Wednesday 31 March 2010

Malas



Lab work tak siap lagi.
Study tak dan nak kumpul note lagi.
Apatah lagi thesis writing, baru sekangkang kera.
Thesis submit Jumaat ni, tapi disebabkan lab work tak siap lagi makanya hantar jumaat depan (boleh ke?)


Tido, Tido, Tido
Badan dah penat, asyik nak tido je.
macam orang dah kahwin :p
Kena mandi bunga agaknya kot.
Cammana lah nak rajin, ada formula tak?

Sunday 28 March 2010

De Echanted Nite



Bukan movie yang korang tengok tu ya. Echanted. Tapi ini adalah majlis makan malam KUO, De Echanted Nite, bertemakan fairy tale. Ejaan yang betul Fairy Tale ye AJK Pelaksana Dinner KUO, bukan Fairy Tail. hahaha. Takpelah abaikan. Maybe pengaruh manga Fairy Tail kot tu yang boleh sampai jadi begitu.


Overall malam ni amat mengecewakan. Selama 4 kali attend dinner kolej, inilah yang paling tak best. Dengan catering yang ntah apa apa. Dan dinner yang meleret-leret sampai lewat malam. Protokol yang berterabur. Hope boleh make it better for next dinner.


Tapi yang bestnya untuk kali ini adalah sesi bergambar. Untuk tema Fairy Tale atau dongeng ini, ramai jugaklah yang siap berkepak bagai. Dengan 'halo' putih di atas kepala, dah macam komik Dragin Ball plak lihatnya. Tapi aku biasa - biasa je. Jimat kos. Still maintain Prince Charming gitu (baca: perasan). Menunggu Cinderella tapi tak kunjung tiba. Demm.


After dinner, planning merewang di sekitar Putrajaya untuk snapping gambar. Dah lewat malam makanya dataran Putrajaya tak boleh masuk, so bergerak ke Presint 2 di depan Istana Kehakiman. Ala, yang hampir-hampir dengan hot air ballon tuh (lupa, hot air ballon belum post lagi). Nantilah (macam ingat je).


So here the pics :)



































Thursday 25 March 2010

Tak Usahlah Nak baca



Tak usahlah nak baca kalau tak nak baca. Saje je. Minggu ni memang minggu yang paling menekankan. Dengan lab work yang tak sudah-sudah. Dengan perasaan malas yang dah mencecah ke beribu degrees. Macam tak reti nak grade je tahun ni.  Apatah lagi perasaan ini mula menekan-nekan. 


Perasaan ini sukar hendak digambarkan. Sayang seribu kali sayang, menang jadi bara, kalah jadi abu. Tak semua niat kita orang lain tahu. Apatah kejujuran kita dan keihklasan kita selama ni menjadi satu senjata yang mula menikam diri sendiri. Pedihnya sukar digambarkan dengan kata-kata. Hibanya hati tak akan dapat disukat dengan neraca.


Bila kata-kata menjadi manisan di dalam medan maya ini. Seolah-olah menagih simpati bukan? Tidak. Ini bukannya simpati, ini adalah satu pemahaman hanya untuk diri sendiri. Hanya kita yang memahami diri kita sendiri. Apa kemahuan kita, biar ia terlaksana dengan kudrat sendiri. 


Sulam benang, tekad rapat-rapat. Jangan biar kain dicarik. Jangan biar benang terputus. Jari yang dicucuk jarum, darah yang mengalir, sakit dipendam rasa. Biar saja berparut, nampak tapi disembunyikan. Sembunyi sampai mati.


Sayang seorang ibu, takkan biarkan anak tidak menyusu. Sayang seorang ayah, takkan biarkan anak bersusah payah. Sayang seorang hamba, takkan biarkan orang lain derita. Sayang seorang insan, hanya mampu ditafsir oleh Tuhan bagaikan 


Pena mampu membunuh. Kata-kata mampu menghiris. Mengharap pada yang tiada, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Pandang depan, disitu ada masa depan. 


Semoga apa saja niat kita, simpan saja dalam hati, biar orang tidak tahu tapi di atas lebih mengetahui. Andai tiada rezeki, umpan diberi, ikan tak akan mari.





Wednesday 24 March 2010

Belajar Menghargai



Fitrah manusia memang kadang-kadang susah nak menghargai sesuatu. Apatah lagi sesuatu itu benar-benar di depan mata. Manusia akan reti menghargai bila dia kehilangannya. Selama di depan mata, endah tidak endah, senantiasa mengharapkannya dan tidak mampu berdikari tanpanya. Bukan sahaja barang, tetapi juga orang (baca: sahabat, teman atau pasangan). 


Cuba kita lihat dan renungkan, betulkah selama ini seseorang yang dihadapan kita yang kita sayangi, kita tidak pernah menghargai dan berterima kasih atas kehadirannya. Contoh terdekat ibu ayah kita. Pernahkah kita berterima kasih atas kesanggupannya menyediakan makan pakai kita, berpenat lelah mencari sesuap nasi mengikut kemampuannya. Kadang-kala, kata-kata itu tak terluah. Malah tindakan juga tidak terlaku. Setelah kehilangannya, berulah terngiang-ngiang suara, tindakan dan segala perlakuan yang selama ini tidak pernah kita ambil tahu dan renungkan. 


Jadi hargailah seseorang dalam hidup kita. Hargai orang yang sayangi kita jangan sampai kita menyesal kerana sudah terlambat untuk menyatakan yang kita bersyukur menerima kehadirannya di sisi. 




Monday 22 March 2010

Tig Tag Toe


Saya adalah blog anti-tag ye.. dulu zaman kegilaan tag menge-tag ni.. Aku xlayanz sangat.. Tapi disebabkan xda benda nak update.. Ada.. tapi malas nak mencetuskan kontorversi, aku diam kan je... So inilah tagnya... (Ntah2 terselit kontroversi jugek)... Jadi saya menjawab Tag yang diberi oleh Atin...



1. Siapakah saya di rumah

Seorang anak dan abang yang encem (baca: puji diri sendiri)... Nway dulu tersangat nakal, tapi sekarang dah ok.. kot... tak suka menceritakan masalah kepada parents.. dari dulu lagi.. kena marah, kena tampar di sekolah.. Diam saja.. Dan cakap takda benda berlaku... rapat memang rapat dengan parents.. Tapi itulah saya di rumah... Suka tido... Dan curi2 tido... My Dad xsuka tgk anaknya bangun sangat lambat.. (Baca: Sangat) Biasanya kul 9 boleh dah bangun.. Lagi bagus lepas subuh, xtido terus.. Jadinya bila My Dad pergi kerja, saya sambung tido sehingga tengahari.. Jam loceng yang paling bagus adalah bunyi enjin Toyota Unser My Dad.. Zuppppp terus bangun.. Hahaha... Sambil buat2 dah mandi... Padahal blom.. Hahahaha... Paling best, terus angkat vacuum or tepuk2 sofa, tanda buat kerja.. hehehehe....


2. Siapakah saya di samping kawan2

Pelbagai... Mata orang yang melihat jadinya orang yang boleh menilai kita... So dari mulut orang, happy go lucky, easy going, pandai buat org ketawa (baca: ye ke), sombong (baca: ermm), peramah, pandai memimpin, pentingkan orang lain... Semua positif? agaknya orang takut nak bgtau yang negatif kot.. hahaha.... Pelik sebab ada orang kata sombong... Dan ada orang kata aku ni peramah... hahaha Nilailah sendiri ye... Kalau dulu aku ni seorang yang mudah senyum, susah nak marah, kalau marah pendam... Tpi sekarang, dah tua agaknya urat pipi dah putus... Susah nk senyum dan mudah hilang sabar... Tapi masih mementingkan perasaan orang lain dari diri sendiri... (baca:satu kelemahan)


3. 5 perkara yang diidamkan tapi x dapat2 lagi

-i. kamera DSLR.. memendam rasa sahaja..
-ii. laptop imac.. Apple...
-iii.  BMW...
-iv. kaya sehingga mampu membeli kereta ferarri by cash..
-v. (rahsia)


4. Siapakah pasangan anda merangkan buah hati pengarang jantung

no comment


5. Lima perkara saya suka tentang dia

no comment


6. Tarikh membina ikatan

no comment


7.Kenangan pahit bersama si dia

Tiada.. semuanya manis secangkir madu...


8. Lagu tema cinta

Sempurna (andra and the back bone)


9. Perubahan yang saya nk tgk

perfect dah.. Macam puteri gunung ledang..


Tag 10 orang lain... erm sapa yerkk


@sm@lin@ mokhtar
Muslima Mispan
Nuke rude
Faizal Rejab
Peanut
Ammar Osman
Irayani
Kouru Amy
Syamin
Mizah

Tuesday 16 March 2010

ACCIDENTALLY IN LOVE


lagu favorite time matrics, and still be my love song of all time.. Counting crow - Accidentally in Love.. Sountrack untuk Shrek 2.... just lirik ye.. nak dengar pi check youtube...



So she said what's the problem baby?
What's the problem I don't know
Well, maybe I'm in love 
(Love)
Think about it every time
I think about it
Can't stop thinking 'bout it
How much longer will it take to cure this?
Just to cure it cause I can't ignore it if it's love 
(Love)
Makes me wanna turn around and face me but I don't know nothing 'bout love

Oh,come on, come on
Turn a little faster
Come on, come on
The world will follow after
Come on, come on
'cause Everybody's after love

So I said I'm a snowball running
Running down into the spring that's coming all this love
Melting under blue skies belting out 
Sunlight shimmering love

Well baby I surrender
To the strawberry ice cream
Never ever end of all this love
Well I didn't mean to do it
But there's no escaping your love,oh

These lines of lightning
Mean we're never alone,
Never alone,no,no

Come on, come on
Move a little closer
Come on, Come on
I want to hear you whisper
Come on, Come on
Settle down inside my love

Oh, come on, come on
Jump a little higher
Come on, come on
If you feel a little lighter
Come on, come on
We were once upon a time in love

We're accidentally in love

* Accidentally in love (x8)

Accidentally

* I'm In Love, I'm in Love,
I'm in Love, I'm in Love,
I'm in Love, I'm in Love,
Accidentally (x2)

Come on, come on
Spin a little tighter
Come on, come on
And the world's a little brighter
Come on, come on
Just get yourself inside her

Love
I'm in love 



I'm in love...? nah.. just a dream....

Monday 15 March 2010

sayang seorang sahabat...





before this, aku ada je berbual2 dengan kawan kawan aku... Boleh ke seorang sahabat jatuh cinta dengan sahabat sendiri.. Maklumlah kalau ada problem, share... ada berita gembira share... kalau dah berlainan jantina, takkan tak ada perasaan sayang yang melebihi kawan kan... so guys... macamana? boleh ke jatuh cinta ngn sahabat sendiri..?


bagi aku yang mempunyai seorang sahabat baik (baca: sangat rapat) sehingga setiap prob aku dia tau.. sehingga semuanya dia tau.. Kecuali hal dalam kainlah.. Melampau kalau itupun aku nak bgtau.. Then lately bila dia bgtau yang dia baru saje berkapel (baca: aku antara yang pertama tahu), hati aku rasa sangat sangat gembira... Mungkin itu sayang seorang sahabat... Rasa macam waaaaa, boleh tak aku nak tgk dia ke pelamin cepat2.. dan kalau lelaki itu menipu atau meperbodohkan dia, rasa macam nak datang dan tumbuk je dia... Boleh tak?


so depends... tak semestinya rapat kita akan jatuh cinta. tetapi possibilities untuk terjatuh itu tinggi ya... berhati2 lah anda semua...


ohh ya.. kedudukan ini skang sangat stress... nothing can make me happy.. Only you... yess you.... but i know.. you are not for me.. huishh.. big sigh...






Saturday 13 March 2010

its ur......... birthday!!!



hey babe... its your birthday.. Muhamad Faiz Md Yunos, my little brother with big big stomach.. hahaha.... 14 years old on 12 March 2010... wish u get anything u want and please take care the watch carefully... Ayooo... Saya ikat perut ya untuk jam kamu itu... But for my love, anything is possible... Dun worry babe, bila saya sudah kaya, kamu dan angah pasti dapat yang terbaik dari saya... Itu bukan sekadar cakap, tapi JANJI.....






Apa perasaan saya ya ketika ini? CELARU!! Thanks but no thanks.......

Wednesday 10 March 2010

Kesian Pakcik Zul



Lama dah tak discus isu politik.. Bukan apa, kebiasaanya pihak opposition ni sentiasa menegakkan benang yang basah.. Beribu ayat dihambur, beribu hujah dikeluarkan, semuanya tak dapat masuk dek akal oleh orang2 seberang... Yup, ianya mengekalkan keseimbangan berpolitik bila ada government dan opposition... Tapi bila politik itu digunakan untuk kepentingan peribadi (baca: peribadi bukan untuk rakyat), makanya tak ada guna pon kewujudan opposition... perjuangan untuk individu dan peribadi, bukan perjuangan untuk rakyat dan ahli parti...


Kesian bila melihat Pak Cik Zul dari PKR dipecat akibat menegur Guan Eng dari DAP... Kerana inginkan kerjasama dengan DAP, ahli sendiri terpaksa dikorbankan... Setahunya Pak Cik Zul ni memang rapat dengan Dato' Seri Wan Azizah (baca: Presiden PKR) dan Dato' Seri Anwar Ibarahim... Tetapi kenapa kerana menegur Guan Eng, beliau dipecat dari PKR? Kerana menegakkan isu Kalimah Allah.. Isu untuk orang Islam?


Tapi bila kita lihat kenyataan Karpal Singh (baca: Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan Anwar Ibrahim perlu bertaubat dan Anwar perlu meletakkan jawatan kerana menganggu gugat kedudukan Pakatan Rakyat tidak pula dikenakan tindakan disiplin... Hairan?


Malah PAS pula tidak dapat menerima Pak Cik Zul kerana dikatakan beliau hanya akan membuat kekacauan lagi di dalam parti PAS... phewww.... Pelik.. Pak Cik Zul ni Melayu Islam, PAS ni parti apa ye? Kerana hormatkan PKR dan DAP, PAS tak nak terima Melayu Islam ini?


Dan pulaknya, Pak Cik Zul ni dikatakan diminta meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu... begitu juga dengan ahli-ahli PKR yang keluar parti semuanya didesak mengosongkan kerusi masing-masing... Memang bila kena dengan batang hidung parti sendiri (baca: PKR), semuanya diminta mengosongkan kerusi masing.. Dulu heboh kes 16 september tentang Anwar ingin ke Putrajaya (baca: menjadi PM), tak timbul plak isu orang BN yang melompat parti kena mengosongkan kerusi masing-masing... Tak timbul sama sekali... adakah kalau kelebihan kepada parti PKR adalah HALAL sebaliknya kalau kelebihan pada BN adalah HARAM.. Macamtu ya?


Bila Islam dijadikan alat dalam berpolitik..... Bukannya Islam dijadikan panduan dalam berpolitik........




Gambar adalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan individu yang hidup ataupun yang mati.. Apatah lagi tidak ada kena mengena dengan kambing-kambing yang fresh ataupun yang sudah disembelih untuk sup kambing....

Monday 8 March 2010

wondering



its already 8 march 2010.. another few weeks, big sigh..... sigh....


baru balik dari umah cousin.. 2 pengantin.. nikah sama... my cousin yang sangat rapat.. both of them... so saya ni yang tiada akak tiada abang sangat terasa.. apatah lagi mereka ni memang akak-akak saya... gambar update kemudian ya.. And doa saya agar kamu-kamu bahagia sehingga ke akhir hayat, susah dan senang... ribut dan badai... 


dalam masa yg sama, saya berkenalan dengan seorang pakcik ini.. betapa ianya menyedarkan saya tentang kehidupan ini... ya saya tahu, saya dibesarkan dalam kehidupan yang senang (baca: bukan mewah), susah hendak merasa susah... apa yang diminta, akan dapat (baca: tak semua)... jadi bila dengar tetang kehidupan pakcik ini, saya merasa sedih.. merasa saya ini terlalu kurang bersyukur dengan apa yang ada... 


Pakcik ini menceritakan bahawa betapa susah dia hendak membelikan laptop kepada anaknya yang belajar jauh di utara... Dan syukur anaknya memahami bahawa kehidupan keluarganya bukan sesenang yang diminta... mempunyai anak yang memahami kehidupan keluarga adalah satu anugerah Tuhan.. 


Saya lengkap dengan kereta untuk memudahkan perjalanan ke sana sini.... Lengkap dengan pakaian yang sempurna bagai... Lengkap dengan handphone... menjadikan saya begitu boros (baca: sangat boros).. bagaimana nak mengubah sikap ini? hai.. Big sigh sekali lagi...


Semoga kehidupan pakcik dan saya akan menjadi bertambah baik... kata  orang duit bukan segala-galanya.. Tapi dunia sekarang segala-galanya memerlukan duit... Duit tidak dapat membina kebahagiaan.. Tapi dunia sekarang, Duit dapat membina jambatan ke arah kebahagiaan...


banyak cerita hendak diceritakan.. Cuma x sampai apa hendak disampaikan.. kata yang tak terluah.. weeeeee... cuma wondering... apa yang akan berlaku di masa depan saya.... bagaimana kehidupan, siapa isteri, apa kerja, tinggal dimana, berapa orang anak, nakalkah anak-anak.... dan berbagai lagi.. ya itu adalah saya........ suka merenung apa yang terjadi di masa akan datang!!

Monday 1 March 2010

Kenapa aku sayangkan PERMAJ


Sebut pasal PERMAJ, memang terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi.. Terlalu banyak kenangan yang ingin dibicara.. Siapa kata PERMAJ tidak ada cacat cela? ada.. Banyak.. Tetapi setiap lompong kelemahan itu dapat ditutup dengan jayanya oleh setiap mereka yang sayangkan PERMAJ.. Kami sayangkan PERMAJ bukan dari bicara semata-mata... Kami sayangkan melalui tindakan, perubahan ke arah kebaikan bersama.. Bukan sekadar omong kosong...

Kenapa aku sayangkan PERMAJ

1- PERMAJ adalah keluarga.. Kami bergaduh, Kami berselisih.. Tapi sayang tidak pernah merasa tersisih.. Gurau senda dan ketawa lebih bernilai dari segalanya... Carik-carik bulu ayam, lama-lama kembali juga.. Kami memang sebuah keluarga yang didalamnya terselit suka dan duka.. Yang dikongsi bersama.. Kami keluarga yang berkongsi masalah dan rahsia.. Kami keluarga yang di dalamya saling sokong menyokong antara satu sama lain.. Kami keluarga yang rasa sayangnya kepada abg2, kakak2 dan adik2 tidak pernah luntur...

2- PERMAJ adalah sebuah persatuan yang sangat supportive... Dari Alumni yang terdahulu sehingga ke exco-exconya... Kalau ada yang terluka, tak kan lama.. Sayang itu akan bertaut kembali.. Biasalah adik beradik kan.. Marah abang kerana sayang.. Marah akak kerana kasih... manja adik inginkan belaian dan tunjuk ajar.. Sekasar mana Alumni, teguran itu kena dengan caranya.. Dan ada point pengajarannya.. Kami tidak marah kerana ingin tunjukkan keegoan kami.. Kami alumni tidak marah kerana ingin tunjukkan kekuasaan kami.. Apa yang abg2 dan akak2 dulu ajar adalah kesinambungan untuk tradisi kecemerlangan PERMAJ di masa hadapan...

3- PERMAJ adalah gedung ilmu... PERMAJ adalah sumber saluran ilmu yang tidak ada dalam pembelajaran akademik di kuliah2.. Dari cara membuat minit mesyurat, membuat surat, proposal marketing kepada penaja serta jemputan untuk Menteri-menteri.. Semuanya diajarkan disini.. Dari bercakap sebagai pengerusi majlis, meluahkan idea di meja mesyuarat sehingga ke memberi ucapan di hadapan2 VIP juga dianugerahkan sebagai ilmu disini.. Ilmu sosial, bagaimana kita bercakap dengan masyarakat akademik dan bukan akademik.. Cara bergaul mengunakan pendekatan psikologi dan motivasi...

4- PERMAJ bukan saja ada dalam satu zaman... PERMAJ telah mengumpulkan ribuan ahli dan exco sejak 34 tahun dahulu... Masih cintakan PERMAJ, masih syangkan PERMAJ, masih bertanyakan khabar PERMAJ.. Masih membantu PERMAJ.. Kerana bagi mereka, dan bagi saya... PERMAJ lah tempatku bermula...

5- dengan PERMAJ kita lebih rasa dihargai... betuk tak? dengan PERMAJ kita rasa bakat kita sebagai pemimpin digilap dengan sepenuhnya... Bila kita dalam PERMAJ, setiap idea kita diterima.. Dihargai.. Bukannya diherdik, ditolak lalu dibuang jauh2.. Itu yang aku rasa dalam PERMAJ.. Kita tertarik dan mendekati bukan sebab takut, bukan sebab dipaksa.. tetapi ada satu aura semulajadi mendekatkan kita dengan PERMAJ.. Sebenarnya sebab kita DIHARGAI dalam PERMAJ... pendapat kita, idea kita, cadangan, buah fikiran, kritikan kita semuanya diterima tanpa ada rasa ego dan pentingkan diri.. itu yang berlaku dalam PERMAJ.. keep it on..

6- PERMAJ adalah sebuah organisasi yang sangat tersusun.... Secara peribadi, aku memang rasakan PERMAJ mempunyai organisasi terancang dan tersusun.. Kemas.. Teratur.. Pengisian yang mampat.. Top.. Memang ada kalanya kita dapat rasakan kelemahan dari segi protokol, komunikasi.. Tapi ianya tetap terbaik.. Secara peribadi aku... Dan kelemahan itu, aku percaya akan dapat diatasi kemudian kelak...

PERMAJ tidak akan pernah putus alasan kenapa aku sayangkan nya.. Kerana ia tempat bermula.. Jagalah PERMAJ dengan sebaik mungkin.. Kerana ia adalah satu-satunya keluarga yang terbaik di alam Universiti.. Hari ini, demi kepentingan keluarga kita bersama.. Jika ada satu hati terluka, semuanya akan terluka... Jika ada satu hati resah.. Semuanya akan gelisah.. Jadi jika ada kerterlajuran dalam setiap perbuatan mahupun kata-kata.. Kita sama2 saling memaafkan antara satu sama lain.. kerana kita bukan sesiapa.. Kita adalah PERMAJ, dan PERMAJ adalah kita... Mari kita mulakan sekali lagi tradisi kegemilangan PERMAJ untuk zaman baru, sesi baru dengan hati yang penuh suci... GOOD LUCK....