Wednesday 10 March 2010

Kesian Pakcik Zul



Lama dah tak discus isu politik.. Bukan apa, kebiasaanya pihak opposition ni sentiasa menegakkan benang yang basah.. Beribu ayat dihambur, beribu hujah dikeluarkan, semuanya tak dapat masuk dek akal oleh orang2 seberang... Yup, ianya mengekalkan keseimbangan berpolitik bila ada government dan opposition... Tapi bila politik itu digunakan untuk kepentingan peribadi (baca: peribadi bukan untuk rakyat), makanya tak ada guna pon kewujudan opposition... perjuangan untuk individu dan peribadi, bukan perjuangan untuk rakyat dan ahli parti...


Kesian bila melihat Pak Cik Zul dari PKR dipecat akibat menegur Guan Eng dari DAP... Kerana inginkan kerjasama dengan DAP, ahli sendiri terpaksa dikorbankan... Setahunya Pak Cik Zul ni memang rapat dengan Dato' Seri Wan Azizah (baca: Presiden PKR) dan Dato' Seri Anwar Ibarahim... Tetapi kenapa kerana menegur Guan Eng, beliau dipecat dari PKR? Kerana menegakkan isu Kalimah Allah.. Isu untuk orang Islam?


Tapi bila kita lihat kenyataan Karpal Singh (baca: Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan Anwar Ibrahim perlu bertaubat dan Anwar perlu meletakkan jawatan kerana menganggu gugat kedudukan Pakatan Rakyat tidak pula dikenakan tindakan disiplin... Hairan?


Malah PAS pula tidak dapat menerima Pak Cik Zul kerana dikatakan beliau hanya akan membuat kekacauan lagi di dalam parti PAS... phewww.... Pelik.. Pak Cik Zul ni Melayu Islam, PAS ni parti apa ye? Kerana hormatkan PKR dan DAP, PAS tak nak terima Melayu Islam ini?


Dan pulaknya, Pak Cik Zul ni dikatakan diminta meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu... begitu juga dengan ahli-ahli PKR yang keluar parti semuanya didesak mengosongkan kerusi masing-masing... Memang bila kena dengan batang hidung parti sendiri (baca: PKR), semuanya diminta mengosongkan kerusi masing.. Dulu heboh kes 16 september tentang Anwar ingin ke Putrajaya (baca: menjadi PM), tak timbul plak isu orang BN yang melompat parti kena mengosongkan kerusi masing-masing... Tak timbul sama sekali... adakah kalau kelebihan kepada parti PKR adalah HALAL sebaliknya kalau kelebihan pada BN adalah HARAM.. Macamtu ya?


Bila Islam dijadikan alat dalam berpolitik..... Bukannya Islam dijadikan panduan dalam berpolitik........




Gambar adalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan individu yang hidup ataupun yang mati.. Apatah lagi tidak ada kena mengena dengan kambing-kambing yang fresh ataupun yang sudah disembelih untuk sup kambing....

2 comments:

  1. ok ape...atleast ade jgk memperjuangkan islam dlm politik drpd lagik byk perjuangkan benda lain..hak3...

    kalo tny artis2 kompem ramai xnak opposition..nape?aaa pk seniri...

    ape2 pon... dua2 side 2x5 je kot~

    politik=borink!

    ngeh3 :D

    ReplyDelete
  2. to me no political boring but attract

    depends pada orang jugak ya kan.. hehehe...

    its really2 good bila memperjuangkan Islam dan memang itu yang patut cuma biarlah kena dengan caranya... Tanpa politik kita still boleh memperjuangkan syariat Islam rite?

    Semua parti politik pon memang ada kelemahan dan kebaikan... Yang lemah dan lompong itu yang kita cuba perbaiki dan tutup...

    ReplyDelete