....


“Huh! Gadis Kampung.  Seluar pelik, baju hijau ketat. Tudung biasa, dressing pon biasa-biasa je. Tak ada apa yang istimewa. Tapi manis juga kalau pandang lama-lama”, desis hatiku.

Yep, aku mengaku, sebagai remaja yang dilahirkan di dalam keadaan hutan batu, yang penuh dengan suasana bandar yang penuh dengan kemodenan, aku boleh membezakan taraf hidup masing-masing. Jauh sekali aku nak memperkecilkan mereka. Tidak. Aku sama sekali tidak pernah memperkecilkan seseorang yang datang nya dari kawasan perkampungan dan luar bandar. Cuma mungkin terselit sifat bangga diri wujud dalam hati.

Memilih kawan? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi aku bukan lah pilih kawan berdasarkan dari mana dia datang, dan dari mana asal keturunannya. Aku memilih berdasarkan sikap dan serasi nya dia dengan aku. “First Impression Last Forever”.

Bagi aku dia sama macam perempuan yang lain. Pastinya akan tergagap-gagap untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang lebih urban. Keadaan “culture shock” pastinya akan berlaku bagi dia. Sesungguhnya mentaliti manusia memang susah untuk diubah kan. Kita dah abaikan apa pesan orang tua kita terdahulu. Tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal takut pulak jatuh cinta.

Tapi hari demi hari berlalu. Even tak rapat, tapi dia seorang yang mudah untuk didekati. Yes, aku mengaku dia menepati setiap ciri-ciri yang boleh buat aku terperangkap. Tapi bukan mudah untuk senang mengaku. Maaf. Hati lelaki memang mudah untuk terpikat. Tapi untuk masa hadapan ia memerlukan lebih dari sekadar hakikat. Ia memerlukan penelitian, keputusan yang nekad, dan setiap pertimbangan harus diletakkan di atas neraca kesedaran terlebih dahulu. Banyak yang perlu diukur dan disukat. Pernah dengar barisan ayat sebegini “ lelaki akan memandang setiap wanita yang boleh buat dia tertawan, tapi dalam hati hanya ada seorang saja wanita idaman”.

Lelaki boleh ada berpuluh-puluh skandal, tapi cuma ada satu saja yang dia simpan sebagai permaisuri dalam hati. Percayalah. Sebab itu aku selalu ingatkan kawan-kawan aku, tentang bahayanya lelaki bermulut manis ni. Sebab tu juga kalau aku suka kat mana-mana wanita, aku akan pujuk hati aku supaya berfikir semasak-masaknya. Aku takut aku tertipu dengan tipu daya diri sendiri. Biasanya aku akan simpan dan buang sejauh-jauhnya perasaan sendiri.

Tipu. Tipu kalau kami manusia tiada perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Tapi perlu bertanya pada hati adakah dia benar-benar perasaan sayang atau sekadar pengisi kekosongan perasaan yang mati. Melayan? Tanyalah lelaki mana yang tak melayan kalau ada perempuan turut sama melayan. Tapi percayalah perasaan nya adalah sangat jauh berbeza.

p/s: sambung kemudian.. aku ngantuk giler.. kesan ubat selesema.. anyway.. ini Cuma cerpen pendek.. jangan salah sangka =D

Ombak Rindu

Ombak Rindu, Yes.. thats my second novel melayu yang abes dibaca. Movie blom tengok lagi.. Nak tengok ngn kesayangan, beliau tak ada masa. so baca novel je dulu.. so for me, my first novel yang aku baca dulu lagi meruntun jiwa kot. yang ni baca sekadar baca je.. tak adalah sedih mana.. sebab maybe standard cerita melayu.. kahwin paksa, kahwin atas pilihan keluarga, keluarga mak mertua tak suka, perbezaan darjat, anak orang kaya mesti dipadankan dengan orang yang sama taraf.. so basically is sooooo standard!.


berbeza ngn 1st novel dulu, ( ermm tak ingat tajuk novel ), still dalam tema kahwin paksa tapi sebab tertangkap basah.. dan macam mana that gurl tu benci sangat kat lelaki tu dan akhirnya berubah hati sebab lelaki ni sebenarnya memang serius nakkan perempuan tu.. lebih kurang lah..


kedua-dua novel ni penulisnya adalah wanita.. so perspective nya adalah macamana dia mengambarkan ketabahan wanita itu untuk melalui dugaan dan cabaran yang silih berganti.. tapi the most interesting bagi aku, kedua-dua novel yang aku baca mengambarkan bagaimana seorang lelaki yang berubah hati ini dan telah ada perasaan sayang ni, boleh melakukan ape saje demi wanita yang disayangnya..


ada satu quote yang pernah aku baca berbunyi lebih kurang begini "most men understand love based on their experience, but most women understand love based on novels their read".. Habis tu kenapa realitinya perempuan skang ni susah sangat nak paham yang lelaki tu betul-betul sayang kat dia.. atau lelaki yang ada kat dalam novel tu lebih praktikal, romantis dari realiti lelaki yang ada sekarang..?


i give u one interesting fact that u cant be denied.. lelaki yang betul-betul sayang pada perempuannya sanggup melakukan apa saja.. bukti dah ada di mana-mana.. kalau dia banyak sangat bagi alasan, simple.. dia dah tak sayang.. hahahahaha...



aku tak... aku ego sangat TINGGI.. hahahaha... =p


p/s: aku nak baca Harry Potter again.. At least aku tahu cerita tu khayalan dan biarlah aku hidup sebentar dalam khayalan tu..

Writing A Speech

2nd entry for this welcoming December..! well i think a need a private PC for me jugak supaya akan ada masa nak update blog.. nak harapkan kat office, phew!.. Skang ni kat CyberCafe UO, tgh buat kerja sikit. Then just helping my dear to write a 25 minutes speech bersempena dengan Geneva Group International Conference. Speech ni akan dibaca oleh Y.Berhormat Timbalan Menteri. Whoa!.. When i said nak tolong dia, dalam hati pikor, alahai senang je nak buat text speech ni. Guna sikit ayat bunga-bunga tambah fakta, karang sana sini cukuplah 25 minutes punya speech. Tapi well said than done. Realitinya sangat susah!..



Based on fakta tapi takkan lah fakta semata-mata paste and copy dari internet. Akibatnya kau akan keliru mana nak tambah mana nak tolak. It seems like semua fakta tu rasa penting. Er tak kantoi ke kalau orang tau yang speech tu sebenarnya sangat copy and paste. I know she smarter than me, huu mintak-mintaklah dia boleh edit mana yg patut while me just cari isi je.. Risau kan dia sebenarnya.


Lama sangat tak berblogging, rasa jari ni berpeluh3 dan nak patah je.. Sebab sibuk mengarang speech tu kan. Konon!. so lets back to work while we have some time.. Nanti cc ni tutup, manalah pulak aku nak cari masa.

Change

I try to change this blog’s layout in order to keep updating blog. Phew! I akan updating this blog if only ada problems kan. So I think this blog is more to sharing what I have been thought. Kadang-kadang takut sangat nak meluahkan apa yang kita rasa. The environment or mungkin situasi dan keadaan belum lagi perfect. Atau mungkin sesetengah orang tak dapat nak menerima perubahan dan kenyataan. Yeah, this is private blog of me, sepatutnya tak akan ada yang nak terasa tak tentu fasal if only what I wrote is just about myself.


Time goes, people change, that’s a fact!. Manusia semakin matang berfikir. Malu akan kesilapan yang lalu dan cuba untuk berubah. I don’t mind orang nak cakap I’m not matured enough but the most important thing is I will make a decision of what I need based on my future ahead. Kita manusia, kesalahan adalah perkara yang biasa.


Just hope and pray, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Apa yang kita hadapi mungkin adalah ujian untuk menguji sejauh mana kita benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian-ujian yang lain. bukankah tidak dianggap beriman seseorang itu melainkan dia diuji sesuai dengan kesanggupannya. So for me, I had made a serious decision. To love and to be loved is something that need a serious commitment. And married is the only way to make sure that I can take care of you seriously.


Its late right now and still at office.  Later updating on what I have been thinking. Love you seriously.


Pilihan

Baru saja jalan-jalan ke blog orang lain sementara tunggu seseorang balik kerja. So aku terjumpa satu blog yang menceritakan dilema seseorang. Sebenarnya ia merupakan satu review tentang satu drama bersiri. Tapi aku suka pada part jalan cerita. (Maybe itu jalan ceritanya, maybe.)

So ada dua situasi;

Katakan;

Si salmah ada minat seseorang, lelaki ni kacak, ramai peminat, dan katakan dia ada pakej yang lengkap. Uh! Cinta itu buta. Of course segala-galanya tentang si lelaki si A ni semuanya akan sempurna di mata Salmah. Tapi Salmah tahu lelaki ni tidak serius, banyak perempuan keliling pinggang, tak ada masa depan dan hanya tahu mempermainkan ramai perempuan.. Salmah tahu hakikat ni tapi hanya dengan dia saja Salmah rasa hati berbunga-bunga, rasa gembira dan senyum sepanjang masa.

Then, ada seorang lelaki minat pada Salmah. Lelaki ni ada masa depan, serius, bertanggungjawab dan sangat menyanyangi si Salmah. Cuma hati Salmah saja pada orang lain. Salmah tahu, lelaki ni pasti akan menjaga Salmah dengan sebaiknya tapi Salmah tak boleh nak terima. Sebab hati Salmah pada lelaki A td.

So yang mana agaknya pilihan Salmah, Kalau korang, Akal ke Hati..?

p/s: Aku tak reti pilih.. sebab aku hanya ada seorang saja dalam hati. Fullstop!

Alasan

Setiap benda pun mesti ada alasan kan.. well ini ada alasan kenapa blog aku tak berupdate.. hahaha..


Sebab aku tak ada pc atau laptop..


Then come up with a good reason. Well its actually an accurate reason.. tak nak update sebab takut kalau orang baca, akan cakap aku perasan, akan ada orang butthurt dengan repekan aku atau akan ada org kata aku syok sendiri.. hahaha..


Sebenarnya tak ada mood nak tulis.. eh.. tidak, sekarang aku perlukan pc dan mood untuk menulis.. sebab aku rasa nak masuk pertandingan menulis esei sempena ulang tahun Bangi Bandar Ilmu anjuran Adun Bangi kot. Dia ada listkan beberapa tajuk tapi tajuk yang menarik minat aku adalah “Bangi belum layak diiktiraf sebagai bandar ilmu”. Sebab aku ada opinion yang mengatakan ya, setuju. Bangi belum lagi layak digelar bandar ilmu walaupun sekitarnya ada beberapa Institut pengajian tinggi. Kenapa? Adalaaaah.. hahaha.. nanti korang curi plak idea aku kan..


Aku tak adalah rajin sangat nak menulis, nak memerah idea bagai tapi sebab aku nak duuuuit.. hahaha.. nak kaweeen.. eh. Tak.. aku nak duit tu nak beli macam-macam. Hahaha..


Ok.. nak cari mood bahasa-bahasa sastera dan indah!..


Taman hati penuh berwarna,
Entah bila warnanya pudar,
Taman hati sedang berbunga,
Entah bila berakhirnya mekar.


Ku tancap mawar disisip selasih,
Sesegar tanah atasnya taman,
Ku sulam doa lembaran kasih,
Agar tabah menanti idaman.


eh.. tak.. ni puisi aku curi dari orang lain..

Keikhlasan

Minggu ni adalah minggu busy.. haih.. silap! Bulan yang busy… dengan proses perpindahan rumah, then dengan konvo.. ni bulan Oktober adalah bulan siswazah.. Huuu. Tak termasuk lagi bengkel sana sini, then nak editing, meeting dan ntah-ntah apa lagi nak dibuat..


Blog pon xda mood nak update. Maybe sebab kurang rasa down-down.. dan xda masa nak dibazirkan untuk membelek blog atau menulis.. hurmm itulah.. ingat nak cari satu pc.. so bila balik kerja boleh lah update kalau ada masa..


Skang hal umah pon dah 80% settle.. after this dah boleh looking for a new job.. then barulah boleh fikir hal-hal lain.. lepas tu nak cari part time either nak cont jual burger or other alternative yang lain. Aku ada terbaca dalam twitter,


“kunci kepada usaha dan tidak mudah putus asa adalah keikhlasan”


Sebab bila kita ikhlas, kita tidak akan cepat berputus asa. Bila kita berdoa juga tanpa henti dan putus asa, atau tidak ragu-ragu terhadap Yang Maha Menerima doa juga menunjukkan kita ikhlas dalam berdoa. So it makes me think, kenapa sejak-sejak akhir ni rasa bersemangat balik nak kejar apa yang kita impikan.


Keikhlasan itu adalah subjektif. Siapa kita nak mengukur tahap keikhlasan seseorang. Hanya Yang Memiliki Hati saja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita.  Jadi, dalam apa saja yang kita lakukan, letak niat kita tu atas sebab ikhlas. Jadi kita tidak akan mudah rasa kecewa. Mungkin ada, tapi tak adalah sampai menonggeng.


Thanks to someone yang sebenarnya secara tak langsung give me encouragement untuk terus berusaha dan usaha.. Well there’s must be a reason kan setiap benda yang berlaku.. kita tak tahu apa yang terjadi di masa hadapan, tetapi jika ini hanya sementara, aku tetap bersyukur atas apa yang telah terjadi, dan tidak akan pernah menyesali walau sedikit pun. Thanks =D



No Update

yee.. yee.. aku tau takda update.. PPS UKM sangat busy dan aku pun buat2 lah busy, padahal ada je time nak update kan.. 


tomorrow i fly to langkawi.. itupun bukan holeday.. kompom tak berjalan.. ada meeting disana.. then after pulang bermeeting, i plan to buy a new pc.. boleh lah berupdate, xda alasan lah busy kan..


hahaha... okies.. tata.. ada benda nak disiapkan.. mwahh =)



that girl

There was a girl, wears a blue sweater. She's too cute and adorable. She smiled even though I know she was hold the cold air. I tried to close my eyes and whispered deep in my heart, I want her to be mine now and forever but when I opened my eyes, I'm afraid with the reality that someday I will lost her. Then I know, even for a while, her happiness for this day will last forever in my heart and I will try my best to make her happy as long as I'm with her.

-a random story-