Wednesday 24 March 2010

Belajar Menghargai



Fitrah manusia memang kadang-kadang susah nak menghargai sesuatu. Apatah lagi sesuatu itu benar-benar di depan mata. Manusia akan reti menghargai bila dia kehilangannya. Selama di depan mata, endah tidak endah, senantiasa mengharapkannya dan tidak mampu berdikari tanpanya. Bukan sahaja barang, tetapi juga orang (baca: sahabat, teman atau pasangan). 


Cuba kita lihat dan renungkan, betulkah selama ini seseorang yang dihadapan kita yang kita sayangi, kita tidak pernah menghargai dan berterima kasih atas kehadirannya. Contoh terdekat ibu ayah kita. Pernahkah kita berterima kasih atas kesanggupannya menyediakan makan pakai kita, berpenat lelah mencari sesuap nasi mengikut kemampuannya. Kadang-kala, kata-kata itu tak terluah. Malah tindakan juga tidak terlaku. Setelah kehilangannya, berulah terngiang-ngiang suara, tindakan dan segala perlakuan yang selama ini tidak pernah kita ambil tahu dan renungkan. 


Jadi hargailah seseorang dalam hidup kita. Hargai orang yang sayangi kita jangan sampai kita menyesal kerana sudah terlambat untuk menyatakan yang kita bersyukur menerima kehadirannya di sisi. 




No comments:

Post a Comment