Keikhlasan

Minggu ni adalah minggu busy.. haih.. silap! Bulan yang busy… dengan proses perpindahan rumah, then dengan konvo.. ni bulan Oktober adalah bulan siswazah.. Huuu. Tak termasuk lagi bengkel sana sini, then nak editing, meeting dan ntah-ntah apa lagi nak dibuat..


Blog pon xda mood nak update. Maybe sebab kurang rasa down-down.. dan xda masa nak dibazirkan untuk membelek blog atau menulis.. hurmm itulah.. ingat nak cari satu pc.. so bila balik kerja boleh lah update kalau ada masa..


Skang hal umah pon dah 80% settle.. after this dah boleh looking for a new job.. then barulah boleh fikir hal-hal lain.. lepas tu nak cari part time either nak cont jual burger or other alternative yang lain. Aku ada terbaca dalam twitter,


“kunci kepada usaha dan tidak mudah putus asa adalah keikhlasan”


Sebab bila kita ikhlas, kita tidak akan cepat berputus asa. Bila kita berdoa juga tanpa henti dan putus asa, atau tidak ragu-ragu terhadap Yang Maha Menerima doa juga menunjukkan kita ikhlas dalam berdoa. So it makes me think, kenapa sejak-sejak akhir ni rasa bersemangat balik nak kejar apa yang kita impikan.


Keikhlasan itu adalah subjektif. Siapa kita nak mengukur tahap keikhlasan seseorang. Hanya Yang Memiliki Hati saja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita.  Jadi, dalam apa saja yang kita lakukan, letak niat kita tu atas sebab ikhlas. Jadi kita tidak akan mudah rasa kecewa. Mungkin ada, tapi tak adalah sampai menonggeng.


Thanks to someone yang sebenarnya secara tak langsung give me encouragement untuk terus berusaha dan usaha.. Well there’s must be a reason kan setiap benda yang berlaku.. kita tak tahu apa yang terjadi di masa hadapan, tetapi jika ini hanya sementara, aku tetap bersyukur atas apa yang telah terjadi, dan tidak akan pernah menyesali walau sedikit pun. Thanks =D



No comments:

Post a Comment