Setiap benda pun mesti ada alasan kan.. well ini ada alasan kenapa
blog aku tak berupdate.. hahaha..
Sebab aku tak ada pc atau laptop..
Then come up with a good reason. Well its actually an accurate
reason.. tak nak update sebab takut kalau orang baca, akan cakap aku perasan,
akan ada orang butthurt dengan repekan aku atau akan ada org kata aku syok
sendiri.. hahaha..
Sebenarnya tak ada mood nak tulis.. eh.. tidak, sekarang aku
perlukan pc dan mood untuk menulis.. sebab aku rasa nak masuk pertandingan
menulis esei sempena ulang tahun Bangi Bandar Ilmu anjuran Adun Bangi kot. Dia ada
listkan beberapa tajuk tapi tajuk yang menarik minat aku adalah “Bangi belum
layak diiktiraf sebagai bandar ilmu”. Sebab aku ada opinion yang mengatakan ya,
setuju. Bangi belum lagi layak digelar bandar ilmu walaupun sekitarnya ada
beberapa Institut pengajian tinggi. Kenapa? Adalaaaah.. hahaha.. nanti korang
curi plak idea aku kan..
Aku tak adalah rajin sangat nak menulis, nak memerah idea
bagai tapi sebab aku nak duuuuit.. hahaha.. nak kaweeen.. eh. Tak.. aku nak
duit tu nak beli macam-macam. Hahaha..
Ok.. nak cari mood bahasa-bahasa sastera dan indah!..
Taman hati penuh berwarna,
Entah bila warnanya pudar,
Taman hati sedang berbunga,
Entah bila berakhirnya mekar.
Ku tancap mawar disisip selasih,
Sesegar tanah atasnya taman,
Ku sulam doa lembaran kasih,
Agar tabah menanti idaman.
eh.. tak.. ni puisi aku curi dari orang lain..
No comments:
Post a Comment