Monday 31 January 2011

Pretty Preity

Aku rasa nak ubah selera lah.. becoz kebanyakkan lelaki melayu mesti akan memuja muji Lisa Surihani.. Tapi sebab semalam aku mimpi memadu asmara dengan preity Zinta.. aku rasa aku nak ubah selera kepada Preity Zinta lak.. ni suma penangan sebab aku asyik layan B4U je kat astro.. hahaha.. Jiwa kacau!...






Tapi preity Zinta ni sesuai lah dengan lelaki-lelaki di bawah ni.. kompem..!








hahaha.. yang sebenarnya.. aku saje je nak tayang 'watermark' baru tuh!.. ahahaha




Sunday 30 January 2011

Cool!

Cool... hahaha.. tkde tajuk benornya... atau boleh lah.. 'cool' tak header baru aku.... hahaha.. cantek tak, cantek tak.. hahaha... taknak puji takpe, aku puji diri sendiri.. hahaha..




Bila hujan ni, bilik akan jadi tmpat yang paling setia.. berselubung dengan selimut, dan buang masa create header mmg sgt romantic!.. nway header ni pakai photoscape sebab photoshop aku dah crash.. ntah ape ntah.. bawak keter tkder lesen kot.. giler!.


bila kerja ada duit.. ada duit boleh plak dia mengalir laju je.. seiring dengan hujan minggu ni.. non stop.. baru semalam beli racket mahal.. and now terbeli lak kasut futsal.. demm shit.. tapi ada balance lagi.. so siapa nak aku belanja... sila bgtau!.. hahaha..

Wednesday 26 January 2011

Im Not Single!

Owh.. Ini bukan status aku.. Aku single ke, duda beranak lapan ke, kawen dengan nenek separuh abad ke xperlu korang tau.. hahahaha... gurau gurau... Ini pasal tajuk cerita lakonan Farid kamil dengan Lisa Surihani.. Aku tengok sekejap je.. Tapi masa mula tengok tadi aku macam terbayang-terbayang Farid Kamil tu digantikan dengan aku..!...


Hahaha demm shit... Kawen paksa dengan Lisa Surihani atas sebab family, for sure aku memang tak lepaskan lah... Aku layan dia baik-baik, sopan-sopan... Aku duduk termenung tengok muka dia 24/7 pon tak jemu.. Ni pasal pe lak Farid Kamil tak nak tido sebilik.. Haram jadah rugi!....




Ko agak-agak Lisa Surihani baca tak blog ni..? hermmmm demm entry ni buat aku angau lak malam-malam ni... ha ahahahaha haram!




p/s: siapa ada fb, sila-sila follow networkedblog-fb aku tuh.. aku cuma perlukan 5 orang untuk aku veriffied-kannya as an author.. hahaha..



Monday 24 January 2011

Pasti Ada Cahaya..

Aku terpinga-pinga.. Di hadapan ku ada satu pintu.. Kelihatan kukuh dengan salutan warna putih.. Kelilingnya bagaikan ada cahaya.. Mungkin itu laluan kebahagiaan ke arah cahaya, desir hatiku.. Aku mengambil hela nafas bagaikan untuk memenuhi ruang keberanian ku.. Tombol pintu putih itu dipusing.. Perlahan-lahan terbuka.. 




Aku terdorong untuk jauh melangkah.. Di depannya ada satu tangga berpintal menuju kebawah.. Tanga itu seakan misteri.. Seolah-olah ianya sebuah tangga yang membawa kita menyusuri satu perjalanan yang misteri.. Entah ke mana agaknya laluan ini membawaku.. Aku ketapkan bibir.. Peluh mula memercik ke wajah.. Dalam keberanian ini, sedikit tergugat menyerlahkan ketakutan yang asli dalam diri..



Aku melangkah perlahan-lahan.. Setapak demi setapak.. Bahang angin yang panas itu seakan membakar tubuhku.. Butiran halus pasir yang disertakan bersama angin jelas menganggu pandangan.. Sesekali aku memejamkan mata.. Bimbang cedera.. Walaupun butirnya halus, tersilap perkiraan boleh membawa padah.. Bila keadaan mula kembali tenang, aku teruskan memijak jerlus-jerlus pasir yang luas ini.. Terdesir di hatiku yang dunia ini sangat luas.. Padang pasir yang bagaikan tiada sempadan.. Kanan dan kiri bagaikan sama.. Utara dan Selatan entah dimana letaknya..


Aku teruskan melangkah.. Bingung.. Entah kapan aku tiba di tempat yang seluas ini.. Entah dari mana mulanya.. Aku tidak ingat entah bilanya.. Peluh mula membasahi baju.. Tekak mula rasa kering.. Dahaga mula meronta-ronta.. Jasmani mula terasa penatnya.. Rohani mula terasa lemah.. Aku tidak lagi larat menghayun kaki memasak ke dalam pasir-pasir halus ini.. Entah di mana saja arahku, keadaan tetap sama.. Terasa rebah.. Aku terduduk tidak terdaya.. Mentari terik di atas kepala membakarkan ubun-ubun rambutku.. Sesekali angin hangat bertiup tetapi tidak langsung dapat menyejukkan keadaan ini.. Aku terus rebah.. Muka bertemu ke bawah.. Makin terasa butiran pasir ini membakar wajah.. Aku pasrah kan saja.. Kerana itu yang aku terdaya, sebuah harapan untuk keajaiban..




Mentari yang dulunya memancar bagaikan tiada malam kini sunyi.. Angin yang bahang itu diam tidak berlalu.. Panas bertukar dingin.. Terang bertukar gelap.. Kalau dulu, aku boleh lihat butiran halus pasir-pasir melekat ke tubuhku.. Kini gelita yang hadir bertandang.. Kalau dulu aku masih gagah bertongkatkan harapan untuk berjalan mencari arah.. Kini tiada satu pun petanda di mana belakang di mana hadapan.. Terdetik di hatiku, biarlah satu cahaya cukup untuk menyuluh laluanku.. Tapi hampa..


Dalam keseorangan, aku berharap adanya teman dari sang cahaya.. Aku makin bingung.. Petanda apakah ini.. Aku beranikan diri menyusur kegelapan itu.. Aku tidak mahu menunggu dalam gelap.. Bimbang barangkali akan mati terdampar sia-sia tanpa usaha.. Aku yakin penghujungnya pasti ada penyelamat.. Akan aku biarkan diri ku melangkah.. Andai mati di tengah jalan, biar ada tapak-tapak usaha kita di belakang. Bukan menyerah sisa-sisa hidup kita pada takdir..




Aku terus berjalan.. Suasana begitu sepi dan gelap.. Hanya tapak kaki yang kedengaran.. Setapak demi setapak.. Latar tanpa irama.. Kudratku makin tidak terdaya.. Hela nafas makin tidak kedengaran.. Sayup-sayup degup jantung berdetak... Aku matikan langkah ku.. Gelap menjadi semakin gelap.. Walau tiada beza diantara ruang kegelapan.. Tapi aku tau yang aku terbaring terdampar menunggu masa.. Tiada cahaya! Hanya Menunggu masa!


Pasti Ada Cahaya..!

Sunday 23 January 2011

Hubungan Platonik..?

Korang tau Platonik..? atau lebih tepat dikatakan sebagai hubungan Platonik.. Aku pon baru tau.. ok.. Hub platonik ni boleh dikatakan atau diertikan satu hubungan lelaki dan perempuan yang saling menyayangi tapi tak ada langsung perasaan cinta.. Mereka ni terdorong untuk berkongsi segala rahsia, berkongsi segala cerita suka dan duka, selalu berdua dan lazimnya akan dikira pasangan bercinta oleh orang sekeliling tapi sebenarnya tidak.. Mereka hanya teman tapi mesra..


ffx: this game sangat romantic!


Logik ke hubungan platonik ni.. coz walaupun xda langsung perasaan cinta tapi either one of them mesti akan terbit perasaan cinta tu kan.. kalau dikatakan hub platonik ini wujud, so i have one.. She is my best best friends since secondary school... Kami berkongsi segala rahsia dan cerita.. And now dah tak boleh sangat nak berkongsi dengan dia coz dia dah ada boyfie.. hahaha.. nanti complicated lak...


Kalau lah hub platonik ni boleh ditukar kepada satu hub yang serius yaini cinta.. mesti sangat complicated.. Sebab kita dah biasa dan serasi sebagai kawan and then bertukar lak kepada cinta.. Dah biasa bergurau kasar, nak cakap apa saja pon xkesah sangat and then bertukar kepada manja, cakap pon nak lembut je.. duh! rasa memang x boleh lah.. susah!.. Nanti kena jaga bahasa xboleh nak kasar-kasar... kena sopan je.. more to hipokrit.. macam leceh je..


Tapi mungkin juga boleh berlaku perubahan dari hub platonik ni kepada hub cinta yang serius.. Mungkin.. Takdir Tuhan siapa saja yang mampu menolak nya kan.. Kalau dah serasi, ngam dan penting dah kenal hati budi masing-masing mungkin boleh go on smp ke jinjang pelamin.. who knows aite..

Saturday 22 January 2011

Weekend...

Seronoknya ari sabtu dan ahad macamni.. Tido awal then bangun lambat.. rasa heaven.. duk main laptop.. terguling-guling dalam selimut... bukak laptop balik.. then guling-guling balik.. ahahaha...


petang kang kul 1 nak pg majlis kawen.. kul 9 malam nak pergi main badminton... esok pon maybe nak kuar.. duh!... terganggu weekend aku.. nway siapa suh setuju nak kuar... ahahaha... 


tetiba terpikir, why not masa bekerja kita ni 2 days dan weekend jadi 5 days... hahahaha.. gaji macam biasa.. dalam dunia Doraemon je boleh kot.. hahaha...



Wednesday 19 January 2011

Sara Amelia

Hari ni hari pertama penggal persekolahan untuk tahun 1996.. Kita rasa seronok dapat balik semula ke sekolah.. Ada ramai kawan-kawan.. Cuti sekolah 2 bulan rasa boring je.. Balik kampung pun setakat 2 atau 3 hari.. Ibu cakap darjah 3 ni kita kena belajar rajin-rajin.. Nanti kita boleh belajar tinggi-tinggi macam 'cousin' kita.. Ibu kita siap cakap 'cousin' kita belajar pandai sampai ada masa terluang pon dia hafal kamus English.


credit: http://mama-ieja.blogspot.com/2011/01/fatin-dah-sekolah.html


Hari ni ada budak baru masuk.. Cantik orangnya.. Hitam manis.. Rambut dia lurus panjang sampai ke bahu.. Senyum dia tawar tapi kita suka.. Nampak manis.. Cikgu Haslah kata dia baru pindah sini.. Nama dia Sara Amelia.. Cantik namanya secantik orangnya!


"Ilham, boleh tak kalau Sara Amelia duduk sebelah awak?" Pertanyaan Cikgu Haslah mematikan khayalan kita..


Kita hanya mengangguk saja.. Kita tak suka orang lain duduk sebelah kita sebab kita suka duduk sorang-sorang.. Bebas.. Sara Amelia terus berjalan menuju ke arah meja sebelah kita.. Dia tarik kerusi dan dia senyum.. Sekali lagi senyumannya tawar tetapi kita suka senyuman tu.. Kita diam.. Sara wangi, apa agaknya pewangi yang dia pakai.. Kita diam lagi.. Kita nak melukis, tapi tak jadi.. Kita mungkin malu sebab dia asyik jeling kita je.. Kita rasa tak selesa dia duduk sebelah kita.. 


Sepanjang hari tu, dia jeling kita, kita pon jeling dia.. Sama - sama tak berbual.. Mungkin malu.. Tapi hari berganti hari.. Kita dan Sara jadi rapat.. Setiap hari kita makan kat kantin sama-sama.. Sara anak orang kaya.. Setiap hari balik sekolah, ada kereta hitam besar datang amek dia.. Sara cakap itu pemandu dia.. Sara pandai cakap English.. Kita rasa bertuah sebab kita tak payah hafal kamus English macam 'cousin' kita.. Kita dah ada kamus yang bergerak..


Makin hari kita rasa seronok berkawan dengan dia.. Sara baik, selalu ajar kita macam-macam.. Sara pun pandai.. Selalu ajak kita berlumba dapat nombor yang pertama dalam kelas.. Sara kata, kita kawan lelaki yang paling dia rapat.. Kita senyum je.. Kita rasa kita dah suka kat Sara.. Setiap pagi, kita bangun awal.. Kita pastikan baju kita digosok dengan kemas, kita habiskan masa berjam-jam sebab nak sikat rambut.. Kita pakai jam tangan yang cantik.. Kita kapur kasut sekolah kita.. Kita nak Sara rasa selesa berkawan dengan kita...




Hari tu, kita nekad.. Kita nak tulis surat kat Sara.. Kita nak cakap kat Sara yang kita suka dia.. Kita tak tau apa yang kita rasa.. Tapi kita nak selalu ada dengan dia.. Kita pun tulis surat.. Ringkas tapi penuh dengan apa yang tersirat dalam hati kita;


Sara Amelia:

                   
                   Kita suka kat awak!


                                                  Ilham


Kita lipat surat tu, kita tabur bedak wangi-wangi... Esok kita pergi sekolah kita nak bagi surat tu.. Tapi kita tak berani.. Kita simpan je surat tu.. Setiap malam kita tabur balik surat tu dengan bedak.. Kita nak surat tu sentiasa wangi sebagaimana wangi dan mekarnya hati kita kat Sara.. Tapi setiap kali kita jumpa Sara, kita tak berani nak bagi surat tu.. Kita takut dia marah.. Kita takut..



Dah lama sangat kita simpan surat tu.. Hari ni kita mesti bagi.. Esok dah mula cuti sekolah.. Kita takut tak dapat jumpa dia lagi.. Kita mesti berani.. Kalau kita tak berani, kita belum tentu dapat apa yang kita mahukan.. 


"Kringggg.. Kringgg".. Kawan-kawan lain semuanya seronok berlari-lari keluar kelas.. Semua tak sabar nak cuti sekolah.. Tapi kita berdebar-debar.. Kita mesti bagi jugak surat tu hari ini.. Kita tunggu Sara kemas beg sekolah dia.. Kita ikut dia sampai ke kantin.. Tapi kita masih tunggu lagi... Kita takut.. Bila-bila masa pemandu dia mesti sampai nak jemput dia balik sekolah.. Kita lelaki, kita mesti berani kan!..


" Sara.. Kita nak bagitau sesuatu.. Awak jangan marah.."
" Ya Ilham, Sara tak marah, apa dia"
" Kita, Ilham suka kat awak, Sara Amelia" Kita beranikan diri sambil kita hulur surat tu..


Papppp!... Kita kena tampar dengan Sara.. Kita tak tau.. Sara kata dia tak marah.. Tapi dia terus pergi jauh dari kita.. Kita tak sedar, kita nangis.. Kita dah buat awak marah kat kita..


Masuk darjah 4, kita dan Sara dah tak lagi satu kelas.. Dan kita dah tak pernah lagi bertegur sapa.. Mungkin malu, mungkin juga Sara masih lagi marah dengan kita.. Tapi kita tak pernah lupa kan dia.. Dan kita tak pernah lupa nama dia.. Sara Amelia..


p/s Based on true story..
p/s2: Dari darjah 3 lagi aku dah biasa di 'reject'... so..? apadahal! hahaha...

Tuesday 18 January 2011

Monolog!

Dulu masa jadi budak-budak kita rasa waktu tu paling susah.. Xbebas macam orang dewasa.. ada duit boleh beli macam-macam.. Kita nak beli mainan, ayah tak kasi.. Kita nanges sambil hentak kaki.. 5 hari merajuk dengan Ayah sebab tak dapat mainan tuh.. Malam balek sekolah kena wat kerja rumah.. Abes kerja rumah, tgk tb kejap then tido.. Esok pergi sekolah jumpa kawan-kawan.. Lupa sekejap merajuk ngn Ayah.. Kita gembira pergi sekolah, main puas-puas.. Time rehat main kejar-kejar.. Bila kelas xda cikgu macam-macam boleh buat.. Main, ngorat awek meja sebelah, Melukis dan sembang-sembang..

5 Ixora, MRSM Batu Pahat, Johor


Sekarang baru kita mula mengenal erti apa itu kehidupan dewasa.. Sekejap kita akan rasa sedih, sekejap kita akan rasa happy, and mood boleh twist anytime, anywhere.. Duit yang dapat belum tentu cukup untuk perbelanjaan.. Ternyata pemikiran kita masa budak-budak sememangnya salah.. Dan belum tentu kita boleh berkawan dengan sesiapa saje.. Coz there too much musuh dalam selimut.. And its hard to find sumone yang boleh memahami kita even ur special frens..


Duh! Mengharungi erti kedewasaan ni bukannya mudah.. Tersilap langkah hilang pedoman.. And now my mood twist again.. Tapi kita kena berani amek risiko.. 


Tanpa keberanian mimpi tidak akan bermakna..



really-really need sumone who can understand me better than me...... 

Monday 17 January 2011

Groin injury!

Apa itu groin injury...? groin injury ni adalah term untuk kecederaan pangkal peha yang biasanya melibatkan athlete-athlete yang melibatkan larian... especially olahraga atau bolasepak... 


dalam epl ada ramai star player yang mengalami groin injury ni sampaikan kecederaan ni boleh berulang-ulang.


Dalam arena English Premier League untuk sukan bolasepak, ada beberapa senarai pemain yang mengalami kecederaan pangkal peha atau 'groin injury' antaranya:


Fernando torres
Steven Gerrard
Frank lampard
Didier drogba
Jermain Defoe
Micheal Owen
Saiful Nizam



Saiful Nizam..? hurmm ya.. aku.. hahaha.. after main futsal.. demm aku jalan macam terkengkang-kengkang disebabkan 'groin injury'.. ya! aku rasa memang sah groin injury setelah gambar area kecederaan diperolehi daripada Dr Google..




Maaf ni dari Dr Google bukan celah peha aku..
Kalau celah peha aku tak boleh
coz its too dangerous.. its Hot!
Demm Bullshit.. hahaha



Tak sangka.. Aku dah dikira sebaris dengan Micheal Owen dari segi kecedaraan dalam arena bola sepak.. demm.. sakit dowh!


JANGAN MANDUL SUDAH! DUh!


Spark..!

pic from google


Pernah tak rasa bad mood hampir one month... and suddenly one month badmood tu hilang hanya dengan satu 'sparks'.. atau percikan lah kata abg saleh nun di seremban kat Mardi tu ha!... The 'sparks' tu mungkin hanya dengan satu meseg yang menyatakan kamu menang cabutan bertuah, or barangkali dapat kerja baru yang diidam-idamkan... atau special sparks macam ur fiancee mengatakan dia dah 'ter'mengandung... hahaha.. itu tak tau either sparks atau worst suprise!..


Apa yang nak dinyatakan disini.. Dengan adanya sparks tu atau kuasa momentum yang diperlukan untuk mengerakkan sesuatu upaya akan menjadikan kita ni lebih bersemangat dan berdaya maju dalam membuat kerja.. rite?.. maaflah kalau budak bio cakap fizik.. sebagai contoh, dekat office, ada sorang awek cun, dengan long hair yang hampir setiap hari ber'shampoo', berkebaya sesuai dengan potongan badannya, jelingannya, dan senyumannya buatkan ko rasa pergi kerja setiap hari tu bagaikan satu nikmat yang lebih dari malam pertama.. ahahaha...


office bukak kul 8.00 am, aku rasa pukul 6.30 pagi mesti dah terpacak... begitula hebatnya kuasa 'sparks' ni.. everything yang kita buat rasa smooth je.. everyday kita akan senyum je.. kena maki senyum, kena tendang pon senyum.. agaknya kalau nazak sebab terjatuh dari train KTM Komuter pon masih tersenyum..  gile kentang!... Serius beb.. aku tak pernah rasa.. tapi aku try rasa betapa indah nya hidup macam tuh.. hahaha... 


what ever pon 'sparks' tu... datanglah kat aku... sebab setiap hari yang aku lalui ni bagaikan kelam jeeeeee.... nothing can make my day.. duh!

Friday 14 January 2011

berhabis demi kereta..

ada orang minat setem.. berhabis duit nak beli setem..


ada orang minat barang antik.. berhabis duit beli pasu, kayu semuanya..


ada orang minat kumpul barang figure mainan.. pon berhabis duit jugak..


aku skang ni berhabis duit untuk kereta...


tapi bapak aku cakap membazir... hahahaha...


xpe.. duit sendiri... hahaha. 


nway aku tetap bayar utang okeh sebelum berhabis demi kereta... so sesapa yang tertinggal aku x byr utang lagi boleh lah pm aku.. hahaha.. aku bab utang ni ada short term memory sket.. orang utang aku tak ingat.. aku utang orang pon x ingat.. hahaha... yang bayar ansuran tu, setiap bulan i masukkan okeh.. wink wink..


p/s: nantikan kemunculan kereta dengan aksesori terbaru... weuuuuu...

Wednesday 12 January 2011

Write an Essay. An Example for perfect essay...

Question. 


As a worker, you want to leave your job as soon as possible, because u hate that job so much.. One day you write resignation letter with 24 hours notice and with a shock, that your letter was rejected. You have been in HR Department for almost one hour just to listen to them scold you because you want to shorten your notice period from one month to 24 hours (and they treat me like i dont ever go to school). So write a resignation letter just to show them that you are Malaysian (not nepal or vietnam), a student with degree holder..

Sebagai pekerja, kamu mahu melepaskan pekerjaan kamu secepat yang mungkin kerana pekerjaan itu tidak sesuai dengan jiwa kamu. Satu hari, kamu telah membuat satu surat berhenti dengan notis berhenti selama 24 jam dan dengan satu kejutan, surat itu tidak diterima. Kamu berada di Jabatan HR hampir satu jam hanya untuk mendengar mereka memarahi kamu hanya kerana kamu ingin memendekkan tempoh notis berhenti (dan mereka melayan saya seolah-olah saya tidak pernah bersekolah). Jadi tulis sepucuk surat hanya untuk menunjukkan mereka yang kamu adalah warganegara Malaysia (Bukan nepal atau vietnam) dan seorang pelajar lulusan Ijazah.







Mohd Saiful Nizam Bin Mohd Zahri
Emp. No: 2116
F1 Driver


--------------------------------------------------------------

HR Department
XYZ Company
Johor
12 Jan 2011

Dear Sir/Madam

RESIGNING AS F1 DRIVER

According to above, I regret to inform you that I am resigning from my position as F1 Driver for the XYZ Company. In accordance with the terms of my written contract, I hereby give you one month's notice of my intention to leave. My last day will be on 12th February 2011

My decision to resign was finalized after long and careful consideration of all factors. I have been offer a job as Military Pilot. I feel the change will be beneficial to my long term career goals and objectives. in the mean time, be assured I will do my best to ensure my duties and responsibilities are covered before I leave.

I Understand that my notice period is one month notice but I would like to join my new employer at the earliest date. Therefore I would like to request that you can shorten this notice period. please be assured that I will do all I can to assist in the smooth transfer of my responsibilities before leaving.

It has been pleasure working for this company. Thank you for the support and the opportunities  that you have provided me the last several months. In closing I like to express my sincere expression to XYZ Company for this great learning opportunity.

Sincerely


----------------------
(Mohd Saiful Nizam)
Emp No. 2116



p/s: Contoh karangan ni jugak boleh digunakan utk mereka yang hendak amek SPM pada tahun ini.. Good Luck and All the best!

Wednesday 5 January 2011

Berhenti lah!

the true way to render ourselves happy is to love our work and find it our pleasure


 The man who does not work for the love of work, but only for money is not likely to make money nor to find much fun in life


quote quote di atas menunjukkan betapa pentingnya kerja dalam suasana yang enjoy.. dalam erti kata lain ko kena suke kerja ko, enjoy kerja ko, baru produktiviti dan performance keje ko akan jadi bagus.... sebab ko bekerja kerana cinta, minat dan suka ko pada kerja tu...


pernah tengok 3 idiots.. filem industan..? cerita yang penuh dengan meseg suh kita memilih kerjaya yang kita suka bukan sebab kita kerja apa yang orang tua/orang lain kita nak.. Means ko nak jadi arkitek, tapi ur parents nak ko jadi doktor.. and u choose doktor becoz of ur parents... Nanti kerja pon xenjoy...


kalau ko xsuka apa nak buat..? berhenti lah... ! hahaha... sebab aku pon tengah berkira-kira.. ermm tapi sayanglah plak... hahaha.. dilema dilema...





half day!

arini aku half day... sebab jiran depan aku baru kembali ke Rahmatullah pagi tadi.. (Al-Fatihah).. so aku amek half day dengan niat nak datang melawat.. tapi banyak kerja so terbalek lewat dalam kul 3 petang.. Jenazah pon dah selamat dikebumikan.. So aku balek dan terus lepak menghadap laptop..


Aku rasa ngntok dan letih.. so baring tergolek golek still tak dapat tido.. bila bekerja, mesti je mata ni nak padam... hairan! Bila dah bagi peluang tido petang, xnk plak digunakan... aish....


so entry ni untuk apa? untuk bagitau aku nak tido ptg tapi takley tido!.... hahahaha

Monday 3 January 2011

Astro Taja Bolasepak Malaysia?

Selepas Harimau Malaya menang Piala AFF Suzuki tempoh hari, makin ramai masyarakat mula membuka mata dan memeriahkan suasana bola sepak Malaysia.. Dengan suratkhabar dan wartawan-wartawan mula sibuk untuk mencari berita yang hangat tentang pasukan Malaysia terutama sejak mengukir kemenangan pada Piala AFF Suzuki yang telah pun berakhir.. Ada juga yang melucukan bila pujian yang sangat melambung-lambung diberikan pada pemain-pemain Malaysia hingga tercetusnya khabar palsu tentang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi yang dikatakan dilamar oleh Pengurus tersohor Manchester United, sebuah kelab gergasi di arena Liga Inggeris.. takkan baru menang satu kejuaraan dah dapat perhatian Kelab besar kot..


Namun, ada sumber yang menyatakan Astro bakal menaja RM220 juta selama 4 musim! 


"Setakat artikel ini ditulis, maklumat yang aku dapat korek mengenai tajaan lumayan ini ialah jumlah keseluruhannya adalah RM220 juta untuk musim 2011 hingga musim 2014. RM120 juta dalam bentuk hak penyiaran di mana Astro menjadi penyiar rasmi Liga M dengan bayaran RM30 juta setiap musim kepada FAM. RM100 juta lagi adalah untuk tujuan promosi luar padang, sekitar RM25 juta setiap musim barangkali. Astro dan FAM juga telah bersetuju untuk berkongsi keuntungan jika ada. Maka nilai keseluruhan yang mungkin diterima FAM boleh melebihi RM220 juta untuk 4 musim tersebut." (sumber : Sokernet) 

Bagi aku ini juga merupakan satu peluang yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia.. Hak penyiaran Liga M yang diberikan kepada Astro mampu mempromosikan liga Malaysia lebih daripada apa yang berlaku sekarang. Sebelum Malaysia memenangi pingat Sukan SEA, bola sepak Malaysia lebih dikatakan suram, dan tak ramai peminat yang mengikuti.. Hanya 2-3 nama je dalam kesebelasan Pasukan Malaysia yang kita kenal.. Nama-nama yang lain kita hanya melopong dan ternganga sambil tertanya.. "siapa tu?"..


Aku ingat masa kecik-kecik dulu.. nama seperti Dollah Saleh dan Zainal Abidin meniti di bibir peminat sukan bolasepak Malaysia.. Malam-malam bukak tv1 tengok siaran langsung bola.. Boleh dikatakan setiap nama pemain kita boleh kenal.. Justeru itu, dengan tajaan Astro ni, harapnya, Bolasepak Malaysia dapat kembali ke era kegemilangan malah lebih dari apa yang ada sekarang dan terdahulu...


" Kita tahu jadual perlawanan EPL setiap minggu. Selepas semua perlawanan minggu tersebut dimainkan, hari Isninnya kita bakal disajikan dengan program ulasan mingguan atau rebiu dari ESPN atau Star Sport. Dan seminggu sebelum perlawanan berikut dimainkan kita akan diberikan prebiu perlawanan akan datang, lengkap dengan tilikan oleh pundit bolasepak.

Astro ada keupayaan untuk menjadikan Liga M seperti itu. Dan juga keupayaan untuk mungkin meletakkan Lisa Surihani dalam satu program bolasepak santai dan menemu bual Khairul Fahmi dengan soalan-soalan berkaitan bola dan yang tidak ada sangkut paut dengan bola langsung. Kemudian cabar Khairul Fahmi dalam satu permainan suka-suka. Mungkin meletakkan Khairul Fahmi di pintu gol berdepan Lisa Surihani yang bakal melakukan sepak penalti. Jika bolos Khairul Fahmi perlu melucutkan satu demi satu pakaian beliau. Jika bola berjaya ditampan, mungkin Lisa Surihani pula yang perlu melucutkan" (sumber: sokernet)

Bila baca bab Lisa Surihani tu, aku tersenyum.. dan mula berimiginasi nakal... hahahaha...


Majulah Sukan Untuk Malaysia!

Takziah..

" Death leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal "

Kematian meninggalkan kesan pada hati yang tiada penawarnya, kasih sayang meninggalkan memori yang tidak boleh dicuri.. At least itulah terjemahan quote di atas..


Tanggal 1.1.2011 adalah hari pemergian Allahyarhamah Yasmira Shamsuddin pada jam 9 pagi... Seorang gadis yang baik, ceria, cantik, bijak bergaya pastinya meninggalkan kesan yang besar buat kita semua terutama yang mengenalinya secara rapat.. 


Ketabahan arwah dapat dilihat menghadapi penyakitnya yang dihidapinya... Kanser adalah satu penyakit yang pastinya tiada penawar.. Namun ketabahan yang ada dalam diri dan sokongan serta semangat dari ahli keluarga memberikan satu sinar bagi membantu Arwah dalam meniti susur liku-liku kehidupan. Walaupun menyedari dirinya masih di dalam rawatan, arwah tetap bersemangat untuk meneruskan pengajiannya di UiTM, Melaka... Arwah begitu tabah dan cekal kerana meletakkan dirinya sebaris dengan orang lain yang sihat dan sempurna.. Penyakit bukan satu penghalang untuk menuntut ilmu.. Bukan juga satu tembok pemisah yang menghalang kita melakukan kerja-kerja sepertimana orang lain..


Namun Tuhan itu perancang yang hebat. Dia lebih tahu atas segalanya. Dia juga lebih menyayangi adik Yasmira. Al-Fatihah. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mendapat perlindungan dari-Nya... 

Kanan bertudung putih: arwah Yasmira
Berbaju biru: Yasmin


Pada yang tidak mengenalinya, arwah merupakan adik pada Yasmin Shamsuddin.. Takziah dan semoga keluarga arwah sentiasa bersabar dalam menghadapi satu kehilangan yang tiada penggantinya...

" Tuhan tidak akan menduga seseorang melainkan dia tahu hamba-Nya mampu untuk berdepan dugaan tersebut "


Al-Fatihah..