Untuk Jawatan Timbalan jentera, aku dapat membuka sedikit peluang untuk aspirasi bertakhta di hati pelajar-pelajar dengan beberapa siri ceramah x rasmi waktu malam.. walaupun aku tahu, jawatan ini sepatutnya terbuka hanya untuk ahli kelab sahaja.. tapi anda beri saya kepercayaan.. Thanks Guy..

Ada yang kata, aku tidak bagus.. susah untuk menjadi orang bawahan aku.. susah untuk bekerja dengan aku.. Bagi aku, mungkin ya ataupun mungkin tidak.. Tapi dari pengamatan kasar, aku tidak mencari kuasa macam ko..!! Tawaran yang datang pada aku… Aku tidak mengejar except satu dua jawatan.. Tapi kebanyakkan aku dapat sebagai tawaran.. Jika orang memberi aku peluang untuk sesuatu jawatan, bermakna Orang yakin dengan kemampuan aku.. Maka dengan itu, orang sudah bersedia bekerja di bawah aku, atau bekerja dengan aku.. Tapi sebagai pemimpin, mungkin ada kesalahan atau kelemahan.. itu aku mengaku, sebab aku manusia..

Dan hari ini secara terus terang, aku mengaku.. Aku memohon jawatan YDP Jaksa (Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa SIswa) Kolej Ungku Omar mengikut prodesur tertentu termasuk temuduga untuk jawatan itu.. For ur information, mengikut info yang aku dapat, not sure rite or not, hanya aku yang meminta jawatan YDP.. hanya aku sahaja tahun tiga yang memintanya.. Atas alasan aku ingin menjadi YDP, yang pertama dari segi politik KUO, kedua dari susunan program-program yang sepatutnya memberi faedah kepada kolej, bukan program yang sia-sia.. Yang ketiga, ingin merebut peluang beberapa marketing besar yang ingin menjadikan KUO sebagai tempat event..

Dengan pengalaman aku menerajui pelbagai organisasi yang lebih besar dari kolej, aku rasa aku layak.(aku x cakap aku bagus), tapi mengikut pengalaman dan As 3rd year student.. Aku berpengalaman dalam Minggu Pengenalan Pelajar.. Aku berpengalaman dalam link-link dengan HEP dan pelbagai kementerian di Malaysia.. Aku berpengalaman dalam menghadapi situasi-situasi kritikal semasa berorganisasi.. (apakah aku perlu senaraikan semuanya jawatan-jawatan yang pernah aku pegang?)

Mengecewakan, Aku dapati, permohonan aku ditolak.. Aku ditawarkan JAKSA Keusahawanan dan bukannya YDP.. WHY? Kalau u guys baca, Felo dan Pengetua Kolej, Give me a reason.. Adakah anda yakin dengan kemampuan calon lain yang dianggap lebih baik dari aku.. Kalau macamtu bagilah dekat mereka.. Buktikan.. Atau Felo ingin membentuk kroni tersendiri.. yang aku tau, pandangan Jaksa lama ditolak dalam menentukan JAKSA yang baru.. Adakah anda adalah kuasa Veto.. Bagus dan sebagainya? Selama 2 tahun pun bukannya ada perubahan.. sama sahaja!!! Owhh ya... Disebabkan hanya seorang yang memohon YDP, maka dia dianggap menang tanpa bertanding, rite.. Itulah yang terjadi dalam kepimpinan JAKSA yang lepas.. Tapi mengapa sekarang di ubah cara pemilihan..

Sekarang aku dalam dilemma..

Terima Jawatan Jaksa Keusahawanan atau Tolak!!..

Aku ingin terima sebab aku ingin buktikan, yang aku akan cari pengaruh aku sendiri, dan buktikan yang aku mampu buat.. Kuat kan politik UO yang lesu dan memalukan.. Sangat memalukan.. Adakah Felo-Felo KUO tahu ini?

Aku ingin tolak sebab aku meluat dan menyampah dengan mereka yang seolah-olah menafikan kemampuan orang lain yang lebih dari mereka!!

Terima atau Tolak?


Friday, 6 March 2009

Leadership (gila kuasa)

Kali ini nak bercerita lak pasal kepimpinan.. Isu ni jugak xder kena mengena dengan satu-satu pertubuhan @ persatuan tapi perkara yang ingin dibangkitkan ini menyentuh kepimpinan secara umum baek dari kampus ataupun nasional..

Aku tertarik pada blog salah seorang dari MPP UKM kita, dalam blog beliau memang terdapat banyak kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya, walaupun aku x sokong beliau menjadi salah seorang pemimpin tertinggi MPP UKM kerana masih mentah dan x punya banyak pengalaman tapi x seharusnya kata makian dan cacian terutama yang berunsurkan perkauman dilontarkan kepada beliau..

Apa yang dapat diperhatikan menjadi seorang pemimpin ini tersangat lah susah dan penuh tanggungjawab.. Tersangat sukar nak memuaskan hati semua orang.. Dan aku masih memikirkan sama ada aku perlu meneruskan perjuangan aku di kampus ini atau x.. sebab banyak tanggungjawab yang perlu difikirkan walaupun tawaran dan rezeki dah terhidang depan mata.. owhhh kenapa aku perlu memikirkan tanggungjawab sedangkan ader jer yang menerima jawatan kerana nama? kerana tamak kan kuasa..

Ada ker? owhh sesungguhnyia ada.. Ape lah sangat ngn jawatan.. kalo nak mencari pengaruh sekalipun bukan jawatan yang utama tetapi sikap kita dan cara kita mempengaruhi orang.. Tgk bawah kita, tgk sekeliling kita, mintak pendapat orang, kalau dah ader yang x suka dengan cara kita, there must be something wrong with you.. dan perlu ke lagi memegang jawatan tertinggi..

Walaupun aku benci PKR, tapi kalau melihat contoh kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, DSAB, dia pandai, pandai mempengaruhi orang, pandai membuatkan orang percaya kepada 'kesucian dia'.. walaupun dipecat dari Timb. Perdana Menteri, dia tetap berpengaruh.. So jawatan x penting... X payah la nak mengejar jawatan.. kalau ko dibawah sekalipun orang dah mencebik bibir apa lagi jawatan tinggi..

Ahhh, aku benci orang sebegini.. x reti ukur baju di badan sendiri... Dan aku masih lagi memikirkan jawatan ini yang patut aku pegang atau tak..

kalau pegang = aku akan cuba buktikan 'benda' yang aku pegang ni jauh terkehadapan dari yang lain (sebab aku sedih melihat 'benda' yang aku sayang tercicir dari segenap aspek) + tanggungjawab yang lebih besar + pengorbanan yang besar + thesis dan juga xtviti PERMAJ.. (kena seimbangkan lagi)

kalau x pegang = just thesis, grade, tido, a little bit buhsanz, my PERMAJ.. and free...

p/s: kalau sesapa yang x suka aku bagitau lah yerk, janganlah biarkan aku syok sendiri.. hahaha.. well kita kena menerima seadanya diri kita, tapi mata orang lain yang memandang lebih besar ertinya pada diri kita..

JANGAN JADIKAN DIRI KITA BAGUS UMPAMA MALAIKAT TANPA MENERIMA KRITIKAN ORANG OR JANGANLAH EMO KALAU ORANG KRITIK KITA, SEBAB KITA BUKAN PERFECT, DAN BUANGKAN EGO ANDA..