Selepas Harimau Malaya menang Piala AFF Suzuki tempoh hari, makin ramai masyarakat mula membuka mata dan memeriahkan suasana bola sepak Malaysia.. Dengan suratkhabar dan wartawan-wartawan mula sibuk untuk mencari berita yang hangat tentang pasukan Malaysia terutama sejak mengukir kemenangan pada Piala AFF Suzuki yang telah pun berakhir.. Ada juga yang melucukan bila pujian yang sangat melambung-lambung diberikan pada pemain-pemain Malaysia hingga tercetusnya khabar palsu tentang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi yang dikatakan dilamar oleh Pengurus tersohor Manchester United, sebuah kelab gergasi di arena Liga Inggeris.. takkan baru menang satu kejuaraan dah dapat perhatian Kelab besar kot..
Namun, ada sumber yang menyatakan Astro bakal menaja RM220 juta selama 4 musim!
"Setakat artikel ini ditulis, maklumat yang aku dapat korek mengenai tajaan lumayan ini ialah jumlah keseluruhannya adalah RM220 juta untuk musim 2011 hingga musim 2014. RM120 juta dalam bentuk hak penyiaran di mana Astro menjadi penyiar rasmi Liga M dengan bayaran RM30 juta setiap musim kepada FAM. RM100 juta lagi adalah untuk tujuan promosi luar padang, sekitar RM25 juta setiap musim barangkali. Astro dan FAM juga telah bersetuju untuk berkongsi keuntungan jika ada. Maka nilai keseluruhan yang mungkin diterima FAM boleh melebihi RM220 juta untuk 4 musim tersebut." (sumber : Sokernet)
Bagi aku ini juga merupakan satu peluang yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia.. Hak penyiaran Liga M yang diberikan kepada Astro mampu mempromosikan liga Malaysia lebih daripada apa yang berlaku sekarang. Sebelum Malaysia memenangi pingat Sukan SEA, bola sepak Malaysia lebih dikatakan suram, dan tak ramai peminat yang mengikuti.. Hanya 2-3 nama je dalam kesebelasan Pasukan Malaysia yang kita kenal.. Nama-nama yang lain kita hanya melopong dan ternganga sambil tertanya.. "siapa tu?"..
Aku ingat masa kecik-kecik dulu.. nama seperti Dollah Saleh dan Zainal Abidin meniti di bibir peminat sukan bolasepak Malaysia.. Malam-malam bukak tv1 tengok siaran langsung bola.. Boleh dikatakan setiap nama pemain kita boleh kenal.. Justeru itu, dengan tajaan Astro ni, harapnya, Bolasepak Malaysia dapat kembali ke era kegemilangan malah lebih dari apa yang ada sekarang dan terdahulu...
" Kita tahu jadual perlawanan EPL setiap minggu. Selepas semua perlawanan minggu tersebut dimainkan, hari Isninnya kita bakal disajikan dengan program ulasan mingguan atau rebiu dari ESPN atau Star Sport. Dan seminggu sebelum perlawanan berikut dimainkan kita akan diberikan prebiu perlawanan akan datang, lengkap dengan tilikan oleh pundit bolasepak.
Astro ada keupayaan untuk menjadikan Liga M seperti itu. Dan juga keupayaan untuk mungkin meletakkan Lisa Surihani dalam satu program bolasepak santai dan menemu bual Khairul Fahmi dengan soalan-soalan berkaitan bola dan yang tidak ada sangkut paut dengan bola langsung. Kemudian cabar Khairul Fahmi dalam satu permainan suka-suka. Mungkin meletakkan Khairul Fahmi di pintu gol berdepan Lisa Surihani yang bakal melakukan sepak penalti. Jika bolos Khairul Fahmi perlu melucutkan satu demi satu pakaian beliau. Jika bola berjaya ditampan, mungkin Lisa Surihani pula yang perlu melucutkan" (sumber: sokernet)
Bila baca bab Lisa Surihani tu, aku tersenyum.. dan mula berimiginasi nakal... hahahaha...
Majulah Sukan Untuk Malaysia!
No comments:
Post a Comment